Wednesday, February 27, 2008

Kek Secret Recipe Berkulat!






Assalamualaikum,

Ini cerita terbaru dari PPIM tentang sebuah kedai kek yang terkemuka di Malaysia telah didapati menjual kek yang sudah berkulat. Artikel dan gambar ini untuk tatapan anda.



KUALA LUMPUR - Orang ramai yang 'kepingin' menikmati keenakan hidangan di Secret Recipe haruslah berwaspada dan menitik berat soal kebersihan dan kualiti produk yang dikeluarkan bukan hanya sekadar menilai dari sudut luaran sahaja.

Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar kek yang terpaksa menanggung kesakitan kerana termakan "kek berintikan kulat." Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar kek antarabangsa dan terkemuka kerana menjual kek yang berkulat.

Mangsa mendakwa tertipu dengan kek dan bungkusan yang menarik selepas membeli kek itu di sebuah kedai kek Secret Recipe di Bukit Bintang. Menurutnya, beliau keluar membeli kek tersebut di kedai kek Secret Recipe pada 3 Januari lalu sekitar jam 10.53 malam. Beliau kemudiannya membeli dan terus pulang ke rumah untuk dimakan bersama keluarga tetapi setelah separuh kek dimakan, beliau mendapati bahagian dalaman kek itu telah berkulat.

Akibatnya, beliau bersama keluarga terpaksa dikejarkan ke klinik selepas muntah dan cirit-birit berlarutan dari pagi hingga ke petang. PPIM juga menerima aduan dari orang ramai yang was-was dengan status halal Secret Recipe kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan kek keluaran syarikat tersebut.

Setelah aduan dibuat dan perbincangan antara pihak PPIM dengan Secret Recipe, Secret Recipe telah menawarkan habuan berbentuk baucer bernilai RM200.00 kepada PPIM untuk menutup kes ini.

Sungguh tidak wajar sekali syarikat itu menilai kepentingan pengguna hanya dengan baucer bernilai RM200.00. PPIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan pengguna selaras dengan tanggungjawabnya sebagai sebuah persatuan yang melindungi pengguna dari perbuatan khianat pengusaha-pengusaha yang tidak bertanggungjawab.


Ingatkan canggih sangat sistem bisnesnyaa, rupanya ada juga produk dia yang berkulat. Agaknya terlupa nak letak alkohol dalam kek tuh...
Wallahu A'lam.

9 comments:

Anonymous said...

letak alkohol dalam kek?huhu..biar betol..jadi tak halal tu..

Gerubuk Wanda said...

salam.this is my 1st time visit here...good job...will be my fav blog after this...

Dr Azwan said...

kumb@ng : memang ler tak halal kalu letak alkohol. Macamana nak tahu kek yang letak alkohol ke tak? Yang ni kena tanya chef farid.

wanda : thanks wanda

Anonymous said...

ermm...sya ade gak mkn kek secret recipe ni,kira-kira favourite le tu,kekdg susah zaman ni nak tentukan makanan halal atau pon tak..

Rizza said...

yup..kebykkan kek yg dibuat oleh bukan org Islam....(org putih pun)...memang dlm resepi kek mereka ade kena letak alkohol (rum ke apa2 la yg berkaitan tu..)

hati2 la beli kek kat kedai yg kita tak pasti sapa dia tuan nye kedai tu n bagaimana dia wat kek tu..(biase nye tuan kedai C*** tapi penjual kat kaunter tu melayu...hati la...

dizai said...

Assalamualaikum Doc,
Lama tk singgah, kesibukan duniawi.Dh baca artikel ni kt laman web PPIM. Secret Recipe disahkan halal oleh JAKIM, kira jangan was-was lah.Byk kedai roti/kek muslim yg kita bole bantu. Tgk saudara muslim yg lain rela kluo duit beli donut kt J.Co/Big Apple yg tiada pengesahan halal drpd JAKIM juga yg membeli dibakeri The Bread Story/Bread Talk dan yg menggemari Mexican Bun.. ada halal ke? he he he byk kena "check n balance" ni..

Dr Azwan said...

putri nian : dulu pun ya - sekrang tidak

Rizza : beli kat kedai yang kita tak was was. Rizza belajar buat kek ngan chef farid. Chef Farid pun cakap ada kedai kek letak rum. Bagi tahan lama dan tambah sedap.

Mohammed : saya buat mexican bun. InsyaAllah halal.... Alhamdulillah Secret recipe halal. Dulu selalu jugak beli masa student...

Anonymous said...

Hai..kek tak halal memang jadik masalah umat Islam. Saudara saya pandai buat kek. Harga pun lagi murah . Penggemar kek boleh tel kalau nak orderc.0192609124

Unknown said...

so, ape status secret recipe?

Related Posts with Thumbnails