Wednesday, August 22, 2007

TOL DI MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullah...

Apabila saya ditugaskan ke tempat baru di Kota Damansara, saya gembira kerana ia mengambil masa kurang dari 25 minit untuk sampai ke Kota Damansara daripada rumah saya. Dari Salak Selatan, saya akan masuk ke Lebuhraya Persekutuan dan naik ke Kerinchi Link. Kemudian saya akan melalui Penchala Link dan masuk ke flyover Mutiara Damansara sebelum keluar ke Kota Damansara.

Cuma yang menjadi keresahan hati saya ialah belanja tol yang meningkat. Naik ke Kerinchi Link tol ialah RM 1.50. Di Tol Bukit Kiara pula, bayaran yang dikenakan ialah RM 2.00. Jumlahnya ialah RM 3.50 satu perjalanan atau RM7.00 pergi dan balik. Mujur saya tak ditugaskan di Damansara Damai. Jikalau tidak saya dikenakan bayaran tambahan lagi sebanyak RM 1.60 di Tol ke Sungai Buloh yang akhirnya menjadi RM 5.10. Kalau 2 perjalanan iaitu pergi dan balik, ia akan menjadi RM 10.20 sehari atau RM 255 sebulan!

Itulah cabaran hidup di Kuala Lumpur, Malaysia. Belanja tol sebulan untuk ke tempat kerja ialah RM 7.00 sehari atau RM 170 sebulan. Isteri saya menggunakan tol dengan membayar RM 1 sehari iaitu RM 25 sebulan. Jadi jumlah tol kami berdua bayar menghampiri RM 200/bulan. Kalau sesiapa yang menggunakan 2 kereta seperti saya, duit minyak menjadi masalah utama di dalam perbelanjaan bulanan. Belanja minyak saya menghampiri RM 600 sebulan utk 2 kereta atau mungkin lebih kalau ada perjalanan jauh. Inilah di antara sebab saya berhenti buat MLM. Tak larat bayar duit minyak kereta sedangkan untungnya tak seberapa.

Saya bukan penyokong parti pembangkang dan bukan simpatisan. Saya cuma suara rakyat yang mungkin tidak didengari oleh pihak yang duduk di atas sana. Saya cuma sedikit terganggu kerana jalan raya di Malaysia ini dipenuhi tol. Baru-baru ini saya ke Nilai melalui highway Seremban. Saya dikenakan RM 5 (Actually RM4.70) bila keluar di exit Nilai. Tetapi, sebelum nak masuk ke Higway Seremban tuh ada 2 lagi tol yang terpaksa saya lalui. Dua-dua tol berjumlah RM 2.60... Padahal beza tol itu tak sampai beberapa kilometer nak dibandingkan dengan perjalanan saya ke Nilai yang berkilo-kilo meter.

Mungkin ada yang berkata... "Tak payah lah ikut lebuhraya yang bertol... ikut yang tak ada tol...". Ok.. itu adalah salah satu cadangan. Saya ada seorang kawan yang berasal dari Klang. Kami pernah berborak berkaitan tol... Dia pernah bertanya pada saya... "Cuba beri saya satu alternatif jalan ke Klang yang saya tak perlu lalu tol...?".. Ada ke??

Saya tak mahu pertikaikan kenapa kerajaan tidak mahu buat jalan yang tidak bertol. Mungkin ada sebab-sebab kukuh seperti kos penyelenggaraan yang tinggi, kos membuat jalan yang meningkat, kerajaan tak cukup wang kerana wang dah habis membina sekolah dan hospital dsbg. Cuma harapan saya, kalau boleh janganlah naikkan harga tol lagi. Dah terasa tak mahu bayar je dah tol nih. Penat... Tension gak bila tengok PLUS umumkan, keuntungan suku pertama kita tahun ni naik 8%... Suku kedua untung meningkat 5 %... keuntungan tahunan meningkat 30%... lepas tuh umumkan, PLUS tidak cukup wang untuk kos peningkatan bahan penyelenggaraan jalan raya... entah apa apa...

Bila ada orang tanya Menteri kita yang seorang ni... apasal harga tol naik banyak.. apasal banyak sangat tol... Menteri kita nih jawab.. kalu lu tak mau bayar tol, naik kereta lembu laa... kua kua... Menteri yang disayangi yang telah lama menyumbangkan khidmat kepada negara ini saya ucapkan selamat maju jaya. Tuan bertuah kerana tuan jadi menteri di Malaysia dan rata-rata orang Malaysia ni pemaaf. Kalau Tuan di United Kingdom atau Jepun, nasib Tuan mungkin tidak akan baik seperti ini...

Walaubagaimanapun, saya menghargai usaha kerajaan membina lebuhraya seperti MRR2 yang tidak perlu bayar tol. Jika dibina lebuhraya seperti ini, saya yakin kerajaan telah menggunakan wang rakyat dengan sebaik-baiknya. Jalanraya yang baik mencerminkan kerajaan yang juga baik. Di harapkan lebih banyak lagi lebuhraya seperti MRR2 dibina agar lebih memudahkan lagi urusan rakyat jelata.

Sekali lagi saya ingin memohon maaf sekiranya isu tol yang dibangkitkan ini sensitif, menyentuh isu-isu politik yang tidak sepatutnya disentuh terutama dengan pilihanraya yang semakin menjelma. Saya harap saya tidak akan dituduh pro pembangkang kerana saya bukan pembangkang. Saya juga harap agar "pembesar-pembesar" melayu kita tidak melabel blogger seperti saya sebagai "goblok, pengecut atau pondan". Isu ini adalah isu rakyat. Saya cuma menyuarakan isi hati saya dengan ikhlas... Semoga pilihanraya kali ini menjanjikan hari-hari yang lebih baik di Malaysia...

Wallahu A'lam.

6 comments:

Julia R said...

di Moscow x d TOL, percuma aja. walau jln 7 lane di kedua belah jalan

de_kerinchi said...

Salam Dr Azwan,

Pasal tu saya lebih suka bertugas di JB dan belah utara atau pantai timur.

Di Lembah Klang ni Tol bersepah-sepah. Perjalanan saya dari Klang ke kota Damansara, saya akan menempuh 3 pintu Tol kalau guna lebuh persekutuan..Kalau guna guthrie melalui sg. buloh pun saya kena dua tol, Kalau ikut Utara-selatan saya kena satu tol...walau pun jumlah pintu tol berbeza-beza kos nya tetap lebih kurang sama dan lumayan...


Hanya ada dua jalan sahaja yang boleh mengelak Tol iaitu Jalan Meru ke Sg. Buloh dan Jalan lama batu tiga ke Sg. Buloh,yang bermakna kita akan menempuh kesesakan dan lampu isyarat yang banyak...itu pun kemungkinan besar akan dibangunkan pintu tol memandangkan jalan itu telah diperbesarkan..

Sebenar nya di ibukota ini kita tidak mempunyai banyak pilihan...Harap kerajaan memerintah mengusulkan cadangan memansuh kan tol di seluruh negara dalam kempen PRU akan datang...

Mr Zam, Emzeti IT said...

Saya syok baca keluhan berkenaan tol ni, hmm..nasib baik saya tak duduk sana..
Apapun, bukan senang kerajaan nak hapuskan definisi tol ni selagi ada kenderaan di jalan raya..mungkin kalau ramai naik basikal atau paling laju pun mtorsikal..maka jimatlah..cuma hujan panas terpaksa tanggung...
saya nak link kan blog ni..kalau sudi...TQ!

Dr Azwan said...

Mak Farhah : Besarnya jalan.. 7 lane? sehala 7 lane ke dua hala? Beruntungnya orang Rusia sbb tak payah bayar tol.. agaknya cukai jalan dia 2 kali ganda mahal dari Malaysia kot

De kerinchi : Memang takder pilihan... apa nak buat.. kenalah sediakan duit tol dalam belanjawan nampaknya..

Terima kasih Emzeti.. silakan... cantik lah tikar sarawak...

Unknown said...

dari salak selatan awk boleh ikut PPUM ikut jalan dalam tembus di damansara seksyen 17..disitu tiada bayaran tol dikenakan..di tol damansara dekat eastin hotel tu ada lane jalan tidak bertol...dari situ awk boleh pergi masuk LDP highway dan terus ke kota damansara...nak seribu daya taknak seribu daya..hidup di kuala lumpur bukan setakat duit jer kena pandai handle tapi otak pun kena pandai juga...saya toll gate boy...

Imantaqwa said...

Norazlan kalau awak hanya toll gate boy, memang komen awak tak guna otak sebab sekarang isu bila kerajaan UMNO BN buat jalan, rakyat mesti bayar tol, adakah alasan kos yang ditanggung oleh kerajaan bertambah atau untung kroni yang bertambah. Ketua audit negara melapurkan ketirisan sahaja tahun 2008 ialah RM28 billion, kemana perginya duit ini? salah satu punca sahih ada berlaku pecah amanah dalam buat lebuhraya juga? Kita membangkang bukan kerana parti pembangkang, kita membangkang kerana ada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Related Posts with Thumbnails