Monday, June 9, 2008

NGV sebagai alternatif Petrol.




Assalamualaikum,

Seperti yang telah dimaklumi, kerajaan telah menaikkan harga petrol kepada RM 2.70, suatu kenaikan sebanyak 30% kenaikan daripada harga RM 1.92.

Seperti artikel yang saya tulis terdahulu, peningkatan harga minyak Malaysia akan menyebabkan peningkatan tarif elektrik. Ini adalah kerana TNB bergantung kepada syarikat IPP iaitu independent power provider untuk membekalkan tenaga elektrik kepada TNB. Peningkatan harga minyak menyebabkan peningkatan kos pengeluaran tenaga kerana IPP menggunakan minyak di dalam menghasilkan tenaga.

Oleh hal yang demikian, peningkatan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana mustahil syarikat IPP akan menghiraukan harga kos yang meningkat. Selaku syarikat yang mementingkan keuntungan, kos yang meningkat di IPP akhirnya akan diserap oleh TNB. Ini menyebabkan kerugian kepada pihak TNB.

Penurunan keuntungan ini menyebabkan saham TNB yang semakin menurun di pasaran. Kos akhirnya terpaksa juga kembali diserahkan kepada pengguna dengan cara peningkatan harga tarif apabila TNB tidak mampu atau tidak mahu lagi menanggung peningkatan kos.

Apakah cara lain seseorang di Malaysia untuk mengurangkan lagi penggunaan petrol pada kenderaan masing-masing?

Cara yang paling murah tetapi berkesan adalah menukar kepada penggunaan NGV (natural gas vehicle) atau lebih mudah penggunaan gas. Buat masa ini harga gas di pasaran Malaysia ialah RM 0.60 seliter.

Natural gas juga adalah alternatif terbaik kepada petrol kerana pencemaran karbon dioksida yang rendah berbanding petrol.

Isu pengubahsuaian enjin daripada petrol kepada NGV melibatkan kewangan sebanyak RM 2500 - RM 3000 untuk kenderaan biasa dan sehingga RM 6000 - RM 7000 kepada MPV menyebabkan hasrat orang ramai untuk menukar kepada NGV juga terbantut.

Bukan itu sahaja, stesen minyak yang menyediakan kemudahan NGV juga adalah sangat kurang. Malah, di Pahang dan sebagaimana negeri-negeri yang lain, hampir tiada stesen minyak yang menyediakan kemudahan NGV.

Oleh hal yang demikian, cadangan untuk memberi subsidi kepada kemudahan pengubahsuaian enjin kenderaan kepada NGV untuk mengurangkan kos pengubahsuaian dan memperbanyakkan lagi kemudahan stesen minyak yang menyediakan NGV di seluruh negara sebagai salah satu alternatif bahan bakar yang lebih murah amatlah dialu-alukan.

Salam.

8 comments:

ima said...

ALHAMDULILLAH,saya sempat install NGV one week before "BALA minyak", syukur sangat, sgt jimat tapi buat kat kancil je coz kete ni yg full utilized, yg satu lg tak sempat nk buat (avanza) tp la ni cost intall pun dah naik kot sbb last time tanya RM 4800, la ni tak tau la pulak brape???? Tapi worth it, x sampai 1 yr dah balik modal, lg pun minyak akan di revised based on monthly kalau tak silap saya. Dan kerajaan subsidi hanya rm0.30 je, kalau global price regenya RM 3.70 seliter, kite kena byr 3.40, betul tak doc????

Amalina said...

Ada pendpt lain mengatakan, harga NG tu pun adalah harga subsidi. Petrol dan diesel dah naik harga, NG juga tunggu masa, plus kalau ramai pengguna, kos nak tambah stesen gas mungkin bertambah.
Entah le...

Dr Azwan said...

ima : nasib baik Pak lah kata minyak dah tak naik dah sampai akhir tahun. Doa lah minyak turun harga lagi 4-5 bulan. Dengar kata kalau nak install NGV kat MPV kena sampai RM 7000. Mahal jugak tuh.

Amalina : kalau NGV naik ke RM 1 pun masih ok lagi. Tak kisah kos atas stesen minyak bertambah, asalkan kos kepada kita tak bertambah. Lagipun stesen minyak mesti untung kalau pasang pump NGV. Orang skarang dah ramai guna.

udin said...

Kita ni selalu dipermainkan..kejap ckp bulan lapan nak semak harga petrol...tup2 bulan 6 dah naik... paklah cakap tak naik lagi tahun ni...aku tak berapa nak percaya... kalau harga minyak dunia turun pun aku tak berapa percaya harga minyak kat sini turun gak...lagi2 kalau harga barang dah naik tak mungkin dia turun lagi...semua nak ambik kesempatan...satu lagi khir toyo ckp peralihan petrol kepada ngv tak sesuai...aku tak paham kenapa dia ckp camtu...

Dr Azwan said...

udin : nak tahu jugak kenapa conversion ngv to petrol tak sesuai. Ada org kata enjin cepat rosak. tapi tak der pulak orang komplain dalam paper

udin said...

Menurut Tun Mahathir..ngv sebenarnya lebih mahal dari petrol...itu kata dialah.. oleh itu menurut pandangan saya secara teorinya subsidi utk bahan ini adalah lebih besar dari petrol utk seliter...sekarang ni tak ramai yang guna ngv jadi beban subsidi yg ditanggung tak lah sebesar mana...oleh itu jika semakin ramai yg guna ngv ni makin banyaklah subsidi yg kena tanggung... macam tu lah agaknya sebab diaorg ckp tak sesuai... agaknya nanti kalau dah ramai guna ngv harganya akan naik, mungkin sama harga dgn petrol. Terfikir tak kita kenapa kerajaan tak paksa aje proton atau produa keluarkan kereta siap dgn NGV.. sebab nak jaga periuk nasi kerajaan atau tak nak galak penggunaan NGV? Kenapa mesti nak bergantung dgn petrol...kan ngv lebih mesra alam dan murah...kenapa kerajaan lebih nak bagi subsidi tunai dari bagi subsidi tukar NGV...nak ikut indon agaknya kot. Kenapa kerajaan kena bagi jugak subsidi kepada stesen2 minyak lain mcm shell, bh petrol, caltex dll...pada saya biarlah subsidi utk minyak petronas saja. Stesen lain ikut harga pasaran... barulah adil...siapa yg banyak duit isilah kat stesen minyak lain...yg golongan pertengan dan kebawah ni isilah kat petronas...entahlah..pelik jugalah keadaan sekarang ni. Kejadian curi minyak pun dah menjadi2..terbaru motor saya kena curi minyak. Takde tinggal setitik pun. Sebelum ni tak pernah ada pun. Ini baru kesan mikro kenaikan harga minyak...kita tengok aje kesannya beberapa bulan mendatang ni...

Sollie said...

kerajaan sibuk galakkan orang kite tukat gune NGV. tapi, nk jumpe petrol pam ade jual NGV punyer lah susah. abis, nak beli gas tu nanti kat mane?
lagi 1, betul ke harge NGV yang skarang ni harga subsidi? berape harga yang tidak disubsidikan?

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails