Monday, July 21, 2008

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan Perawatannya




Assalamualaikum,

Baru-baru ini diumumkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD telah menular di kawasan Taman Tun Dr Ismail. Saya sendiri di klinik Idzham, telah merawat beberapa orang kanak-kanak yang menghidapinya dan telah memberikan cuti yang lama dari sekolah.

Marilah kita sama-sama berkongsi pengetahuan tentang penyakit yang pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor sesuatu ketika dahulu dan menyebabkan lebih 30 kematian.

Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kes HFMD.



Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/

51 comments:

abahfateh said...

dulu anak saya, dr. pernah suspek penyakit ini, menggelabah sebab teringat epidemik di Sarawak dulu.

alhamdulillah tak der apa-apa. Cuma saya belajar, kebersihan memang kena tip-top.

Nazira Noran said...

anak saya qasrina pun kena. sbb sehari sebelum tu jumpa anak kwn yg baru sihat dr hfmd ni.. tetiba esoknya demam dan muntah, bila dia mkn, katanya akit(sakit).. sampai x dpt mkn langsung, minum dan hirup bubur lenyek je.

alhamdulillah, 4 hari ok balik. cuma susut badannya yg tembam dulu.

Anonymous said...

Saya risau ni, belum ada anak, tapi tinggal serumah dengan kakak yang ada anak. Macam yang saya perhatikan, semua simtom HFMD seperti bintik merah macam ruam kat kawasan yang tertentu, mulut, bintik kecil berair kat kaki dan tangan.tapi, bilangannya masih sikit. saya pula sakit tekak dan demam 2-3 hari ni. adakah saya menghidapi HFMD??

Anonymous said...

anak saya sdg mengalama HFMD..dan saya telah bawakan dia ke hospital. Dr kata tidak berbahaya kerana dia tidak demam dan rashes nya akan hilang dalam 3-4 hari. Harap2 ianya tak berpanjangan

mama zulfa said...

i am worry about my daughter now. memang ada tanda2 penyakit ni tapi doktor pun belum dpt buat kepastian. kena suruh observe anak sendiri dkat rumah.byk ulser dia dlm mulut nak menyusu tp bru nak nganga mulut nangis.kesian dia.dia sgt aktif tp skrg asyik nangis je..

Muslimahsolehah said...

anak saya umur 6 thn...ada bintik2 merah tapi tak berair..timbul pada bhgn tgn,tapak tgn dan kaki serta tapak kaki...doktor kata suspected HFMD jugak..nape simptom fizikalnye macm same ngan chicken pox je

RATU said...

ASSALAMUALAIKUM.TERIMA KASIH KEPADA DR.AZWAN KERANA MEMBERI INFO-INFO TENTANG PENYAKIT HFMD INI.ANAK KE-4 SAYA TELAH DISAHKAN MENGALAMI HFMD.LEWAT PAGI NI..TERUS SAYA MENCARI INFO TENTANG PENYAKIT HFMD.HARAPAN SAYA,AGAR ANAK KESAYANGAN SAYA(ATHIRAH-9BLN) AKAN CEPAT SIHAT & SEMBUH KEMBALI.INSYAALLAH..
SEKIAN.WASSAAM

NoiJem said...

salam dr.. saya mohon untuk letak artikel ni dalam blog saya. anak saya kena penyakit ni baru2 ni, so just want to remind my friends about this disease..

Azren said...

Salam..Hari ini anak sulong saya disahkan mengidap HFMD risaunye tak keruan sy...dah lah saya out station...isteri jaga pulak...isteri saya pula tngah sarat mengandung 6 bulan..kesian dia. Dr bleh beri nasihat sedikit utk saya..memandangkan isteri saya tngah mengadung. Boleh emailkan kepada saya di azrenfx@gmail.com

Terima Kasih Dr.

Anonymous said...

Anak saya usia 2 thn dah 2 hari demam dan mula tumbuh ulcer pada bibir dan dlm mulut. Bawa pergi klinik semalam doktor sahkan hfmd. Doktor tunjuk ada beberapa bintik pada tangan dan kaki yg baru nk menjadi. Kesian sangat. Dia nak makan dan minum tapi cuma mampu tgk shj bubur dan airnya. Bila masuk dlm mulut dia mula menangis.Sedih terpaksa tnglkan dia dgn pengasuh. Ibu harap Aqif cepat sembuh.

Umie Razin said...

Salam,

Dr., Pada petang tadi dalam jam 3.00 ptg saya dapati anak saya mendapat ruam-2 dikaki dan tangannya.Dalam jam 5 ptg baru saya perasan ada ulser dalam mulut anak saya. Dia kelihatan aktif. Tapi pada jam 9.00 mlm saya membawanya berjumpa doktor. Dan Dpktor mengesahkan bahawa anak saya menghidap HMFD.Soalan saya ada dua.

1)Berapalamakah tanda-tanda penyakit ini akan keluar dari hari pertama dia dijangkiti?
2)Saya baru mengandung sebulan adakah ianya akan memberi kesan kepada anak yangsaya kandungkan?

Walau bagaimanapun saya tetap mendokan agar anak saya cepat sembuh.
email saya razin_soleh@yahoo.com

Dr. Saya mohon ingin mengopy serba sedikit maklumat HMFD kedalam blog saya.

Terima kasih Dr.

Umie Razin said...

Dr lupa nak bagi tahu, umur anak saya adalah 1 tahun 8 bulan.

Terima Kasih Dr.

Dr Azwan said...

2-3 hari selepas demam, rash akan tumbuh. Incubation period terkena jangkitan dan baru demam ialah di antara 3-7 hari.

Mengandung setahu saya tidak ada masalah. Tapi lebih baik elak.

aswadi said...

salam doc.

anak saya ( 3 tahun ) telah dijangkiti HFMD. ini telah disahkan oleh doktor pakar kanak2 di kuantan. utk rawatan dia telah bagi ubat spt cecair utk ulser mulut, krim utk kaki dan tangan, ubat demam( kalau demam) dan aciclovir 400 mg . menurut doktor pakar itu aciclovir ini untuk antivirus penyakit spt HFMD ini. saya ini bertanya pendapat doktor pula, adakah aciclovir ini sesuai utk penyakit HFMD ini khasnya kanak2 spt.anak saya?. sebab saya saya baca artikel dr. azwan sendiri dan artikel2 lain termasuk kementerian kesihatan tidak ada menyebut pasal aciclovir ini atau ubat antivirus yg lain utk rawatan HFMD ini. sekian, harap doktor dapat beri respon dengan kadar segera. thanks

UmmuFarhan said...

Salam, Dr., anak saya baru kena penyakit ni, mohon izin untuk copy ke blog saya ye, tq

Julia said...

Salam Ramadhan Kareem,Dr. anak saya berumur 1 tahun 6 bulan dan nampaknya sekali lagi dia mengalami HFMD. Masalahnya -pada hari Sabtu yg lepas,dia mengalami asthma dan telah dirawat dengan nebulizer di ER hospital. Demamnya pasang surut, dan pada pagi ini (jangkamasa 7 hari)saya lihat ada bintik-bintik merah di kaki, tangan, lutut, punggung dan lidah. Adakah ini membahayakan mamandangkan dia masih batuk dan selsema? Saya bimbang ia boleh mendatangkan masalah kepada paru-parunya. Najisnya pula hijau macam kacang peas. Kenapa ya?

idri mahamad ishak said...

Salam dr.....saya belum berjumpa dr tetapi saya dapati anak saya ada tanda2 yang dr sebutkan....badannya agak panas, terdapat ulser d mulut sedikit ruam di kaki n sekitar mulut.tindakan awal saya memberi ubat demam n menyapu calamine lotion di bahagian ruam.k tak dr?

MOHD RIDHWAN said...

Salam Dr,

Ini adalah kali kedua anak saya dijangkiti sakit tangan kaki dan mulut...(anak yg lain)first anak yg sulong dan now yg no.3 .. kat rumah alhamdulillah mmg kita jaga kebersihan tapi di Taska..wallaua'lam..tak tahu ler.. masalahnya dalam mulut pun ada juga..klu tak salah org kata mcm "mata ikan" byk plk tu.. harap dpt syorkan apa2 yg patut saya lakukan..Tq

Dr Azwan said...

Perkara paling merisaukan ialah apabila anak2 dehydrated kerana tidak minum kerana mulut sakit. biar doktor yang melihat keadaan hydrasi anak supaya jika berlaku dehidrasi teruk, anak perlu dimasukkan ke dalam hospital.

Jika ada banyak ulser dalam mulut, boleh cuba ubat sapu seperti alloclair yang sejuk dan boleh kebaskan sakit ulser di kawasan mulut. Boleh beri sedikit kelegaan.

Salwani Mohd Zawawee said...

salam dr..saya tgh panik suam-suam jugak nih..pagi tadi hantar anak taska, sy bagitahu kat budak jg taska tu supaya bagi anak saya banyak minum air masak sebab dia ada ulser di mulut, dia bgthu ada budak kt situ yg kn hfmd nih..masa tuh saya oooo... je la,.macam tak risau la..ok la, ptg nih ambik anak, chek tgn & kaki..ada macm ruam merah2..nak kn pg chek klinik ke dr??

Buat pngtahuan dr 2 minggu lepas anak saya demam sampai 40'..2 kali pg hukm ambik drh,tak sakit apa2 pun..masa tuh cuma ulser jea ader..
kesian anak sy terpksa kn cucuk ambik drh...

tHrEE oF us said...

Salam doktor,

anak sy (1thn 9bln) baru smlm disahkan oleh pakar di shah alam dijangkiti HFMD.

kesian tgk dia, smpai tutup muka bila tgk makanan. mcmana nk makan, mulut sakit.. asyik meraung jek.. bila nangis cket, nk muntah.. malam² merengek.. nasib baik dia dijaga oleh neneknya dirumah. kalo dok nursery, lagi teruk agaknya.

terima kasih atas info. mintak izin copy info ni dlm blog sy..

tQ

SHIMA said...

salam doktor,

saya pon tgh panik gak coz anak saya baru 11 bln dan pead baru sahkan kena HFMD dan eczema..tp doc x risau sgt coz aktif mcm bese..cuma pead bg ubat cetaphil dan fucicort..x perlu ke antibiotik semua?

Cikgu Umi said...

salam, anak sy br disahkan dijangkiti penyakit ni. sy mohon utk copy artikel ni di blog sbgi rujukan. tq

noor said...

salam dr..anak saya dsahkn phidap hfmd.baru berusia 4 bln.yg merisaukan saya br2 ni dia kena kembung perut n selalu terkejut..saya ada terbaca artikel dr kementerian kesihatan ant kompilasinya termasuk kembung perut n otot tersentak.adakah itu salah satu tanda yg mmerlukn sy segera bjumpa doktor.demam dh ok (paling tinggi stakat37.8) n selera makan semua takde masalah.ruam2 tak byk.hanya 2-3 d tapak tgn,kaki mulut.masih aktif cuma kuat mengantuk.adakah disebabkan ubat antivirus menyebabknnya kuat mengantuk.buat pngetahuan dr,ni first anak.risau sesangat

kuhamka said...

salam..anak saya 8 bln baru semalam disahkan HFMD dan dr di GP bagi acyclovir..dari pembacaan saya x jumpa pun kaitan ubat ini dengan HFMD,harap dr dapat beri maklumat lanjut..terima kasih

Chempaka Aziz said...

salam doc.terima kasih banyak atas info ni.anak saya semalam doc kata kene virus mcm ni.baru 1 3bln. panik dan risau dibuatnya.tapi bila banyak artikel ni...lega sikit. saya follow blog doc ni..

Chempaka Aziz said...

salam doc.terima kasih banyak atas info ni.anak saya semalam doc kata kene virus mcm ni.baru 1 3bln. panik dan risau dibuatnya.tapi bila banyak artikel ni...lega sikit. saya follow blog doc ni..

DAPHNE said...

hello doctor, my freinds daughter is infected with this HFMD the saurce is from the child care. when she called the centre & told about it the centre has just taken note of it & no further action is taken. Im afraid other child might be infected if the centre never do anything.
PLEASE ADVICE WHAT SHOULD MY FRIEND DO?

vER CONCERNED ;(

fawirulms said...

Salam dr.azwan..saya baru balik dari GP dan telah dipastikan anak saya mengidap HFMD. saya inginkan kepastian, adakah merbahaya jika saya memicit lepuh dan meneluarkan air bisa...? adakah rawatan alternatif lain untuk penyakit ini. dan apa langkah2 pencegahan selepas didiagnos HFMD? Terima kasih

TintaHidup said...

Salam Dr. Azwan dan para ibu-bapa.Anak saya lelaki yg berumur 1 tahun 1 bulan baru sahaja dijangkiti HFMD.Besok Dr bagitau yg pegawai dari Jbtn Kesihatan akan dtg kerumah untuk buat pemeriksaan lanjut.Terdapat lepuh di tanagn dan kaki serta mulut

Zulkifli Boko (DJANGO) said...

salam doktor,
Saya baru je dpt berita yg anak saya berumur 1 thn 7 bln terkena penyakit HFMD.. saya terlalu risau...harap doktor dpt memberi nasihat atau pandangan...

Atyn PhotoLover said...

jika terkena jangkitan itu ,, berapa lama boleh hilang ?
adakah remaja juga boleh berjangkit ?

MaMa CyDa said...

anak saya pun kena penyakit nih. memang sangat risau sekarang nih, tp lepas baca artikel dr nih Alhamdulillah, kurang sket risaunya tuh ...

ambenoqreteq said...

salam doc,anak saya dah 2 hari dah kena,deman kejap2 cuma dekat leher dia ada bengkak skit mcm beguk..jumpe doc kelmarin dia ckap tak bahaya n boleh baik sendiri..doc tu bg ubat gatal(mkn),sapu,dan antibiotik (utk bengkak)..soalan sy adakah anak sy kena habiskan antibiotik tu doc? umur anak saya 3 tahun, terima kasih diatas jawapan doc.

nurr f@!sha f@t!h@h said...

as salam...Dr, saya ummi kepada seorang puteri...kemarin saya dapati pada my sweet naik bintik2 kecil.saya ingat my sweet kena demm cmpak...saya jadi risau...saya tros bwk jumpa doktor...doktor kata my sweet kena jangkitan penyakit kaki, tangan & mulut...saya agak terkejut sebb memg xjgka my sweet akan kena jangkitan tersebut...memg sangat sedih bila melihat my sweet merengek, menggaru & menangis... mungkin kerana xselesa...jangkitan ini memg tiada ubat ka Dr ???
berapa lama ya mengambil masa untuk sembuh ??? adakah ada cara perubatan tradisional untuk mempercepatkan penyembuhannya, Dr???
Dr, saya minta izin utk berkongsi artikel ttg penyakit ini di blog saya : http://faishaluvnurrfatihah.blogspot.com/

saya harap penjelasan yang terperinci ttg persoalan saya ya Dr...Terima Kasih Ya

Nur Raihana Abd Rahim said...

Assalam Dr..anak saya berusia 10 bulan sedang diserang penyakit HFMD ni..ruam2 spt melepuh dan tardapat cairan di dalamnya..agak besar sehingga pecah apabila dia merangkak..cuma dia tak menunjukkan tanda2 gatal dan tak menggaru.doktor hanya beri antibioti dn perlu dihabiskan dan krim utk sapu pd bhg ruam dan oral aid utk sapu di mulut..Yg menjadi persoalan bgmana anak saya boleh kena sebab rumah saya sentiasa bersih,dimop hari2 begitu juga rumah ibu saya yg menjaga 2 org anak saya.anak saya kerap mandi kolam di rumah tapi hanya berkongsi dengan kakaknya shj.adakah itu boleh menjadi punca??anak sy juga gemar memasukkan barang ke dalam mulut.

leenz.. said...

Assalamualaikum dr...
Anak sya pon baru disahkan terkena pnyakit hfmd ni smlm oleh doc pakar dr columbia..sya ingatkan dia terkena campak yang berlarutan(maybe kuar x abis)..dlm mulut byk jdi ulser smpai x boleh nak mkn dan minum...dmam dia agak tggi smpai mncecah 39.5 msa hr ptma dmm..skg dh msok hari ke-4 dia dmm..masa pergi jumpa pakar smlm dmm dia msih 38.1..mmg merunsingkan sya..adakah anak sya ptut dimasukkan ke wad??tapi selepas cuba mnggunakan ubat yg diberi smlm,dia dh bleh minum n mkn skit2 dam nmpk aktif sedikit..tapi sya msih continue ubat yg diberi...ulser n bntik2 tu belum hilang sepenuhnya..apakah ada cara lebih cpt untuk memulihkannya??terima kasih...

masyuk bro said...

baguslah artikel ni,sebab saya tak ada sangat pengetahuan tentang penyakit HFMD ni, tapi sekarang anak saya dijangkiti, jadi jumpa info ni,fahamlah sikit. bagus la\\\

Anonymous said...

Asslm.. Doc.. Sy nk tanye.. Anak sy berumur 2 thn 5bln.. Br disahkn kena penyakit hfmd... Sy sgt risau.. Dlm mulut penuh dgn ulser.. Semlm kurng aktif, tp arini sy tgk sedikit aktif.. Soalan sy:

1) brape lame penyakit ni nk sembuh?
2) bagaimana cara pencegahan yg terbaik?
3) perlu atau tidak memberi antibiotik?
4) jika anak xnk minum+mkn.. Mcmne nk buat?
5) bagaimana penyakit ini boleh berjangkit sedangkan die tidak berjumpe atau bersentuh dgn owg yg berpenyakit hfmd...

Tlg doc emailkn smua jwpn ni di:
ainulafifa_ea@yahoo.com

Sy menanti dgn penuh hrpan.. Tq...

Anonymous said...

assalamualaikum,saya ibu kpd putri comel yg sedang suffer hfmd symptoms .tapi putri ni nampak aktif .alhamdulillah demam pun tak berlarutan .cuma sehari je suhu capai 38.5.pastu dah ok .tima kasih byk doktor atas panduan yang diberi.lega hati saya .so pemantauan berterusan akan diberi .kalau worsen memang la hosp.tempat dituju nanti.harap-harap putri ku akan cepat sembuh.insya Allah.

ckokjue said...

salam doc...
Ank sy br 7 bulan lbih. Start naik bintik2 merah yang ada air tuh dalam 2,3 ari lepas. Igtkan chckenpox. Pgi klnk doc ckp pnykit kki tgn dan mulut...

Doc 2 just bagi krim je. Skang gah buat research ckt tntg pnykit ni...minta izin copy ckit je doc.

tq.

ummi Humairah said...

Info yg sangat berguna, anak sy sdg alaminya. Mohon share Dr. Tqvm.

mamalurveameer.blogspot.com said...

minta izin copy yer dr..anak saya baru kena dan alhamdulillah dah sihat

Anonymous said...

Anak saya sememangnya tengah sakit dlm mulut..langsung tak mau mkn dan minum..kerap muntah dan asyik menangis sahaja tak kira waktu siang ataupun malam. Dr ada berikan gel titik kemulut..alhamdulillah lepas setiap kali titik gel dia berani minum susu.

siti fadzilah said...

Saya cadangkan teruslah berjumpa doctor bila anak demam walaupun ada ubat simpanan dirumah

Mama Arissa said...

salam.... anak sy berumur 2 tahun 2 bulan... last friday demam smpai hr isnin br ok demam.. tp sejak pagi sabtu mulut dia keluar darah smpai lah skrg ni (Khamis pagi)... gusi semua bengkak2.. ada ulser dlm mulut... bibir pun pecah2... tp kalau tgok tgn ngn kaki takde ruam2 atau rashes tu.. tp 2 klinik pergi..last klinik tu kata ada tanda2 bintik2 nk klua pada tangan.. dia tgok pada torchlight.. n dia kata sama cam symtom HFMD, tp tak brp kuat.. sy tak tahulah.. sat g nk kena g pakar dulu..

lilyenurainul said...

salam. Dr, saya ada twin nieces.both diagnose with HMFD ni.dah 3 hari.umur mereka 10 bulan.soalan saya
1. boleh tak saya sapu bonjela kat mouth ulcer mereka?
2. ada tak sebarang ubat yang saya leh dapatkan untuk mempercepatkan recovery from HMFD?
3. patutkah saya rujuk hospital sekiranya suhu mereka turun naik 36-39 sepanjang 3 hari ni?
terima kasih in advance utk jawapan Dr.saya harap Dr dapat beri nasihat tentang bagaimana nak menjaga twin yg ada HMFD ni.tq again.
regards,
kiasuel@yahoo.com.au

Anonymous said...

Salam Dr. Dan semua,

Ank sy baru disahkan menghidap penyakit HMFD. Mula2 demam panas s + selsema selama 2 hari, demam baik je perasan kat punggung nya ada ruam2. Pastu kat siku, lutut. Bila cek betul2 rupanya kat tapak tgn dan kaki byk bintik merah. G klinik kerajaan doc mmg sahkan HMFD. Doc suluh tekak merah dan byk ulser. Dptlah ubat sapu calamine, ubat demam, ubat sapu ulser. Hari ke3 nmpk bintik tu dah ada air mcm chiken pox u warna putih.Ank sy mkn spt biasa, lemah skt, cepat nangis, mengantuk.. Sy berharap anak sy sembuh sediakala. Utk pengetahuan sy suri rmh.menjaga ank sndiri mmg menghindari dr kekotoran dan mengamalkan kebersihan. Cuma sblm kena kami sekeluarga pergi karnival kanak2 , Mayba tempat sesak menjd punca wallahualam.

paradise said...

pelik tp benar penyakit ni bukan boleh kena pd kanak-kanak jer saya yg dewasa pun dah kena masuk hr ni dah 3 hari duduk rumah,nak makan memang x boleh mulut penuh dgn ulser byk minum 100plus jer.jd pd semua kene beringatlah..

kakngahsihat said...

Salam Doct. TQs dgn info yang bermanfaat nih..
Saya mohon share ke dalam blog saya untuk dikongsikan dengan kawan2..

Anak saya pernah kena namun alhamdulillah berkat penyusuan susu ibu anak saya cepat sembuh di samping mengamalkan supplement untuk kuatkan imun badan..

TQs sekali doct...

mama wana said...

tq Dr untuk info yang sangat bermanfaat & mendidik ini. Ianya meningkatkan lagi pemahaman saya berkaitan penyakit ini.

Related Posts with Thumbnails