Tuesday, June 10, 2008

Kos Rawatan Pula Meningkat?




Assalamualaikum,

Klinik Idzham tempat saya bekerja mengumumkan beberapa langkah baru untuk mengurangkan perbelanjaan disebabkan oleh peningkatan harga minyak dan tarif elektrik.

Di antaranya ialah untuk menutup lampu-lampu di lapan cawangan klinik kecuali 2 cawangan baru. Menutup aircond-aircond yang tidak digunakan kecuali di kawasan dispensari ubat. Semua pengubahsuaian untuk mencantikkan klinik juga dibekukan buat sementara. Pengambilan staf baru juga terpaksa dibekukan buat masa ini.

Beberapa harga ubat-ubatan juga nampaknya akan dinilai semula. Yang terbaru ialah peningkatan harga vaksin meningococcal ACWY untuk Haji.

Yang baik juga ada. Gaji-gaji doktor lokum akan dinaikkan kepada RM 40 sejam berkuatkuasa minggu hadapan. Insentif setiap pesakit dikekalkan. Kemungkinan elaun COLA juga akan dinaikkan kepada para kakitangan klinik tetapi masih belum diputuskan.

Perubahan-perubahan ini tidak hanya terbatas di klinik tempat saya berkerja. Saya amat yakin, syarikat-syarikat lain secara umumnya sudah mula mengawal perbelanjaan mereka dengan lebih berhemah untuk menampan kenaikan minyak dan kadar tarif elektrik.

Kadar inflasi yang meningkat ekoran dari itu menyebabkan kuasa membeli menjadi kurang. Harga barangan akan meningkat sedangkan pendapatan tidak berubah. Rakyat terpaksa berjimat cermat dan menyimpan. Ekonomi akan menjadi perlahan dan lembab. Kemungkinan banyak syarikat akan merasa kesannya akibat jualan yang semakin berkurang. Ada kemungkinan syarikat boleh tutup dan akhirnya memberhentikan ramai pekerja kerana kelembapan ekonomi.

Kos perubatan tidak akan menurun malah akan terus meningkat terutama di Hospital Swasta. Jika dahulu, rakyat Malaysia akan memilih untuk melahirkan anak di Hospital Swasta walaupun terpaksa mengikat perut? Adakah itu tetap akan berlaku?

Saya pasti lebih ramai rakyat Malaysia akan berkunjung ke Hospital Kerajaan kerana Hospital Swasta bukan lagi satu pilihan. Warga asing pasti tetap akan membanjiri hospital kerajaan walaupun dengan kadar harga yang sedikit mahal dari warga tempatan. Ini lebih baik daripada dirawat oleh hospital swasta yang lebih mahal.

Syarikat-syarikat ubat juga akan menaikkan harga kerana kos pengeluaran mereka yang meningkat. Persoalannya sejauh mana Malaysia akan memberi subsidi kesihatan kepada orang ramai? Adakah insuran kesihatan boleh menampung peningkatan kos perubatan yang bakal mendadak naik tak lama lagi.

Adakah Malaysia akan mengikuti jejak langkah Indonesia dengan menjadikan farmasi (apotek) sebagai satu badan swasta. Setelah pesakit diperiksa secara percuma di hospital kerajaan, mereka boleh membeli ubat di mana-mana farmasi di luar dengan harga ubat di atas tanggungan sendiri oleh pesakit. Oleh itu kerajaan masih boleh mengekalkan bayaran subsidi RM 1.00 kerana tidak perlu lagi menanggung kos subsidi ubat untuk pesakit luar.

Atau pengasingan farmasi tidak berlaku tetapi pesakit mungkin terpaksa membayar harga kos ubat yang meningkat. RM 1 mungkin akan menjadi RM 25 tidak lama lagi?

Bagaimana dengan bayaran di wad-wad? Mungkin caj bayaran RM 3 sehari untuk wad kelas 3 akan dinaikkan kepada RM 30 sehari? ataupun bayaran-bayaran yang dahulu dimansuhkan untuk penyakit-penyakit tertentu seperti kanser dan warga emas terpaksa dikenakan secara minimum?

Ini merupakan kemungkinan yang ekstrim. Jikalau harga petrol mencecah RM 200 setong, nampaknya kerajaan terpaksa berbuat sesuatu untuk memikirkan apa lagi subsidi yang harus diberhentikan kepada rakyat ini. Dan salah satu subsidi yang besar ditanggung kerajaan ialah subsidi kesihatan.

15 comments:

abahfateh said...

Dr Azwan,

Pada saya, kenaikan harga minyak memang sudah dijangka dan akan terjadi. Cumanya bila ada elemen kejutan sebegini yang menyebabkan kita panik dan cemas.

Ripple Effect yang berlaku adalah kenaikan harga barangan dan juga perkhidmatan. Ini menyebabkan ramai orang mengeluh. Kenapa mengeluh, kena tanya diri sendiri. Kalau mengeluh kerana hutang keliling pinggang dan kuasa membeli semakin mengecil, jangan tuding jaring pada kerajaan dulu.

Cumanya, tidak ada penyusunan untuk harga buruh sendiri. Semua naik kecuali harga buruh. Baik untuk kakitangan awam mahupun swasta. Ada kita dengar mana2 syarikat naikkan gaji pekerja, susun semula elaun dan sebagainya? Setakat ini tidak ada kecuali daripada catatan Dr untuk menaikkan COLA dan sebagainya.

Itulah sepatutnya berlaku. Kenaikan harga barang/perkhidmatan tidak diseimbangkan dengan nilai pendapatan kebanyakan rakyat.

Wallahu'alam
Abahfateh - http://abahfateh.blogspot.com

Amalina said...

Entahle, sy mmg lbh gemar hospital kjaan dari swasta. Org kata dulu hospital kjaan layanannya teruk. Tapi setakat pengalaman saya, tak teruk pun, free pulak tu. Docs n nurses friendly je.
Nway, kenapa harga minyak naik, harga brg dan pengangkutan mesti juga naik di Msia? Di sini (Jepun), harga minyak naik juga tapi harga brg tak naik pulak. Tambang public transport pun tak naik. Kenapa ye? Hmmm....

Mr PenyuBiru said...

harap² kenaikan kos kesihatan nie selari ngan kenaikan servis yg disediakan.

debu-papa said...

tindakan mengurangkan kos operasi begini mmg dipuji - at least tak membebankan pesakit yg dah sememangnya sakit..

tetapi, saya tak nampak kemungkinan berlakunye pengasingan farmasi dan hospital buat masa nih.

kerajaan nampaknya terpaksa menanggung subsidi kesihatan, sbb rata2 yg ke hospital bukan dlm golongan yg ada budget atau insurance, dan banyak orang2 berpendapatan rendah/sederhana.

kalau ini berlaku, maksudnya insurans kesihatan akan jadi mandatori kepada sumer rakyat. super extra kos utk rakyat.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Dr., sorry keluar daripada topic. Boleh Dr. explain pasal strawberry birthmark? Adakah ia merbahaya?

Anonymous said...

Dr., sorry keluar daripada topic. Boleh Dr. explain pasal strawberry birthmark? Adakah ia merbahaya?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Azwan said...

Abahfateh : Saya mengeluh kerana duit simpanan saya kat ASB cuma naik 3% sahaja tiap tahun sebab inflasi dah naik 5% (kalau 8% keuntungan). Kalau inflasi naik 7% maka, untung 1% jer. Kalau PNB rugi banyak, mungkin dividen ASB jadi 5%... -2% pulak lagi rugi. Harap BLR tak naik, kalau naik rumah ngan kereta pun kena...

Amalina : itu pun sya musykil. Agaknya sebab penguatkuasaan di Malaysia yang sangat teruk menyebabkan semua orang boleh suka hati naik harga sahaja dan kerajaan nampaknya tak boleh buat apa-apa dan akhirnya pasrah dengan sistem kapitalis yang begitu kuat.

mr penyubiru : servis mungkin sama atau mungkin jatuh. Sebab makin ramai orang ke hosp kerajaan makin ramai pesakit dan beban kerja meningkat. Makin ramai muka yang masam.

debu-papa : memang betul. Hospital kerajaan banyak cater kes warga tempatan yang tak mampu. Tapi wd bersalin penuh dengan bukan warga negara pada waktu2 tertentu. Ada juga pesakit yang terima rawatan HKL parking kereta mercedes kat parking pesakit. Biasa lah tuh.

anonymous : Puan, saya terpaksa delete 2 komen daripada 4 komen puan yang sama. Lebih baik kalau ada nama samaran digunakan.
Strawberry birthmark atau nama lain strawberry naevus adalah tanda lahir yang disebabkan oleh simpulan salur darah di bawah kulit. Pada kebiasaannya ia kecil dan semakin membesar mengikut umur. Setelah beberapa tahun, ia akan semakin pudar dan hilang.

Amalina said...

Dr. Azwan, baca Utusan Malaysia hari ni? 'Makan apa saja, bayar cuma RM2'. Kata peniaga tersebut dia belum berniat nak naikkan harga kerana masih boleh dpt untung. Sy berpendpt, peniaga lain juga sama, masih boleh untung tanpa menaikkan harga jualan walaupun harga minyak naik. ....

Pootz in Boots said...

I'll vouch for government hospitals anytime. But I think the fees for foreigners should be increased further and the fees for Malaysians who can afford to pay a bit more should also be considered. I myself don't mind paying more. And one more thing, government hospitals should reconsider the types and prices of medicines given out (for free) by hospitals because most of the medicines are top of the range types...... tax payers money tu......

~~NyeTTo~~ said...

i really do not care much for my medical bills and will always prefer for the private hospital due to my company's medical coverage is only applied for them (private hospitals n clinics)... so i guna je laa kan... plus; it costs me nothing!! huhu...

mak iti kwn yus said...

Aslm

Aku saja nak menyibuk.. aku rasa kita tak payah nak fikirkan psl harga minyak yang naik mendadak. Ini semua spekulasi oleh Yahudi..maa. Arab Saudi kata minyak byk even diorang dah doublekan pengeluaran. Idris Jala pun cakap..hedge fraud sbb dia kata harga minyak sebenarnya jauh lebih murah.Aku rasa ekonomi memang affected sbb promosi Mas tambang murah pun extendedkan sebulan lagi. Kitorang nak pergi bercuti-cuti ni pun tangguh lah.
Aku rasa yang ada byk duit kat ASB, pergi beli emas pulak. Buka akaun gold saving account kat mana-mana bank. Harga emas jarang jatuh. Dulu harga 30++ sekarang dah dekat 100 ringgit. Beza byk tu. Drpd beli emas byk2 utk bini, pergi beli emas yang ni bullion 999.9 purity.Bagi aku subsidi yang depa cakap ni bukan subsidi dalam erti kata yang sebenar. Kalau hang pergi tangkap ikan yang byk kat lautan tu dgn harga kos 1.00 lepas tu hang jual kat orang M'sia rm10.00 w/pun harga pasaran dunia rm15.00 hang dapat untung 9.00 ke atau rugi 5.00? Mestilah hang untung 9.00 ma.. Disebabkan petronas ni milik kerajaan barang naik, jadi ikut depalah nak unjurkan untung sekian-sekian kalau naikkan harga sekian-sekian. Alasan-alasan nak bagi improve public transportation masa diorang naikkan 0.30 tahun lps pun tak tercapai lagi(DS Khir Toyo pun cakap mcm ni) so apa juga alasan tu aku tak leh terima lagi.Bagi aku kebajikan terbaik, paling mudah, paling adil, paling merata adalah dgn menurunkan harga minyak. The Star kata yang paling teruk affected adalah pendapatan isi rumah yang kurang rm4000. Masa Mahathir dia naikkan sekali je itupun naik 0.10 je. Masa Pak Lah ni, ini kali ketujuh dah.
Sabar2 je. Tahniah kepada kita yg mengundi kerajaan barang naik masa pru yang lepas!

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Kisah Sukses said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

Related Posts with Thumbnails