Monday, July 7, 2008

Jualan Cacing Merah Menggalakkan



Assalamualaikum,

Cacing merah (Lumbricus Rubellus) yang saya jual mendapat sambutan di yang agak baik dan di luar jangkaan. Semalam saya berjaya menjual 16 kg cacing di kawasan Bangi dan Meru. Terima kasih diucapkan kepada pembeli. Mereka membeli untuk induk dan juga untuk baja kompos. Masih ada 4 kg lagi yang belum di hantar kepada pelanggan di Bangi. Ada juga pembeli yang ingin membeli makanan cacing atau medium.

Oleh kerana medium cacing yang dihantar tidak tahan lama, oleh itu pastikan sebelum anda membeli cacing, anda sudah membeli medium terlebih dahulu. Jangan nanti, cacing dah beli tetapi makanannya masih belum ada. Atau anda boleh beli dengan saya secara pukal dengan pesanan melebihi 100 kg.

Itu untuk penternak cacing. Tetapi untuk pembeli secara individu seperti kawan saya Neta Suryana (ummu Zufayri) dari Bangi yang telah membeli sebanyak 2 kg minggu lepas, tujuan pembelian cacingnya adalah untuk menghabiskan sisa sisa makanannya seperti sayur busuk, buah2an busuk, kulit pisang atau pizza. Ya, ini adalah cara yang biasa di buat di luar negara. Oleh itu, Sdri Neta telah berbakti kepada alam dengan mengurangkan kadar pembuangan sampah dari rumahnya. Malah, cacing merah ini boleh makan hampir apa saja termasuk habuk-habuk kayu, tahi kambing atau lembu dan kertas surat khabar!

Apa pun bagi anda yang berminat untuk membuat bisnes penternakan cacing, sudah banyak kursus yang dijalankan dan anda boleh menyertainya. Saya tidak mengadakan kursus penternakan cacing kerana saya adalah ejen pemasaran sahaja tetapi harga cacing yang saya jual adalah lebih murah dibandingkan dengan pasaran. Harga pasaran sekarang ialah RM 350- RM 550 sekg. Oleh itu anda boleh beli cacing dengan saya dan ia lebih memuaskan hati anda.

Salam

6 comments:

Anonymous said...

Geli la tgk cacing.. tak sesuai saya buat bisnes cacing ni. Apapun.. selamat berbisnes cacing la Dr!

Anonymous said...

nak tahu jugak la macam mana neta suryana ni pelihara cacing kat umah dia. teringin nak berbakti pada alam, tapi nak pegang cacing geli la.

Dr Azwan said...

nazira dan suehoney : mula2 geli.. lama2 seronok... :)

Jalaluddin said...

murah menda RM300....org ber 1kg baru jer RM180....kebanyakan penternak ramai yg ambik kesempatan melampau....agak2lah....cuba Dr bagi komen sikit tentang penyakit camni?.....

Fadzli said...

Saya ada pasaran cacing merah yang diusahakan dengan kawan saya tp saya tak tau mcmana nak pasarkan.Boleh Dr carikan buyer unk saya?

Fadzli said...

syyyyyyyyyyyyy..

Related Posts with Thumbnails