Thursday, August 16, 2007

Muktamar Sanawi ke-36 ABIM

Assalamualaikum.

InsyaAllah kepada semua pengunjung blog, pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad - 17-19 Ogos 2007 akan di adakan MUKTAMAR SANAWI KE-36 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) .

Berikut merupakan maklumat mengenai muktamar kali ini:

Tarikh : 4 – 6 SYAABAN 1428H / 17 – 19 OGOS 2007 (JUMAAT - AHAD)
Tempat : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA LUMPUR, BDR.
MENJALARA, KEPONG, K. LUMPUR
Tema : JATIDIRI GERAKAN UMAT DALAM MENDEPANI CABARAN ZAMAN

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur merupakan sekolah lama saya (masa tu kat Seksyen 2, Wangsa Maju sebelum berpindah ke Manjalara, Kepong). Muktamar kali ini umpama sirih pulang ke gagang..

Sempena Muktamar ABIM kali ini, saya akan bersama-sama doktor ABIM yang lain akan membuka satu pameran kesihatan dan juga pemeriksaan kesihatan percuma. Gerai untuk pemeriksaan kesihatan terletak di hadapan dewan tempat berlangsungnya muktamar.

Di samping itu, UmmuSofeya Bakery akan membuka satu gerai jualan bakery dan roti ban. Selain daripada jualan bakery, gerai UmmuSofeya akan menjual baju labuh untuk muslimah dan juga minuman ringan. Anda dijemput untuk hadir ke gerai kami.

Kebiasaanya, di setiap muktamar akan diadakan ceramah dan majlis ilmu oleh think-tank ABIM termasuk Ulamak yang dijemput dari luar negara. Terdapat juga Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang akan diadakan di perkarangan masjid besar Majalara Kepong.
Sila rujuk website ABIM www.abim.org.my untuk keterangan lanjut.


Berikut adalah peta ke lokasi SMAKL.




Related Posts with Thumbnails