Tuesday, July 29, 2008

Berniaga Kuih Raya...






Assalamualaikum,

Early bird gets the worm. Itu pepatah orang puteh tu dan ada betulnya juga. Kalau kita bergerak awal untuk merebut peluang, maka hasil dan keuntungannya juga banyak. Tapi kalau terlalu awal sangat pun... saya berasa janggal juga.

Semalam saya mendapat sms daripada seorang ejen kuih raya saya yang bertugas di Hospital PUSRAWI. Ejen saya ni menjual berbalang2 kuih raya yang saya buat tahun lepas dan menjadi ejen utama saya di PUSRAWI.

Sekiranya anda masih tidak mengenali Hospital PUSRAWI, ia sekarang menjadi bualan hangat. Maklumlah seorang doktor di PUSRAWI telah memeriksa kawasan sulit seorang lelaki muda (musang) yang mengaku diliwat oleh seorang pemimpin besar di dalam sebuah parti pembangkang. Doktor itu pula dikatakan disiasat oleh polis selepas itu dan dikatakan sudah menghilangkan diri. Ramai yang berpendapat kredibiliti musang kita sudah mula terjejas dengan tersebarnya laporan ini.

Berbalik kepada soal ejen kuih raya saya tadi. Saya amat terkejut kerana seorang kawannya telah mula mengedarkan sampel kuih raya sejak minggu lepas!

Wah... saya juga terkejut. Awal betul! Ni baru bulan 7, puasa pun lama lagi. Tahun lepas saya mula mengedarkan kuih pada minggu pertama puasa. Maklumlah, bulan puasa dah menjelma, patutlah kalau diedarkan kuih raya pun. Itupun tak menang tangan orang mengorder. Sampai 5 hari nak raya pun ada yang sibuk tambah order.

Patutlah sejak kebelakangan ini, ramai yang menelefon saya menanyakan bila saya ingin siapkan sampel. Saya sebenarnya sedang mengira-ngira kos dan menu kuih raya tahun ini. Saya akan mulakan pada awal Ogos bulan depan kerana saya sedang menunggu 3 orang pekerja yang akan tiba dari Pahang minggu hadapan.

Apa pun saya terpaksa mengubah jadual pengeluaran kuih raya lebih awal. Mungkin pada minggu pertama bulan Ogos ini kerana permintaan daripada ejen kuih raya yang meningkat. Di kala harga minyak yang ketara secara ketara, saya menjangkakan jualan kuih raya akan menurun tahun ini. Mari kita sama-sama melihat kesudahannya.

Wallahu A'lam.

8 comments:

husin said...

Doc,

Cakap pasal hospital yg glamor ni.. Saya nak tanya sikit. Katakan kawan saya atau sape-sape lah telah pergi berjumpa doktor untuk mendapat rawatan.

Doktor pun periksa lah dia dan catit apa yg patut kat nota pesakit serta rumusan nya sekali.

Tak lama kemudian, kerana sebab-sebab tertentu, lapuran perubatan nya telah tersebar di internet atau media lain.

Soalan saya, boleh kah pesakit tersebut membuat lapuran polis dan seterus nya menyaman klinik atau hospital berkenaan serta sesiapa yg bertanggung jawab kerana telah dengan sengaja atau kerana kecuaian nya telah menyebabkan tersebar nya laporan perubatan beliau yg sepatut nya di anggap sebagai maklumat sulit diantara doktor dan pesakit?

ladyell said...

amboi doc,dh nk ade sample kuih raye ekk..takpe,pelan2 tentu ade rezki.la ni org suke beli dr bt sdiri..

neta said...

ok. Count me in. InsyaAllah order akan menyusul. :)

kucau said...

Husin, Dr Azwan sibuk . Meh aku tolong jawapkan.

Yup mmg boleh saman pusrawi. silap ari bulan abis lensen.

heheh Weh wan , takkan taknak komen pasal medical report tuh kot?

Dr Azwan said...

Sori u all semua. gua sibuk tul pasal bisnes cacing tanah nih.... dengar radio 24 pun tak sempat. Ni orang dah kejor kuih raya pulak.

Betul-betul. PUSRAWI dah buat salah besar. Depa mungkin kena saman sebab kecuaian dan breach patient doctor confidentiality.

Nak batalkan lesen? susah jugak tuh. PUSRAWI ni under MAWIP. SO, lawan lah dalam court. Tak pe KUCAU, GM PUSRAWI tuh orang kuat BN. Tapi kalau PUSRAWI berjaya tunjukkan culpritnya, kemungkinan orang tuh saja kena buang kerja. PUSRAWI kena minta maaf.

Dr Latif kata ini cuma nota perubatan. Well, aku setuju. Tapi nota perubatan boleh bawak dalam mahkamah. Bukan laporan perubatan sahaja. Patutnya experts HKL lah patut testify dalam court. Kalau Dr Osman kena testify dalam court, aku rasa lauk Dr Osman kena scrutinize dengan lawyer. Dah lah ada 2 doktor dalam satu nota.

Dengar cerita Dr Osman tuh dah resign dari PUSRAWI 2 minggu lepas. DIa tu warga Myanmar. Aku tak kenal sebab dia orang baru. masa aku buat lokum kar PUSRAWI dulu dia tak ada.

Amalina said...

sedap ke kuih raya dr Azwan? nnt letakkan gmbar boleh? ada rezeki boleh order utk mak n mil. terima kad kredit? hehehe...

the author said...

doc,
waaa....dah start biz kuih raya ek. mesti lagi rancak drpd thn lepas nih. moga sukses!
-raiyan-

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails