Wednesday, December 10, 2008

Bukit Antarabangsa - Satu Tragedi






Salam,

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kejadian tanah runtuh kepada keluarga yang malang sangat-sangat menyedihkan. Malah di Bukit Antarabangsa, kawasan Ukay Perdana dan kawasan Ulu Klang, kejadian tanah runtuh sudah hampir berlaku berulang-ulang kali.

Oleh kerana saya selalu melalui jalan yang tertimbus itu ke oakleaf, saya tahu bahawa salah satu daripada banglo yang musnah itu, sebenarnya baru sahaja selesai pembinaannya. Tuan punya banglo baru itu membeli banglo lama di atas tapak tanah tersebut, meruntuhkannya semua dan membina banglo baru yang lebih besar (amat besar!). Tetapi jika nak dibandingkan dengan kemusnahan akibat bencana alam, banglo itu kelihatan kecil sahaja dan boleh diabaikan.

Cuba bayangkan kebesaran dan kehebatan Allah... MasyaAllah.

Oakleaf Park, kondominium yang saya sewakan juga menghadapi mangsa. Mujur penyewa saya tiada di sana waktu itu. Walaupun tidak ada struktur yang rosak tetapi jalan masuk dan keluar yang tertimbus menyusahkan ramai pihak. Malah, stigma tanah runtuh dan bukit antarabangsa akan kekal beberapa tahun yang akan datang.

Beberapa tahun dahulu, semasa saya baru membeli kondo oakleaf park, saya ada terdengar ura-ura bahawa satu jalan keluar akan dibina di kawasan puncak bukit berhampiran oakleaf. Ini kerana hanya ada satu jalan masuk ke laluan itu iaitu melalui Taman Bukit Mewah dan tidak ada jalan alternatif keluar. Tetapi itu cerita yang saya dengar 5 tahun yang lalu.

Sehingga kini, jikalau difikirkan semula, alangkah bagus kalau memang sudah ada satu jalan alternatif ke luar daripada puncak bukit antarabangsa. Cuba bayangkan sekiranya tanah runtuh melibatkan pelbagai kawasan di atas bukit, pasti keadaan menjadi sangat-sangat sukar tanpa jalan masuk alternatif. Cuba saja kita lihat sekarang.

Mengikut kawan saya yang mengetahui serba sedikit tentang topografi, kawasan Ulu Klang kebanyakannya adalah hutan simpan atau hutan tadahan air. Namun, mungkin kerana arus pembangunan yang pesat yang membelakangkan keselamatan dan alam semualajadi (dan juga ketamakan manusia), maka tanah-tanah hutan ini dibuka di atas nama pembangunan.

Apabila pembangunan tanpa arah dan hanya berkiblatkan wang dan kuasa, maka nyawa dan harta benda orang yang tidak berdosa banyak menjadi korban.

Sudah sampai masanya, penguatkuasaan undang-undang diperketatkan dan dipandang secara serius. Apa yang berlaku perlu diambil iktibar.

Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.




11 comments:

Unknown said...

Kita ucapkan tahziah kpd mangsa & keluarga yang di timpa musibah ini. Apa yang berlaku amatlah menyedihkan dan patut di jadikan iktibar kpd kita semua.

Selepas peristiwa Highland Tower 15 tahun yg lalu, saya pernah mendengar komen secara peribadi, oleh seorang yg mempunyai Phd di bidang goelogi. Kata nya, struktur tanah dikawasan tersebut tidak sesuai untuk perumahan. Jenis tanah yg berbatu besar, peroi, bla, bla, bla dan lain lagi yg saya tak reti. Bukan di situ sahaja, tetapi juga kawasan Bukit Antarabangsa, Ukay Hight, Melawati, Ampang dan sekitar nya. Alamak!..

Tetapi apa yang saya lihat tak lama selepas itu, rancak nya pembangunan di kawasan tersebut, tertanya-tanya juga di sanubari, betul ke kata-kata beliau itu?

Tapi dalam diam, saya pakai juga kata-kata beliau itu... Saya tidak tinggal atau melabur harta tanah di kawasan tersebut.

Wallahualam.

noorcahaya said...

zakat pendapatan, zakat simpanan, dan macam2 zakat perlu dilunaskan, barulah selamat dunia dan akhirat.. wallahualam....

Nur said...

Subhanallah..
Bila Allah nk ambil sekejap sahaja...

Anonymous said...

wah. kalau begini, tentu dr Azwan tidak berapa nak setuju ulasan saya di http://pemikir.blogspot.com

;)

pakdi

Anonymous said...

subhanallah..kuasa ALLAH lebih hebat dari segalanya...Muhasabah diri kita dari ape yang telah berlaku mgkin disebabkan dosa2 kita manusia yang lalai dengan suruhan NYA...Wallahualam

SOnditX (Nahar) said...

salam Dr.
nice blog. huehuehue.. sy nahar.
anyway, dh alang2 jumpa Dr ni, sy nak tanya. khamis lepas, sy kena heart attack. 1st time. sekarang nak refer dkat hosp serdang. persoalannya sekarang (ewah ayatku..) adalah, Dr kat HKL tulis 'acute posterior inferior and MI killips 1'. dah google, tp sgt2 la sket je pahamnye.. kot2 Dr leh membantu. harap boleh la yer.. anyway, umur sy 22 tahun. masa sy masuk ccu aritu, semua terkejut sbb sy paling muda. tak pernah ade penyakit ni dikalangan org muda ke?

Dr Azwan said...

Pakdi : Saya setuju dengan pendapat Pakdi. Tapi, masa saya beli di kawasan itu pun, saya tidak terfikir kerana kemewahan tempat tersebut di lereng bukit, atas bukit dan sebagainya, masa tu ia adalah isu hanya ada satu atau dua sahaja perumahan yang kosong dan kebetulan saya ada duit ekstra untuk dilaburkan.

Tapak Oakleaf sendiri adalah terdiri daripda baru granit (yang diberitahu oleh developer kepada saya). Oleh itu kejadian tanah runtuh tidak berlaku di kawasan tersebut. Tak sangkat tempat lain yang runtuh, tempat lain pula yang menerima kesannya.

Sonditx : 22 tahun kena MI tuh ada sebab lain agaknya. Blood vessels problem ker, hypercholestrolemia ker, you punya bentuk darah ada problem ker, thrombotic event ker.. .etc etc. MI tuh maksudnya Acute Myocardial Infarction, maksudnya otot jantung tak cukup oksigen dan menyebabkan kematian otot jantung. Posterior dan Inferior itu adalah kawasan jantung yang kena di bahagian bawah dan belakang. Killips 1 tuh I tak tahu.

SOnditX (Nahar) said...

terima kasih Dr.

Anonymous said...

Salam,

Suatu kejadian yang boleh dikatakan telah banyak kali berlaku dan banyak kali juga dilupakan selepas tahun demi tahun. Kemusnahan muka bumi atas sebab tangan manusia itu sendiri. Kita berharap pihak berkuasa terus mengambil tindakan semoga segala projek di lereng bukit di hentikan secara konsisten. Tiada lagi pertimbangan semula berkenaan projek ini walaupun sudah 10 tahun tiada lagi kejadian tanah runtuh di kawasan ini.

Triple A
http://www.binausahawan.com

Dr Azwan said...

Selepas melabur di Bukit Antarabangsa dulu, saya ada sikit sesalan sebab lepas kajian demi kajian saya dapati tempat itu memang kurang baik dari segi pelaburan. Maklumlah saya masa tuh orang baru dan kurang pengalaman.

Tetapi lepas rumah disewa dengan good return of investment saya sangat-sangat gembira. Tapi dah jadi macam nih, sedih balik.... :(

Tapi harap kerajaan dapat bukan jalan secepat mungkin. Sewa rumah tentu turun tapi nak buat macamana...

fazemy said...

Iktibar unt orang2 kaya kat atas puncak antarabangsa tu. Tak selamnya kita akan berada di atas. Sampai masa di dalam tanah jua. Tragedi ini adlh ingatan Allah buat kita smua. Sebesar mana pangkat yg kita ada..sebayak mana duit yg kita ada..smuanya blh hilang dlm sekelip mata.

Related Posts with Thumbnails