Monday, December 15, 2008

Presiden Amerika Paling Bodoh






Salam,

Semalam telah berlaku satu insiden kepada Bekas Presiden Amerika, George W.Bush yang melawat Iraq secara mengejut.

Mungkin beliau mengharapkan balingan bunga atau kata-kata manis terhadap beliau apabila setibanya di sini. Tetapi jangkaannya meleset.

Semasa beliau ingin memulakan ceramahnya, satu objek terbang menghampiri mukanya. Mujurlah beliau dulu pernah belajar silat pulut dengan Wak Mustar sikit-sikit semasa menjadi tentera Amerika sewaktu mudanya.

Seorang wartawan yang marah mencampakkan kasutnya kepada Bush sambil menjerit, "Inilah ciuman Selamat tinggal kamu, Anjing". katanya. Sambil menjerit lagi, "Itu daripada Balu, Anak-Anak Yatim dan Mereka yang mati!". Wartawan tersebut bertugas sebagai wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, Iraq.

Tapi dasar muka tak tahu malu, Bush lepas cam tak ada apa-apa dan membuat lawak, "Itu kasut saiz 10".

Adakah wartawan yang membaling kasut itu akan dianggap sebagai pengganas dan dimasukkan ke dalam penjara Teluk Guantanamo kerana menyerang Presiden Bush sementara Barrack Obama mengambil alih Whitehouse nanti, nasibnya masih tidak diketahui.

Patutnya tapak kasut tu terkena mukanya. Barulah dia tahu betapa tak popularnya dia dan betapa teruk dasar Amerika di bawah pemerintahannya.

Wajarlah dia digelar "Presiden Amerika Paling Bodoh" oleh rakyatnya sendiri.


Wallahu A'lam

7 comments:

noorcahaya said...

wahahahahaha..kelakar giler... silat pulut wahahahaha.....

Dr Azwan said...

taraf pendekar bujang lapok si Bush ni

Anonymous said...

dah kena tangkap pun..kalau convict dua tahun penjara..kasut bagi orang arab membawa maksud penghinaan yang lebih teruk dari 'kotoran yang ada pada kasutku'..patut al zeidi tenyeh betul2 kasut dia pada tahi keldai yang bersepah kat jalan2..lagi bagus!

fazemy said...

Terer gak dia menepis..Yang bongoknya jugak..ada diorg wat ujian alkohol kat wartawan yg baling kasut tu. Tak payah nk tggu org mabukla..aku kat sini pun geram nk bunuh je bush tu.

Anonymous said...

salam. may be arab iraq dah pandai benci amerika. alhamdulillah, mereka dah sedar apa yang US dah buat dengan tanah air mereka. arab negara lain masih lagi sanjung US ni. Saya di oman ni pun dah jenuh dengar arab2 ni asik dok memuji US. arab saudi pun sama. No wonder lah iraq boleh jatuh senang2 kat tangan US ni. No unity. dah tinggal kat mid east ni baru tau segalanya. Kalau kita cakap lebih2 dia kata kita terrorist. biarlah Allah tunjukkan jalan yang benar pada mereka.....Allah maha mengetahui segalanya. moga mereka sedar.

Anonymous said...

nasib baik x kena kepala kalau kena boco mambang

Anonymous said...

frust betul....apasal tak kena? kalau kena kan bagus...baru dia tahu, baru kena baling ngan kasut pun sakit. inikan pula yang kena baling bom...

Related Posts with Thumbnails