Apa kena mengena orang melayu dengan cerita seram ni?
Kebelakangan ini saya dapati terlalu banyak cerita seram di dalam TV Malaysia. Bukak TV 3 ada cerita tentang puaka, tengok TV 1 ada cerita seram tentang villa hantu. Lepas tu tak campur ngan misteri nusantara, mistik exposed lah.. dan mcam macam cerita yang menaikkan bulu tengkuk.
Sejak filem jangan pandang belakang meletup di pawagam, trend pengarah kita ialah membuat cerita hantu. Yang akan datang filem histeria dan filem Maut. Masalahnya terlalu banyak cerita hantu di TV!
Kemana para pengarah cerita seram ni nak bawa anak muda remaja kita? Oh, bukan anak muda remaja sahaja, ibu ayahnya sekali. Kita sudah mula membincangkan tentang hantu itu dan hantu ini, misteri itu dan misteri ini. Ramai juga sudah terbayang-bayang tentang rupa hantu. Minda anak melayu ini penuh dengan segala macam perkara yang tahyul dan menyeramkan.
Hantu dulu-dulu, lebih kepada hantu tradisional. Langsuir, pontianak, hantu raya, pelesit. Tapi hantu sekarang macam dah banyak dicedok dari filem-filem Thailand dan Jepun. Hantu pun skarang dah satu macam rupa. Agaknya hantu skarang lebih Global dan merentas sempadan.
Beberapa tahun yang lalu, semua penerbit program TV nak buat program realiti. Dan ramai lah anak-anak muda remaja kita yang mengalirkan air mata apabila gagal untuk masuk ke peringkat-peringkat tertentu pertandingan nyanyian dan sebagainya. Emak ayah pulak memberi dorongan. Maklumlah dulu masa muda-muda emak ayah mereka tak bagi mereka menyanyi kat tangga atau di dapur.... Takut lambat kahwin. Oleh itu, segala bakat mereka hanya terpendam sahaja.
Yang ramainya tetap peserta melayu. Ada yang pakar karaoke, ada yang penyanyi kelab, ada yang pakar menyanyi di majlis kahwin atau upacara sekolah, yang tak pandai menyanyi lagi ramai.. berbondong-bondong untuk menyertai pertandingan realiti menyanyi. Semua anak-anak muda masuk pertandingan menyanyi agar menjadi popular dan mendapat rezeki dengan menyanyi. Untung-untung, kahwin pun stesyen TV akan taja.
Kalau sewaktu saya kecil dulu-dulu, saya banyak menonton banyak program berupa kuiz pengetahuan am ditayangkan di TV. Soalan-soalan yang ditanya menampah pengetahuan tentang Malaysia dan seluruh negara amnya. Nama ibu negara di negara-negara luar, nama presiden yang terkenal di negara-negara luar dan nama nama menteri di Malaysia. Ia secara amnya bertujuan untuk suka-suka di samping meningkatkan kemahiran berfikir dan ilmu-ilmu semasa.
Sudirman dengan anak saudaranya Atai dulu pun pernah mengacarakan satu pertandingan kuiz. Sangat manarik kerana kita boleh menambah ilmu pengetahuan dengan mengingati soalan dan jawapan daripada kuiz tersebut. Sekurang-kurangnya kita tahu ketika itu bangunan tertinggi di Malaysia ialah Dayabumi (sekarang dah KLCC).
Apa yang saya ingin cadangkan ialah lebih banyak program yang berbetuk menambahkan ilmu dan sebagainya di dalam bentuk yang lebih santai. Bukan ilmu hiburan tetapi ilmu yang boleh mencambah pemikiran umat. Memang kita ada banyak wacana, tetapi ia lebih serius dan mempunyai "target audiens" yang berbeza. Kita mahukan lebih banyak program ilmu untuk sasaran remaja dan golongan muda.
Stesen TV tidak kira kerajaan ataupun swasta mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam mendidik masyarakat. Bukan hanya memberi hiburan yang bertunjangkan hedonisme dan suka-sukaan semata-mata. Akhirnya, lahirlah umat yang menangis melihat penyanyi terkeluar daripada program nyanyian realiti, atau berbincang tentang hantu itu dan ini, sedangkan buat tidak cakna kepada perkara-perkara yang lebih semasa seperti isu palestin dan Israel.
Wallahu A'lam.

9 comments:
cukup benci dgn cerita hantu (dan yg sewaktu dgnnya) yg semakin bnyk ditayangkan di tv sekarang. amat tidak sesuai ditonton anak2 (nasib baik anak2 saya selalu tidur awal).
yg buat saya bertambah geram, iklan tentang siaran2 seram ni pula ditayangkan di waktu siang. dikala anak2 sedang menonton tv. ada ke patut???
iklan nada dering yg ada bunyi hantu pun ditayangkan. apa nak jadi la kat masyarakat kita ni???
cukup meluat juga dgn program realiti nyanyi2 semua tu...
org kita ni tak pandai benda lain ke?
tu yg malas sgt nak tonton tv tu.. makin tumpul otak dibuatnya...
saya sokong doc.. tv malaysia skrg terlalu banyak hiburan dan komersial..dan rakyat kita pun ramai yg menyokong program2 tersebut...yg paling ketara ialah program realiti tv..mcm cndawan tumbuh..skit2 realiti, kita ni duk tercongok dpn tv nk tgk pastu mullah mengalir air mata..motif apa nangis masa dorang kluar xtau lah...program keagamaan terlalu skit, yg ada mari mengaji, mari bertaranum, al kulliyah..blh dibilang klu nk di bandingkan dgn program hiburan yg x prnh surut malah makin banyak..
dah potong astro dah... lapang sket kepala...
Apalah agaknya kesan kepada emosi anak-anak... dulu saya ada terbaca bahawa filem aksi ganas memberi kesan 'violence' kepada generasi muda sebab tu makin ramai yang jadi mat rempit dsb. Kalau byk menonton cerita hantu, adakah nanti akan ramai 'hantu-hantu' di kalangan generasi muda kita nanti ?
Betullah Ummu Zufayri (Neta)... anak perempuan saya yang kecil sekali tu selalu menangis kalau ternampak iklan cerita hantu tu. Tengah makan pun boleh berhenti makan lepas tuh lari kat saya, peluk saya kuat kuat. Hidup tak tenteram sekarang. Saya pula dah tak bukak TV 1,2,3. PAsang channel Disney ASTRO jer. lain pulak ngan noorcahaya.
kite tak de anak kecik.. saya tgk tv sehari paling kuat 3 jam jek.. bukan hari2 pun.. buat pe ade astro kalo gitu... mmg tv terpasang chanel TV3 jek... pasal cite2 hantu tu.. bile dah sampai limit ..adelah yg bising2 kang.. time tu lah akan berkurangan.. (last tgk cite antu kat wayang.. cite Sleepy Hollow.... dah lama tuuu)
hmm
samalah
busan tol.
saya tgk astro dgn husband n ank pun tgk oasis,discovery,history n sometimes travel n living.
tv tu perlu tpi bile tgk citer2 cam bangang ni kat tv,klu dpt peluang jumpa sapa2 pegolah idea citer tu...nk jer ludah ker muka depa.
takde morality.
lama2 esok,agama ke mana,bangsa kemana.
salam dr azwan
saya aisya..sekarang ni saya wat kajian tentang filem dan drama seram yang melanda di malaysia ni.so saya nak tanye dr.azwan sebagai penonton apakah pandangan dr tentang fenomena yang melanda ini?sepatutkah ia berlaku kerana sekarang kita pub tak nak orang terlalu taksub sangat dengan perkara yang taksub ni tapi media ni main perana yang sangat penting dalam membentuk akhlak remaja tapi bukan setakat remaja sahaja semua orang yang luar tu.so, camne? balas di email saya aisyafahri22@gmail.com.
saya kira seram punya peranan yang tersendiri dalam psiko-sosial masyarakat dan tidak wajar kita menafikannya secara total. Saya kira yang tolak unsur seram ini lazimnya mereka yang pernah punya pengalaman trauma/mistik ataupun memang hatinya kecil atau lemah semangat sehingga menolak secara total apa jua yang dikaitkan dengan seram. Jika ukuran kemodenan dan kekuatan pengetahuan menjadi asas kemajuan sesebuah bangsa maka, orrang kita yang menolak unsur seram secara total wajar belajar dari masyarakar Barat terlebih dahulu. Pengalaman saya mengikuti kuliah berkaitan seram, media dan mistik di Pusat Pengajian Media, Oxford UK banyak menyedarkan saya betapa yang harus di lihata adalah substance bukan rupanya. Malngnya sudah menjadi sikap orang Melayu dan Malaysia amnya suka menilai secara cetek dan tidak matang. Kemajuan berdasarkan ilmu pengetahuan harus ditentukan tahap intelektual sesuatu bangsa dan unsur seram mempunyai peranan bukan sahaja sebagai cerminan tradisi kepercayaan sesuatu bangsa tetapi daya imiginasi dan kreativiti sessuatu bangsa dalam melakarkan pelbagai emosi menurut Huntington dari Harvard, US. Pernah seorang rakan sekuliah saya di Yale, US memnceritakan hasil kajian yang dkemukakan oleh ahli antropologi terkenal dari Camgbridge, Hyden yang berjaya membuktikan perana unsur seram dalam melengkapkan kemajuan bangsa. Seram, sedih, sadis dan gembira adalah rialiti masyarakat yang sebenarnya menjadi fitrah psikologi manusia yang normal cuma pengalaman berhadapan dengan situasi ini membentuk cara kita mentafsir dan menerima adakah ia wajar menjadi sebahagian nilai dari kita. Media hanya merakamkan hasil pemerhatian mereka terhadap masyarakat dan unsur seram adalah salah satu cara untuk menjelaskan tabiat dan perilaku kita. Tindak balas menonton filem seram adalah klimaks penerimaan kita yang mungkin sekadar mainan imiginasi kita yang belum bersedia menerima hakikat. Namun, trend media yang lebih kepada komersil mungkin mengubah nila sebenar dan memanipulasi maksud sebenar yang hendak disampaikan melalui unsur seram. Nasihat saya kita harus bijak menilai sebagai penonton bukan melenting secara emosional. Bukan juga harus menerima secara buta tuli tetapi menganalisa secara kritikal apakah motif dan ketulenan idea yang terhasil serta tujuan penghasil filem seram menggunakan watak sedemikian untuk berkomunikasi dengan penonton. Inilah pengajaran yang saya dapat selama saya masih lagi bergelar pelajar di London dan hasil pemerhatian saya di US dalam melihat keterbukaan media termasuk kebebasan ibu bapa yang tidak mnyekat anak anak mereka untuk menonton filem seram bahkan mereka akan duduk semeja meminta si anak untuk menjadi kritikal dan meluaskan pengetahuan serta menilai sesuatu secara objektif. Sebab itu tahap litearsi orang Inggeris ini tinggi bagi saya dan ada kalanya memang layak menjajah kita satu ketika dahulu. Cuma satu saya masih lagi kecewa, kerana kehadiran filem seram di Malaysia apabila ada yang popular seperti Jangan Pandang Belakang atau Jangan Tegur maka segala yang terhasil pada kemudian harinya meniru bulat bulat unsur yang sama tanpa mempunyai inisiatif untuk mengembangkan lagi dimensi yang ada secara analitikal. Sampai bila kita harus meniru? dan sampai bila kita harus menafikan unsur seram yang menjadi sebahagian identiti kita. Masyarakat Inggeris yang jauh lebih maju dalam segenap pencapaian sejak abad ke-18 sekalipun berbangga dengan sistem sekular yang mereka miliki tapi tidak pernah menolak tradisi bahkan seram dalam drama dan novel diangkat menjadi sebahagian identiti menjenamakan bangsa sehingga menghasilkan jutaan keuntungan pelaburan di pasaran saham dan institusi pendidikan terulung di dunia seperti Oxford, Cambridge, Harvard dan Yale. Renungkan bangsaku! Bangun dan berfikir secara matang serta objektif
Post a Comment