Friday, April 20, 2007

Sebentar Bersama Chef Farid

Minggu lepas saya berkesempatan duduk bersama lebih kurang sejam bersama sifu@Chef Farid di Akademi Bakeria di Melawati. Dalam masa yang begitu singkat sempat juga kami bercerita dan bertukar tukar pendapat tentang perniagaan yang telah kami ceburi. Walaubagaimanapun jelas tampak perbualan yang berat sebelah antara kami kerana Chef Farid lebih dahulu “makan garam, mayonnaise dan yeast” dulu daripada saya. Mukanya yang kelihatan baby face dan Chinese look rupanya sudah berusia 34 tahun, 4 tahun lebih senior daripada saya. Tak hairanlah daripada redup matanya tersembunyi pengalaman yang begitu luas.

Sebagai profession, Chef Farid merupakan seorang jurutera yang “terjerumus” ke bidang bakeri. Beliau banyak menerima tawaran untuk bekerja di restoran-restoran besar dengan gaji yang lumayan. Malah beliau pernah ditawarkan sebagai penolong pengurus oleh sebuah syarikat Pizza terkemuka, namun Chef Farid menolaknya. Malah, Chef Farid bercadang untuk membuka lebih banyak outlet-outlet bakeri untuk membesarkan perniagaannya yang ada sekarang. Sebagai seorang Usahawan Melayu yang berwawasan, beliau melihat bahawa lebih ramai penglibatan anak-melayu di dalam bidang penghasilan produk-produk bakeri dapat menjana pendapatan yang lumayan di samping memastikan produk-produk yang halal dapat diketengahkan sebagai alternatif kepada produk-produk bakeri yang dicampur bahan yang tidak halal seperti arak.

Perbualan kami kadang-kadang terganggu oleh deringan telefon yang inginkan penjelasan berkenaan dengan program kursus yang dijalankan. Walaupun di dalam kedaan kepenatan, intonasi suaranya yang lembut dan kemahiran beliau berkomunikasi dengan pelanggan melalui telefon menyerlahkan lagi keunikan peribadi beliau.

Menceritakan kembali zaman beliau menjadi chef untuk kedai Bakeri Ria, beliau pernah bekerja keras untuk bersama-sama membangunkan kedai tersebut. Pernah suatu ketika beliau membuat ban dan donat pada waktu petang dan menghantarnya ke sekolah-sekolah pada pagi esoknya dan kembali membuat ban dan donat pada waktu petang hari yang sama. Dan jualannya setiap pagi ialah pada anggaran RM 500 sehari! Banyak tu… Saya tahu kerana pada masa ini saya menggunakan sebanyak 3 kg – 6kg tepung untuk menghasilkan 90 – 180 biji ban sehari. Pendapatan yang terhasil adalah daripada RM 80 hingga RM 160 sehari…. Itupun sudah terasa kepenatannya… Rasa macam nak berhenti… Ini pula RM 500 sehari. Sudah tentu berkilo-kilo tepung digunakan.

Chef Farid ada menyatakan hasrat untuk membantu asnaf yang mempunyai kehidupan yang daif. Beliau ingin memberikan pendidikan di dalam bidang bakeri supaya mereka dapat mencari pekerjaan yang lebih menjamin masa depan dan kemudian boleh membantu keluarga. Buat masa ini, Akademi Bakeria membuat kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor di dalam meningkatkan ilmu asnaf di dalam bidang ini.

Chef Farid juga mahir dengan IT. Tak cukup dengan laman blognya yang canggih, beliau mahu menguruskan outlet-outlet bakerinya melalui kecanggihan sistem teknologi internet. Beliau mengambil contoh sistem yang digunakan oleh Jaya Jusco yang stoknya di urus menggunakan internet. Saya bersetuju dengan pendapat beliau dan mencadangkan beliau agar membaca sebuah buku yang menceritakan tentang kecanggihn sistem pasaraya “WAL-MART” yang terkenal di USA.

Cabaran yang dialami oleh Chef Farid di dalam membangunkan Akademi Bakeri Ria patut kita sama-sama ambil contoh. Beliau bermula dari bawah, menambah ilmu dari hari ke sehari, membawa di dalam diri beliau satu tujuan iaitu untuk membantu ramai orang agar berjaya sepertinya dan konsisten terhadap perjuangannya yang tersendiri. Akademi Bakeri Ria juga unik, seunik tuannya… Semoga Chef Farid dapat meneruskan usahanya agar terus berjaya di dalam bidang yang diceburi… Sila lawati blog cheffarid di www.cheffarid.blogspot.com atau klik di favourite link saya… wassalam.

3 comments:

zakzak said...

1st time mai sini. tergerak balik nak buat online business. tapi tak tau apa lagi nak jual.
anyway,moga kita semua sama2 berjaya :)

btw, sony k800i berape yek?

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Kisah Sukses said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

Related Posts with Thumbnails