Friday, August 10, 2007

TAK ELOK MENGUMPUL HARTA??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sahabat-sahabat tuan dan puan yang saya hormati... Terdapat seorang pembaca memberi komen yang berikut:-


Kehidupan kita perlu bersederhana, tenang dan mudah. Bekerja tanpa memikirkan masa untuk diri, keluarga adalah kurang tepat. Bekerja hanya dengan sebab nak melabur dan menambah pedapatan adalah syor yang kurang tepat. Tidak perlu bersusah payah mengumpul harta kerana ia tidak baik. Apa apa pun kita kena sederhana. Jangan terikut2 dgan cara bangsa asing mengumpul harta. Agama kita memang mengalakan kita berusaha tetapai ada hadnya. Jangan ingat nak tambah harta sahaja tanpa memikirkan kebajikan diri dan keluarga serta masyarakat. Hidup biar mudah,tenang dan sederhana. Kaya tak akan memberi apa apa jika kita diperangkapnya.
Saya amat-amat bersetuju dengan apa yang ditulis oleh pelawat blog ini. Idea yang beliau beri adalah sangat-sangat bernas terutama bekerja tanpa memikirkan masa untuk diri dan keluarga. Juga pendapat bahawa kaya tidak akan memberi apa-apa jika kita diperangkapnya. Itu sangat benar walau kita lihat dari konteks agama, keluarga, budaya, negara... malah dalam konteks apa sahaja pun keluarga adalah terpaling utama.

Prof Sidek Baba (Bekas Timbalan Rektor UIAM) pernah menyatakan bahawa anak-anak kita adalah aset paling utama. Anak-anak adalah aset yang lebih bernilai daripada mana-mana harta di luar sana yang kita kejarkan. Beliau berkata, kesilapan ibu dan ayah ialah mengejar aset di luar sana tetapi terlupa bahawa di dalam rumah kita ada aset yang lebih penting iaitu mendidik anak-anak kita menjadi manusia bershahsiah dan berilmu.


Walaupun begitu ayat yang menyatakan bahawa melabur dan menambah pendapatan, dan jangan terikut dengan bangsa-bangsa asing mengumpul harta adalah perkara yang tidak dituntut- saya tidak beberapa setuju. Beliau mungkin menyatakannya berdasarkan dari ilmu atau fatwa ulama yang beliau baca. Oleh itu saya tidak mahu menyangkalnya kerana saya kekurangan ilmu. Walaupun begitu, sebagai lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, saya terpanggil untuk mencabar pendapat beliau dari konteks ilmu juga. Izinkan saya membawa pendapat kontemporari dari Ulama Tersohor iaitu Syeikh Yusof Qardawi.


Di antara warisan pemikiran para ulama terdahulu yang dapat kita ikuti sekarang ini ialah topik pembahasan mengenai persoalan manakah yang lebih utama bagi seorang Muslim pada saat terjadinya fitnah dan menyebarnya kemaksiatan dan kerosakan. Apakah dia harus ikut serta menceburkan diri dalam masyarakat atau kah berusaha untuk memperbaikinya, atau memencilkan diri dari mereka dan menyelamatkan diri sendiri.


Orang-orarg sufi... kebanyakan lebih memilih tindakan yang kedua. Sedangkan ulama rabbani dan pejuang lebih mementingkan jalan para nabi. Yakni tetap bergaul dan berusaha memperbaiki mereka dengan penuh kesabaran dalam menerima siksaan yang dilakukan oleh manusia.


Ibn Umar meriwayatkan dari Nabi saw, "Orang beriman yang tetap bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguan mereka adalah lebih baik daripada orang yang tidak mau bergaul dengan mereka dan tidak bersabar atas gangguan mereka."


Topik lainnya yang juga menjadi pembahasan mereka ialah tentang dunia dan kekayaannya. Manakah yang lebih utama kita menggeluti dunia dan kemewahannya, ikut serta melakukan kesibukan dalam urusan dunia bersama mereka dan ikut merasakan kenikmatannya dengan tetap memperhatikan batas-batas yang ditetapkan oleh Allah SWT; Ataukah kita memalingkan diri darinya dan menjauhinya, serta menjauhi orang kaya, perhiasan dunia, dan harta kekayaannya?


Kebanyakan orang sufi lebih memilih tindakan yang kedua, akan tetapi ulama rabbani yang benar dari ulama umat ini lebih memilih tindakan yang pertama;


Sebagaimana yang dilakukan oleh para nabi. Seperti Nabi Yusuf, Dawud, dan Nabi Sulaiman, serta para tokoh senior sahabat Rasulullah saw, seperti Utsman, Abdurrahman bin Auf, Talhah, Zubair, Sa'ad, dan lain-lain.


Al-Allamah Abu al-Faraj ibn al-Jawzi (w. 597 H.) menolak sikap para sufi yang mencela dunia secara mutlak, dan menganggapnya sebagai suatu keburukan dan bencana, serta tidak mau memilikinya dan mencarinya walaupun kekayaan itu halal.


---- Anda boleh baca fatwa Syeikh Yusof Qardawi di alamat ini http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/index.html --------



Yang penting ialah mencari kekayaan dunia itu halal, maka pergunakanlah kekayaan itu sebaik-baiknya untuk mencari Redha Allah. Umat Islam berada di dalam keadaan tertindas sekarang. Mari kita bersama-sama jihad di dalam bidang ekonomi untuk membangunkan agama Islam yang dicintai. Jangan jadikan alasan beragama Islam untuk tewas dengan bangsa asing di dalam jihad ekonomi ini...


WALLAHU A'LAM...


8 comments:

Najib said...

Yang paling penting, sikap wasatiah mesti ada dalam diri kita. Mengimbangi keperluan dunia dan akhirat. Mengimbangi masa bersama keluarga, perniagaan dan pekerjaan. Sikap sederhana juga perlu di dalam hidup kita tetapi kita perlu giat untuk melangkah ke masa hadapan. Takkan kita nampak orang berlari, kita cuba cuma berjalan anak.

Raiyan said...

saya baru abis baca buku penulisan Aagym (seorang ulamak muda indon)bertajuk "saya tidak mahu kaya,tetapi harus kaya".
bagus juga isinya.
saya tertarik dengan penulisannya mengenai: "orang muda yang kaya adalah merupakan barakah Allah padanya supaya dia dapat melakukan kebajikan sejak dari zaman mudanya lagi.berbanding dengan orang kaya bila usia tua... (ada lagi sambungannya,tapi tak larat taip.hehe)
dan... saya kepingin sekali bertemu penulisnya :)

Anonymous said...

Saya seorang perempuan berbangsa bukan melayu yang pada asalnya bukan beragama islam,tetapi telah memeluk islam ketika berkahwin pada usia muda.Ibu mertuaku berumur lebih kurang 60 tahun namun kelihatan muda daripada usia sebenarnya.Apa yang menjadi tanda tanya kami(saya dan suami)adalah sikap suka mengumpul Harta yang diamalkan oleh ibu mertuaku. Apa yang merisaukan kami adalah sikapnya yang suka membezakan taraf kekayaan dikalangan anak2nya,menantu2 dan cucu2nya sendiri(semua ahli keluarga)Seperti__Pada awal perkahwinan kami adalah perkara biasa menjalani kehidupan yang agak susah sedikit..lalu suami saya meminta sedikit bantuan dari segi Sokongan Moral daripada ibunya sendiri(adalah sedikit duit yang diberinya sendiri..untuk anak2katanya)namun apa yang terjadi,kami terdengar desas desus daripada ahli keluarga lain yang menyatakan bahawa suami saya datang ke rumah ibunya lalu meminta duit dan belas ehsan daripada ibunya..(ada banyak lagi cerita lain yang menyakitkan hati).Lalu berlakulah satu kejadian dimana hampir seluruh ahli keluarga bersikap meminggirkan kami sekeluarga.Sedih,pilu..rasanya.Selalunya apabila seluruh ahli keluarga(Sebelah suami)berkumpul bersama takda yang pelik berlaku..tapi apabila salah satu keluarga pergi visit ibu mertua..maka terdengarlah khabar angin tentang perkara2 tak baik..bukan keluarga kami sahaja,malah keluarga adik,abang turut terkena tempiasnya..dan apa yang menyakitkan hati apabila ibu mertua sendiri membezakan taraf kehidupan yang dialami oleh seluruh ahli keluarga.Contohnya..anak kami masing2 berusia 4 1/2 dan 3 tahun(pompuan,lelaki),manakala anak kepada abang suami saya berusia 8 tahun..dan ibu mertua selalu sangat memuji2 akan kepandaian cucu berusia 8 tahun itu dihadapan suami saya dan anak2 saya.(umur 3,4 tahun sememangnya berbeza tahap kepandaiannya).Apa perasaan kami pada masa itu?..Tentulah sedih..sebabnya kami datang melawat ibu bukan untuk mendengar pujian yang bukan untuk anak kami yang ada dihadapannya pada masa itu.(dia selalu buat macam ni..selalu cucu 8 tahun tu je)seolah2 malaga2kan kami sekeluarga.Lalu kami berpendapat bahawa kami tidak suka barang2 kemas sepertimana ibu mertua sangat menyukainya..dan kami tidak ada menyimpan barang2 kemas di rumah kerana mengamalkan hidup sederhana,menyebabkan ibu mertua tidak melayan kami dengan baik.Keluarga cucu 8 tahun itu menjadi pilihannya kerana ibu kepada budak itu(bukan orang malaysia-Jepun)mempunyai ibu bapa yang kaya.(Bukan cemburu tau..cuba alami sendiri)Apa yang saya hairan ialah apa ertinya harta(barang kemas) itu sedangkan kami adalah harta miliknya yang dibuat khas daripada darah dagingnya sendiri..Disini saya mengambil kesempatan untuk meminta nasihat daripada mana2 insan yang memahami situasi begini...apa yang seharusnya saya dan suami lakukan untuk mengelakkan perkara "Perbezaan taraf kehidupan melalui HARTA BENDA"...daripada berulang?

Sekian...Asallamualaikum..

Dr Azwan said...

Masalah puan adalah masalah kami semua juga. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Ibu mertua puan lebih memandang wang dan harta lebih dari hati budi. Itu satu uian pada puan. Puan harus berusaha untuk memenangi hati ibu mertua bukan dengan cara kebendaan tetapi dengan cara penuh hormat, layan yang lebih, bersopan santun dsbg. Saya yakin akhirnya hati ibu mertua puan akan "cair" dengan kebaikan dan keikhlasan yang puan tunjukan melebihi dari segala kebendaan dan kekayaan di dunia. Kita kaya dengan cara dan kemampuan kita sendiri. Salah satu ciri orang yang kaya ialah luhur budinya, ikhlas hatinya, dan memberi walaupun di dalam keadaan dia sendiri di dalam kesusahan. Dan pemberian yang paling baik tidak semestinya harta. Semoga Puan berjumpa dengan cahaya setelah di akhir terowong yang gelap. InsyaAllah...

zek said...

salam terimalah komen saye..seorang budak spm shaja...

saya memilih untuk berkata..

"GAGAL DI DUNIA BERERTI GAGAL JUGA DI AKHIRAT"

Yang kedua..

"KITA BUKAN SAHAJA BAKAL MEWARISKAN PENYAKIT,MALAH JUGA AKAN MEWARISKAN KEMISKINAN BUAT KETURUNAN KITA JIKA KITA MEMANDANG KEJINYE DUNIA"

dan seterusnya..

"SETIAP KEKAYAAN MMG PERLU ADE PENGORBANAN SEWAJARNYA"

"WANG ADALAH BAHAN BAKAR RASA KEBEBASAN, JADI CUBALAH UNTUK BTANGGUNGJWB DGN ITU"

"TUBUH ANDA ADALAH KENDERAAN HIDUP ANDA, CENDERUNGLAH MENJADI KENDERAAN YANG BAIK DAN BERMARUAH"

"KAPASITI WANG YANG TINGGI ITU HARUSLAH DIGUNAKAN UNTUK MENDENGAR DARI BERBICARA"

"APAKAH RUANG DIANTARA BAHAGIA, CITA-CITA DAN PERTUMBUHAN PERIBADI...JAWAPANNYA ADALAH WANG"

Saudara dan saudari yag dikasihi..harta mmg xbleh bli syurga..tapi dengan harta kita boleh bina jambatan ke syurga..
dengan harta kita boleh bebas beli ape saje..boleh berubat dengan doktor yang lebih baik..makan makanan yang lebih baik...semuanye lebih baik...xmeminta...2xde mse nak merungut dengan ALLAH S.W.T..nie x..sket2 slhkn tuhan...

ulat dalam batu pon blh makan..

ape..xnk kumpul harta..nak bina kubah masjid pun kne pakai duit cik abg oi..xkn nk biar tok imam basah2 kot...

BUBYE N SALAM.

Anonymous said...

"Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan?" [Surah Huud : 15-16]

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Kisah Sukses said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

Related Posts with Thumbnails