Thursday, June 5, 2008

Anak Tekak Penyanyi Rock Kapak





Assalamualaikum.

Minggu lepas semasa bertugas di Klinik Idzham Bukit Antarabangsa, salah seorang pesakit yang datang telah membuatkan saya tak senang duduk.

Bila terpandang beliau teringat saya akan zaman masa saya budak-budak dulu. Saya dulu adalah seorang peminat kumpulan muzik ROck Kapak. So, zaman Search, Wings, Teja, Laksamana, BPR, Darmasutra, Febians... etc etc. MEmang banyak kumpulan rock dulu. Tapi masa tu budak-budak kan, lagu pun sedap2. Bukan cam sekarang, lagu Indonesia jer kat radio ERA. Lagi baik dengar Radio 24, kurang-kurang dapat gak dengar suara Nazira Noran.

Tak lain dan tak bukan, beliau ialah Awie! Bukan setakat dapat tengok muka jer.. malah dapat peluang tengok anak tekak dia! fuhh.. anak tekak dia tuh anugerah tuhan tu..! Bukan calang-calang orang dapat anugerah anak tekak yang macam tu. Walaupun merah sebab sakit tekak dan bersuara serak, tapi aura anak tekak dia tuh memang hebat...

Saya tahu, ramai di antara anda akan berkata hek eleehh... poyo lah dr Azwan nih... stakat dapat tengok anak tekak Awie jer dah poyo..

Ehh tunggu dulu.. jangan cakap cam tu.. Anda semua berpeluang dapat tengok anak tekak Awie ker? haa.. itu semua kata nista cemburu lah tu..

Awie ni sama level dengan Amy Search cuma Awie ini ada banyak kontroversi yang tidak sudah-sudah. Namun mereka ini dah semakin menginjak umur, lama kelamaan telah "tone down". Mereka boleh menjadi samaritan yang baik dan berkhidmat kepada masyarakat melalui contoh kehidupan yang lebih baik. Amy Search pun dah bukak restoran cina Islam malah Tok Guru Nik Aziz pun datang. Bukankah ini memberi satu contoh yang baik kepada anak remaja kita. Nak tunggu Awie naik haji pulak...

Salam

16 comments:

de_kerinchi said...

salam dr.azwan,

saya pun dari zaman rock kapak...masa zaman battle of the bands versi ori....hehehh

Anonymous said...

So, cik Awie tu mengadu sakit apa? Sore throat aje kan? Oops, confidential..

Amalina said...

WAAA....(sambil ternganga), sy pun dengar juge lagu2 rock kapak dulu. Waa mmg jeles doc dpt tgk anak tekak Awie. Ramai artis tinggal di bukit antarabangsa ye.

sukahati said...

aa...setakat awie tuh....gua tak heran lah doc...wahaha

jumping2 over the blog...then tejumpak ur blog...nice blog doc

mado_ct said...

Saya pon minat rock2 dulu tu...zaman remaja... jiwang tk hingat. Saya pun minat kat Awie walaupun byk cerita tk best yg didengar... seronok jugak dapat tengok anak tekak awie yerk.. lepas ni siapa pulak yang bakal datang.
Kalau Dr bukak cawangan lain, spare la space utk playroom. Kurang budak-budak meragam sementara nak tunggu giliran. Letak tv+cdplayer pon dah cukup buat kanak2 ternganga-nganga layan perasaan.Nanti saya balik msia buleh singgah klinik dr azwan. heheheh

cendawanintim said...

Salam kenal2 Dr.

Weol dapat dengo sore jerk...

saya link Dr. erk..

Anonymous said...

hahaaaha.. nak terguling2 gelak nih... wahh.. betol jugak kan!! setakat dpt jumpa @ salam artis tak sehebat dpt tgk anak tekak artis.. gempak lahh

Anonymous said...

hehe,seronok doc dpt tengok anak tekak awie,yerlah bile lg awie nak naik haji yer,mcm amy search,wife dia pon dah pkai tdung..

Anonymous said...

Dengar suara saya je buat apa Doc? Penat-penat saya cari bahan untuk informasi dan berita... huhu

*Hm.. I juga suka rock kapak dan suka suara Awie tu. Bestnya dengar
lagu Senja Nan Merah...

Nazira Noran.

Jie said...

hehehe...kakjie pun zaman rock kapak gak ni..masa tu...g beli kasut LA Gear kat Pertama Comlex, pastu beli jaket KC kt Petaling Street...hahaha

sampai skrg..kalau dengar lagu2 akhir 80 dan awal 90 tu mesti ckp dgn anak2..tu lagu cintan cintun mama..hehehehe


tapi bestlah Dr. dpt tgok anak tekak Awie...Awie tu dulu2 sy tak minat sgt tapi semakin berumur dia mcm semakin cool..tak de nmpk ganas sgt..hehehe..lawak dlm movie terbaru dia pun cool...

Anonymous said...

Saya pun geng rock kapak jugak. Saya pegi beli kasut Aliph high cut punya khas untuk tengok concert Battle of the Band. Kaki seluar mesti kecik dan kena guna plastik utk sarung seluar. Itu lah zaman kita....

Dr Azwan said...

De Kerinchi : sama lah kita weh...

ikram : sakit lain tak boleh bagitahu. Stakat sorethroat jer la. Tu yang dapat tekok anak tekak dia. Kang cerita pasal pusat dia kang, haru pulak.. haha!

Amalina : B.Antarabangsa tempat hot dulu. Sekarang kurang sikit sebab kes highland tower yang runtuh kat sebelah dia. Dulu jumpa Ciko anak Uji Rashid kat Oakleaf Park Condo.

sukahati : haha.. tak heran ngan Awie yer.. Mawi ok tak? tak pernah jumpa lagi. Ke Fasya Sanda? Menggeletar...

madoCT : Perkara yang terakhir saya akan buka ialah klinik. Itu kira dah tak ada jalan lain dah :)

cendawan intim : Silakan link

mummymin : guling.. jangan tak guling...

putri_nian : InsyaAllah akan sampai masanya. Kalau dia jadi pak haji pun, dia jadi pak haji rock gak.. hehe

nazira noran : Tak yah dengar berita.. dengar suara awak pun dah sejuk hati... ehem ehem..

apasal lagu kat radio 24 ni pelik2?... tak ada lagu melayu sesat ker.. ada satu lagu cam bahasa Rusia ke apa - tension den mendengar! Lagu Rusia tuh cam lagu budak tadika. Start dia cam "satu labah2 cuba panjat perigi" - tapi lepas tuh entah apa lagu tu pusing.. ke tu bahasa german... kalau paham bahasa dia tak per gak... Si Yunus Sabri suka betul pasang belah malam. Suruh lah dia terangkan sikit makna lagu tuh (itu pun kalau dia paham.. haha!)

Kak JIe : Wah boleh tahan gak yer akak. Dulu style rambut cam mengerbang sikit ker kak? Naik motor yang jenis harley tuh kan.. waa. Dia cool skarang ye dak... sesuai betul dia berlakon cerita baik punya cilok.

Cik Anon : wah... gua tak pakai seluar ketat.. gua takut mandul.. haha!

Anonymous said...

Haha.. kami pun tak faham lagu tu. Dah itu lagu yang ada dan boleh dimainkan. Dah itu prosedur kat sini. Kalau boleh, dah lama saya pasang lagu Awie... Ketidak baik saya yang nyanyi ngan Tokki. hihi.

Dr., Yunus Sabri tu dia dah tak fikir dah lagu apa yang dia tarik tu sbb dia mesti nak pegi toilet atau pegi solat! HAHA LAWAKLA SENIKATA DR BAGI TU..

Anonymous said...

di mana you punya patient and doctor confidential ..???

Dr Azwan said...

Nazira Noran : Nazira Noran duet ngan Tokki lagu Senja Nan Merah kat radio 24 - wah... tahun ni Radio ERA jatuh no 2 la.. haha..

anonymous (please use better user id than that) : well didn't i mentioned in the article that i've got his verbal consent? (daa..!!). You can call him over the phone :).

Unknown said...

Tak heran lantak kat hang laa

Related Posts with Thumbnails