Thursday, June 5, 2008

Vistana Condominium Sudah Disewa.




Assalamualaikum,

Maafkan saya sebab dah lama tak menulis. Bukannya apa, rumah sewa saya di Vistana Condominium berdepan HKL sekarang kosong. Tenantnya dah keluar. Kalau tenant keluar, maka saya agak sibuk untuk membersihkan, cat semula, upgrading perabot dan sebagainya.

Alhamdulillah, lokasi Vistana Condo memang agak baik kerana di hadapannya adalah HKL, IMR, di sebelahnya ada Grand Season Hotel dan Monorel Chow Kit dan di belakangnya ada Vistana Hotel dan LRT Titiwangsa. Berdekatan pula dengan IJN dan PUSRAWI.

Sekiranya anda ingin mencari kondominium untuk tujuan pelaburan, cubalah pastikan bahawa kemudahan pengangkutan awam adalah sepelaung sahaja jauhnya dari tempat kemudahan pengangkutan seperti LRT, komuter dan Monorel. Ini bukan sahaja memudahkan anda mempromosi kondo anda, saya amat yakin penyewa yang anda dapat juga adalah lebih berkualiti.

Terdapat lima orang yang telah bertanyakan kondominium saya, seorang doktor dari Brunei, seorang manager hotel reinassance, seorang engineer di Ambank, seorang concierge dari Grand Season Hotel dan seorang lagi peniaga kapal terbang dari Langkawi.

Pada asalnya saya ingin sewakan kepada peniaga kapal terbang melayu dari Langkawi itu. Dia sudah berumur 60 tahun, dan mahukan sebuah kondominium hinggap untuk ke Gleneagles, Ampang untuk rawatan follow up sakit jantung setiap bulan dari Langkawi. Tetapi oleh kerana kondo saya tinggi, maka dia tak jadi. katanya terlalu gayat dan dia pula sakit jantung.

Saya akhirnya sewakan kepada seorang doktor wanita dari Brunei yang terdesak kerana tiada kondominium lain yang berhampiran HKL. Beliau ingin menyewa selama 4 tahun kerana mengambil master di HKL dan tidak pula mempunyai kenderaan. Beliau tinggal berseorangan, oleh itu saya rasa dia adalah calon terbaik.

Sekurang-kurang doktor ni kurang masa di rumah, perempuan melayu pulak tuh, jadi kondo lebih terjaga... dan point paling besar ialah dia orang Brunei.. $$$.... Tapi percayalah.. niat saya ini ikhlas, iaitu memberi perlindungan kepada seorang wanita yang berseorangan. ehem.. ehem.. tidak lebih dari itu...

Sewanya adalah RM 1700.00 sebulan. Ianya bukan murah, jadi penyewa yang dipilih adalah sepatutnya melalui "selection" yang ketat. Bayangkan deposit, utiliti dan advance payment sahaja mencecah lebih RM 6000.00.

Perangai tenant adalah sukar diagak. Mereka mungkin nampak sopan dan baik di luar tetapi rumah kita hancur dibuatnya. Adakalanya mereka mungkin nampak macam kacang hantu - tapi memang cam hantu. Bak kata Rhenesial Leong, Malaysia Queen of Property, kadangkala kita kena ikut gerak hati kita sendiri. Itu pun setelah dipastikan mereka mampu untuk membayar sewa rumah kita setiap bulan dengan pendapatan mereka.

Cara memilih tentant adalah lebih kurang memilih isteri (maaf ye, contoh je). Kalau kita tersalah pilih, kita kena berhadapan dengan masalah dia setiap bulan. Dan kita tak boleh halau dia keluar sewenang-wenangnya.
Pengalaman saya dengan perangai penyewa sudah banyak dan ini betul-betul mengajar saya bagaimana cara memilih tenant yang baik dan lebih dari sekadar gerak hati sahaja. Saya harap dan berdoa kepada Allah agar calon pilihan saya kali ini adalah tepat!.

6 comments:

RinaHisham said...

Hi Doc...
Saya agak tertarik pada artikel ini kerana secara jujurnya saya tidak tahu/bayangkan berapakah kadar sewa di negara kita terutamanya di sekitar KL..pada waktu ini...tetapi kiranya rm 1,700 sebulan saya rasa agak berpatutan memandangkan kondo doc itu terletak di kawasan yang bagus dan lengkap dengan kemudahan..Macam saya yang sekarang menetap di Yokohama...kedudukan Mansion saya ini memang cukup baik..ianya terletak di tengah bandar, jalan ke depan sedikit dah jumpa shopping center dan jauhnya dari sekolah cuma 10 minit memandu..dan yang paling saya suka sekali ialah jalanrayanya begitu lapang dan tidak terdapat pun kesesakan TETAPI sewanya tiap bulan..1/2 juta yen....bayangkan betapa mahalnya di sini..serba-serbi mahal.Apa lagi di sini kos sara hidupnya amat tinggi.

Mr PenyuBiru said...

Tahniah! dah dapat penyewa. betul tu, bukan senang nak cari penyewa yang bagus. kebiasaan, mula² masa nak sewa, pijak semut pun tak mati. tapi bila dah start sewa,time nak bayar sewa, macam² alasan dia bagi supaya dapat bayar sea lambat.kalu kena cenggini,boleh sakit jiwa.huhu..

augen said...

saya cukup jelous la bila Doktor cite pasal property investment nih. Harap-harap satu harai saya akan jaduk cam Diktor jugak.Amin:)

Dr Azwan said...

rinahisham : bunyi setengah juta yen tuh cam besar giler-giler jer.. berapa RM agaknya. RM 1700 tuh tak mahal kalau nak diikutkan. Sebab Bistari condo yang berhampiran harganya dekat RM 2000 - RM 3000. Tak payah cerita lah yang dekat-dekat dengan KLCC tuh kan. Rm 10,000 sebulan tu biasa lah. Agaknya kedudukan kondo saya dekat dengan CHow Kit. So, tempat tuh tak beberapa cun, tuh yang tak beberapa mahal. Walaupun cuma beberapa tapak sahaja dengan HKL.

mr Penyubiru : Penyubiru ni orang Terengganu yang sokong BN ke? Maklumlah Penyu+Biru.. haha.. saja jer gurau. Betul.. betul.. saya pernah tulis dulu.. seorang ibu yang innocent berjaya menghancurkan apartment saya ke tahap kau kau.. jangan percaya dengan wajah...

augen : jealous yang baik bagus... kena start juga walaupun perlahan. Nasihat saya.. baca buku banyak-banyaakk... baru invest. Tanya dengan orang yang dah biasa. Saya banyak buat salah. Jika diberi peluang untuk pusing masa, saya akan betulkan banyak kesalahan saya.

Anonymous said...

RM 1,700.00 tu kira berpatutan lah dengan lcation nya.. saya selalu pergi Chow Kit, tapi tak pasti kondo Doc tu yang mana satu yea.
Walau cam na pun, tahniahlah dapat tenant yang tinggal seorang , compare to family atau group bujang..
Entah bila kala lah saya nak dapat property di tengah bandar KL ni.. s

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails