Thursday, June 26, 2008

Tatu (Tattoo) - Masalah dan Perawatannya




Assalamualaikum,

Semalam saya didatangi oleh 2 orang wartawan surat khabar sinar yang ingin menemuramah saya tentang tatu dan bertindik badan untuk diterbitkan di dalam akhbar mereka. Mereka membawa isu tatu dan bertindik badan ini kerana ini adalah gejala kurang sihat yang semakin merebak di kalangan anak muda kita.

Tidak dinafikan budaya bertatu dan bertindik badan di kalangan remaja muda Islam kita semakin meningkat. Saya rasa kita kena sama-sama menegur sesama kita terutama ahli keluarga kita sendiri.

Oleh kerana saya pernah bekerja di HKL di dalam bidang plastik surgeri dan mempunyai sedikit pengalaman perihal tatu, izinkan saya untuk berkongsi dengan anda berkenaan hal tersebut.


DEFINISI TATU

Untuk pengetahuan anda, tatu adalah satu perkataan yang berasal dari samoa iaitu "tatau" yang bermaksud untuk menanda atau untuk mencacah dua kali. Makna ini berkait rapat dengan cara orang Samoa membuat tatu di badan mereka. Tetapi ini tidak menunjukkan bahawa bangsa polynesia yang mempelopori tatu. Secara sejarahnya, tatu telah diamalkan hampir 5000 tahun sebelum masehi.

Dari sudut sains, tatu adalah proses di mana pigmen warna dicacah ke dalam lapisan kulit yang dalam dipanggil dermis. Lapisan di atas dermis iaitu epidermis adalah lapisan yang sering berganti-ganti, tetapi lapisan dermis adalah lebih tetap.

Dengan reaksi pencacahan tatu menggunakan jarum, maka tindak balas badan menyebabkan pigmen tersebut diperangkap oleh sel-sel dipanggil fibroblast (sel parut) di kawasan dermis dan menjadi stabil dengan warna kulit.


KENAPA BERTATU?

Agama dan Spiritual.
Tatu dibuat kerana beberapa sebab. Di antaranya adalah kerana hubungan spiritual dan agama seseorang. Pada sesetengah agama tatu boleh menghalau hantu dan syaitan. Di dalam cerita Ripley's Believe it or Not, seorang lelaki yang merasakan dirinya adalah jelmaan harimau, telah mentatu seluruh badannya dengan belang dan warna harimau.

Budaya
Kaum Iban di Sarawak mengamalkan tatu terutama di kalangan pahlawan mereka waktu dahulu. Ini menunjukkan semangat keberanian dan kepahlawanan mereka.

Identifikasi atau pengenalan
Kumpulan Yakuza iaitu satu kumpulan mafia Jepun dikenali kerana tatu mereka yang mereka pakai. Di Malaysia terdapat kumpulan kongsi gelap (biasanya cina) yang mencacah tatu di badan mereka sebagai tanda satu kumpulan. Ada juga tatu yang bersifat rank atau pangkat.

Jikalau tatu helang atau tatu harimau, maka pangkatnya adalah tinggi sedikit daripada tatu ular. Atau tatu naga yang paling tinggi pangkatnya di kalangan semua tatu contohnya. Tentera Nazi juga pernah menanda golongan yahudi dengan tatu dengan nombor semasa peristiwa holocaust dahulu sebagai tanda pengenalan.

Kosmetik
Ada orang yang mentatu kawasan kulit yang bermasalah untuk menutup kelemahannya. Walaupun tidak bagus sebenarnya mentatu kulit yang bermasalah, tetapi seorang wanita di barat telah mentatu separuh badannya kerana masalah kulit yang dihadapinya ketika terkena cahaya matahari.

Perubatan
Tatu mempunyai kurang indikasi di dalam perubatan. Seseorang yang menjalani pembedahan mastektomi iaitu buang payu dara kerana kanser, kemudian menjalani pembedahan semula untuk rekonstruktif payudara. Salah satu cara untuk membina puting susunya dengan cara mudah adalah melalui cara tatu.


RISIKO DAN MASALAH

Jangkitan
Jangkitan adalah masalah utama tatu. HIV dan Hepatitis adalah jangkitan virus yang boleh menyebabkan kematian. Ini disebabkan penggunaan jarum yang sama bagi pelanggan-pelanggan. Jangkitan kulat dan bakteria juga boleh berlaku dan mengakibatkan luka susah sembuh dan kadangkala bengkak dan bernanah.

Oleh itu mereka yang menerima tatu tidak dibenarkan menderma darah di Malaysia dan banyak negara di dunia selama 12 bulan selepas kali akhir ditatu.

Alahan
Alahan kepada bahan dakwat yang digunakan boleh terjadi. Ini boleh menyebabkan kegatalan. Ada sedikit insiden tatu menyebabkan alahan teruk seperti sesak nafas.


BAGAIMANA MEMBUANG TATU

Akhirnya sampai di tempat isi yang ingin saya sampaikan kepada pembaca.

Ada segelintir anak-anak muda melayu Islam kita yang belajar di luar negara yang pulang dengan hadiah tatu kepada ibu bapa mereka. Ada ibu bapa yang "cool" tidak beberapa mengendahkan sangat dan buat-buat suka. Ada ibu bapa yang terkejut "panda" dan beristighfar banyak-banyak. Tiada apa yang boleh dilakukan sangat ketika itu.

Titik pertukaran penting cuma berlaku iaitu ketika mereka ingin mendirikan rumah tangga. Masa tu ingin kembali ke jalan yang benar. Nak menjadi suami perlu sedikit ilmu di dada. Buka semula al-Quran. Buka semula kitab fekah. Baca rukun nikah.

Tiba-tiba terfikir tatu besar di lengan, macamana nak berdepan dengan kadi dan bakal mertua. Malu kalau ternampak. Mulalah di dalam kepada ligat berfikir. Bagaimana nak membuang tatu.

Terdapat pelbagai cara membuang tatu.

1. Cara yang paling berkesan adalah menggunakan laser. Terdapat 3 jenis laser yang kami gunakan dulu di plastik surgery iaitu Alexandrite, ND Yag dan Intense Pulse Light. Ini adalah cara yang paling berkesan kerana setiap laser mempunyai ciri unik dan jarak gelombang yang tertentu untuk membuang tatu.
Apa yang laser akan buat apabila dipancarkan, ia akan menguraikan pigmen warna di dalam dermis. Dan proses ini menyebabkan sel badan bertindak dengan "memakan" pigmen warna yang diuraikan itu.

Walaupun begitu, proses ini mengambil masa beberapa sesi (mungkin 5-6 sesi atau lebih) bergantung kepada jenis tatu dan besarnya. Ia juga agak sakit berbanding mencacah tatu itu sendiri walaupun krim bius digunakan. Jika dijalankan di klinik atau hospital swasta ia boleh melibatkan kos yang besar setiap sesi.

Parut yang ditinggalkan oleh rawatan laser boleh menjadi kekal dan tidak cantik. Ada sesetengah kulit yang sensitif terutama kulit gelap, parut yang ditinggalkan mungkin lebih gelap (hyperpigmentasi) atau lebih cerah (hypopigmentasi) daripada warna kulit asal.

Warna hijau, kuning, merah yang digunakan di dalam pencacah tatu professional adalah lebih sukar untuk dihilangkan menggunakan laser, mungkin kerana jarak gelombang warna yang berbeza atau jenis dakwat yang digunakan. Warnah hitam dan biru lebih mudah dihilangkan. Ini menyebabkan tatu tradisional yang biasanya menggunakan dakwat biasa atau nila lebih mudah dibuang.

2. Ada juga cara lain iaitu melalui pembedahan. Saya pernah melihat seorang budak perempuan berumur 17 tahun ingin membuang tatu di Hospital Kuantan dulu. Kulit tatu yang ingin dibuang akan "disiat" sehingga ke level dermis (tak sakit sebab ada bius). Lepas itu akan ditampal dengan kulit yang baru yang diambil dari anggota lain (sekarang ada 2 parut pula). Cara ini lebih pantas dan dilakukan di kawasan yang tiada perkhidmatan laser. Walaupun begitu parut yang ditinggalkan adalah hodoh.

3. Selain dari 2 cara ini saya tiada pengalaman. Tetapi saya ada terjumpa seorang askar yang menggunakan kapur simen yang panas tu untuk "membakar" tatunya. Kesannya mungkin hilang sedikit tetapi ia telah meninggalkan parut yang sangat hodoh.



NASIHAT SAYA

Pertama sekali mencacah tatu adalah satu dosa. Ini dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, "Daripada Ibnu Umar, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan, yang menyucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu."

Sekiranya, anda ingin bertatu, tolonglah baca artikel ini dan fikir 1000 kali. Ia adalah satu perbuatan mensabotaj diri sendiri. Malah sabotaj ini boleh dikategorikan hampir kekal. Sekiranya anda ingin membuangnya, ia akan meninggalkan parut yang boleh menghantui anda seumur hidup. Parut fizikal boleh ditutup dan dibuang, parut mental kekal ke akhir hayat.

Bukan itu sahaja ia juga melibatkan pembaziran wang yang besar. Dulu anda membuang wang untuk mencacahnya sekarang anda membuang wang untuk membuangnya.

Ingatkan Allah dan ibu bapa sebelum anda mentatu diri anda. Ramai di kalangan orang yang ditatu menyesal tidak sudah setelah ditatu dan terpaksa menerima hakikat hidup dengannya seumur hidup. Sebagai anak, anda sendiri tidak mahu sekiranya suatu waktu akan datang anak anda sendiri pula mentatu diri.

Pendekata ini adalah budaya barat ikut-ikutan yang terlalu mengagungkan hedonisme, tidak bermanfaat, menyakitkan, membazir dan menjatuhkan maruah. Janganlah gunakan tatu di atas alasan meningkatkan personaliti, kebebasan dan keremajaan kerana ini adalah cara hidup orang yang rosak akhlak di barat. Ia adalah cuma taktik komersial mereka untuk mengaut untung dan anda sendiri yang menerima padahnya.

Wallahu A'lam.

Artikel ini ditulis oleh Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk www.drazwan.blogspot.com.



26 comments:

Putra Hj Mahmud said...

saya kalau jumpa orang nak buang tatu, senang je doktor. takpayah belanja besar2. iron dengan sterika sampai dah tak nampak tatu tu. modal dia jerit je la...

Desperado said...

Saya sokong putra hj mahmud...tak pun potong jer tangan ke kaki...yag bertatu tu!

www.pilihananda08.blogspot.com

suraya said...

bagus artikel yang ni..

Dr Azwan said...

putra hj mahmud dan desperado : ganas btul hangpa duorang ni. Takut saya nak stereka - Kang jadi kes nirmala the 2nd. hehheh

suraya : thanks.

Anonymous said...

hemmm...elok2 tuhan bagi tubuh badan yang cantik dan sempurna depa gi cacatkan sapa suruh...tak pasal2 kena cacatkan lagi 2nd time...tu namanya tak fikir dulu sebelum buat...apa2 hal pun back to the ajaran islam.
pn.faz

Pootz in Boots said...

I have a few friends (read: Muslims,allegedly) who had themselves tattooed masa belajar kat UK. Subhanallah.... basically masa buat tu tak kaji pasal dosa merubah ciptaan, dosa tak sah mandi wajib, dosa tak sah ibadat khusus kalau mandi wajib tak sah etc etc etc.... buat ikut2, suka2, thrilled, daring.... ada juga yang masih tak buang benda tu dengan alasan "darurat". Darurat kepala otak berjambul diorang la. Sama2 la kita ingat mengingati nanti.

nha said...

dr,setahu saya hypopigmentasi=warna kulit yang cerah bukan yg lebih gelap..
artikel ni mmg berguna sebab sesetengah org tak tahu tatoo tu berdosa n susah sgt nk buang...:)

Dr Azwan said...

Pn Faz : betul.

Pootz : Apa yang darurat tuh? Nak tahu gak. Abis diorang skarang camne? Tak nak buang ker?

nha : terima kasih nha. Saya tak perasan kesalahan itu. Saya betulkan. :). Itu lah yang nak saya sampaikan kepada orang.

abahfateh said...

darurat? kalau non-muslim masuk muslim dan sedia bertatu bolehlah maafkan.... ini dah memang muslim, kenalah usahakan hilangkan ia.

Pootz in Boots said...

Hmmm.... tak pernah dengar ker alasan2 bongok orang2 yang dah memang tak reti2 pasal hukum agama? Golongan yang memandai2 meletak hukum yang sah2 halal haram, as the opposite.
Tu la Doc, ada la 2 kenalan (nak ngaku kawan pun tak sedap sebenarnyer). Masih ada lagi tatu kat badan. "Darurat" sebab akan mencacatkan/menyakitkan diri mereka, or so they claim. Dah puas dah kami2 ni cakap.

Dr Azwan said...

Abahfateh : betul tu :)

Pootz : Baik sakit sekarang daripada sakit masa kat akhirat nanti. Minta dia contact saya, boleh saya tolong psycho kan. InsyaAllah.

putri_nian said...

tatu ni kan haram,nak buang pnya lah payah nyer...wat per nak bertatu..ishk2...

Mohd Mahathir said...

Salam Dr Azwan,

Saya ingin bertanya dimana tempat yang menyediakan rawatan membuang tatu? Berapa anggaran kos rawatan tersebut?

Mohon jasa baik Dr utk memberi respon?

ummu uwais said...

saya pernah jugak dengar tak perlu buang tatu kerana darurat. tapi mungkin mereka yang berpendapat seperti itu ada hujah mereka masing2 yang mereka sandarkan hukum itu. dalam islam ikhtilaf itu perkara biasa. kadang2 kita kena bersangka baik. tapi kita kena kaji jugak samada pendapat itu kuat atau lemah. kalau pendapat lemah, tak perlulah ikut.ikut pendapat yang kuat.

macam contohnya, mungkin mereka yang berpendapat tak perlu buang adalah untuk mengelakkan non-muslim yang mula berminat nak kenal atau masuk islam, batalkan niat murninya kerana menilai islam kejam kerana menyuruh muallaf yang bertatu membuang tatu tersebut.

mungkin ada yg nak argue, kalau niat ikhlas nak masuk islam, kena la sanggup terima apa2 juga padah kerana kejahilan lampaunya. tapi dalam masa yang sama, kita kena ingat, mereka ini masih mentah dalam soal agama. mereka masih belum boleh menilai ketinggian agama ini. menakut2kan mereka mungkin tidak akan mendatangkan kebaikan pada agama.

dalam masa yang sama, saya sendiri berpendapat, bila muallaf atau orang tersebut dah mula meresap islam ke dalam jiwanya, pasti dia tak rasa 'sedap' hidup dengan tatunya, bila kita dah mula beritahu pada dia bahawa ada pendapat yang mengatakan perlu dibuang atas2 sebab2 ibadah.

lagipun saya dapat maklumat, sekarang proses buang tatu tidak sesakit mana dengan adanya teknologi laser. cuba tanya hospital swasta. cuma kosnya mungkin agak mahal.

bagi yang berpendapat kena buang jugak mungkin sebab tak nak orang islam yang dah buat tatu kat badan, boleh senang2 pastu cakap, ala, tak perlu buang...darurat...

jadi, kita jangan cuma pandai baca buku tapi tak pandai baca keadaan. di sinilah boleh dilihat rahmat di sebalik ikhtilaf. wallahua'lam.

hafizah said...

salam.. dr, sy nk tahu.. akak sy melecur air panas 56% dan sekarang dirawat. Hampir sebulan beliau di hospital dan menjalani 11 pembedahan buang cendawan. adakah cendawan itu selalu tumbuh?

Anonymous said...

kat mne boleh dapatkn rawatan buang tatu ni?area2 kl please

Anonymous said...

mcm mana pula dengan orang yang memeluk agama islam??
yang mempunyai tattoo..
ade yg sy lihat mereka tida membuang tattoo...sebaliknya mereka lebih mengetahui tentang agama islam...

rufus_7 said...

Itu kerana kehidupan ini sangat kaya dengan keadaan dan situasi. Sekiranya seseorang itu terlanjur di perbuatannya, kita sebagai umat islam wajib memberi sokongan moral supaya kekuatan imannya tidak lenyap kerana kutukan orang. jangan ingat mereka sebegitu, maka mereka ini orang berdosa. siapa kita menilai ketakwaan seseorang itu kepada maha pengampun iaitu Allah SWT???

Jikalau ada kenalan kita sebegitu, jangan buang mereka dan hina. sesesungguhnya Allah juga mengharamkan penghinaan manusia sejagat. Apa rasa jika kita berada di situasi mereka? Sakit tak dihina, ditomah, diLAKNAT? Mereka itu manusia juga seperti kita. Alhamdulillah, kita telah berwaspada dari awal. Dapat mengelaknya dari terjerumus.

Sokong mereka kembali ke pangkal jalan. Allah itu maha pengampun lg maha pengasih. Badan, harta, dan pangkat hanyalah didunia sahaja. Mati terus pulang ketanah. Tidak bawa kulit, baju dan seluar di akhirat. Hanya nyawa, iman (takwa), dosa dan pahala yang diambil perhitungan.

Pandangan peribadi saya, kalau x mampu membuang tattoo tersebut, maka sekurang-kurang nya ucaplah 2 kalimah syahadah, solat taubat maka insafi perbuatan tersebut. Istifarlah banyak - banyak. tak payah tunjuk kat orang lain kita bertaubat. Paling penting kita tunjuk kepada Allah untuk memohon keampunan dariNya.

Malu kita hanya pada Allah. itulah utamanya. Kita dan segala makhluk Allah adalah sama taraf di mataNya.

Islam merupaka ilmu untuk landasan kehidupan di dunia. Maka tidak terhad kepada orang arab dan melayu shj, tetapi seluruh manusia sejagat. Itulah flexibility Islam.

Allah,huwalam.

Semoga kita dirahmati Allah SWT.

gurl666 said...

Salam doc.. Saya ingin bertanya.. Saya ada kenalan dr uk yng ingin memeluk islam.. Tetapi pd lengannya terdapat tattoo.. Bagaimana dan apakah yg perlu dilakukan beliau sebelum memeluk agama islam?? Perlukah beliau membuangnya terlebih dahulu????

Rufus Suhaimi said...

Reply for Gurl666

Saya ada pendapat bagi kes sedemikian. Kalau seseorang itu bukan islam pada asalnya, maka diampunkan segala kelakuannya terdahulu sebelum islam.(Dari Abi Sa'id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu memeluk Islam, lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya.") Bagi tatu yang telah dibuatnya, pendapat saya kalau rasanya berat sekali hendak membuangnya atas apa sebarang alasan pun, biarlah begitu (tidak perlu buang) kalau tidak mampu. Islam tidak kejam sampai begitu mahupun orang islam itu sendiri pun bertatu. Yang kejamnya ialah manusia macam kita menghukum orang demi kepuasan sendiri.(Manusia suka melihat orang itu sengsara).

Nasihat saya, Masuklah Islam dengan ikhlas hati. Lihat kelebihan Islam itu dahulu, sebelum menilai larangannya. Sesungguh Allah sentiasa memaafkan manusia yg melakukan laranganNya.

Allah, hu'walam.

Semoga dirahmati Allah

gurl666 said...

Terima kasih en rufus suhaimi atas penerangan ini..sedikit sebanyak membantu saya dlm memberi gambaran sebenar dlm memeluk islam dengan rela hati dan ikhlas..islam agama yg suci dan fleksibel..
Alhamdullilah..
Terima kasih .

Anonymous said...

salam sejahtera,bagaimana cara na buang tattoo kat leher,saya xkisah tentang parut.kos paling murah adalah la berapa?boleh buat plastic sugery ke doc?na contact sape?ink di leher ada color.

Rufus Suhaimi said...

Macam saya bukanlah seorang doktor, tp (to my opinion) memang tak ada yang murah. Plastic surgery lagi mahal berbanding rawatan laser. Bergantung pada saiz gambar rajah serta warna yg digunakan, eg: kuning, merah, hijau, sbg. Selalunya, Ribuan ringgit (rmXXXX - rmXXXXX) jugalah kosnya. Krim yg ada selalu kurang mujarab dan mahal dalam jangka masa yg lama. (So, don't use the cream one). Ink pada leher agak sukar untuk dunia kerjaya akan datang. Try buat pembedahan skin draft di hospital. Itu pun agak mahal juga. Ratusan hingga ribu.

Izdihar Qasya Rolings said...

Assalam, saya seorg mualaf yang mmg dah bertatu sejak sebelum memeluk islam. sekarang saya sedang menjalani rawatan laser bagi pembuangan tatu. Alhamdulillah baru 2 kali sesi, ianya hampir hilang. Syukur kepada Allah swt yang memudahkan saya. Ini semua kerana mulut org yang suka mengata saya dan tidak faham kenapa saya ada tatu padahal saya converted. maaf ya, saya lakukan demi Agama dan maruah saya supaya saya tidak lagi dipijak dan dihina. dipandang serong oleh orang2 yang tidak memahami siapa saya sebelum saya menjadi seperti saya yang sekarang. Allah sangat baik, dia mambantu usaha saya. :)

Fatimah Sharha said...

Assalamualaikum. Saudari Izdihar Qasya Rolings,,sbg saudara baru saya akan mendoakan anda gembira ya, setelah memeluk Islam. Mana2 pun akan ada dugaan. Tapi Allah ada untuk bantu kita. Suami saya pun mualaf. Tatu dia tak payah cakap la. memang banyak. tapi saya bersyukur kerana masyarakat sekeliling saya faham kerana tatu itu dibuat sebelum dia memeluk Islam dan mengenal saya

Anonymous said...

Assalamualaikum ,
Alhamdulillah Moga2 hilang tattoo anda..boleh sy tau berapa kos for every session n u buang di klinik mana..

Related Posts with Thumbnails