Monday, June 23, 2008

DI MANAKAH KAUM ADAM?



Assalamualaikum.

Kemana hilangnya pelajar lelaki di IPTA tempatan? Kenapa terlalu berkurangan? Seorang mahasiswa perempuan USIM ditemuramah di radio 24 minggu lepas berkata, Di dalam kelasnya ada 40 orang pelajar semuanya, yang lelaki tak sampai 10 orang.

Adakah baru sekarang baru gejala ini timbul?

Semasa saya di MRSM Kuala Terengganu pada tahun 1993, kelas saya seramai 40 orang tetapi pelajar lelaki hanya seramai 10 orang sahaja. Kebanjiran pelajar perempuan ketika itu begitu ramai sehingga terdapat satu kelas bilangan pelajarnya semuanya perempuan iaitu 5L yang mempunyai nama jolokan 5 Ladies.

Ada seorang professor kejuruteraan memberitahu, pada zaman ini kursus seperti kejuruteraan juga semakin dipelopori golongan wanita. Pelajar lelaki sudah semakin kurang.

Di Maktab perguruan kebanyakan guru-guru 80% terdiri daripada perempuan.

Adakah ini satu "vicious cycle?". Ada pendapat menyatakan bahawa lepasan maktab perguruan ini yang terdiri daripada 80% guru wanita, menjadikan suasana sekolah menengah lebih tertumpu kepada suasana keperempuanan sehinggakan pelajar lelaki kurang berminat untuk bersekolah. Role model guru lelaki pula semakin berkurang.

Pelajar wanita yang lebih cepat matang daripada lelaki lebih mendapat perhatian guru wanita berbanding pelajar lelaki yang nakal dan lambat matang. Biasanya ini menyebabkan mereka lebih berjaya di dalam peperiksaan dan masuk ke Universiti tempatan berbanding lelaki. Ada di kalangan graduan wanita masuk semula ke bidang pendidikan dan menjadi guru. Dan kitaran ini berputar.

Pelajar lelaki lebih lambat matang dan adakalanya tidak suka terikat dengan disiplin. Ramai juga yang kurang berjaya di dalam peperiksaan. Daripada sifat semula jadi lelaki yang lebih tertumpu kepada perkara-perkara teknikal berbanding teoritikal, kebanyakan mereka berada di politeknik dan kursus-kursus vokasional yang menawarkan subjek lebih bersifat teknikal. Ada yang berjaya ke universiti dan mengisi ruang-ruang subjek teknikal di universiti.


Bagaimana dengan Universiti Swasta Tempatan?

Mengikut seorang pegawai kemasukan di Universiti Lim Kok Wing, perkara kekurangan penuntut lelaki ini TIDAK berlaku di universiti swasta. Beliau menyatakan bahawa penuntut yang hebat-hebat dan cemerlang di universiti swasta adalah terdiri daripada pelajar lelaki. Malah bilangan pelajar lelaki di universiti swasta adalah seimbang dari sudut jantina, malah ada juga bilangan pelajar lelaki yang lebih ramai. Walaupun begitu mereka terdiri daripada BUKAN melayu

Oleh itu masalah kekurangan pelajar lelaki di universiti ini adalah terdiri daripada pelajar lelaki melayu sahaja. Bagi bukan melayu, ia bukanlah satu masalah.

Jadi, dimanakah pelajar lelaki melayu kita? Benarkah mereka mengisi ruang-ruang di pusat serenti, penjara dan sekolah-sekolah akhlak?

Itu mungkin sedikit benar kerana penghuni pusat-pusat bermasalah ini hampir 90% terdiri daripada orang melayu.

Bagaimana dengan pelapis pemimpin lelaki yang akan kita pilih 20 tahun lagi misalnya sekiranya perkara ini tidak dibendung? Adakah wajar, kerajaan semata-mata terpaksa menolak kemasukan pelajar perempuan yang lebih pandai semata-mata untuk memberi ruang kepada pelajar lelaki memenuhi bilangan kuota universiti?

Perancangan untuk menyelesaikan masalah ini perlu bermula dari sekolah rendah dan dibawa ke sekolah menengah. Seperti contoh awal tadi, di kelas saya terdapat hanya 10 orang pelajar lelaki berbanding 30 orang perempuan. Jika trend ini berterusan maka inilah juga adalah refleksi bilangan penuntut lelaki dan perempuan di Universiti. Oleh itu mengawal tingkah laku dan pendidikan mereka ketika masih di bangku sekolah adalah langkah yang sangat penting.

Saya berpendapat institusi kekeluargaan di kalangan keluarga melayu Islam di Malaysia perlu diperkukuhkan. Tidak boleh hanya meletakkan beban berat seperti ini kepada guru sekolah sahaja.

Anak-anak lelaki harus kembali diberi banyak tanggungjawab di dalam keluarga, diberi pengawasan yang sewajarnya oleh ibu bapa sama seperti anak-anak perempuan. Kawalan yang terlalu longgar kepada anak-anak lelaki tidak kira dari segi agama, disiplin, akhlak dan pendidikan menjadikan lebih ramai anak-anak lelaki tidak berdisiplin dan tidak faham tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan anak.

Salah anggap bahawa cuma anak perempuan sahaja yang perlu dikawal ketat dan disiplinkan adalah satu cara mendidik yang sudah ketinggalan zaman. Sekiranya insitusi kekeluargaan diberi perhatian yang lebih baik oleh ibu-bapa, maka lebih kurang kejadian negatif berlaku dan ini boleh menyelamat anak-anak lelaki kita dari terjebak ke lembah-lembah hina yang sukar untuk dipulihkan kembali.

Anak-anak remaja kita lelaki dan perempuan adalah cermin masyarakat dan sistem kekeluargaan kita. Buruk perangai mereka maka itulah rupa masyarakat kita yang sebenarnya.

Wallahu A'lam

18 comments:

Anonymous said...

off topik jap..

sapakah nzr yg kenal cikgu fauzi dan cikgu kamal in entry antara 2telinga tu yer..

me..batch 9394 mrsmkt kelas 5H

-adk77-

sakura said...

Salamz.
Mmg saya pun rasa very frustrated with the edu enviroment. Kjaan, percepsi masyarakt juga perlu berubah. Yg pasti, kebiasaanya anak lelaki dimanjakan dengan tidak memberi byk tanggungjawab,walaupun terutama kerja2 rumah. Aspek penekanan terhdp tanggungjawab itu kurang.. thats realiti. In Jpn pula, kalau kursus engineering, ramai orang lelaki, mereka lebih diberi penekanan ttg tanggungjawab as breadwinner utk famili. Walaupun skg masih ramai isteri yg berhenti kerja selepas kawin kerana yg bertgggwb as breadwinnner adelah lelaki.... culture mereka membuatkan si lelaki lebih berusaha bebanding perempuan..

shiha said...

Salam..

Dr. Azwan, saya rasa topik ni dah zaman - berzaman dibincangkan, tanpa sebarang penyelesaian yang menampakkan hasil yang memberangsangkan. Tidaklah bermakna kita tak boleh bincang lagi dan lagi ;) Manalah tau, ada fresh ideas on how to solve this problem.

Saya tetap percaya yang anak - anak muda lelaki kita banyak di pusat serenti, merempit dan di pusat games. Kalaulah ada statistik yang menunjukkan akan keberadaan mereka ini di mana? (Ada kot, cuma tak masuk newspaper).

Dr. Azwan says:
"Pelajar wanita yang lebih cepat matang daripada lelaki lebih mendapat perhatian guru wanita berbanding pelajar lelaki yang nakal dan lambat matang. Biasanya ini menyebabkan mereka lebih berjaya di dalam peperiksaan dan masuk ke Universiti tempatan berbanding lelaki. Ada di kalangan graduan wanita masuk semula ke bidang pendidikan dan menjadi guru. Dan kitaran ini berputar.

Pelajar lelaki lebih lambat matang dan adakalanya tidak suka terikat dengan disiplin. Ramai juga yang kurang berjaya di dalam peperiksaan. Daripada sifat semula jadi lelaki yang lebih tertumpu kepada perkara-perkara teknikal berbanding teoritikal, kebanyakan mereka berada di politeknik dan kursus-kursus vokasional yang menawarkan subjek lebih bersifat teknikal. Ada yang berjaya ke universiti dan mengisi ruang-ruang subjek teknikal di universiti."

Walaupun kematangan boleh menjadi faktor akan kejayaan (atau kegagalan) mereka di dalam peperiksaan, namun pada pendapat saya, bukan itu sahaja sebabnya. Kebanyakan budak lelaki malas. (walaupun ramai yang pandai). Dan sistem pembelajaran dan peperiksaan kita yang mementingkan latih tubi, tidak memberi ruang yang secukupnya kepada budak - budak lelaki ini untuk berjaya di dalam peperiksaan. Sistem peperiksaan kita lebih memihak kepada perempuan yang biasanya lebih rajin walaupun tak berapa pandai.

Satu lagi, dari segi peer pressure, yang merupakan faktor yang amat penting bagi budak lelaki. Tidak sangat bagi budak perempuan. Budak2 lelaki lebih terikut2 dengan kawan2. Kalau rosak kawan tu, rosak jugalah dia. Kalau baik kawan tu, baiklah dia. Saya tak kata semua, tapi ramai yang macam tu. Contoh yang senang, what do you understand by 'social smoker'? Dia merokok bila kawan merokok - supaya tak dianggap asing oleh kawan tu, supaya kawan dia boleh terima dia (walaupun sebenarnya dia kurang suka merokok). Berapa ramai yang sanggup bertegas untuk tidak merokok di dalam bilik yang penuh dengan asap rokok?

Saya sgt setuju bahawa institusi kekeluargaan yg plg penting utk membentuk jatidiri anak - anak ini. Wallahua'lam.

Nazira Noran said...

Jawapannya, lelaki berkualiti makin pupus. Dunia semakin dekat dengan kiamat. Bila nisbah lelaki pun berkurangan, tidak hairanlah lelaki berkurangan di dalam kelas atau Universiti. Hmm.. statistik skrg Lelaki dan wanita 14:1 ke Doktor? Saya pun tak pasti mana satu betul.

Dr Azwan said...

adk77 : nzr... oh nzr...

sakura : hairan juga, kerana kita sebagai melayu Islam, sepatutnya sama dengan lelaki jepun. Kita sepatutnya kerja mencari nafkah untuk keluarga dan memegang tanggungjawab. Mungkin selepas 20 tahun, semua lelaki duduk rumah jaga anak dan perempuan yang jadi breadwinner sebab perempuan lebih berjaya dan berkerjaya.

Shiha : saya juga terdiri daripada golongan malas nak study dulu, banyak main2. Alhamdulillah, cuma ada rezeki sket untuk jadi doktor. Peer pressure tu memang ada benarnya. Kawan adalah cermin kita juga sebenarnya. Birds of the same feather fly together.

Sistem kekeluargaan juga sama penting. Ramai ibu bapa tak ambik berat langsung pelajaran anak. Takder rasa tanggungjawab untuk pergi berjumpa guru, berbincang dengan masalah pelajaran anak. Tak kisah anak berkawan dengan siapa. Pukul 8 malam masih biarkan anak kat luar rumah.

Teringat bapak saya dulu. By maghrib kena ada kat rumah mengaji. Kena rotan kalau baca Qur'an salah. Malam tak boleh tengok TV kena baca buku. Kalau balik malam lepas pukul 10 malam takder sebab munasabah, alamat kena kunci kat luar la.

Lelaki ke perempuan 14:1? study mana tuh yer. Maknanya lelaki ramai tapi kurang kualiti lah yer.

Kalau ikut teori evolusi Darwin, spesis yang lemah (i.e kurang kualitinya) akan pupus berbandig spesis yang kuat. Jadi tinggal lah lelaki yang lebih berkualiti. Masa tuh nisbah lelaki ke perempuan ialah 1:4.... perfect! :) hehe

Mr penyubiru said...

ekceli fenomena nie memang telah berlaku sejak sekian lama. Isu ni sentiasa panas apabila pengajian baru bermula. Setiap kali ada intake, setiap kali tu la isu nie berkumandang. kemudian 2,3 bulan senyap kembali.

Umum, khasnya umat islam tahu kenape fenomena ini berlaku. Rasulullah sendiri telah mengingatkan akan datang pada akhir zaman nanti kaum lelaki melebihi kaum perempuan.

Jahwarhar Nazrin Abdul Rashid said...

Kaum Adam banyak pergi luar negara sambung belajar kot bila dapat tajaan ... =)

Nazira Noran said...

Hihii... saya banyak membaca buku dan rencana tapi lupa pula mana sumber tu. Sebab tu saya tanya doctor balik nisbah lelaki perempuan ni brp skrg.. Sebab tu la Islam izinkan lelaki kawin 4 betul tak? Kesian juga yang tak kawin tu. Nak cari lelaki berkualiti susah pula.. dah la sikit. Tapi yang pasti dalam Quran dan Hadis menyatakan tanda-tanda kiamat ialah perempuan lebih ramai daripada lelaki. Tak gitu? Bukan alasan utama la kenapa lelaki kurang di Universiti. Jadi, lelaki yang berkualiti pun sedikit jelah.. dah la sikit, pupus pula tu. Lepas ni saya nak tanya doctor bagaimana tip dan petua untuk dapat anak lelaki. Boleh? (Sebab saya nak cuba dapatkan anak lelaki ni.. hihi)

Pootz in Boots said...

Di universiti tempatan jer yang kekurangan lelaki agak ketara... tapi yang bab maktab perguruan tu memang patut dirisaukan sebab anak2lelaki kita sekarang ni takde role model kat sekolah mereka. Kalau ada pun, mostly yang ala2 sotong (apologies but that's what's happening in my son's school). Male malaysian students ramai juga abroad. In fact kalau dlm A level/SAM/GMAT/FMAT rationyer agak balance if not more males. Tak perlu risau sangat in that sense. Tapi apa pun situasi, I totally agree with Dr, didikan agama penting. Utk anak lelaki as well as anak perempuan. kadang2 dapat suami elok tapi asas agama yang perempuan tak cukup, susah juga sang suami (anak lelaki kita) nak lentur.

surayya hany said...

sayalah ex-student kelas 5 LADIES di mrsmkt 1993/94. kih...kih..kih.. glamour kelas saya di promote dek dr.azwan. tq.. tq..

saya juga seorang engineer perempuan. tapi masa saya belajar dulu, classmate saya mostly lelaki. di uitm 85% classmate saya lelaki. di ppp 70% lelaki. masa kat kolej mara banting juga mostly student engineering adalah lelaki. malahan ada kelas yang semuanya lelaki saja. our neighbour kat ppp, kelas mekanikal lagi teruk. sorang aje pompuannya. masa saya ambik diploma architecture juga classmate saya + senior2 70% adalah lelaki. so, kesimpulannya tak benar la lelaki tak pandai ataupun tak ramai lelaki kat universiti. cuma in certain programme mcm pendidikan, law & accountancy pompuan lebih dominasi.

Dr Azwan said...

mrpenyubiru : "Rasulullah sendiri telah mengingatkan akan datang pada akhir zaman nanti kaum lelaki melebihi kaum perempuan." - Rasanya terbalik kot. :)

Jawarhar Nazrin : Agaknya lah, itu sebab lelaki kurang. depa pi luar negara lepas tu kahwin ngan orang sana, tak balik-balik terus. Lagi berkurang lelaki berkualiti kat Malaysia. :)

Nazira Noran : Hmm, tips dapat anak lelaki yer.. hmm... selain daripada mencuri kain pelikat daripada keluarga yang ramai anak lelaki... saya tak ada tips lain lah.. betul.. cuba tanya tokki.. nama pun "tok".. dia serba tahu tuh..

Pootz : haa.. baru keluar gambar.. macam kawan saya kat GHKL jer.. sedara kot dengan Dr Shariza? Orang lelaki dah tak minat jadi cikgu kenapa yer.. Menteri Pendidikan kita tak berminat nak kaji ker, takkan sebab tak dapat rotan budak takder org lelaki yg nak jadi cikgu. Kesian kat budak2 kat sekolah. Ada sorang Ustaz tuh, kerja dia multi tasks. Semua dia.. dari ketua program ke jaga disiplin ke jaga sembahyang budak ke sukan ke benda kecik2 pun pengetua suruh dia.. maklumlah dia jer belum kahwin.. lama lama tak larat juga.

Dr Azwan said...

Faya : Terima kasih di atas sumbanngan idea dan fakta. Itu fakta berapa tahun dulu agaknyer tu?

Kelas 5L tak buat reunion ker? Saya nak join boley? Manalah tahu nak cari maskot ker.. hehe. Sara Iriana pergi mana yer? senyap sunyi jer dia. Tak dengar cerita. reunion pun tak datang.

Nazira Noran said...

Laaa.. ingat nak bagi tip betul.. curi kain pelekat je? Bukankah teknologi sekarang ada usaha ke arah itu cuma saya kurang pasti akan kebolehannya.. cuba doctor tengok artikel berita ni..

"Bagaimanapun, kini, tidak dinafikan kemajuan sains dan teknologi membolehkan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan untuk mendapatkan zuriat antaranya menerusi Teknologi Bantuan Konsepsi seperti Permanian dalam Rahim (IUI), Bayi Tabung Uji (IVF)dan Suntikan Sperma (ICSI)," katanya lagi.

Beliau turut berbangga kerana teknologi bantuan konsepsi terdapat di Malaysia terutamanya di agensi kerajaan seperti LPPKN sejak 30 tahun lepas.

"Sehubungan itu, saya berharap kemajuan sains dan teknolgi tidak disalahguna contohnya untuk menghasilkan 'Bayi Rekaan (Designer Baby)' di mana ibu bapa boleh merancang jantina dan sifat fizikal bayi yang bakal dilahirkan.

"Saya difahamkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2005 melarang sama sekali rawatan kejuruteraan genetik ke atas pra-embrio yang melibatkan pengubahsuaian semula jadi seperti rambut, kebijaksanaan, ketinggian termasuk memilih jantina, ini tentu menyalahi hukum alam, batasan agama dan etika kemanusiaan," kata Jeanne.

Atau boleh tengok sendiri artikel penuh ini.. apa komen Doctor dalam hal ini? http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=340143

Pootz in Boots said...

Ahahahah..... Doc dok wonder siapa saya yer? Sebelum ni bukan ker dah post comment as a blogger? Anyways, takde la sedara nama Dr Shariza. My family cuma satu jer terlepas jadi doctor. Pun sedara by marriage. Betul la what u said about male teachers. My son's school (99 students) ada 17 teachers with 4 males, sorang tu sotong. Ustaz pun dah kene tukar. Semua harap kat cikgu 3 orang tu la... yang sotong tu setakat jadi MC buleh la.... Agree with surayya hany, overseas prog. memang well balanced. My PPP batch (tua sesangat nih.... Dr Azwan kat MRSM saya dah grad. dah) dulu mcm tu la... as I said A level/SAM/AAD etc okay jer.... And Doc, tak la diorang tak kawin and duduk obersi la.... sikit jer yangbuat perangai macam tu (err... perempuan pun... i was one of them... hahahahha tapi cepat sedar).
My own diagnose is, environment kat local varsities ni terlalu membosankan and too education oriented. Entry procedures and requirements pun tak flexible. What a put off. I wasn't interested either and that was many moons ago!!

Husin said...

Doc,

Bila membaca pendapat yg mengatakan nisbah lelaki dan wanita ialah 1:14, boleh teruja gak saya. Boleh pasang angan-angan. Kalau tak leh intan terpilih, dapat yg balance2 pun OK gak kot! Ikut teori permintaan dan penawaran..

Tapi bila tengok perangkaan Jab Perangkaan Malaysia, rasa saya tinggal angan-angan je la perasaan teruja tu... Mengikut angka yg dipaparkan, nisbah lelaki dan wanita lebih kurang sama je! Malahan pada tahun 2006 yakni perangkaan terkini, jumlah penduduk Malaysia ialah 26.64 juta dan dari jumlah itu kaum Adam adalah terlebih ramai sedikit. Dari segi nisbah nya ialah, bagi setiap 100 orang wanita terdapat 104 orang lelaki.

Itu di Malaysia keseluruhan nya.. Kalau di KL pula, bilangan orang yg belum berkahwin pada tahun 2000, yakni data terkini yg terbitkan, nisbah nya pula, bagi setiap 100 orang wanita terdapat 109 orang lelaki.

Macam mana ni doc? Teori evolusi Darwin tak leh guna lagi la kat M’sia ni... Mungkin zaman cucu cicit kita nanti kot? Itu pun rasa saya tak akan jadi jugak kot, pasal ramai yg berusaha nak dapat anak lelaki. Contoh nya satu saudara kawan saya. Lagi satu contoh ialah saudari Nazira Noran.

P.S, Doc, Mencuri apa-apa sekali pun biasa nya tak baik tau! Terutamanya, kalau kain pelikat tu adalah kain kegemaran tuan nya. He he.

Pesaka said...

seronok baca komen2 kawan2 dlm blog ni...macam macam. dah lama join blog doc azwan. tapi this is my first time menulis@komen.. biasanya baca jer.. maklumlah info doc baguih... i kaki matematik not science! bab lelaki pompuan ni bincang sampai bila tak habis.. seronok tajuk ni.. ada manusia baik dan tak baik. itu standard lama. bila2 pun. anyway saya anak yang baik dan profesion bun baik tapi tak kahwin2 lagi ... sebab tak pulak jumpa perempuan yang saya kira ok..he he. usia dah nak masuk 39... harap2 kalau ada yang sudi tu, doc tolong rekomenkan lah... nak kahwin tahun ni... sekian. malas nak promo lebih2

Pootz in Boots said...

Hai Pesaka.... macam mana nak tolong2 rekomen kalau blog tak buka to public? I pun ada kakak tak kawin2 lagi dah nak masuk 42 tahun dah... good person, hajah lagi, good job.Sigh....

Kamarul Anwar said...

Salam semua.... pekaba Azwan... Alhamdulillah skang dah jd doc.. Ingat lagi x BUYOO.... satu2nya makhluk lelaki dlm kelas 4L... lepas tu lari ke kelas 4B... terasa jugak nak jumpa blk bebudak batch 93/94 MRSMKT. Azwan ade contact bebudak nie ke?

Related Posts with Thumbnails