Monday, April 23, 2007

Bedah Siasat Selepas Mati (Post Mortem)

Assalamualaikum,


Tulisan saya pada hari ini agak menyimpang daripada kebiasaaan. Ia tidak ada kena mengena dengan perniagaan atau tajuk tajuk berkenaan pelaburan dan usahawan. Ia adalah berkenaan dengan peristiwa yang saya lalui tempoh hari.


Pada hari Ahad minggu lepas, saya telah bertugas di salah sebuah klinik swasta di Gombak. Di dalam kesibukan hari itu, tiba-tiba masuk ke dalam bilik saya 2 orang lelaki berbadan tegap di dalam lingkungan 30-an. Mereka tidak mahu duduk walaupun telah dipelawa. Wajah mereka nampaknya agak cemas dan seperti mahu cepat.


Lelaki yang pertama memulakan ceritanya dengan memberitahu tentang abang iparnya yang baru meninggal dunia. Katanya abang iparnya meninggal secara tiba-tiba, mengadu sakit kepala pagi itu dan terus meninggal dunia pada hari yang sama. Beliau mahu saya memeriksa laporan di dalam fail rekod abang iparnya. Menurutnya, abang iparnya ada datang ke klinik untuk pemeriksaan sakit dada baru-baru ini. Beliau mahukan salinan rekod tentang itu serta tambahan laporan bertulis daripada saya. Setelah saya periksa rekod yang bertulis, apa yang ada hanyalah beliau pernah datang untuk batuk dan selsema. Tiada langsung tertulis sakit dada, darah tinggi, kencing manis dsbg.


Daripada satu segi, saya sebenarnya menarik nafas lega. Apatah lagi apabila mendengar bahawa mereka sebenarnya mahu laporan saya untuk dibawa ke mahkamah!! Pergghhh... katanya lagi pihak polis mahu jenazah abang iparnya di bedah siasat... Dan mereka mahukan laporan saya untuk membuktikan bahawa kematian itu kematian biasa dan tidak mahu jenazah Allahyarham dibedah. Berbekalkan sedikit ilmu forensik masa belajar di fakulti perubatan, saya memberitahu bahawa kematian mengejut seperti itu memerlukan bedah siasat untuk menentukan punca kematian. Ia adalah dibawah kuasa polis. Pembatalan bedahsiasat terpaksa melalui prosedur mahkamah.


Setelah saya bertanya dengan lebih lanjut, rupa-rupanya mereka mendapat tahu bahawa konon-kononnya organ yang telah dibedah siasat seperti otak, jantung, perut dan lain-lain akan dibuang selepas bedah siasat. Saya dapat bayangkan kerisauan mereka terhadap jenazah abang ipar mereka yang terseksa akibat bedah siasat itu. Saya menyatakan kepada mereka bahawa organ-organ tidak akan dibuang malah akan diletakkan di tempat asalnya dan dijahit semula. Saya menceritakan pengalaman saya selama 1 minggu di rumah mayat semasa menjadi houseman di HKL untuk mengisi buku log. Akhirnya mereka akur dan keluar. Daripada CCTV, saya melihat mereka berdua berjumpa keluarga mereka di luar bilik rawatan dan berbincang di luar. Saya bertekad untuk mencari jawapan pada masalah ini dan menemui sebuah laman web JAKIM yang bertajuk "Garis Panduan Bedah Siasat Mayat Menurut Perspektif Islam" di link : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=694.


Berikut adalah sebahagian daripada petikan laman web:--


* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah telah memutuskan;“Hukum asal pembedahan mayat adalah haramtetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan."



4.3 Jenis-jenis Bedah Siasat Mayat
i. Bedah siasat klinikal

Bedah siasat mayat dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, kesan sesuatu penyakit atau kecederaan serta bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Kes-kes kematian ini tidak berkait dengan kes Polis seperti kes penyakit mudah berjangkit atau kematian di wad. Pegawai Perubatan Kerajaan perlu mendapat keizinan dari waris sebelum membuat bedah siasat. Dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan umum seperti kes di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bedah siasat mayat dibolehkan tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris.


ii. Bedah siasat medikolegal

Bedah siasat ke atas mayat yang dikaitkan dengan kes Polis seperti kemalangan, mati lemas, kebakaran, pembunuhan dan kematian yang disyaki/tidak pasti sebabnya. Majistret atau Polis akan mengeluarkan arahan (Borang Pol. 61) kepada Pegawai Perubatan Kerajaan untuk menjalankan bedah siasat mayat tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris


Untuk mengetahui lebih lanjut, saudara/i boleh melawat laman web tersebut, termasuk etika-etika melakukan prosedur bedah siasat. Diharap ia dapat membuka mata kita semua.


Wassalam...

3 comments:

Unknown said...

Haram tetap haram. Xblh buat2. Sakit kn mayat jer. Kite yg hidup senang lah ckp. Hadis nabi terang2 memberi kesakitan pada mayat mcm mna ketika dia hidup sme je leps die mati. Contoh klu kite diberi rm 3juta. Disuruh kerat kaki kite hidup2, agak2 stuju x?? Hadis tu ckup untuk mengatakan haram. Sebb kena hormat simati same masa die hidup. Ape yg die nk mse hidup mse mati pn sma saja. Jadi fikir2 kn lah. Walaupn ad yg mengatakan harus sesetengah ulamak. Tp sebgai waris dalam hukum Islam pulak kita ad 2 pilihan, jika kes berkaitan bunuh blh dihukum oleh pemerintah atau memaafkan kesalah org lain(maksudnye redho dengan kematian simati).

Anonymous said...

Diamlah bodoh

Unknown said...

otak letak mna ni ? asal bodoh sgt ?

Related Posts with Thumbnails