Friday, August 3, 2007

MIXER BARU UMMUSOFEYA BAKERY

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada hari ini UmmuSofeya Bakery telah membeli sebuah dual spiral mixer yang mampu mengadun dengan kapasiti tepung yang lebih besar. Maksimum berat tepung yang boleh diadun adalah sehingga 12.5kg atau 30 liter secara keseluruhan. Harganya ialah RM 2380.00 yang dibeli dari CKE.


Hanya 2 jenis model spiral mixer yang menggunakan single phase. Kebanyakan model yang besar yang lain adalah menggunakan 3-phase. Oleh itu pilihan yang ada tidak banyak.
Untuk pengetahuan tuan-puan, spiral mixer digunakan khusus untuk membuat roti. 3-phase spiral mixer hanya boleh digunakan di kedai-kedai besar atau rumah yang telah diubahsuai. Saya dapati bahawa mixer saya yang lama cuma mampu mengadun 3.5kg tepung secara maksimum sahaja. Usaha kami untuk meningkatkan daya pengeluaran dengan mencuba 4.0kg pada mixer yang lama itu agak menakutkan kerana ia berbunyi seperti mesin rosak dan mengeluarkan bau hangit dan asap.

Untuk permulaan, kami akan mengadun lebih kurang 5 kg dahulu dan sekiranya terdapat tempahan tambahan kami akan mengadun sehingga 6 kg. Baru sahaja minggu lepas, seorang guru di Kg. Bharu, Kuala Lumpur menempah sebanyak 45 biji mini pizza. Sebelum itu, 380 pelbagai jenis bun keluaran UmmuSofeya Bakery telah dijual di gerai di hari Usahawan sebuah sekolah. Di antara ban yang menjadi pilihan ialah mini pizza, tuna bun, cheese bun, blueberry bun, red bean bun dan sausage twist bun.

Untuk makluman tuan dan puan, saya baru sahaja membeli dough divider manual daripada saudara Bahtiar "The Baker's Place" beberapa minggu yang lepas. Ternyata pembelian dough divider ini telah melicinkan dan mengurangkan masa proses kerja secara signifikan. Tepung yang telah siap diadun oleh pengadun akan ditimbang dan dibahagi. Ini merumitkan sekiranya dilakukan tanpa alat. Bayangkan nak memotong satu-satu dan dibahagi setiap satu 60 gram dan dibulat-bulatkan. Awal-awal seronoklah juga, tetapi dah berbulan, terlampau rutin dan membosankan.

Menggunakan alat pembahagi doh atau dough divider, adunan ditimbang di antara 1800 gram ke 2100 gram, kemudian dipotong ke 36 bahagian sama berat di antara 55 gram hingga 60 gram setiap satu. Sekali hayun, terhasil 36 biji dough. 10x? 360 biji dough.. Masa pula diambil.. sangat cepat...


Ummusofeya Bakery juga telah menambah sebuah lagi oven infrared baru-baru ini untuk memudahkan kerja membakar. Harganya ialah RM 850. Bila ada 2 oven, maka tugas membakar menjadi lebih ringkas. Oven infrared ini berkapasiti single phase dan hanya mempunyai satu dek, mampu menempatkan satu dulang bersaiz biasa. Untuk satu dulang kebiasaanya 11-12 dough boleh dibakar di dalam satu-satu masa. Oleh itu 22-24 dough boleh dibakar menggunakan 2 oven tersebut.

Kebiasaannya terdapat 2 jenis oven, samada menggunakan elektrik seperti oven saya ini, ataupun menggunakan gas. Masalah apabila menggunakan oven elektrik ini ialah apabila berlaku masalah gangguan elektrik, maka kerja anda pun boleh terganggu.


Dan percayalah, alasan anda seperti "saya baru nak bakar 400 biji bun yang ditempah orang esok bang, duit orang tu dah bayar!" takkan mencairkan tahi telinga pegawai TNB yang bertugas... ya.. kerana saya dah ada pengalaman menakutkan seperti itu... Lepas 3 hari pun.. bayang orang TNB pun tak muncul2. Lagi satu masalah menggunakan oven elektrik ialah anda terdedah kepada pintasan elektrik sekiranya overload, dan beban membayar caj elektrik yang meningkat.

Ok.. kepada mana-mana guru-guru yang ingin menempah untuk program sukan, hari usahawan, untuk perkhemahan, atau untuk saja-saja belanja anak2 murid anda anda boleh menempah di nombor ini 012-3198574 (Pn. Norazah) atau nombor saya seperti tertera di atas blog. Sesiapa guru-guru yang berminat untuk berniaga di asrama... saya boleh bagi harga special InsyaAllah sekiranya bilangannya banyak.



11 comments:

kucau said...

congratulations dude. more cashflow la lepas nie yek . tehehehehe

Raiyan said...

pergh...dah beli mixer lagi besar tuu...makin berkembang biak bisnes.tahniah doc!
saya teringin la nak pi CKE, nak beli oven rm850 tu. kalo terlajak ke KL, nak singgah la cadangnya.kat sini mahal.

zaharah said...

Salam ziarah.
Semoga bisnes terus maju dan jaya. Alangkah kalau saya pun diberikan minat yang begini!

Dr Azwan said...

Kucau : Thanks bro...

RAIYAN : Harganya kalau tak silap RM 1100.. tapi dia bagi diskaun... nak habiskan stok gamaknya.. meh datang KL.. saya tunjukkan tempatnya.

ZAHARAH : Terima kasih ziarah... bisnes dulu.. minat datang kemudian.. :). Entah-entah ada bakat terpendam.. tak cuba tak tau..

Anonymous said...

saya pun nakbeli mixer yang mcm bro beli tu. bole tak beri contact number. please reply asap to my email cahya_malam84@yahoo.com. your cooperation is highly appreciated.

h20 said...

salam,
Saya terjumpa blog ni harini, macam tak percaya bila Dr kata harga infrared oven rm1100, sbb kat sini 2nd hand pon rm1300 (2004)..

Saya bercita-cita nak buat bakery kecil-kecilan, sbb suami saya (GP) nak bersara pertghan tahun ni...baru plan aje hehehe

Anonymous said...

Salam, boleh saya dapatkan detail supplier untuk infrared oven yg bro beli? (nora_basic@yahoo.com)

Tq!

Chard said...

Salam pkenalan,saya Chard dari sabah, saya sedang mencari dough divider manual dgn harga yg berpatutan utk peniaga kecil-kecilan yg saya kendalikan masa ini, jadi saya berminat bro kiranya dapat berikan info kedai yg menjual dough divider ini. TK

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Kisah Sukses said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

Jibon Das said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Sexy Actress And Models Picture/photo

Related Posts with Thumbnails