Thursday, August 23, 2007

Jamal Abdillah dan Dadah

Assalamualaikum...

Dua hari lepas, saya telah mendengar siaran Radio ERA pada waktu petang kelolaan Linda tokeh nasi ayam. Salah seorang pemanggil memarahi seorang artis pujaan saya iaitu Jamal Abdillah yang mengaku telah bersih dari najis dadah dan ingin kembali ke pangkuan masyarakat.

Pemanggil itu menyatakan bahawa beliau tidak percaya janji janji Jamal Abdillah kerana artis itu sudah acapkali memungkiri janji untuk meninggalkan dadah. Nampaknya pemanggil itu begitu emosional dan menghentam saudara Jamal di atas niatnya untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Sekiranya saya menjadi Jamal, saya pasti agak stress mendengar ucapan pemanggil tersebut.

Dadah adalah musuh no. 1 rakyat Malaysia dan musuh no.1 bangsa melayu. Kenapa? Kerana penagih dadah lebih daripada 80% adalah terdiri daripada bangsa melayu... dan sebahagian besarnya adalah terdiri daripada kaum Adam. Ramai orang lelaki melayu yang masuk ke pusat pemulihan, penjara dan ke tali gantung angkara dadah durjana. Ini juga menyebabkan berlakunya polemik ke mana hilangnya kaum-kaum lelaki melayu di Malaysia.

Kenapa dadah amat sukar dibanteras? Ini adalah kerana dadah adalah sejenis bahan yang boleh menyebabkan penggunanya berada di dalam keadaan ketagihan fizikal dan psikologikal. Ketagihan dadah boleh dimaksudkan dengan penggunaan dadah secara kerap dan berlebihan sebagai satu cara untuk mencapai keseronokan dan lari daripada realiti.

Setelah lama digunakan, fizikal badan akan bergantung kepada bahan tersebut sehinggakan tanpa dadah badan akan mengalami "withdrawal symptoms". Ini adalah termasuk:-

  • Menggeletar
  • Loya dan muntah
  • Tidak boleh tidur
  • Tidak boleh menumpukan perhatian
  • Berpeluh
  • Risau
  • Jantung berdebar

Setelah mengalami masalah di atas, kebiasaannya penagih terpaksa mengambil kembali dadah untuk menghilangkan symptom ini. Begitu juga ketagihan psikologikal, fikiran akan terganggu dan "mengidam" atau "craving" terhadap najis dadah. Kekerapan mengambil dadah menjadikan akal penagih "belajar" bahawa mengambil dadah satu yang perlu untuk menghasilkan satu pertunjukan atau persembahan yang mengagumkan. Ilusi ini akan menjadikan mereka tidak yakin kepada kebolehan diri dan merendahkan semangat mereka.

Di samping itu, setiap kali diundang masalah. mereka akan mencari jalan keluar yang mudah iaitu dadah. Ini adalah kerana mereka tidak mendapat sokongan daripada keluarga dan sahabat. Tiada sokongan menjadikan mereka merasakan mereka berseorangan dan najis dadah adalah penyelesaian masalah mereka dengan pantas.

Jamal Abdillah adalah mangsa kepada perangkap dadah. Saya yakin sdr Jamal yang telah menagih selama 30 tahun sedar dan tahu bahawa dadah telah memakan sebahagian daripada dirinya. Beliau cuba lari dan setiap kali lari, dadah berjaya menangkap dan menyumbatnya semula ke dalam ketagihan. Itu adalah cabaran yang beliau lalui. Sekurang-kurangnya beliau sedar dan melawan, walaupun akhirnya beliau tewas juga.

Kepada mereka yang agak skeptikal dan mencerca Sdr Jamal di atas usahanya kembali ke pangkuan masyarakat, saya cuma ingin mencadangkan sesuatu yang lebih mudah.

Di sekeliling kita, terdapat ramai perokok. Ada yang merokok selama usia kita sendiri. Ayah kita, suami, adik, abang, nenek... Merokok bukan dadah... tetapi unsur yang ada pada rokok iaitu nikotin mampu menjadikan seseorang itu ketagih pada rokok...

Cuba sekali, kita kata kepada ayah kita yang sudah 40 tahun merokok...

"Ayah, rokok ni macam dadah jugak... ayah ni ketagih merokok... mulai pada hari ini ayah berhenti merokok, saya akan buang rokok yang ayah beli... ayah tak boleh merokok... Haraaamm...!!".

Cuba tengok apa akan terjadi kepada ayah anda.. berapa lama dia boleh tahan dengan sikap anda yang membuang rokoknya... entah-entah ada yang bermasam muka.. ada pulak yang tak mengaku anak... silap haribulan ada pulak yang lebam...

Begitulah tegarnya perokok.. bayangkan ia 20x ganda kepada penagih dadah. Saya tidak menyokong penagih dadah di sini.. cuma saya harap pembaca boleh faham betapa sukarnya penagih dadah untuk menukar tabiatnya. Berilah bantuan dan sokongan sedaya mampu.. cuma jangan mencerca dan perli seolah-olah usaha mereka itu sekadar bermain-main. Ini akan menghancurkan hati mereka dan membuatkan mereka mahu kembali ke keadaan asal...

"BELIA BENCI DADAH!"

5 comments:

Anonymous said...

saya khairur dr bworth, saya adalah peminat fanatik Jamal.Saya faham keadaan terdesaknya penagih dadah dan saya faham begitu byk peminat yg hampa dgn Jamal.Dalam erti kata lain,kita mesti bantu membantu..utk kita yg terselamat dr dadah ,bantulah mereka dan cegah diri kita dan saudara kita dr terjebak bukannya mencemuh dan menghina. Ramai rakan saya yg terjebak dgn dadah(ganja) tapi saya asyik nasihatkan mereka dan mereka berkata "hang tak rasa, hang tak tau". Sekurangnya lepas lah tanggung jawab saya sbg rakan dan manusia. Pendapat Dr Azwan ada benarnya...dadah telah merubah fungsi otak setiap penagih dan kita tak tahu apa yg mereka rasa.Kerana rokok pun org sanggup bergaduh,apatah lagi ....najis dadah.sekian.

Dr Azwan said...

Sdr Khairur adalah orang pertama yang memberi komen. TErima kasih. Kita perlu memberi sokongan. Kita pun tahu seperti contoh Sdr Jamal datang dari keluarga yang retak. Begitu juga ramai penagih dadah yang lain. Sdr Jamal mahu merubah dirinya, itu adalah point besar untuk kita membantu. Kepada mereka yang tidak mahu berubah walaupun kita sudah mencuba untuk membantu, tidak banyak yang kita boleh lakukan.

fardiot said...

saya farin.saya juga berpendapat sama dgn doktor. act,sy ingin meminta nasihat daripada dr. saya ada seorang rakan yg berusia belasan tahun. tahun lepas dia mengambil ganja dan hisap gam. ketika itu,dia menetap d rumah bpa saudaranya. jadi tahun ini,dia tidak lagi mengambil "benda" tersebut. walaubagaimnaoun,awal tahu ini, dia tlah mengambil semula kerana tertekan dengan keluarganya yang memandang hina kepada dirinya. tp skrg,jika dia tertekan,dia akan menoreh tangannya. saya amat tidak menyenangi perbuatannya itu. dan saya amat risaukan keselamatan dan kesihatan dirinya. di sekolah dia menjadi lemah dan tidak cergas. sia cuma memberitahu saya shja tentang attitude dia dahulu. jadi,sya terus memberikan dia nasihat dan semangat bahawa,kami semua amat sayangkan dirinya. dia memberitahu sya,dia amat malu untuk berhadapan dgn rakan2 sekelas walaupun cuma saya seorang yang tahu tentang dirinya. katanya,sy adalah satu2nya orang yang paling rapat dengan dirinya. jadi,saya sangat ingin membantunya. ingin mengubah cara hidupnya. apa yang dia sepatutnya lakukan untuk mendapatkan semula pehatian,kepercayaan dan kasih syg dari keluarganya? dan apa yang boleh saya lakukan untuk membantunya kembali ke pngkal jln dan membantunya mengatasi rasa untuk mengambil dadah. tolong lah.

Dr Azwan said...

Tugas ini kalau ikhlas insyaAllah tuhan akan tunjukkan jalan. Anda perlu memohon bantuan kepada yang mahir tentang masalah ini seperti kaunselor dan sebagainya. Diharapkan niat murni anda mendapat keredhaan Allah

Pigeon said...

Dear Dr Azwan. Well I saw this blog way after you posted this article. I am Malaysian living in UK for past 25 years. Honestly I think government are not doing enoughs for youth to stay away from drug. Society has no clue whatsover.. they look down and hina orang yang ambik dadah. So the addict has no way out and no motivation to stop. Here in UK if an addict seek help they will not be treated like animal. They will be treated like normal person with illness. Because drug addiction is class as an illness where the patient has no control.

Thank you

Related Posts with Thumbnails