Tuesday, January 27, 2009

Jahat Macam ??





Agaknya berapa ramai orang jahat yang terkenal dalam dunia ni yang jadi sumpah seranah kita...

"Kau ni jahat macam Firaun laaa..."

Mungkin...

"Kau ni memang Dajal laaa" atau

"Kau ni sesat macam Abu Jahal laa...."

Pendekata, orang-orang jahat ni biasanya disebut di dalam hadis-hadis nabi dan juga di dalam al-Quran. Ini menunjukkan bahawa orang-orang ini memang sudah tentu sah jahatnya sampai Allah sebut dalam Quran.

Tahun 2009 ni mungkin ada sedikit perubahan...

"Ko ni tak guna macam Bush la... "

"Ko ni jahat macam Zionis laa..".

.....

No komen.

6 comments:

Rohani said...

Salam,

Kalau jahat macam zionis atau bush dan yng seangkatan dengannya ok lagi kot tapi mungkin juga ada yang akan kata "Kau ni lebih jahat dari zionis laknatullah!"

kalau mcm tu,tak tahu la di tahap kejahatan yg mcm mana dah tu... lu ikir lah sendiri!

Dr Azwan said...

Betul betul betul...

Tag baru : " Lu lagi jahat dari Zionis! "

Anonymous said...

dr.,

sorry nak tegur sikit .. milo keluaran nestle yg patut kita boikot. tak silap saya ade smylo buatan bumiputra tapi belum byk dipasaran ...

yg penting boikot sebyk mungkin ... jihad kerana ALLAH sahaja ...

Dr Azwan said...

Saya pernah berbincang dengan pakar product dari nestle. Milo menguasai 98% pasaran. Selain daripada itu adalah jenama lain macam vico, etc etc. Malah milo adalah antara brand name yang paling banyak digunakan di household dan juga komersial.

Nestle memang cop duit sebab milo. Kalau ada produk tempatan sebaik milo, maka Alhamdulillah. Kalau dapat 30% diskaun dari harga milo pun dah kira bagus.

Anonymous said...

dr.,

tahniah coz dpt elakkan diri dari promote milo/nestle. saya baru gak cuba smylo tuh .. harga mahal rm 1@2 dr milo .. rasa manis sikit kureng koko .. overall not bad .. tapi saya hanya jumpa kat ipoh aje ... tempat lain payah kot ..
tak dinafikan milo memang sedap tapi kalo korbankan pun takpe rasanya ... marilah kita cuba jihad sedaya upaya yek ...

Anonymous said...

biasanya kalau aku bencikan seseorang
jaranglah aku sebut nama dia semata2 nak kata kat orang lain bahawa dia tu lebih teruk dari orang yang paling aku benci

tapi macam mana pun, BUSH tetap umat nabi. kita tak tahu di akhir hayatnya dia bertaubat dan masuk islam.

kan ramai para sahabat juga menentang islam pada awal-awal perkembangannya. namum pada akhirnya islam telah masuk dalam hati dia orang.

semua perkara dalam perancangan Allah. kalau Allah buat keputusan nak BUSH masuk islam, apa yang kita boleh buat???

ada juga kes di zaman nabi, ada sahabat masuk islam. tapi nabi tak boleh tengok muka dia sebab dialah yang bunuh bapa saudara nabi. bayangkan macam mana nabi dan para sahabat tekan perasaan pada seseorang yang telah bunuh bapa saudara nabi yang telah masuk islam.

moralnya kat sini, mahu tak mahu kena kita kena hasilkan produk islam tu sendiri. kena kurangkan hiburan dari barat. mula baca quran. solat malam. sedekah. berdepan atas orang bukan islam dengan akhlak nabi.

ingat tak sejarah ada seorang yahudi tua kalau tak silaplah baling najis kat nabi tapi nabi tak marah. pada suatu hari orang tua ni sakit. nabi pun layan dia dengan baik sekali. akhirnya dia masuk islam.

memang ada sejarah nabi buat qunut nazilah. tapi pada kebanyakan nabi akan tahan kutukan dari orang kafir atas sebab fikir macam mana nak islamkan dia orang

namun .....

Related Posts with Thumbnails