Thursday, July 10, 2008

Kerosakan Gigi di kalangan Kanak-Kanak



Assalamualaikum,

Saya banyak terjumpa anak-anak yang mengalami kerosakan gigi yang teruk akibat dental caries. Ada yang rosak gigi sikit-sikit jer. Ada yang terlalu teruk sehingga semua gigi tu tiada seperti dimakan ulat. Bukan seorang anak sahaja yang mengalami kerosakan gigi, tetapi hampir semua adik beradik mempunyai masalah yang serupa.

Walaupun saya bukanlah doktor gigi, tetapi kebersihan mulut ataupun oral hygiene adalah perkara yang perlu bagi seorang kanak-kanak. Saya percaya bukan doktor gigi juga mahukan kebersihan mulut yang terbaik untuk anak-anak anda.

Saya berasa sedikit sedih bila ibu-bapa mempersalahakan anak-anak akibat gigi anak-anak yang rosak.

"Itulah, malas nak gosok gigi".

"Mana tak rosak doktor, hari-hari dia makan gula-gula. Dah larang dah... bukannya nak dengar!".

Kenapa salahkan anak anda sekiranya gigi mereka rosak? Bukankah kesalahan itu sepatutnya di atas bahu anda?

Untuk peringatan anda, anak itu baru berumur 3 atau 4 tahun. Mustahil anda tidak dapat mengawal perilaku anak anda yang berumur baru berumur 3 tahun! Kalau umur 3 tahun pun dah tak boleh kawal dan tidak ada disiplin, bagaimana bila berumur 15 tahun nanti? Bukankah lebih susah untuk mengawal mereka.

Kanak-kanak memang secara semulajadinya suka makan gula-gula. Gula-gula adalah makanan pemberi tenaga dan mereka pula dalam keadaan sangat-sangat aktif. Adakah anda akan menyalahkan anak anda sekiranya mereka suka makan gula-gula atau coklat. Anda juga pernah jadi kanak-kanak dahulu, dan rasa bagaimana seronoknya kalau ibu ayah kita membelikan kita aiskrim dan gula-gula. Mana ada anak-anak yang tak suka gula-gula?

Sekiranya mereka diterapkan dengan amalan menggosok gigi pada setiap hari, saya yakin InsyaAllah tiada masalah untuk menjaga gigi anak-anak ini. Walaupun ada di antara mereka akan menangis dan mengganggu sedikit ketenteraman anda, itu adalah salah satu "side effect" menjadi ibu bapa, bukan?

Memang betul, adalah penting untuk mengawal pengambilan gula. Bukan sahaja kepada kanak-kanak kecil tetapi kepada ibu-bapa mereka juga. Ini anak-anak makan gula-gula bukan main marah sekali kita tetapi kita pula sedap-sedap sahaja menogok air coke 2-3 tin sehari. Sekiranya kita ingin mengawal penggunaan gula kepada anak-anak pastikan kita juga mengawal penggunaan gula kepada diri kita sendiri.

Jadi tabiat yang baik ini kita boleh beri contoh kepada anak-anak. Sedikit-sedikit kita akan beritahu kepada mereka akibat buruk mengambil gula secara berlebihan di dalam makanan. Dengan contoh daripada anda sendiri InsyaAllah akan ada kesannya.

Tabiat yang buruk ketika mempunyai gigi susu boleh terbawa-bawa kepada gigi kekal. Jangan nanti bila dia sudah berakal, dia akan salahkan anda pula kerana anda tidak pandai menjaga giginya semasa dia kecil.
Wallahu A'lam.

5 comments:

debu-papa said...

salam dr azwan,
saya rasa mak bapak yg tuding jari kat anak tuh sebenarnye menuding jari kat diri mereka sendiri.. mmg memalukan.. sebenarnye gigi nih dah mmg ciptaan Allah mmg dia kuat.. cuma kita sbg ibu bapa terlepas satu jer.. lupa nak bagi makanan yg bernutrisi dan seimbang.. contohnye susu.. susu tuh mmg kaya ngan calcium, habit gosok gigi mmg perlu diajar, tp cuba kalu dibagi susu secara berterusan sampai budak tuh sekolah, insyaallah tak dapat masalah gigi.. apa yg anak2 kita makan sebenarnye adalah ape yg mak bapak dia makan.. mcm saya, anak saya nak snacking manis2, saya bagi dark chocolate.. mula2 tak suka, tp sekrg mmg favorite dia.. skrg junk food nih berlambak, yg murah tuh lah yg bahaya, sbb byk additive etc, effect jangka panjang dia mmg disembunyikan oleh pengusaha2 makanan.. so tanggungjawab kita sedarkan masyarakat pasal bahaya junkfood. kesian tgk budak2 yg ada masalah gigi.. org zaman batu takde lah colgate dgn perlindungan kaviti, tp rasanya elok jer (gigi diorang pon jad artifak sejarah aper?)

saya aida said...

wahh
takutnye tgk gigi tu
=(

mak iti kawan yus said...

aslm.
Bagus artikel ko ni! Tahap celebrity blogger la ni kot! Tak pergi blogger alliance gathering ke hari tu? Sejak blog tunang SAiful Bukhari tu keluar dan slps dia linked kat blog saiful bukhari tu setiap hari aku baca komen orang yang dihantar. Saja nak menyelidik reaksi sebahagian populasi M'sia. Tup! Tup! semalam hanya invited reader je boleh akses.. he he he. Ada maksud tersirat tu.
Kembali kepada isu gigi budak-budak ni, ada beberapa isu yang perlu diambil berat :
1) jgn biarkan anak-anak tidur dengan botol susu yang melekat kat mulut selain boleh tersedak, susu yang meleleh dan terkumpul di bhgn dalam pipi akan lebih memudahkan pembentukan karies gigi.
2) dari kemunculan gigi pertama lagi anak-anak boleh dilatih jumpa doktor gigi
3) kalau anda membawa anak pergi berjumpa doktor gigi yang tak pandai melayan kerenah anak-anak, cari doktor gigi lain. Ini Yus cerita kat aku yang dia terimpressed dengan doktor gigi kat HUKM sbb pandai melayan dan merawat gigi anak dia. Masa anak dia bersandar tu, pembantu pakaikan spek hitam lagi. Lepas tu bila dah habis nak tgk semua gigi secara keseluruhan, doktor gigi pakaikan lipstick jadi anak dia pun secara automatik buka mulut luas-luas sebab nak pakai lipstik tu. Kesimpulannya kalau doktor gigi tu tak pandai nak layan kerenah bebudak sehingga emak bapa pun jadi rimas pergilah cari doktor gigi yang betul2 specialise dengan budak2. Kalau tak emak bapa yang reluctant nak pergi pada masa akan datang pula..

sekian.

Anonymous said...

Nice article (:
Simple n informative...
Ibu bapa perlu diberi kesedaran tentang peri pentingnya gigi susu dikekalkan sihat sampailah tiba masanya ia gugur dengan sendirinya. Kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak akan menyebabkan seorang anak kecil itu kehilangan gigi susunya bukan pada masa yang sepatutnya sebagaimana fisiologi tumbesarannya. Natijahnya, akan wujudlah gigi kekal yang 'hodoh' pada pandangan mata kasar kerana 'salah parking'. Ruang yang ditinggalkan oleh gigi susu yang terpaksa dicabut akibat karies perlulah dikekalkan supaya ia dapat menyediakan ruang yang sepatutnya bagi pertumbuhan gigi kekal ke dalam rahang anak kecil tadi. Pemasangan 'space maintainer' yang sesuai dapat anda bincang bersama dengan doktor gigi yang merawat anak anda.
Saya juga bersetuju bahawa "first impression anak-anak" terhadap rawatan pergigian adalah penting bagi merealisasikan cogankata "GIGI KEKAL SEUMUR HIDUP". Buatlah pemeriksaan pergigian untuk anak-anak seawal usia tumbuhnya gigi pertama mereka dan elakkan 'dental anxiety/phobia' di kalangan ahli keluarga anda...

saya sekadar berkongsi pendapat (:

Anonymous said...

salam, anak saya gigi memang rosak teruk, dan doktor suggest untuk cabut semua gigi rosak melalui pembedahan,kami (ibu bapa) jarang minum minuman bergas, dan boleh dikatakan tidak minum minuman bergas,gula-gula pon kami kurang ambil tetapi malangnye anak mmg gemar gula2.selalunyer stok gula2 diperolehi dr goodies yang di berikan dinusery (ibu bapa meraikan birthday anak). anak sy suka gosok gigi sendiri , tak mahu org gosokkan.semasa sy mengandung, sy kurang mengambil ubat-ubatan yang diberikan.adakah faktor tidak mengamil ubatan semasa mengandung antara faktor menyumbang kerosakan gigi?ada risikokah anak sy yg berumur 5 thn menjalani pembedahan mencabut keseluruhan giginya yang rosak?mohon pandangan doktor

Related Posts with Thumbnails