Monday, March 3, 2008

Bolasepak Liga Tempatan






Assalamualaikum,

Sebenarnya, kawan ni tak beberapa lah gemar tengok bola... kalau duduk kat kedai mamak pun sekadar tengok sekejap sementara roti canai nak habis jer. Kalau masa student universiti dulu, time rakan2 kawan bersengkang mata tengok Ronaldo, kawan bersengkang mata main game Diablo 2 kat bilik. Pendekata, kalau kawan tak dibayar RM 150 tengok bola (ada setengah tenpat RM 100), jangan harap ler kawan nak tengok bola.

Tapi sejak beberapa hari lepas, kawan jadi bengang pun ada. Iklan liga tempatan makin kerap keluar kat TV. Kawan nak tengok kartun dan Mari bertarannum kat TV 9 ngan anak kawan pun susoh. kejap-kejap iklan liga tempatan. Kejap melayu, kejap India, kejap Cina. Ada pulok pemain bola, nama Zaidi Che Man... (pekat loghat Kelate) mintak para pemain bola professional kembali ke Kelate main bola...

Kawan tengok kalu Liga perdana Inggeris, Liga Sepanyol, Liga Itali, Liga Belanda dan Liga Perancis agak berbeza sikit. Cuba tengok Liga Bola US sekarang. Padangnya sama tinggi, sama cantik. Penonton boleh bawa kain rentang pasukan masing-masing. Kalau lawan dua pasukan, dua-dua boleh masuk TV. Yelah Ketua pasukan nak tunjuk pasukan mana yang hebat. Pengadil pulak nampak adil ke kedua-dua pasukan. Mana-mana pengadil yang makan rasuah atau tak kelihatan adil akan ditukar.

Ada pulak pegawai FAM cakap - ala.. itu kan liga orang puteh, bola jer bulat tapi cara liga dia lain... Benua pun berbeza jauh... Mana boleh sama kan dengan kita.

Peminat bola fanatik nih - ada jugak yang belajar kat universiti. Dia pun balas semula - tapi yang jiran kita macam Indonesia dan Thailand nih, liga bola sepak dia nampak sama jugak macam Liga Perdana Inggeris. Kedua-dua pasukan bertanding boleh masuk TV dan surat khabar. Pengadil pun adil. Kenapa liga bola kita tak boleh sama macam kat liga bola Thailand dan Indonesia? Kan kita dalam satu benua?

Pegawai FAM cakap - Hmmmmm.... (lama terdiam) Ehh ko diamlah... ko budak Universiti lagi.. apa tau. Kita kan ada wawasan 2020. Kita kena buat liga ni mengikut acuan kita sendiri.

Jadi nampaknya, liga bola tempatan masih lagi berada di tampuk yang sama.

Walaupun ada dua pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana Malaysia tetapi secara hakikatnya satu pasukan lagi kakinya hampir diikat. Dah lah padangnya tak sama rata, penonton lawan tak boleh bawa sepanduk dan bersorak. Sekiranya, penonton pasukan lawan pasang sepanduk dan bersorak, mereka akan dituduh menggangu perlawanan dan akan dirampas sepanduk mereka dan dihalau.

Bila ditanya semula kepada FAM kenapa dan Mengapa?

Ini perlawanan saya sudah tetapkan. Saya yang pilih padang dan saya yang tetapkan peraturan dan awak kena ikut peraturan.

Saya juga yang pilih pengadil. Kalau pengadil buat-buat tak nampak atau terbagi kad kuning saya tak boleh buat apa-apa kerana itu urusan peribadi pengadil di padang itu. Kita kena teruskan permainan yang berat sebelah ini, lepas habis main dan awak tak puas hati awak boleh bawak perkara nih ke Mahkamah.

Kalau awak nak shoot goal dan ada orang alihkan kotak gol itu ke tempat lain. Saya tak boleh buat apa-apa. Ini kan adat permainan. Orang yang alihkan goal tuh yang bayar gaji saya!

Nampaknya yang nampak sama-sama adil di dalam liga perdana tempatan ni cuma bolanya sahaja yang bulat. Tetapi resmi bulat - adakalanya kita di atas - adakalanya kita di bawah.

Ramai penonton yang melihat perlawanan bola ini. Takkan tidak ada orang yang merasa sakit hati dan inginkan sedikit perubahan? Kalau tak banyak...sedikit. Kawan yakin, ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Wallahu A'lam.

7 comments:

Anonymous said...

Lama sudah saya berhenti menonton siaran bola di tv. Lama dulu... selepas era rasuah.

Anonymous said...

tiada kata secantik bahasa
teruskan menulis dr.

Anonymous said...

saya faham apa yg dr cuba sampaikan...masalahnya saya hanya insan biasa sahaja..leh tgk je la...org x professional pun sedar inikan pulak org x pro kan dr?

Dr Azwan said...

acik aminbakish : saya tulis pasal bolasepak - tapi sebenarnya saya tak tulis pasal bola sepak.

anonymous : terima kasih di atas sokongan anda :)

anonymous 2 : masa untuk berubah :)

Anonymous said...

Saya faham sangat 'kiasan' cerita doktor....
Bola....bulan...hehhehe..sama2 bulat. Best!!

Anonymous said...

mule2 sy blur...ingt bola btol

bce lg skali...oik...btol ke bola cmni?

bce lagi skali...hoho!! paham2x!!

hehe!

Anonymous said...

bola tu bulat doktor, sekejap diaatas, skjp dibwh, sekjp kena sepak masuk longkang, kjp masuk gol, apa punya bola la tu...maklumlah liga tempatan, apa2pun jauhilah liga tempatan yg penuh dgn rasuah...jgn ambik player mcn zaidi che man...

Related Posts with Thumbnails