Monday, June 30, 2008

Nur Fateha Syahdina Johan Bercerita




Assalamualaikum,

Minggu lepas, anak sulung saya, Nur Fateha Syahdina (Fateha) berumur 5 tahun, telah masuk pertandingan bercerita untuk Hari Potensi Tabika anjuran Tabika Kemas. Pertandingan diadakan untuk parlimen Seputeh dan Parlimen Bukit Bintang. Anak saya mewakili Tabika Taman Salak Jaya untuk Parlimen Seputeh. Tajuk ceritayang dipersembahkan ialah "Beruang dan 2 orang sahabat karib.

Dia mula menghafal cerita 1 bulan sebelum itu. Pada asalnya guru tadika mahukan dia memasuki pertandingan fesyen, tetapi ia dibatalkan. Kemudian Fateha diminta pula memasuki pertandingan reka cipta menggunakan tanah liat atau plastesin tetapi akhirnya tidak jadi juga. Oleh kerana tiada wakil untuk pertandingan bercerita, maka Fateha pun dipilih.

Pada awalnya dia malu-malu, tetapi oleh kerana dia diminta untuk bercerita di hadapan semua orang, maka akhirnya malu itu semakin berkurang.

Oleh kerana kebanyakan kawan-kawan Fateha yang memasuki pertandingan bercerita berumur 6 tahun, mahu tak mahu abah dan umi Fateha terpaksa "bekerja keras" supaya Fateha dapat meneruskan pertandingan ini dengan rasa gembira dan tanpa stres yang keterlaluan. Maka, terpaksalah abah dan umi berjanji untuk menghadiahkan anak patung "Barbie" kepada Fateha dan 2 orang lagi adiknya sekiranya dia berjaya naik ke pentas dan bercerita.

Kami menyewa sebuah kostum "beruang" dari bangunan Yow Chuan Plaza jalan Ampang untuk pertandingan bercerita ini.

Pada pagi hari pertandingan Fateha menangis kerana takut. Lama kelamaan setelah melihat ramai kawannya beraksi, ketakutan itu semakin hilang. Segala aksi-aksi yang dipelajari separuh daripadanya tidak dibuat kerana terlupa dan terlalu takut.

Alhamdulillah, berkat dorongan semua orang, kesungguhannya untuk berlatih setiap hari dan anak patung "barbie" yang dijanjikan, dia berjaya menjadi johan bercerita Hari Potensi untuk Parlimen Seputeh. Selepas ini Fateha akan bercerita ke peringkat kebangsaan pula. Cai yuk!


Nur Fateha Syahdina ketika berumur 4 tahun dengan aksi cun (baru dapat kasut kot masa tu). Tembam macam abah dia.


Di rumah, malam sebelum hari pertandingan bersama kostum beruangnya. Tangan kostum terlalu panjang. Di sebelah kanak, Nur Annisa' Insyirah (Syirah)- 4 tahun anak saya yang kedua, Mohd Amir Syahmi (Cami) - anak saudara saya yang merupakan jelmaan hero Ultraman, dan Nur Soleha Sofeyya (Piya)- umur 2 tahun - anak ke 3.


Nur Fateha sedang beraksi.


Nur Fateha mendapat hadiah. Saya yang di bawah pun tengah terkejut. Maklumlah peserta lain lebih hebat.

Nur Fateha bersama kawan baiknya di atas sofa selepas mengambil hadiah.


Bersama kawan-kawannya yang juga menjadi johan pertandingan nasyid.


Salah seorang kawan Fateha yang menjadi johan pertandingan nasyid.


Di sebelah kiri sekali, kawan Fateha yang menjadi johan membaca Qur'an. Mereka kena menghafal ayat 1-5 Surah Ar Rahman beserta maknanya.

15 comments:

ummi zufayri said...

ooo..tu yg Barbie dia pegang semalam tu? hehe.. tahniah Fateha!
tapi dengar dia bersuara semalam, tak surprised la Fateha boleh menang. Petah berkata2. Suara pun confident je :D

tahniah buat Dr sekeluarga! (ibu bapa yg bnyk membimbing kan?) :)

Anonymous said...

alahai..
comelnya anak abi n ummi fateha ni..
cai yuk..
tak sabarnya nak tggu fatimah amani anak walid n ummi dia ni nak besar n bijak cam tu jugak...

tahniah fateha..

Puan R

kumb@ng said...

tahniah doc!melihat anak doc teringat pula anak saya.mereka seusia. setakat ni saya tengok kebolehan anak saya ialah melukis. harap2 juga boleh petah bercerita di hadapan org ramai mcm anak doc.

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t;

Dr - tahniahhh...tahniahhhh....
extra mark tu due to tangan terlebih cik Teddy kot....heheh
Bagus...dr kecik didik dia supaya ada keyakinan diri.senang nanti dia nak handle hidup.
Tahniah jugak utk cik Isteri ya...

Cik Fateha...tahniah...tahniah.

Ijah @ Fariza said...

wah! cunlah fateha nie..tahniah atas kejayaan...

semoga akan terus berjaya untuk peringkat seterusnya.Amin.

Anonymous said...

seronoknya ada anak...

Nazira Noran said...

Wah.. ciri-ciri bakal Anchor Radio24.. Comelnye dia...

Manja M said...

Comelnya anak kau Azwan.
Anywayz, tahniah buat adik fateha, teringat zaman aku kecik2 dulu kena masuk pertandingan bercerita macam nie (But then, I had stage fright.

Anonymous said...

PELAWAAN MENGADAKAN MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK DI RASK

Assalammualaikum wrt.wbt.

Terpanggil kami setelah membuat lawatan ke Rumah Amal Siraman Kasih (RASK) untuk membela nasib anak-anak yang kurang bernasib baik di sini. Rombongan pengurusan & kaki tangan Pusat Pengajian Ummu Ain telah melakukan lawatan ke pada hari Ahad bersamaan 10 Februari 2008.

Sehubungan dengan itu, Pusat Pengajian Ummu Ain sedang berusaha untuk mencari penaja dan penyumbang-penyumbang bagi membiayai keperluan RASK ini.

BUAT MASA TERDEKAT INI KEPERLUAN YANG UTAMA IALAH :

A. Barang-barang keperluan dapor: beras, gula, tepong, telor, buah-buahan dan yang seumpamanya

B. Melunaskan sewa bulanan bangunan dan utiliti (api dan air)

C. Alat pandang-dengar & PA System: RASK memerulakan alat di dalam setiap majlis yang ingin dianjurkan.

D. Membuat papan tanda atau banner, agar masyarakat sekitar sedar akan kewujudan , dengan itu mereka sendiri boleh melihat bersama keperluan anak-anak ini.

E. Permainan Taman & Kerusi-Meja bagi TADIK yang baru dibuka di bawah kendalian RASK, samada baru atau terpakai.

F. Sebuah Van panjang bagi kemudahan pengangkutan anak RASK ke sekolah dan ke kelas KAFA

Anda boleh menghubungi mereka terus di talian:
Kamariah bt. Yaakob : 016-3313546
Ust. Azhar Chen : 016-2364405
(Atau lebih dikenali dengan pangillan Mak Kamariah)

Sumbangan cek untuk Rumah Amal boleh di buat atas nama:
RUMAH SIRAMAN KASIH / MAYBANK ACC. : 5620-8810-7061


Sumbangan melebihi RM500 pelepasan cukai disediakan :
RUJ : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132

shahmuzir said...

Assalamu'alaikum...

Wah, Azwan... anak kau memang ikut kaulah, hehe...comel.

Aku dah ada blog. Baru je buat, hehe... Aku ada letak Amir Syahrom punya link sekali.

OK, semoga success selalu, amin :)

Shahmuzir Nordzahir
www.takafulonline.net

Dr Azwan said...

Ummu Zufayri : Fateha jer yang Barbie, adik dia punya lagi 2 tuh tiruan punyer. Mana boleh beli yang semuanya original, mahal.. Yang Barbie ori tu ada baju boleh tukar2 so, adik dia lagi 2 orang tuh boleh pinjam untuk tukar2 baju. Tu pun asyik gaduh jer. Yang awak tengok tuh, dia tengah kengerian tengok cacing.

Puan R : Saya dah 4, jauh lagi awak nak kejar... hehe

Kumb@ng : Melukis ni right brain, dia lebih kepada art dan kreativity. Dia lebih out of the box di dalam menyelesaikan masalah. :)

Anon : terima kasih :)

Ijah : terima ksih. Dia sekarang ni malas nak berlatih untuk pertandingan seterusnya. Tak beberapa excited cam dulu.

anon2 : InsyaAllah berusaha dan berdoa. :)

Nazira Noran : Boleh2. Kalau comel cam abah dia, kalau pandai cam ummi dia. hehe..

Manja M : Siapa pulak yer Manja M ni. Aku pun stage fright. Serupa lah kita.

Muzir : Ok muzir. Nanti aku link. :). Hidup SMAKLian.

rinahisham said...

woo...so cute hihihi
Tahniah buat adik Fateha...well done !. Disini kanak2 memang diajar berdikari,berani ke hadapan ,berani bercakap tanpa rasa malu dan segan.
Apa pun buat adik Fateha aunty ucapkan teruskan usahamu dan semoga lebih berjaya dimasa hadapan..insyallah..

putri_nian said...

cutenya fateha ni,tahniah adik fateha...good girl...bestnya teringin nak ade anak...:)

Mr PenyuBiru said...

kemana tumpahnya kuah kalu tak ke nasik.kan?kan? ayahnya dulu pun mesti cam fateha jugak.petah berkata².aku agak lah..

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails