Tuesday, July 15, 2008

Tahniah Kepada Peserta Debat!




Assalamualaikum,

Saya baru sahaja mendengar debat di antara DSAI dan Dato Sabery di radio 24. Kedua-dua pendebat sama hebat sama kuat. Cuma isi sahaja nampak berat sebelah.

Kalau anda biasa lihat debat Ahmad Deedat dengan seorang pastor di Stockholm suatu waktu dulu yang bertajuk "Is Bible is the true word of God", anda akan dapati bahawa kedua-dua pendebat sama hebat. Yang membezakan keduanya adalah isi. Ahmad Deedat berdebat penuh dengan isi dan caranya yang tersendiri. Manakala yang seorang lagi kurang berisi, berdasarkan rasional sahaja dan sering menghentam peribadi.

Saya nampak DSAI bijak menjawab soalan-soalan yang diberikan dan nampak begitu rasional dan tenang. Dato' Sabery juga begitu, cuma kadang2 adakalanya tidak menjawab soalan, sedikit lari dari premis dan banyak mengehantam peribadi. Tetapi itu mungkin taktiknya.

Apa pun kematangan kerajaan untuk membenarkan debat ini berlangsung secara live amat-amat dihargai. Ini adalah satu cara kerajaan menunjukkan kepada para pengundi dan rakyat bahawa mereka semakin terbuka adalah satu langkah yang sangat bijak.

RTM 1 tidak menyiarkan debat ini. Kenapa saya pun tidak pasti. Mungkin juga takut petani di Kedah atau nelayan di Terengganu melihatnya secara langsung juga. Apa pun, kita sendiri sudah maklum, mereka juga akan lambat laun mengetahuinya melalui anak-anak mereka yang bekerja di Kuala Lumpur atau cakap mulut atau melalui blog-blog dan internet streaming yang lain.

Saya amat berharap bahawa debat "presidential style" ini akan diteruskan terutama apabila tiba pilihanraya nanti terutama disiarkan di saluran utama RTM 1 dan Radio RTM. Saya juga berharap semoga Dato' Sabery dikekalkan tugasnya sebagai Menteri Penerangan oleh PM kerana kerana beliaulah lebih banyak saluran kepada parti alternatif dapat dibuka dan kebebasan kepada semua pihak dapat dijayakan dengan lebih adil walaupun pada pandangan saya beliau di dalam debat tadi lebih banyak "berpusing-pusing di sekeliling belukar".

Part 1 - Debat Harga Minyak


Part 2 - Debat Harga Minyak


Saya juga berharap, isi yang disampaikan oleh DSAI diambil iktibar oleh pihak kerajaan untuk memikirkan kembali bebanan rakyat semasa, terutama cadangan menurunkan harga RM 0.50 kerana Petronas baru sahaja mengumumkan keuntungan RM 90 bilion lebih. Maka, tidak kurang walaupun sedikit sekiranya diambil sekadar 2 billion untuk meringankan golongan sederhana dan kurang berkemampuan ini.

Tahniah kepada semua. Saya yakin persepsi negatif bahawa debat ini tidak bermanfaat adalah sesuatu yang salah. Dengan adanya pendedahan seperti ini bermulalah satu senario baru keterbukaan kerajaan terhadap idea dan pandangan semua pihak.

Walaupun begitu, ulasan berita terhadap debat itu yang menonjolkan hanya Dato' Sabery seolah-olah pemenang debat dan idea DSAI sebagai pendekatan populist di TV3, Radio Bernama dan semua stesen media di dalam sidang berita masih menunjukkan bahawa sistem penyiaran Malaysia tidak objektif dan masih berpihak.

Cuba baca artikel blogger lain di sini :
1. Anwar menang debat
2. Debat : satu dalam sejarah
3. Debat Minyak Anwar-Shabery
4. Dato Salleh Majid lebih Hebat dari Anwar-Shabery
5. Hebatnya berdebat
6. Debat oh Debat - Kecewa rasanya
7.Tahniah Menteri Penyerangan dan Professor Kangkung

Wallahua'lam.

15 comments:

Ummu Kauthar said...

Assalamualaikum!

Saya bersetuju dengan pendapat Dr, Dato' Sabery seolah-olah sudah tiada apa yang nak di perkatakan tapi DSAI penuh dengan hujah yang mempunyai fakta yang membuka minda rakyat. Rasanya selepas ini mereka akan akan berfikir bukan dua kali tapi berkali-kali sebelum membuat debat seumpama ini, takut akan memakan diri... Walahualam.
http://www.isuwanita39.blogspot.com/

mrrm220794 said...

dear dr.azwan, i new follower your blog. i tgk debat smlm sekali dgn analysisnya sekali, i setuju dgn datuk salleh majid (DSM, idea dia mmg selalunya bagus n tak berat sebelah. geram betul dgn datuk shabery tu, jgn lah bawa topik lama, mana2 menteri pun ade bt salah, bt dosa. jgn ugkit zaman lampau. even TUN pun ade celanya. kita nak tau HOW to reduce? bukan nak dgr msia aje yg naik harga, seluruh dunia pun sama. rakyat pun tau hal tu. sekurg2nya DSAI tu nmpk cara nak turun 50sen dr gov cuma nmpk naikkan 78sen. asyik compare dgn negara yg sah2 teruk, knp tak compare dgn negara yg minyak naik, tp inflasi pun paras ok. DSM smlm pun ckp, see another part too, jgn fokus naik hrga minyak je, tp kuragkan belnja dr part yg lain, n budget tu buat subsidi utk petrol. tau ckp kalau minyak murah nanti berlakunya kebocoran, tp how to control? ketatkan kawalan, jgn mkn rasuah n selalulah sportcheck. geram lah dr.azwan, see positive side le, commentor pun, awak sebenarnya dah nmpk gov tu salah, tp still nak tegakkn benang basah, takpe le gaji 5 angka, mcm mak saya tu pencen ilat rm450, kena dialisis lagi, cost naik lagi, tambang naik lagi, korek lubang tutup lubang, sampai tahap, bila dr nak cucuk ubt, tnya berapa kos tu, kalau mahal saya tak nak, anak saya tak mampu nak byr. kesian kat dia, mmg kami bantu, tp brp sgtlah.

Anonymous said...

dr azwan,
saya tak tonton pun debat tu, entah mengapa saya pun tak tahu..
mgkin sebab suami saya outstation, then no friend to bual2 about that..
n mungkin kerana satu lagi ialah DSAI sudah pastinya akan reveal taktiknya untuk turunkan harga minyak..then kerajaan sewenang-wenangnya mengambil cara itu tanpa memberi kredit to DSAI
ATAU
kerajaan tak akan ambil peduli langsung dan membiarkan rakyat terus terbeban dengan harga minyak...

walaubagaimanapun rasanya DSAI perlu lelong alasan lain untuk memimpin kerajaan selain daripada isu minyak..gunakan isu integriti pemimpin misalnya(mungkin susah)..

isu minyak naik ni banyak hikmahnya..pencinta alam sekitar sgt2 bersyukur tentang ini.. ramai dah belajar cara berjimat cermat..betul tak?

ok.. di tempat kerja ni..byk lagi nak cakap tapi tak tersusun..

salam
Puan R

suehoney said...

kedua-duanya sama hebat. i thought DSAI pemidato paling hebat. tak sangka ada yg setara dengannya. tak ada yang menang & tak ada yang kalah. DSAI cakap tu betul. dato' sabery cakap pun betul. dua-dua mempunyai fakta yang betul. saya setuju pada kedua-duanya.

mrrm220794 said...

dr azwan, saya tak sabar nak tggu komen chedet dlm blog dia psl debat ni. say something plz, tok det.

Kujie said...

Dr.

Pagi tadi bangun tidur inga ke harga minyah dah turun...tapi kek saya yang naik..

Dr, Makbapa saya duduk di hulu Baling pun ada astro dan terpesona dengan Pak Menteri kita tu..

ezza erisa said...

dalam berita di radio 24 dua hari lalu, Saberi menjelaskan yang siaran itu tidak akan di siarkan di RTM kerana dia tidak mahu muncul di RTM. Dan diperkatakan orang sebagai menggunakan saluran kerajaan untuk menampilkan diri. Dia nak muncul kat tv bukan bawah kementerian sahaja.

begitulah lebih kurang.which is baguslah intention dia. taknak salah gunakan kuasa untuk popular. :)

kucau said...

ermm. tapi anwar pon kurang jawab soalan dan berpusing2. kalaupun bukan 2015 minyak habis, tapi suka atau tidak minyak tetap akan habis. kan nie konsep non renewable energy. kalau tidak takkanlah byk company kat luar sana cipta fuel cell, cipta air car, cipta electric car.petronas boleh explore kat luar, tetapi akan ada satu masa bahawa limit ini akan dicapai, lagipon, tempat yg petronas explore tuh bukanlah negara sendiri. Apabila minyak ini melambung, maka negara yg mempunyai minyak akan cuba mengaut sendiri keuntungan minyak ini maybe dgn buka company mereka sendiri.harga minyak akan terus naik dan dan satu hari nanti kita PASTI akan jadi net IMPORTER ( sila lihat peratusan minyak dari luar petronas tidaklah sebesar minyak dari dlm negara ). Jika subsidi terus tidak dikurangkan ( malah dinaikkan dgn maintain harga minyak) , adakah pada masa itu DSAI akan menaikkan harga minyak secara tiba2? jika kita maintain harga minyak, maka subsidi akan terus bertambah. setiap kali harga minyak naik subsidi pasti akan bertambah. apabila minyak naik ker 200 USD dan kita masih juga populist nak maintain 1.92 cents per liter. bagaimanakah logik ini boleh tercapai. Kalau ikut DSAI , dari 1.92 cents nak turun 50 sen iaitu 1.42 cents ( janji sebelum phanraya kan) so, maknanya lepas phanraya pon DSAI pon nak harga 1.42 cents kah? Apabila minyak sudah USD 200 macammana. Apabila cucu DSAI besok hidup dan di malaysia tiada minyak , adakah harga minyak perlu terus naik mendadak disebabkan atuk dier nyer illogical thinking?

Bagi aku kan, we should invest more on Petrol alternative. maybe importing fuel cell technology from newly startup company in US. Maybe we should start generating h2 from renewable energy for the fuel cell. i dont see why we cant do it. at least it is better to spend 5 billion for new technology rather than giving fuel rebate for rm 625. This also can be consider populist but brainless move. ape jadi dut 625 tuh? ramai org dah bedal dah. tak beli minyak pon, maybe beli tv baru or sepasang sport rim.

argument aku nie bukan sebab aku sokong paklah and shabery. itu pon 2x5 flip flop. cuma teknik populist DSAI adalah kurang adil.

kucau said...

sedara mrrm , senanglah DSAI cakap pasal IPP dan kebocoran. lupakah beliau bahawa malakof itu "kroni" dier mase dier menteri kewangan?

max said...

Satu perkembgn sihat drpd perdebatan berkenaan.. sy dpt simpulkan anwar begitu tersusun dan cool dlm berhujah... antara dua pendebat sy sungguh tertarik sekali pada dsai membuka mata semua... yg sy tidak setuju serangan peribadi kpd dsai bak kata dia disini bukan waktu untuk mengalih topik kpd serangan peribadi... no point... anwar menggunakan hujah yg spttnye dgn sepenuhnye untuk melontarkan idea2 dan inginkan satu pembaharuan atau rombakan... ya sy setuju jika PEMBAHARUAN untuk kebaikan semua y not... congratulations to anwar... u r the best... well done... GREAT!!

sms said...

sebenarnya aku nak tau gak debat ni nak bawa ke mana? bukannnya ada undi sms nak pilih pemenang. sapa menang, pendapat dia yang kita ikut.

ni semua debat2 kosong aje. aku nampak masing2 nak pertahankan parti politik masing2 aje. takde sapa pun prihatin bab kita ni. harga minyak naik memang membebankan. tapi harga beras naik lagi membebankan. fakta sabery tu betul, kerajaan kurangkan subsidi minyak tapi tambahkan subsidi makanan. fakta anwar juga betul, teori ekonomi mana kita pakai, harga naik, inflasi pun naik.

cuma aku sedikit terganggu bila diaorg dok sebut2 nak pertahan hak golongan petani la, pesawah la, betul ke tu? aku nampak minyak naik, yang terbeban sebenarnya org bandar. (org yang mempunyai ahli keluarga yang sakit kronik & memerlukan perbelanjaan yang besar memang sentiasa terbeban sama ada harga minyak naik atau tidak). mertua aku kat hulu sana keje motong getah sekangkang kera. tapi pendapatan RM400 bersih seminggu. seminggu tau. kerja dari pukul 7-11 pagi saja. balik umah kalau takde keje, tengok astro cerita 'anakku bukan anakku'. kereta takde. rumah sendiri punya. hutang pun takde. diaorg tak kisah pun pasal minyak. yang diaorg kisah makanan. hidup simple di kampung. mertua aku masak 5-7 lauk sekali hidangan. tiap2 hari tukar lauk. lauk tak abis bagi ayam makan. aku ni haa, lauk tak habis, aku simpan dalam fridge. besok makan lagi. sayang..

kesimpulannya kenaikan minyak memang membebankan. tapi utk org bandar saja yg rata2nya bergaji. tapi kalau diaorg kata diaorg membela nasib golongan petani ke, pesawah ke, nampak sangat diaorg poorah citt... macam tak betul aje fakta tu. semuanya ayat2 politik yang bertujuan untuk melariskan jualan.

Dr Azwan said...

Kucau : Mintak 5 billion je daripada 65 billion untuk turunkan RM 0.50 seliter duit minyak kepada RM 2.20. Penurunan cuma 18% ni aku rasa boleh beri impak besar kepada rakyat. Aku tak rasa pun itu pendekatan populist, aku cuma rasa kalau kerajaan buat macam tu kerajaan lebih prihatin kepada masalah rakyat. Aku yakin kerajaan tak ada masalah untuk mengurangkan skala salah satu pembangunan koridor dan share sedikit kepada rakyat sekadar 5 bilion. Apatah lagi keuntungan petronas yang diberi kepada kerajaan naik 30%. Cadangan untuk mengulangkaji semula IPP adalah idea bernas kerana IPP tak rugi apa pun sebab insentif kerajan bagi memang tinggi. Idea ini aku dengar daripada engineer2 yang kerja dengan TNB sejak dulu lagi.

Dulu isteri takpayah kerja jaga anak sebab makan pakai cukup jer, tapi bila harga minyak naik, isteri kena pula cari kerja sebab taraf hidup daripada sederhana dah jatuh miskin bandar.

Kita boleh letak segala macam strategy apa pun secara jangka panjang macam idea yang kau bagi. Ada yang cadang kincir angin, ada yang cadang nuklear..wah!. Tapi bila perut dan poket kita kena kacau, apa cadangan bernas sekalipun, itulah akan timbul masalah sebab kita kena prepare strategy jangka pendek juga. Strategi pun kena betul kalau kerajaan Pak Lah nak stay longer.

Yang menjadi isu sekarang adalah kenaikan mendadak... bukan sekadar kenaikan. Kenaikan tak dapat dielakkan. Ini dipersetujui oleh Tun Mahathir sekalipun. Aku tak rasa ini idea Anwar sangat walaupun dia yang bawak ke depan idea ni. Ini adalah idea suara rakyat yang kebetulan Anwar bawak. Populist tak populist - harga barang dah naik mendadak. Nasik lemak kosong dah naik RM 1.80 dah. Harga cacing merah aku tak lama naik lagi... Wallahu A'lam.

Dr Azwan said...

sms : saya suka mengatakan bahawa debat ini berjaya memberi tekanan kepada kerajaan. Ingat tak apabila parlimen mengadakan usul tentang kenaikan harga minyak, apa yang berlaku? Takde apa-apa. Kerajaan tidak mendapat apa-apa tekanan pun. Parlimen jadi mainan pak pak menteri dan ahli yang berhormat. Jadi harga naik sewenang2.

Kenapa? Kerana rakyat tak menilai. Tiada siaran langsung pun bagaiamana ia dibahaskan. Kalau ada debat pun, semua ahli parlimen nak bercakap. Semua orang nak tunjuk pandai bercakap termasuk speaker dewan yang macam guru besar sekolah rendah. Parlimen kita macam zoo.

So, kalau ada debat ini, seorang bercakap semua orang tumpu perhatian. Seorang memberi cadangan dan seorang lagi pula yang membangkang. Kita pun faham dan tak distracted. Tapi kedua-dua pembahas kena bersedia.

Kalau rakyat faham, maka debat ini mencapai matlamat sebagaimana yang survey yang radio 24 buat.

Lagipun gaya US presidential debate ni nampak lebih matang, professional dan bijak. Kalau dan pembahasnya kurang bijak nak buat camne. Tak boleh nak menolong.

Saya setuju juga kalau ada pemilihan SMS, sebab seluruh Malaysia dah tahu siapa pemenangnya!

max said...

disini sy terjumpe link mengenai tajuk debat dan sangat bagus jika dpt dilihat drpd aspek keseluruhan penerangan kesimpulan yg sy kira agak jelas sekali...
http://amkbatu.blogspot.com/

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails