Monday, March 31, 2008

MARI BOIKOT PRODUK BELANDA


Assalamualaikum.

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.

Saya sendiri telah melihat filem tersebut dan ia menunjukkan tentang Islam yang dikaitkan dengan keganasan. Filem tersebut sangat berat sebelah dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks. Pembunuhan orang Islam di seluruh dunia tidak pula ditunjukkan.

Oleh kerana pembaca di dalam blog ini menghampiri 500 orang setiap hari, saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.





3 Produk utama (yang disenaraikan oleh PPIM) ialah :-
1. Minyak Shell
2. Dutch Lady
3. Philips

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.

Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.

Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Wallahu A'lam.

11 comments:

miss arizona said...

dalam berita tadi ada tunjuk pusat beli belah mydin dah ambil langkah menandakan pelekat merah 'buatan belanda' untuk semua barangan dari belanda. senang nak kenal pasti. promosi percuma untuk mydin sekali ;)

Anonymous said...

bagusnya maiden buat camtu.. harap2semua pasaraya akan ambil langkah yang serupa....

ramai yg tak ambik berat bila suruh boikot.. diorang langsung tak rasa ke betapa sakitnya hati bila islam dipermainkan sesuka hati mereka jerk..

Jie said...

Saya sebagai pengguna kadang²masih belum pasti produck dari negara mana sebab saya beli gula , tepung, ikan, sayur kat pasar kecik2....produck luar negara tak sudi nk tembus..

hehehehee

Shell tu , jelaslah boleh dihindari.

Dr Azwan said...

ezza : semua pasaraya patut buat macam tuh kan. Sekurang2 nya kita tahu mana satu barang yang diboikot

angel_baik: saya akan cuba mencari seramai orang yang boleh untuk memboikot barangan dari belanda

jie : saya ni peminat shell. Nampaknya kena tukar Petronas.

Dr Azwan said...

ezza : semua pasaraya patut buat macam tuh kan. Sekurang2 nya kita tahu mana satu barang yang diboikot

angel_baik: saya akan cuba mencari seramai orang yang boleh untuk memboikot barangan dari belanda

jie : saya ni peminat shell. Nampaknya kena tukar Petronas.

de_kerinchi said...

salam dr azwan,

ramai yang tak tahu shell tu belanda punya..

Jun said...

isk isk, byk jugak brg dia yg akak beli selama ni..hehehe...nk kna cr lain la dah..

Anonymous said...

Pasal nak boikot barang ni memanglah boleh dilakukan. Tapi bagi saya kita memang tidak adil sebab jika agama kita dihina dan dicaci, kita berasa marah. Pernah tak kita terfikir yang kita pun kadangkala macam mereka juga . Pernah atau tidak kita menghina dan mencaci agama lain? Saya rasa setiap kita pernah, jadi semua agama adalah suci kerana kita percaya hanya pada Yang Maha Esa.Saya memang jarang guna barang buatan Belanda kerana saya Love Malaysia. Lagipun saya kurang yakin dengan barang luar negara kecuali pakaian. Jadi kalau nak boikot...silakan

Dr Azwan said...

Anonymous (Penggunaan anonymous tidak digalakkan) : Maaf tuan, saya tahu tuan bukan beragama Islam. Tetapi bagi mereka yang beragama Islam, Islam adalah satu agama yang perlu dipertahankan melebihi agama dan nyawa.

1. Di dalam Islam, Nabi Muhammad dan sekalian Nabi termasuk Nabi Isa dan Nabi Musa, tidak boleh dirupakan wajahnya (tidak seperti agama Kristian) kerana ia seolah-olah menghina mereka kerana kita sebenarnya tidak tahu rupa mereka yang sebenar. Meletakkan gambar bom ke atas gambar yang dikatakan Nabi Muhammad adalah satu penghinaan. Jikalau hendak dimarahkan pengganas, lukislah gambar Osama Bin Laden. Saya yang bukan pengganas tetapi seorang Islam pun rasa marah.

2. Memang wujud perbezaan pendapat di dalam agama. Perdebatan antara agama, memang berlaku. Perdebatan ini (seperti Ahmat Deedat) adalah berdasarkan pemikiran intelek. Bukan penghinaan. Menghina datang daripada out of context. Menggunakan al_qur'an di luar konteks sebagai contoh, membunuh semua orang kafir yang tidak mahu Islam adalah sangat2 menghina dan berada di luar konteks. Malah di zaman Nabi Muhammad, sesiapa yang membunuh orang bukan Islam di dalam pemerintahan Islam tanpa sebab seolah-olah membunuh Orang Islam juga.

3. Keadilan sangat penting di dalam Islam. Orang bukan Islam ada hak mereka yang sama dengan orang Islam. Itulah sebab banyak kes penghakiman pada zaman Nabi Muhammad dan zaman selepasnya menyebelahi Yahudi walaupun Hakimnya adalah orang Islam.

4. Pengganas yang menggunakan Islam di luar sana adalah mereka yang terdesak. Apabila negara mereka di serang dan anak dan isteri, ibu dan bapa dibunuh, tanh diambil, bukan kata mereka, saya dan ramai lagi orang akan bertindak semula. Ia adalah keadaan semula jadi manusia. Anda mungkin ingat tragedi pengganas bermula ketika peristiwa 9-11 sahaja, sebenarnya ia adalah berakar umbi beratus2 tahun sebelum itu. Ketika penduduk palestin di halau dari tanah mereka, ada yang dibunuh dsbg, penduduk bosnia Islam di bunuh beribu2 orang, Orang Islam Checnya dibunuh dan sbg.. mereka ni tidak ada nilai harga di mata dunia. Jadi apabila harimau yang tidur ditembak, mereka akan melawan.

5. Adakah orang Islam bertindak secara terancang menghina kristian, buddha dan Hindu? Ada filem seperti ini diedarkan di internet?. Cuba anda berikan satu filem seperti "fitna" yang dikeluarkan oleh orang Islam kepada orang Kristian, budhha atau Hindu? Orang Islam adalah dilarang menghina agama orang lain.

6. Mengapa ingin samakan Islam dengan pengganas. Kat Malaysia ni nampak ke orang Islam ni pengganas. Ada seseiapa di antara anda yang pernah dibunuh oleh orang Islam kerana anda bukan Islam. Mereka yang mempertahankan hak apabila keluarga dibunuh dan tanah dirampas, adakah anda rasa mereka ini pengganas? Jikalau anak dan isteri anda dibunuh dan rumah dirampas, tidakkan kita semua akan jadi seperti mereka juga? Jikalau mereka ingin menjalankan Jihad ini adakah mereka salah?

7. Umat Islam seluruh dunia tidak bersetuju jika Jihad digunakan di dalam konteks yang sempit sebagaimana yang dijalankan oleh pengganas. Ramai tokoh Ulama' tidak bersetuju dengan pegangan Ekstremis pengebom berani mati dan ada yang berpendapat mereka tidak akan masuk syurga kerana membunuh orang awam dan sbg. Anda kena faham ia bukan daripada Islam, ia adalah kerana desakan kehidupan yang terpikul di bahu mereka.

8. Saya tetap dengan keputusan saya untuk memboikot barangan begara Belanda. Adapun semua umat Islam patut menjalankan Jihad Ekonomi ini untuk mempertahankan kesucian Islam.

wallahu A'lam.

Anonymous said...

Hehehe kenyataan yang sangat menarik, memang saya sangat setuju dengan jawapan nya. Pistol ker parang ker takkan bahaya kalau orang yang menggunakannya tak menjadikan ianya bahaya. Agama atau pun kepercayaan masing2 adalah pegangan dalam kehidupan masing2. Agama islam itu suci dan benar bagi yang menganutnya dan jika orang yang memegang agama islam ni dikatakan pengganas, itu adalah orang nya bukan agamanya.

Islam ada undang2nya sendiri dan manusia ada yang mengikutnya ada juga yang melanggarnya. Hanya kerana segelintir manusia yang melanggarnya disebabkan alasan-alasan mereka tersendiri, perlukan agama yang dijadikan bahan cacian dan hinaan?

Adil tak seandainya seorang dari salah satu kaum membuat kesalahan, seluruh kaum di tuduh dari kaum yang tak baik?Mungkin tidak membeli barangan belada satu langkah untuk menunjukkan betapa kita marah pada filem fitna yang menghina islam. tapi adakah langkah itu bole membuatkan musuh2 islam berhenti dari perkara2 yang mereka lakukan?

Sebab tu keluar la mereka2 yang digelar pengganas, sedangkan mereka ingin membertahu betapa mereka marah pada tindakan musuh2 mereka, cuma dengan cara yang tidak sepatutnya seperti meletupkan diri dan membunuh mereka yang tidak bersalah. Manusia punya kehendak dan nafsu, tidak ingin harta dan tanah dirampas sesuka hati. Sesiapa pun jika dipaksa tahap kesabaran pun akan ada batasannya. Jika hukum dan undang2 yang diletakkan oleh agama pun dilanggar, apa tah lagi hukum dan undang2 yang di buat oleh manusia sendiri...

Mungkin sekarang kita nampak orang islam yang digelar pengganas, bagaimana kah bila orang islam dapat mengusai kuasa dan peperangan dan ada segelintir nya yang merampas hak orang lain, adakah orang yang hak nya dirampas bangkit menentang itu akan digelar pengganas?Dan patutkan agamanya dicaci?

Dr Azwan said...

Terima kasih slashboyz di atas pandangan anda. DI barat, pegangan agama dipandang remeh oleh golongan2 sekular ini. Orang Islam dan ada juga di kalangan penganut kristian dianggap mempunyai tamadun ke belakang atau kuno oleh golongan yang dikatakan moden ini. Jadi mereka sewenang2nya menghina ajaran agama. Geert Wilders sangat risau kerana lebih ramai anak muda di seluruh dunia sedang memeluk ajaran Islam sekarang.

Related Posts with Thumbnails