Thursday, July 17, 2008

DEBAT II - " HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN, ESOK HARGA TOL TURUN! "





Assalamualaikum,

Kehangatan debat yang lepas belum lagi berkurang. Masih ramai lagi yang memperkatakannya. Ada yang berpuas hati, ada yang tidak berpuas hati.

Kalau dengar radio 24 pada satu hari selepas debat tersebut, survey menunjukkan hampir 60% responden percaya bahawa debat tersebut telah banyak memberi penerangan kepada rakyat tentang harga minyak dan mekanisme untuk menurunkan harga minyak. Dan saya rasa 90% merasakan bahawa penjelasan DSAI adalah baik dan difahami dan mungkin hampir 80% tidak bersetuju dengan cara Dato Shabery berhujah menyerang peribadi DSAI dan lari daripada persoalan.

Walaubagaimanapun. bak kata Dato' Shabery, beliau amat berbangga bahawa kerajaan yang memerintah lebih terbuka daripada kerajaan dahulu di dalam memberi ruang untuk para pembangkang dan di pihak kerajaan untuk bersama-sama berbincang dan berdebat di dalam isu semasa.

Oleh itu, perlu lebih banyak debat terbuka secara langsung seperti ini perlu diadakan berkenaan isu yang melibatkan seluruh rakyat terutama dengan masalah ekonomi yang kian meruncing.

Apakata tajuk debat yang seterusnya ialah "HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN, BESOK HARGA TOL TURUN!".

Wah.. dan saya ingin cadangkan Saudara Salahuddin Ayub atau Saudara Mahfuz Omar dari PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat yang mempunyai kredibiliti dan "witts" yang sangat-sangat tinggi. Kalau di pihak kerajaan mungkin Dato' Najib pula boleh menjadi wakil di pihak Kerajaan atau Dato Nazri Aziz kerana Dato' Nazri memang petah bercakap dan cakap2nya pedas juga. Menteri Kerja Raya yang baru mungkin tak sesuai untuk menjadi penceramah. Menteri Kerja Raya yang lama boleh menjadi tetamu istimewa untuk bertanyakan soalan.

Oleh kerana hal TOL ni sudah begitu lama, apakata kita panjangkan sedikit debat ini kepada dua jam. Datuk Johan Jaafar boleh menjadi moderator tetapi kalau boleh biarlah sedikit menegur kepada sesiapa yang lari dari tajuk. Jangan buat macam debat lepas. Menjatuhkan reputasi Dato' yang sangat-sangat dihormati.

Kita boleh adakan sebulan dari sekarang. Justeru, mintak sapa-sapa yang kenal hubungi Agenda Daily untuk memanjangkan cadangan ini. Mungkin kita dapat nilai adakah sebenarnya TOL ini dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali atau sewajarnya kita terpaksa juga menerima hakikat bahawa harga tol akan naik tidak lama lagi di bawah pemerintahan kerajaan sedia ada.

Salam.
Ditulis oleh Dr Azwan untuk www.drazwan.blogspot.com.

8 comments:

sms said...

kita dok debat sesama sendiri, ada pihak yang duduk senyum-senyum kat tepi. bukan tunggu & lihat. tapi.. lihat & tunggu. sedar la...

Dr Azwan said...

Saya memang tersenyum kalau harga tol turun. :). Kalau harga minyak turun pun saya akan lebih tersenyum. :). Saya lihat dan tunggu.

mrrm220794 said...

dear dr azwan,

alamak kalau dah chedet ckp mcm tu, aku nak kena caya gak ke. knplah kepala otak ni susah sgt nak caya yg DSAI tu mmg dah habit dia sodomy. mungkin sbb dialah menteri yang dulu satu2nya yg aku ingat namanya ketika darjah 4 krn dia menteri pendidikan time tu, atau sbb dia handsome dr chedet kot. semenjak kena berdiri atas kerusi tak tau nama menteri, aku turun kerusi sbb dpt jwp menteri pendidikan, namanya DSAI. dr sejak tu le minat gila dgn DSAI and wifenya, kecik2 dulu siap compare, Wan Azizah pakai tudung, isteri pm tak pakai tudung, sbb tu suka dia, kita kalau org seblh kita pun kita boleh pimpin, maknanya negara pun mampu pimpin. masa kat uitm dulu, DSAI kena tangkap, hancur hati aku, chedet declare itm jd uitm, aku geram gila, menyampah sbb nak ambik hati kitaorg lah tu. bila pikir sekrg, aku dah dewasa, aku kena hapuskan mentaliti aku ni pandang org dr luaran saje. DSAI kalau ko betul2 buat, aku sedih sgt kat wife n anak2 ko. Aku caya, dr wan azizah pertahankan dia sbb dialah satu2nya tempat anak2nya bertanya "betul ke papa bt?" kalau dia kata "ya", hancurlah hati anak2. tp entahlah, tak retilah nak ckp. wasalam, akal pendek gamaknya, atau nafsu takleh dikenkang.

Mak iti kawan yus said...

Minta maaf tumpang lalu sikit..
Bukan chedet dah pernah buat pengakuan yang 'Anwar' ni tak buat salah apa dan dia yang pi campak masuk dalam penjara ..cuba tengok pulak tulisan terbaru chedet psl dia komen ketidakcerdikan konspirasi yang terbaru ni(awat ikut yang dia punya) lepas tu dia ada tulis ..i was the prime mover.
Ada satu kriteria yang jelas pada seorang peliwat iaitu 'b'cos of confused personality, he never be a good orator..ye lah sebab tak pasti dgn diri sendiri camna hang nak bagi speech yang hebat tara dunia? Dah le kena debat secara live maa (bukan orang sedia skrip ucapan, tau)..
Pengalaman aku masa kat HKL attend salah seorang pesakit yang dirujuk kat jabatan aku (pendakwaraya masa kes liwat 1998 tu) tu aku tgk keadaan dia sgt-sgt menyedihkan dan menginsafkan (tak boleh cerita lanjut-confidential dr and patient).

mrrm220794 said...

dear mak iti kwn yus,

tp org kata kat yuotube yg chedet kata DSAI tak sodomy tu telah ni edit, sbenarnya chedet ckp lain. tp ade org dah manipulate video tu. cuba tgk youtube. saya tak tgk lagi tp yg chedet ckp dia saje je tahan DSAI tu, saya dah tgk wktu pilhraya dulu.

max said...

debat yg dibincangkan bukan la setakat debat kosong ttp ia membuka mata agar kita agar dpt melihat apa kah perkara2 yg perlu dilihat dgn mata, telinga kita semua... akhirnya kita dpt menilai suatu initipati yg telah diperdebatkan.... jika tidak ditegur akan berlaku penyalahgunaan kuasa yg bnyk berlaku.. so fhm2 shj la... masalah tol pn mmg satu hal juge sbnrnye... mmg perlu sgt2 debat mengenai tajuk ini dimajukan spt debat pertama sblm ini.... ianya perlu dirungkaikan sbb melibatkan majoriti rakyat yg menghdpinye bukan individu2 tertentu shj yg hadapi.....

udin said...

Dunia ni memang macam-macam... dunia kita dikuasai oleh golongan yang berkepentingan... masalah harga minyak, harga beras dan lain-lain masalah globallah...semua beri kesan atas iklim kehidupan negara... teknologi hidrofuel yg baru dilancarkan pm oleh dr ramli... sebenarnya dah lama terdengar teknologi ni...tahun 90an dulu dah ada...lepastu tahun 2000 pun kalau tak silap dah ada. Tapi kenapa tak komersilkan?...kemana perginya orang2 yang bijak pandai ni? Kadang2 ni bahaya kalau jadi orang yang pandai cipta teknologi barangan gantian ni...risikonya amat tinggi...sebab tulah saya cakap dunia kita ni dikuasai oleh golongan yang berkepentingan...tapi kita berdoalah agar Dr Ramli terus maju dan berjaya dengan hasil ciptaannya..dan boleh dipasang terus dalam semua kenderaan baru dimalaysia ni...ada yg kata pencipta2 yg dulu2 tu hilang entah kemana...entah betul entah tidak saya pun tak tau kebenarannya. Tapi ada juga sumber2 dan fakta2 yang boleh dipercayai bg menyokong perkara tersebut. Untuk permasalahan tol, pihak kementerian sedang dalam kajian untuk mengurangkan kadar tol...mungkin turun atau mungkin tidak akan naik...kalau turun seposen pun turun juga kan...ini semua politik... semua boleh jadi...kita berdoa ajelah...

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails