Thursday, April 26, 2007

Pengesahan Halal dan Haram JAKIM


Saya mendapat forwaded e-mail ini daripada sahabat saya Dr. Zety dari HKL. Ini adalah jawapan dari JAKIM tentang soalan berkenaan dengan pengesahan halal dan haram produk. Saya masukkan di dalam blog ini untuk tatapan pihak pembaca blog.


Reply from JAKIM :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,

Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4 .Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5. Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Caf�, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.


8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

waallahua'lam

24 comments:

azrin said...

Burger King adalah Franchise di kendalikan oleh BonVest Foods di Singapura, and supply daging adalah sama dengan mereka (seperti apa yang diketahui).

MUIS Singapura telah luluskan HALAL kepada Burger King di Singapura dan termasuk TURKEY BACON.

ini yang seperti ada.

Dr Azwan said...

Yer.. thanks azrin for the info... BTW, chicken Rice pun dah ada tanda JAKIM... Alhamdulillah.. bleh makan nasi ayam...

Anonymous said...

assalamualaikum...
Saya ingin bertanya tentang nama-nama salun rambut yang telah mendapat pengesahan halal daripada pihak JAKIM.Saya berharap agar tuan dapat membantu saya.

Anonymous said...

Mohon Dr cari dan maklumkan lagi senarai makanan-makanan/jenama makanan yang halal dan haram di Malaysia. Banyak benar yang syubahat!

Anonymous said...

Mohon Dr cari dan maklumkan lagi senarai makanan-makanan/jenama makanan yang halal dan haram di Malaysia. Banyak benar yang syubahat!

Anonymous said...

Mohon Dr cari dan maklumkan lagi senarai makanan-makanan/jenama makanan yang halal dan haram di Malaysia. Banyak benar yang syubahat!

nur jannah said...

mnta dr beritahu mengenai KFC....

Dr Azwan said...

KFC ada panel syarie yang tersendiri selain daripada halal JAKIM. Jadi pada saya ia halal.

ana said...

hw about sushiking?
can muslims eat there?

heakers87 said...

Assalammualikum Dr,

pernah dengar tak tentang MINYAK KELAPA DARA?ada setengah keluaran ada logo halal setengah lagi tiada...jika saya ingin mendapatkan logo halal untuk produk yang saya jual bagaimana?

Anonymous said...

Dr., tolong ulaskan bahagian ini:

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.

'Begitu juga sebaliknya.' maknanya kedua-duanya sekali tidak boleh atau permanent dye sahaja yang boleh. Tolong perjelaskan.

Anonymous said...

assalamualaikum

saya nak tanya sket. :) Produk kosmetik Cyber Colors halal ke haram ye? Harap sangat ada yang dapat beri jawapan.

Anonymous said...

salam, dr., adakah sushi king diiktiraf halal?, coz ade muslim yg bekerja dan makan di sushi king

Anonymous said...

- Adakah semua produk APOLLO haram?
- Mengapa agaknya JAKIM gagal menetapkan sesuatu barangan itu halal @ haram dengan secepat mungkin.

Anonymous said...

- Al Quran adalah untuk semua hamba Allah, yang di wajibkan keatas umat Islam.Tidak wajib bagi bukan Islam,maka perkataan halal tidak boleh diberikan kepada bukan Islam,walaupun pekerja semuanya islam.Makanan halal tak semestinya halal.Selagi tangan dan anggota haram(tidak disucikan),hasilnya haram.

NUR AINA ZULAIKHA said...

assalamualaikum....
adakah produk coklat nutella telah mendapat sijil halal jakim?

fatimah azzahraa said...

ASSALAMUALAIKUM DR,SAYA NK TANYA TENTANG OREO DAN CREAM O. ADAKAH IA BOLEH DIMAKAN??

Nur Fatihah Azzahra bt Zaharin said...

terima kasihlah banyk2!!!saya amt menghargai info ni,,penat kdg2 bila nk beli brg2 je,kwn sibuk ckp xhalal!!!asalnk telan je dah mknn,kena tegah "hoi,tak halal lah benda tu!!"

Anonymous said...

Mknn kat sushi king halal ke?

jasni ismail said...

assalamualaikum dr,
bagaimana dgn produk kinder bueno dan ferrero rocher. kebanyakan umat islam mengemari terutama sekali kanak2 memakan coklat ini. dan di buat hadiah.

Yuzy said...

ASsalamualaikum...saya confuse..produk appolo halal ke tidak?budak2 suka makan..

NUR ATIQAH ROSLAN said...

JAKIM lambat membuat pengesahan halal, sebab kan bayk produk diorg nak uji. jd memang lambat. dan pelbagai lg.. setahu saya sushi king, sakeo sushi dan don sushi x ada salah list halal. jadi untuk berkongsi sesama saudara saya syorkan anda semual layari http://www.halalverified.com dekat sni semua boleh cari dari produk dan syarikat. hanya yang ada mohon halal je ada keluar dan dinyatakan sekali tarikh expired sijil halal sesuatu produk.

NUR ATIQAH ROSLAN said...

SAORY RALAT *SAKAE SUSHI
SALAH-*DALAM

Faiz Henry said...

Salam Dr. Azwan.

Tuan kena resurface balik. Teman hilang kepercayaan & keyakinan pada Jakim ekoran kes 2 produk coklat Cadbury.

Related Posts with Thumbnails