Salam,
Baru-baru ini saya berborak dengan Presiden ABIM, Sdr Yusri. Kami jemput beliau untuk merasmikan satu program retreat di Ampang. Oleh kerana terlalu sibuk, beliau agak sedikit terlewat dalam 10 minit.
"Ana tadi bawak kereta pecut", jelas Abg Yusri.
Dia menerangkan dia terpaksa memecut laju keretanya kerana sudah terlambat untuk menghadiri jemputan program kami itu.
"Tapi anak cabut kopiah ana ni", katanya sambil memakai semula kopiahnya yang ditanggalkan dari dalam kereta.
Saya bertanya kenapa dia tanggalkan kopiahnya semasa memecut tadi?
Dia menjawab, " Ana tak nak nanti jadi fitnah kepada Islam."
Saya yang tak faham maksudnya meminta penjelasan.
Dia memberitahu, "kalau ana pakai kopiah lepas tu bawak pecut kereta laju-laju, nanti kalau ada orang bukan Islam nampak, dia akan kata - Orang Islam tu, pakai kopiah tapi bawak kereta bukan main laju lagi - jadi jadi fitnah kepada Islam, jadi ana pun tanggal lah kopiah ana"... jawab beliau tersengih.
Nadanya seperti bergurau tetapi mungkin ada benarnya.
Ramai di antara umat Islam kita melakukan perkara lebih dahsyat daripada ini. Ada orang Islam yang juara di dalam menghisap dadah, ramai orang Islam yang juara di dalam mengandung luar nikah dan membuang anak, ramai orang Islam memenuhi penjara dan pusat-pusat serenti. Itu boleh dilihat di pentas tempatan.
Di pentas dunia, ramai pak sheikh arab sebagai contoh yang membawa nama Islam melakukan pembaziran berbillion-billion dengan hiburan dan keseronokan sedangkan ada umat Islam yang berhampiran kebuluran dan miskin. Ramai orang Islam menjadi pembunuh, pengacau dan dianggap mengganggu kedamaian orang bukan Islam.
Ramai orang Islam sendiri menjadi fitnah kepada Agama Islam itu sendiri. Tidak hairan di Malaysia, fatwa Ulamak boleh menjadi mainan orang bukan Islam.
Umat Islam ramai tetapi umpama buih di lautan.
Wallahu A'lam.

3 comments:
lerrr bunyinye mcm hipokrik ajer
Anonymous : Itu bukan hipokrit la, itu utk menjaga maruah islam, bacalah penerangan abg yusri tu knp dia tanggal kopiahnyer..
Hehehe..Betul juga tu, zaman ni ramai org yg mengambil kesempatan utk memfitnah dan memperbesar-besarkan isu yg berkaitan dgn agama islam. Biarlah kalau org nak kata "apa Orang melayu tu, pakai kopiah tapi bawak kereta bukan main laju lagi" daripada dia fitnah islam..
Ok..wassalam
doc..hari tu saya balik phg,lalu la kt jln sempit yg 2 lorong tu jekk..kete dpn tu bukan main slow,so ktorg nk potong la...dia mcm xbg...las2 b4 kete dpn tu msok simpang,driver tu yg bkopiah sempat kuakan tgn ikot tgkp sambil mpamirkan "jari tgh" nye ituhhhh....sungguh kurang sopan..dlm kete tu ade 2lg pakcik yg bkopiahh...tu seb la kami yg islam ni kne,cube kalu bukan islam yg kne,xke burok name islam..astaghfirullah...da tua2 pon xreti nk bradab..pastu nk soh org muda hormat org tua..mcm mane tuhhh....
Post a Comment