Monday, July 21, 2008

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan Perawatannya




Assalamualaikum,

Baru-baru ini diumumkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD telah menular di kawasan Taman Tun Dr Ismail. Saya sendiri di klinik Idzham, telah merawat beberapa orang kanak-kanak yang menghidapinya dan telah memberikan cuti yang lama dari sekolah.

Marilah kita sama-sama berkongsi pengetahuan tentang penyakit yang pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor sesuatu ketika dahulu dan menyebabkan lebih 30 kematian.

Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kes HFMD.



Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/

9 comments:

abahfateh said...

dulu anak saya, dr. pernah suspek penyakit ini, menggelabah sebab teringat epidemik di Sarawak dulu.

alhamdulillah tak der apa-apa. Cuma saya belajar, kebersihan memang kena tip-top.

Nazira Noran said...

anak saya qasrina pun kena. sbb sehari sebelum tu jumpa anak kwn yg baru sihat dr hfmd ni.. tetiba esoknya demam dan muntah, bila dia mkn, katanya akit(sakit).. sampai x dpt mkn langsung, minum dan hirup bubur lenyek je.

alhamdulillah, 4 hari ok balik. cuma susut badannya yg tembam dulu.

Anonymous said...

Saya risau ni, belum ada anak, tapi tinggal serumah dengan kakak yang ada anak. Macam yang saya perhatikan, semua simtom HFMD seperti bintik merah macam ruam kat kawasan yang tertentu, mulut, bintik kecil berair kat kaki dan tangan.tapi, bilangannya masih sikit. saya pula sakit tekak dan demam 2-3 hari ni. adakah saya menghidapi HFMD??

Anonymous said...

anak saya sdg mengalama HFMD..dan saya telah bawakan dia ke hospital. Dr kata tidak berbahaya kerana dia tidak demam dan rashes nya akan hilang dalam 3-4 hari. Harap2 ianya tak berpanjangan

mama zulfa said...

i am worry about my daughter now. memang ada tanda2 penyakit ni tapi doktor pun belum dpt buat kepastian. kena suruh observe anak sendiri dkat rumah.byk ulser dia dlm mulut nak menyusu tp bru nak nganga mulut nangis.kesian dia.dia sgt aktif tp skrg asyik nangis je..

Muslimahsolehah said...

anak saya umur 6 thn...ada bintik2 merah tapi tak berair..timbul pada bhgn tgn,tapak tgn dan kaki serta tapak kaki...doktor kata suspected HFMD jugak..nape simptom fizikalnye macm same ngan chicken pox je

RATU said...

ASSALAMUALAIKUM.TERIMA KASIH KEPADA DR.AZWAN KERANA MEMBERI INFO-INFO TENTANG PENYAKIT HFMD INI.ANAK KE-4 SAYA TELAH DISAHKAN MENGALAMI HFMD.LEWAT PAGI NI..TERUS SAYA MENCARI INFO TENTANG PENYAKIT HFMD.HARAPAN SAYA,AGAR ANAK KESAYANGAN SAYA(ATHIRAH-9BLN) AKAN CEPAT SIHAT & SEMBUH KEMBALI.INSYAALLAH..
SEKIAN.WASSAAM

NoiJem said...

salam dr.. saya mohon untuk letak artikel ni dalam blog saya. anak saya kena penyakit ni baru2 ni, so just want to remind my friends about this disease..

Azren said...

Salam..Hari ini anak sulong saya disahkan mengidap HFMD risaunye tak keruan sy...dah lah saya out station...isteri jaga pulak...isteri saya pula tngah sarat mengandung 6 bulan..kesian dia. Dr bleh beri nasihat sedikit utk saya..memandangkan isteri saya tngah mengadung. Boleh emailkan kepada saya di azrenfx@gmail.com

Terima Kasih Dr.