Thursday, December 4, 2008

Khatan : Terkini atau Konvensional?








Salam,

Ramai yang bertanya, mana satu kaedah yang paling baik untuk berkhatan? Jawapan saya - semuanya boleh belaka dan semuanya baik...

Biarlah saya cuba menceritakan kaedah2 yang saya tahu dan daripada pengalaman saya mengkhatankan mungkin sudah beratus kanak-kanak.

Seperti saya tulis di dalam artikel sebelum ini, berkhatan adalah satu prosedur kecil tetapi di dalam perubatan walaupun ia prosedur yang kecil ia boleh membawa kepada risiko. Sebagai contoh, hatta suntikan di bahu menggunakan jarum yang paling halus pun ada juga risikonya yang tertentu. Jadi mari kita sama-sama nilai kelebihan khatan berdasarkan kaedah-kaedahnya dan risiko-risikonya.

Anda perlu tahu risikonya kerana perubatan moden adalah satu yang transparent atau jelas. Ini adalah kerana akhirnya, keputusan yang dibuat adalah di tangan anda dan bukan di tangan doktor. Penjelasan yang dibuat kepada anda akan menentukan keputusan yang akan anda ambil. Oleh itu ia perlu jelas dan difahami.


KAEDAH KONVENSIONAL

Kaedah konvensional juga ada banyak jenis. Tetapi untuk lebih mudah difahami, ia adalah membuang kulit di hujung kemaluan dengan memotongnya kemudian memberhentikan darah secara manual dan menjahit baki kulit.

Kaedah konvensional ini mengalami sedikit evolusi dengan kehadiran satu alat dipanggil cautery. Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ini menjadikan proses khatan kurang dari segi pendarahannya.

Ada ibu bapa menyalah anggap dan memanggilnya sebagai "laser" walaupun ia bukanlah sejenis laser. Cautery elektrik pada pasaran semasa berharga antara RM 2500 - RM 5000 mengikut jenisnya. Oleh itu bukan semua klinik atau doktor yang mempunyai alat ini. (Saya pun pinjam dengan orang). Cautery menggunakan bateri daripada jenis yang baik dan tahan lama adalah di dalam lingkungan RM 2000.

Kaedah menggunakan gunting dan pisau (blade) masih juga digunakan oleh sebilangan doktor. Pakar bedah plastik yang mengajar saya berkhatan dahulu pun masih menggunakan kaedah ini. Pendarahan diberhentikan menggunakan teknik "Ligation" iaitu diikat menggunakan benang. Kaedah memberhentikan darah secara ini adalah selamat kerana, saluran darah besar akan tertutup dengan pasti menggunakan benang berbanding membakar menggunakan cautery.

Walaubagaimanapun, cara ini agak lambat. Ia mengambil masa dari 20 minit sehingga 45 minit seorang pesakit. Bergantung kepada pendarahan dan sebagainya. Cara konvensional lebih memudahkan berlaku pendarahan kerana memotong menggunakan gunting atau pisau tidak memberhentikan darah berbanding cautery.

Oleh itu ramai doktor menggunakan kaedah konvensional tetapi memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang "catgut". Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.


KAEDAH KLAMP

Kaedah klamp (tara klamp, smart klamp) adalah cara terikini untuk berkhatan. Ia adalah cara yang sangat cepat dan kurang pendarahan. Cuba bayangkan 80 orang boleh disunatkan di dalam masa 3-4 jam sahaja dengan 5 buah katil oleh 5 orang operator.

Jika tak silap saya salah satu klamp yang awal dihasilkan berasal daripada idea seorang doktor berketurunan sikh di Malaysia. Aneh kan? Seorang Doktor yang bukan Islam menghasilkan satu alat yang rata-ratanya orang Islam yang banyak menggunakannya.

Setelah kanak-kanak diberi bius, ukuran klamp dikenalpasti dan alat yang sesuai dengan saiz kemaluan akan dimasukkan. Setelah klamp diaplikasikan di tempatnya yang sesuai, kulit-kulit yang berlebihan akan dipotong (samada menggunakan cautery atau pisau). Pendarahan adalah kurang kerana segala salur darah telah ditekan menggunakan alat tersebut.

Kaedah ini tidak perlu jahitan. Oleh itu ia sangat cepat. Selepas 7 hari pesakit akan datang ke klinik semula untuk membuka klamp tersebut. Adakalanya ia akan jatuh sendiri dan ini memudahkan urusan.

Dari segi kos, kaedah klamp ini agak mahal. Rata-ratanya di klinik mengenakan bayaran daripada RM 200 hingga RM 350 untuk satu prosedur. Harganya mungkin lebih murah di dalam lingkungan RM 150- RM 180 sekiranya diadakan berkahatan beramai-ramai kerana dari segi bilangan peserta yang ramai akan mengurangkan kos.

Ada ramai doktor yang tidak beberapa menyukai kaedah klamp. Ini juga termasuk saya. Ada juga yang pada awalnya menggunakan klamp tetapi akhirnya bertukar kepada kaedah khatan konvensional.

Masalah yang berlaku kepada klamp ialah apabila untuk membuang klamp selepas satu minggu. Klamp akan melekat di kawasan kemaluan untuk menutup salur darah dibahagian kulit yang dipotong. Untuk membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit. Sakitnya adalah sebagaimana dia bersunat dahulu. Ada yang menangis kerana kesakitan selama beberapa hari selepas itu.

Sedangkan, kaedah konvensional hanya merana pada waktu bersunat sahaja selepas itu tidak ada lagi kesakitan kerana benang yang dijahit akan hilang sendiri dan tidak perlu dibuang.

Ada juga pendarahan berlaku selepas klamp dibuang. Ini kerana kulit yang diklamp tidak tertutup sepenuhnya kerana masalah jangkitan. Masalah jangkitan boleh berlaku pada teknik klamp dan mengakibatkan luka lambat sembuh. Berbanding dengan kaedah jahitan, luka mudah terbuka kerana tidak ada jahitan yang menyokongnya.

KESIMPULAN

Cara yang bagaimana anda pilih untuk mengkhatankan anak anda bergantung kepada pilihan masing-masing. Jika tidak mahu pendarahan, pantas dan mudah dijaga maka pilihlah klamp.

Sekiranya mahukan cara konvensional, ada jahitan dan kurang pendarahan, gunakan cara cautery yang masih mengekalkan tradisi lama.

Apapun pilihan anda, di dalam ibadat berkhatan, yang paling penting adalah kebersihan yang terhasil daripada proses tersebut. Ini kerana di dalam Islam, apabila kita berbincang tentang bab Feqah, perkara yang paling awal ialah Thaharah atau Penyucian. Maka kebersihan adalah matlamat utama ibadah ini.

Wallahu A'lam

62 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.
Saya bercadang mengunakn kaedah smart klamp utk mengkhatankn anak saya. tp setelah membaca artikel Dr., saya menjd ragu2 kemungkinan yg akan berlaku kelak. Jd, saya ini mndptkn pndngn peribadi Dr. kaedah yg manakah lbh terjamin kselamatannya.
Terima kasih.
Mummy Adam

Anonymous said...

Salam Dr.
Nak tanya sikitlah pasal anak kawan saya ni. Dia khatan dengan menggunakan kaedah traditional. Selepas 8 hari masih belum sembuh. Bila saya lihat, rupa-rupanya benangnya telah 'tetas'(putus) dan kulit atas dan kulit bawah jadi 'retracted' menyebabkan lukanya kelihatan besar. (harap Dr. dapat bayangkan). Bila dia pergi ke klinik swasta, doktor bertugas kata kulit tu dah tak boleh dijahit semula (untuk mencantumkannya) sebab 'retracted' dah. Hanya perlu cuci saja sehingga sembuh sendiri. Kalau doktor ada pengalaman, boleh tak doktor kongsikan. Saya bimbang akan jadi keloid.

misfortune said...

Sounds scary.. Insyallah ke hosp Dr. Azwan minggu depan utk khatankan anak. Hopefully everything goes fine.. otherwise.. kene lmbt start skolah ler plak huhu..

misfortune said...

Oh by the way.. lifelogger dh shutdown. I'm now moved to blogspot. My new blog.. now u can comment anytime =)

Dr Azwan said...

Mummy Adam - kita try to reduce the risk, tapi tak ada jaminan. Jaminan hanya ada pada simpanan di ASB sahaja. :). Dua dua method boleh guna. InsyaAllah doakan yang terbaik.

Ahmad : InsyaAllah takkan jadi keloid. Tapi saya tak tahu nak komen apa-apa sebab tak tengok lukanya. Orang zaman dulu pun tak pernah jahit en Ahmad. (salah seorangnya adalah saya). Guna kepit buluh jer, hehehe, bius pun takder. Ok jer.. hehehe :)

Heartisbroken : Napa sedih sangat u punya nick name nih.. :)
Tak per saya jahit cantik2....

Saya kan bekas plastic surgery trained..... :) No worry. As long as he is cooperative, tidak berkungfu, kuntow dan taekwondo, yang lebih itu InsyaAllah boleh diuruskan.

Anonymous said...

Is there any modern or new techniques for female circumcision ( sunat, not FGM ) ???

Less pain and quicker healing ???

It's kind of unfair for women, the boys gets the new techniques and the girls have to do it traditional way.

Any doctor interested in inventing a new techniqus for the girls ???

Dr Azwan said...

Zahra : Oh.. female circumcision yer. I have 3 daughters, so far I have sent to female doctors kat PUSRAWI. I have learnt the techniques there. Actually, there is nothing to invent pun. It is very simple and we keep it that way.

fazemy said...

Good info Dr. Baru paham. Err yg kes bdk koma lepas khatan tu apa crita yer.

Anonymous said...

Semasa meyertai program sunaton (sunat maraton) di kemboja dulu, kami menggunakan cautery. Cepat. :)

misfortune said...

Dah selamat khatankan Luqman.. terima kasih Dr. Lps blk rumah pun uncle dia kata "cantik doktor ni jahit". Agak2 klu jahit baju, ble kalah Bernard Chandran kot =)

Anonymous said...

Salam,

Saya decide gunakan Smart Klamp utk anak saya (8 thn) pd 17-Dec lalu. Alangkah menyesalnya saya kerana sehingga hari ini (31-Dec), masih belum sembuh disebabkan kulit tidak tertutup sepenuhnya. Bengkak terjadi dibhg tepi 'kepala' (mungkin berisi air) dgn agak besar. Ingatkan nak lebih cepat sembuh + kurang sakit, sekali kos perubatan (termasuk pergi jumpa Dr pakar) dah >RM500 dah....
Pengajaran utk saya: 1)lebih baik kaedah lama - murah + cepat sembuh 2)sebelum membuat keputusan, selidikilah dulu pro dan kontra sesuatu itu mungkin melalui carian di web dsbnya.

Salam....

Anonymous said...

Hi Doctor,

I am 33 years old and I am considering of Circumcision due to hygiene matter. I've made an inquiry to some of the clinics where I stay and they told me that they would use the conventional method for the circumcision; i.e. Scissor. Therefore, I would like to seek you advice, is this suitable for my age as right now my another concern is that, I am quite active in my work which requires me to run around on site and meeting clients.

Appreciate your advice the soonest.

Thank you

Yours sincerley,
JML

Dr Azwan said...

Dear JML,

We can perform circumcision on adult. The different is the blood vessels around the shaft of the penis is larger, thus need to be extr careful. The recovery might take a week. Therefore you need to get rest for a week at least.
By the 5th day normally you can walk around, with slightest pain. There is also possibility of infection that might warrant extra days at home. If your work needs you to move around actively, better plan the circum ahead until you are really free. The fee normally from RM 350 - RM 450 for adult.
Call me if you are interested. Thank you

Anonymous said...

Dear Doctor,

Thank you for the prompt reply and information.

I would like to further clarify this matter with you personally as I will write an email to you with some questions which I felt I need to get better understanding further before I pursue my intention. I hope you wouldn't mind.

Thank you in advance.

JML

Anonymous said...

Hi Doctor,

Thank you for the time taken for my circumcision. Its really good to know a good and kind Doctor like you with all the advices given for a patient.

I wouldnt mind to recommend a friend of the services given.

Thank you again and cheers..

JML

Dr Azwan said...

Hi JML,

I hope everything is fine. Hope you are happy with your new "look".. :)

All the best.

Dr Azwan.

Anonymous said...

Hi Doctor,

Indeed I am very much happy with the new "look". The most, I am very happy to be hand-off by an experience doctor like you and a very caring on his patient. Thank you very much. Also Doctor, thank you for all the guiden given. Really appreciate them.

Thank you once again & all the best to you too.

Cheers,
JML

Unknown said...

Asm Dr. Azwan,

Saya ingin mengkhatankan anak saya (9 tahun) pada 20 November (malam) atau 21 November ini. Soalannya:
1. Kaedah mana yang cepat sembuh, mudah dijaga dan kurang sakit (Saya perlu bertolak ke Johor pada 26th Nov)
2. Adakah Dr sendiri yang perform khatan tersebut di PR Al-Islam (Dr. bekerja di sana kan?)dan perlukah saya buat appointment direct dengan Dr atau ke hospital?
3. Apabila saya merujuk ke website Al-Islam Specialist, pakej berkhatan adalah menggunakan plastibell dan ada saya baca komplikasinya. Boleh saya dapatkan pandangan Dr.? Kebanyakan informasi adalah dari US di mana baby yang masih kecil dikhatan berbanding diMalaysia, kanak2 lebih besar ketika khatan.

Terima kasih

millipedemom said...

Salam Dr. I would like to circumsize my son this school holiday (6 yrs old), and was thinking of doing it the cautery way. Would you happen to know which clinic/hosp has this service? I read only Urologists can perform this, is it true? Is it very expensive? And if it is done the cautery way, is GA used? Is it a day surgery? Thanks for your help.

AbuMundzir said...

Assalamu`alaikum Dr.

Berdasarkan komen yang diberi saya agak terkejut kerana tiga minggu lepas saya menonton TV yang menyiarkan rencana khas mengenai pencipta "clamp" ni yang mendapat pengiktirafan dunia kerana ciptaannya. Seorang yang bukan Islam begitu "obsess" mencipta alat untuk digunakan hampir keseluruhannya oleh orang Islam. Yang hairannya mengapa tidak ada komen mengenai kesan penggunaannya selepas hari berkhatan. Dalam rencana tersebut seolah-olah alat ini begitu sempurna hingga menjadi rebutan banyak negara. Ribuan telah digunakan untuk membantu mangsa Tsunami di Acheh. Bukan untuk merendah-rendahkan hasil kajian orang lain (kerana bukan mudah untuk mencipta sesuatu) namun jika ada kesan buruk seperti nyang Dr. nyatakan sepatutnya IMR dan MMA perlu memberi penjelasan kepada masyarakat.

Wassalam.

Dr Azwan said...

Tiada salah menggunakan clamp.. cuma ada sebilangan yang ada masalah untuk membukanya selepas seminggu. Ada yang sakit semula. bergantung kepada cara yang disukai oleh keluarga..

Unknown said...

Nak buat locum buleh ka? Pakai cautery.

Physical, Mental and Spiritual Healing Center(身,心,靈療癒中心) said...

Jika process itu tidak dijalan oleh pakar doctor, satu efek negetif akan mejadi kemewahan and kehidupan suami-isteri budak itu mejadi masalah bila dia besar. Sangat kecil peratus budak, kerana kulit itu tidak balut benar dan nerve itu diluar kulit. Apabila ini berlaku, sentuhan sensitif akan berlaku bila disentuh sahaja, walaupun dengain kain baju sendiri akan mecapai keadaan yang sensitif, ini mengakibatkan seksual itu begitu cepat, dan kadang-kalah belum masuk sudah habis

Lina said...

Salam Dr. Anak sy bersunat 24 nov secara laser. Sehingga 2 dec masih tak boleh pakai seluar. Kalau berkain pelikat, dia lebih suka agar kain tidak tersentuh bhgn sulitnya. Adakah ini normal? Slps acara bkhitan,dr tiada beri apa2 ubat utk disapu.Hari ini, sy dapati bhgn bawah muncung bengkak sedikit berisi air. Perlu ke sy bawa dia ke klinik semula? Saya sudah sapu ubat yg dbeli d farmasi sejak smlm. Harap Dr Azwan dpt beri sedikit panduan. Kami clueless.

Anonymous said...

Macamana cara nak surutkan bengkak di sekeliling tempat berkhatan.saya khatankan 3 orang anak saya.yg sorang ni nampak cam ada air pulak

Anonymous said...

Salam doc... nak tanya... kalau sunat secara konvensional kan perlu dijahit... jahitan tu akan terbuka sendiri atau kekal menjadi isi or kita sendiri yg buka?

Unknown said...

Doc..badan ku gemuk..sdah sunat dalam 4 hari.tapi jahitannya terbuka nmpk pulak dalamnya..lagi belum baik..jadi cam mn aq lakukannya?

Anonymous said...

Utk d kawasan kota kinabalu bleh suggest tak mna yg doktor rsa ok dan dijamin...

Anonymous said...

Dok,mcm mana nak surutkan bengkak dah lima hari tak juga surut-surut bengkaknya setelah berkhatan.
apa ada masalah dok?

Anonymous said...

Mcm mana nak bersihkan darah yg dah kering di sekitar kwsn yg dijahit tu.. blh ke letak minyak gamat @ olive oil@ ada cara lain..sbb takut jangkitan kuman kalau biar lama kat situ.

Anonymous said...

Assalam Dr ,

anak saya autism dan hyperactive..berumur 5 tahun apa kah cara khatan yang terbaik untuk dia?

natura said...

Nampak macam langsung tak menyakitkan.
Tapi sebelum proses luruh ataupun tanggal, leceh untuk buang kencing la.

natura said...

Nampak macam langsung tak menyakitkan.
Tapi sebelum proses luruh ataupun tanggal, leceh untuk buang kencing la.

Unknown said...

Salam Dr.Azwan

Saya ingin bertanya tentang berkhatan menggunakan klump. Saya mempunyai seorang rakan dewasa berumur 24 tahun baru berkhatan seminggu yang lepas. Ini kali keduanya dia berkhatan kerana dia dikhatan sejak masih bayi. Setelah klump tersebut dibuka hujung minggu lalu, terdapat kesan hitam kebiruan pada kulit yang dipotong dan terdapat sedikit rupa bernanah pada kulit tersebut. Mengapa ia boleh terjadi doktor? Apa yg perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada dijangkiti lebih teruk lagi? Adakah ia normal dalam process penyembuhan?

Mohon di reply encik.

Unknown said...

Salam Dr.Azwan

Saya ingin bertanya tentang berkhatan menggunakan klump. Suami saya berumur 24 tahun baru berkhatan seminggu yang lepas. Ini kali keduanya dia berkhatan kerana dia dikhatan sejak masih bayi. Setelah klump tersebut dibuka hujung minggu lalu, terdapat kesan hitam kebiruan pada kulit yang dipotong dan terdapat sedikit rupa bernanah pada kulit tersebut. Mengapa ia boleh terjadi doktor? Apa yg perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada dijangkiti lebih teruk lagi? Adakah ia normal dalam process penyembuhan?

Mohon di reply encik.

Unknown said...

Hi..im 24yo.. Now teringin nak bersunat..tapi xtau nk guna kaedah mn..org ckp kalau guna konvensional,takut jahitan tu akn terbuka bila terjadi ereksi..kalau guna klamp,nnti susah pula kalau melekat time nk buka.. Blh suggest x or share info how if nk bersunat bila dh dewasa ni..tenkiu

ammar haikal said...

beberapa hari baik selepas sunat,doktor

ammar haikal said...

ala 14 hari je

chegu ZulK said...

Anak sy guna smartclamp 3 hari lalu.. Ada pendarahan dan bernanah sedikit di glans dia.. Kasihan dia tidur selalu mengigau dan merengek kesakitan.. Sy buntu.. Esok nak bukak clamp dia.. Harap ok segalanya

Unknown said...

Salam doc, anak sy baru bkhatan 2 hr lalu, masalahnya hari ni dia demam dan bahagian bawah anu die hitam..ape yg perlu saya buat?saya buntu

Unknown said...

Salam doc, anak sy baru bkhatan 2 hr lalu, masalahnya hari ni dia demam dan bahagian bawah anu die hitam..ape yg perlu saya buat?saya buntu

Unknown said...

Btul tu,clamp cam x bgs....sedih tgk anak mnangis smpai mgigil sbb sakit nk buang air kecik...ya Allah kuatknlah smgt ankku n diriku...lg 3 hari nk buka clamp hrp2 x de mslh...ksian dh tgk ank umur 6 thn

Unknown said...

Btul tu,clamp cam x bgs....sedih tgk anak mnangis smpai mgigil sbb sakit nk buang air kecik...ya Allah kuatknlah smgt ankku n diriku...lg 3 hari nk buka clamp hrp2 x de mslh...ksian dh tgk ank umur 6 thn

Shukri said...

Salam. Doc anak saya bersunat guna smart clamp. Bahgian salur yg keluar kencing kene sentiasa kering @ boleh basah sedikit?

Shukri said...

Salam. Doc anak saya bersunat guna smart clamp. Bahgian salur yg keluar kencing kene sentiasa kering @ boleh basah sedikit?

Anonymous said...

Salam...doc azwan ad klinik sndri ke? Boleh bg alamat?

Anonymous said...

Salam doc, saya mempunyai masalah dengan jahitan selepas berkhatan, selepas sembuh dan membuang kesemua benang jahitan terdapat 3 lubang jahitan yg kekal di bahagian batang zakar saya...sebulan sekali terpakas mencuci untuk membuang kotoran or daki dalam lubang tersebut...adakah saya perlu berjumpa doktor semula?

Anonymous said...

40an, non Muslim....berkhatan jenis mana sesuai utk saya?? Tq doc

Anonymous said...

40an,
Mike kel

Anonymous said...

Saya dah bawa anak saya bersunat teknik konvensional.Bila dah habis doktor ckp jgn bagi kena air selama 4 hari tapi balutan bahagian kemaluan dia panjang.2 jam lepas tu dia kencing dan dah terkena air bahagian ada darah.Saya tanya anak saya kalau sakit dia kata ada sakit bahagian dia jahit.Saya pun buka balutan tu dan bagi dia minum ubat antibiotik.Isteri saya ckp kalau tak nak bagi jangkitan kuman letak serbuk Amoxicillin.Jadi doktor rasa dia boleh sembuh berapa hari?

Unknown said...

Dr, anak sy dah berkhatan 5 hari.. Sy lihat ada kuning2 kat keliling jahitan tp bila basuh ngan air suam.. Kuning2 tu tanggal.. Sy nak tanya sy lihat bahagian bawah ada bonjolan spt kulit lebih.. Tu normal ke doktor

Unknown said...

Doktor...ank saya dah berkhatan selama 14 hr....jahitan...kenapa masih keluar darah....apa perlu saya lakukan...tlg doktor

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
idell76 said...

Kes anak sy sma dgn anak encik....bleh sy tau brp lama utk sembuh....sian plak tgk anak sy....org lain seminggu dh sihat....dia dh masuk 2 minggu mcm br bersunat setelah alat klamp dibuka....sedih plak rs nya....

apo ngannyo said...

Doktor jika selepas seminggu berkhatan clamp tidak dapat terbuka, apakah cara atau ubat sapu yang paling bagus utuk mengeluarkan clamp?

Unknown said...

Salam...10/12/2016 anak saya berkhatan guna clamp.seminggu lpas tu buka clamp tu.semua ok.dia pn dh ble berlari mcm biasa.cuma masalahnye lepas dua hari buka clamp tu,anu dia bengkak xsurut-surut.dh dua minggu dh.saya ada bawa pegi klinik check sebelum ni,doktor kata bengkak tu normal je n akan surut nnt.dh dua minggu tak surut juga.rsau jgak.betul ke normal?

Unknown said...

Siapa tahu di mana klinik dr azwan ni?

Unknown said...

Where is the dr azwan's clinic?

Unknown said...

If anyone knows dr azwan's clinic please let me know. I would like to bring my son regarding this circumcision issue.. It seems like doc has not been active in his blog..

Anonymous said...

Kaedah smart klamp memang mudah pada mudim..tpi ank2 tetap kne injek utk bius..sama je..pstu kne dtg balek nk bukak klamp pulak..satu lgi hal..ingat tanggal cmtu je ke?..xde nye..sakit lgi skali..

Penapis Air Pilihan said...

Penapis Air Bio ULTRA Alkali / Bio ULTRA Alkaline water Filter

********************************************************************
- Pelbagai Produk: boleh whatapps utk lihat kesemua produk dan Pakej menarik (10 produk) -
- Alkaline Water Filter - 6 Filters - RM599
- 2 Suhu - Panas & Normal (RM699)
- 2 Suhu - Panas & Sejuk (TableTop & Stand -Harga dr RM899 - rm1299)
- 3 Suhu - Panas, Normal & Sejuk (TableTop & Stand - RM999 - RM1499)
- Gold Master Filter- 7 Layer (Fiber - Outdoor) RM799
- Titanium Master Filter - 9 Layer (Stainless Steel - Outdoor) RM999
- Warranty 12 Bulan - 10 Tahun - TERBAIK & Terlaris
*********************************************************************

http://bio.wasap.my @ http://BioUltraAlkaline.wasap.my
http://bio.wasap.my @ http://BioUltraAlkaline.wasap.my

0178895990 @ 0199418818
(BIO ULTRA MALAYSIA)

Whatapps @ SMS shj - 'Bio ULTRA' - sy akan bg semua details produk kepada anda
http://penapis-air-bioultra.blogspot.my/

Related Posts with Thumbnails