Friday, July 4, 2008

Dr Azwan di Radio 24






Assalamualaikum,

Minggu ni banyak perkara berlaku dan saya pun agak sibuk untuk update blog. Saya sudah kembali memulakan shift malam di Klinik Idzham Antarabangsa dari pukul 10 malam hingga 7 pagi. Tetapi saya masih mengekalkan shift petang 2 pm - 9 malam di klinik Idzham Kota Damansara. Jadi rutin tu agak sibuk daripada biasa.

Minggu lepas, saya ditemuramah secara rakaman di radio 24 yang dikelolakan oleh Saudari Nazira Noran dengan tajuk "boleh percaya ke tak blog ni?" dengan jemputan khasnya Dr Baha dari UiTM. Dr Baha adalah seorang pensyarah yang mengeluarkan statement bahawa tiada bukti bahawa blog-blog telah mempengaruhi keputusan pilihanraya ke 12 yang lepas. Rakaman dibuat jam 5.30 p.m. dan dimainkan ketika wawancara dengan Dr Baha pada jam 8.15 p.m.

Ini kali ke dua, saya ditemuramah di radio. Kali pertama ketika saya menjadi pengarah program Hari Terbuka Kulliyyah Perubatan UIAM di radio Pahang beberapa tahun yang lalu. Sewaktu itu saya juga adalah presiden kepada persatuan pelajar perubatan UIAM.

Alhamdulillah, saya kira mesej saya telah berjaya disampaikan walaupun sedikit gementar. Saya sebaliknya berpendapat bahawa blog ada memberi kesan kepada pengundi untuk membuat keputusan parti mana yang dipilih ketika di waktu pengundian.

Saya kira, sekiranya anak-anak muda ini tidak membaca blog, tidak mendapat idea-idea kritikal daripada blog dan hanya membaca media masa huluran kerajaan, masakan saluran 3 yang panas menjadi kayu ukur perubahan tampuk pimpinan hampir 7 negeri di Semenanjung. Dan pada kebiasaannya yang terpengaruh dengan blog adalah mereka yang di atas pagar. Golongan atas pagar ini juga adalah penentu kemenangan milik siapa.

Mereka yang membaca blog yang terdiri daripada golongan penyokong pemerintah tetap akan menyokong golongan pemerintah walau bagaimana teruk pun penulisan blog tersebut ditujukan kepada pihak pemerintah. Begitu juga sebaliknya. Tetapi bagaimana dengan golongan yang berada di atas pagar? Mungkin Dr Baha mempunyai statistik tentang golongan di atas pagar ini, adakah mereka terpengaruh dengan blog?

Apa pun, kepada pengunjung semua, saya akan tetap menulis tentang apa-apa sahaja yang sesuai. Anda akan dapati blog ini mempunyai sedikit tulisan tentang fakta, ekonomi dan politik, adakalanya humor, adakalanya picisan. Saya harap anda semua akan terus memberikan sokongan.

Wallahu A'lam.

Dr Azwan

3 comments:

Nazira Noran said...

Anyway thanks for ur respon.. Dr Baha cannot attend studio.. terpaksa dapatkan caller blogger by recording. Saya rasa, Dr Baha buat kajian tu di tempat tertentu je. Kalau kajian menyeluruh, i mean, seluruh negara seluruh tempat mengundi, maybe ramai yang bersetuju dengan kita. Kalau tak sebab blog pun, email juga mempengaruhi orang atas pagar ni.. (Tapi, saya tak penah duk atas pagar, rumah takda pagar.. hihi.Kalau ada pun taknak saya duk atas pagar, jatuh kang sakit!)

Dr Azwan said...

Saya cadangkan Dr Baha buat study on kenapa saluran 3 pilihanraya penyokongnya banyak beralih arah. Adakah ada kaitan dengan blog. Kerana saluran ni yang ramai pembaca blog. Baru strong sket kesimpulan dia.

Bila nak ajak blogger cam saya ni masuk konti pulak... nanti saya pujuk la pakdi, bai, shuth, Farid dan kawan2 saya datang skali... hehe.. baru lah best.. Tu nama-nama blogger muda yang besar tu.. tapi bukan blogger politik lah. blogger yang ada bisnes.

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails