Assalamualaikum,
Negara dikejutkan semalam dengan berita bahawa Sime Darby akan mengambil alih Institut Jantung Negara. Pengambil alihan ini menimbulkan banyak rasa kebimbangan samada caj hospital akan juga dinaikkan daripada sekarang dan samada orang miskin dan pegawai kerajaan mendapat keistimewaan sebagaimana sekarang.
Secara amnya apabila penswastaan berlaku, kualiti sesuatu projek atau organisasi akan meningkat terutama dari segi budaya kerja yang lebih berorientasikan pelanggan, kesungguhan untuk meningkatkan keuntungan dengan cara meningkatkan produk dan pemasaran dan pulangan kewangan kepada pekerja swasta yang lebih tinggi.
Namun tidak semua projek penswastaan yang berjaya. Ada juga yang gagal dan tidak mencapai pulangan keuntungan yang diharapkan. Bahkan lebih teruk daripada itu, terdapat sistem penyampaian dan kualiti perkhidmatan yang lebih kurang serupa atau semakin teruk selepas penswastaan dilaksanakan.
IJN dikatakan mempunyai kelebihan dari segi perkhidmatan yang baik walaupun ia tidak diswastakan jika dibandingkan dengan hospital kerajaan lain termasuk bangunan di sebelahnya iaitu HKL. Kakitangannya nampak professional, pakarnya adalah pakar jantung terbaik negara dan wad serta fasiliti mempunyai kelasnya yang tersendiri. Oleh itu kenapa ia perlu diswastakan?
Adakah ia satu keperluan yang sangat terdesak?
Adakah kerajaan tidak mampu menampung kos kenaikan bil perubatan yang meningkat? Lebih-lebih lagi pesakit jantung di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat saban tahun.
Adakah langkah ini merupakan kebimbangan yang telah saya luahkan di dalam artikel saya yang lepas di dalam blog ini bahawa kos perubatan di Hospital Kerajaan Malaysia akan meningkat? Selepas ini adakah kerajaan akan menaikkan caj rawatan di hospital kerajaan pula? Harap-harap ia tidak akan terjadi.
PM juga menyatakan bahawa perubahan dari segi kemudahan perubatan, kos yang semakin meningkat dan pembayaran gaji yang lebih baik kepada pakar jantung terbaik negara untuk mengelakkan mereka lari keluar ke swasta adalah di antara penyebabnya. Kenapa kerajaan tidak menimbangkan penubuhan "sayap IJN", di mana satu bangunan asing dibina untuk menempatkan pesakit swasta yang inginkan konsultasi dan rawatan daripada pakar jantung negara?
Sayap IJN merupakan tempat rawatan di mana pakar boleh mendapat pendapatan lebih daripada pesakit yang khusus dan rakyat Malaysia masih boleh menikmati caj yang sama sebelum ini. HUKM telah melaksanakannya dan nampak berjaya walaupun terdapat sedikit kelemahan di sini dan sana.
PM akan memastikan bahawa yuran perubatan kepada golongan berpendapatan rendah dan pekerja kerajaan tetap tidak akan meningkat. Kepada golongan rakyat yang lain pula, kerajaan akan memantau caj pembayaran yang dikenakan kepada mereka agar tidak terlalu tinggi. Berapa peratus daripada pesakit IJN yang merupakan mereka yang dikecualikan dari bayaran?
Apa yang dirisaukan, apabila IJN diswastakan, pesakit di IJN akan menjadi lebih kurang kerana tidak mampu untuk membayar caj perubatan, dan pesakit akan kembali membanjiri hospital-hospital kerajaan yang lain. Ini akan membebankan pula doktor-doktor dan kakitangan di Hospital kerajaan yang lain dengan tanggungjawab tambahan.
Pakar Jantung pula akan menjadi lebih kaya. Kalau dulu ada 2 mercedes, sekarang boleh beli 4 mercedes dan beberapa buah banglo. Rakyat Malaysia pula kehilangan satu institusi kerajaan yang selama ini memberi perkhidmatan yang sangat baik dengan caj yang rendah kepada semua pesakit.
Sesiapa yang bukan dari golongan berpendapatan rendah, bukan pekerja kerajaan dan mempunyai sejarah keluarga sakit jantung, penghidap darah tinggi, kencing manis, dan penghisap rokok tegar... Anda boleh mula membeli insurans untuk masa hadapan sekarang... Saya boleh cadangkan beberapa orang ejen yang bagus.
Salam.
5 comments:
memang benar kita boleh dapatkan perlindungan insurans.
Cumanya saya risau premiumnya pun meningkat juga.
satu lagi. Apa rasional sime darby yang mengambil alihnya?
memang bagus dapatkan perlindungan insurans.tapi seelok2nya kita support la takaful (muamalat islam). Dan pastikan purely islamic yg mana bukannya masih ada link dgn US.
Saya rasa mcm dah sedap dr komen pasal IJN ni, tapi tetiba je cerita pasal ajen insuran...Cerita insuran ni yang merosakkan artikel dr. Seolah-olah menggambarkan kita tak perlu bertindak menentang Penswastaan IJN
http://kedaionlineanda.com/harunyahya/index.php
Ustzul : Kalau IJN tak kena swasta pun kita kena ada perlindungan insurans. Takaful lebih baik.
Abahfateh : saya pun tak tahu rasionalnya. tun Mahathir pun tulis dalam blognya. Tak nampaak punn camne Sime Darby buat untung.
bila dgr pertama klai kat tv3 berita IJN akan diswastakan tetiba sya jadi sedih. Bgaiamnakah nasib yg kurang berkemampuan?
Hari ni Pak Lah berjanji bahawa sklipn IJN diswastakan caj yg dikenakan adalah sma. Jadik bgaimana pula 5 thn mndatang...bagimana pula klu bkn lagi Paklah yg mntadbir kerjaan.. mampukah caj itu dikekalkan. Apakah jaminan rakyat?
Hari ni sya mngkin ingt janji Pak Lah..tapi 10thn lagi mgkn kerjaan yg mntadbir ketika sudah lupa ttg kata2 ini. Sedih sgt... selama ini sya sgt berbangga kerana IJN mmapu memberi rawatan yg terbaik setanding diluar negara..tanpa perlu diswastakan.
Jadik apa rasionalnya penswastaan itu...Eeii tlglah..jgn lah nak politik jer, nak untung sesama yg kaya.. Menteri kEsihatan pn setuju??? Ni lagi sya tak faham...
Post a Comment