Thursday, July 24, 2008

Saya nak jual Kereta Perdana V6 saya.




Assalamualaikum,

Selepas segala kekecohan tentang kereta Perdana V6 yang penuh dengan persoalan dan kemungkinan, saya membuat keputusan untuk menjual kereta perdana V6 saya tu. Ada kemungkinan saya akan ikut kerajaan negeri Selangor untuk membeli kereta Toyota Camry ataupun mungkin lebih murah daripada itu seperti Viva sahaja atau mungkin cukup dengan satu kereta sahaja.

Saya ingin mengikut jejak MB Terengganu yang tidak mahu memakai lagi Perdana V6. Apatah lagi setelah mendengar bahawa kerajaan negeri Terengganu terpaksa membayar kepada syarikat repair kereta RM 230,000 untuk bayaran maintenance kereta Dato Idris Jusoh. Ia bersamaan 2 biji kereta Perdana V6 yang baru!

Bagaimana pula dengan harga maintenance kereta Perdana V6 Pak Lah dan Tok Najib? Takkan bekas Menteri Besar Terengganu itu lebih sibuk daripada PM dan TPM kita sampai terpaksa menggunakan keretanya sepenuh masa. Rosak barak kereta tuh sampai kena 15 kali tukar gear box agaknya. (1 gear box original tukar dengan upah RM 8000).

Atau sememangnya teruk sangatkah kualiti kereta perdana V6 kita? Saya dah pakai Perdana V6 selama 3 tahun. Saya pernah tukar gear box sekali dan bunyi enjin dia pada waktu pagi memang sedikit bising. Namun saya lebih selesa pakai MPV Nissan Serena buruk saya tuh kerana maintenancenya lebih rendah dan lebih lasak.

Saya tak pandai langsung bab teknikal kereta. Mujur ada adik ipar saya sebagai engineer di Proton. So, kalau nak tanya apa-apa pasal kereta, dia adalah tempat rujukan saya. Memang pada pandangan dia, enjin proton pada suatu waktu dahulu sangat teruk kualitinya. Malah dahulu dia pernah mencadangkan untuk membeli kereta Perodua daripada membeli proton. Namun menurutnya sekarang, kereta keluaran generasi terkini Proton lebih baik dari segi enjin dan design daripada sebelumnya.

Jadi ada dua isu di sini. Pertama saya perlu jual kereta perdana V6 saya kerana saya tak nak masalah MB Terengganu menjadi masalah saya. Keduanya saya juga nak tahu kenapa maintenance kereta perdana Dato' Idris Jusoh mencecah RM 230,000 dan adakah maintenance kereta perdana V6 Pak Lah, Tok Najib dan semua para menteri juga mencecah kepada angka yang sama.
** Saya ingin menjual Perdana V6 saya WME 900 tahun 2001 - Harga RM 36,000. Semua cantik, guna pergi balik kerja sahaja **.

Wallahu Alam.


18 comments:

Anonymous said...

Tak puas bersuara di suara anda.. bersuara di blog sendiri lagi baik.. hihi

adie said...

menteri penerangan boleh usulkan isu nie didebatkan.

Anonymous said...

Salam....nak tau naper maintenance kete govt mahal? sebenarnya, kenderaan2 ni di selenggara oleh SPANCO, tak silapnya salah sebuah GLC. Faham2lah caj dia, bukan mcm caj woksyop biasa. mcm kalau beli barang direct kat kedai dgn yg beli guna LPO

Anonymous said...

idris jusoh akan jwb "mana saya tau"

victoire said...

kot2 diorang tuka gearbox salut emas..
kusyen kulit buaya..
stereng pon salut eams kot. hehehe

nway bwk perdana bapak saye pon probs gear.
slalu kene kat trafic lite la.
tukar gear 'd' tapi x jalan, kene free balik, then masuk gear 'd' balik.

Anonymous said...

sebenarnya ada isu lain disebalik MB kata pakai proton perdana kos tinggi...mungkin ada kena-mengena dgn isu melantik MB Tganu dulu, sampaikan sultan pun di kata 'natang'

bagus jugak isu2 ni timbul sekurang2 kita tahu benda yg sebelum ni kita tak tau spt penyelewengan,rasuah... sebenarnya byk lagi tu....tungguuuu

Anonymous said...

mb terengganu secara xlngsng nk bukak mata kpd pembuat keta nasional proton supaya perlu tingkatkan kualiti dan kos penyelenggaraan kpd lebih berpatutan... semcm satu pesanan kpd kerajaan perlu jaga kualiti dan kos membaikpulih spttnye murah sbb ia keluaran tempatan...

Anonymous said...

cantik nombor kereta doktor - tapi saya tetap setia dengan kereta kebal saya, iswara model saga 1.3 keluaran 2004. low maintenance sungguh.

lasak pun lasak : setakat kota kinabalu - kundasang - ranau - kota belud - kudat senang-senang je kereta tue belasah tanpa sebarang masalah.

Zamz said...

byk tu 230 000...baik beli je keta baru...rasa cam tak logik je lah...rasanya maintenance keta merc lagi mahal...dgn electronic nya lagi...kalau service biasa pun leh cecah 1k ..tu cakap my boss la..sbb dia pun pakai merc gak c class je tu..

Anonymous said...

Dr azwan, dah selesai kata PM, TPM, MB. Alah, ape sgt le mercedes 3.43 juta tu. Tiada ucapan maaf pun kurang2nya kat rakyat. Ei sabar je la.

kucau said...

ermm. bape rege ko tuko gearbox bang? exco s.gor pon tuko gearbox kaau tak silap aku ikut paultan RM 23000 . Bape ko tuko gearbox ko? ehh mmg semua kete proton tuko gearbox ker ? cuak la aku gamaknya

Anonymous said...

Azwan, letaklah gambar V6 kau tu. Bagi gempak sikit ;)

Mcm UZAR buat iklan kat website dia dulu. Tak sampai 24 jam, dah ada orang sambar, hehe...

Berapa mileage?

Anonymous said...

a'a nanti tuan tolong buat satu post tentang keta yang nak jual tu. siap sekali gambo la ek :)

berminat nak tau nih

Jie said...

sy dah ade cik serena..buruk pun tak byk ragam

Anonymous said...

assalamualaikum..., tertarik dgn isu v6 yg dipaparkan,

nak komen sikit,maintenanace V6 mmg tinggi, dibangdingkan dgn perdana biasa,

gearbox V6 mmg sedikit manja, & perlukan penjaggan , cukup tempoh kena tukar minyak gearbox, kalau x ikut tarikh yg ditetapkan mmg bermasalah,

abg saya seorg mekanik ( dlm list bengkel Isu MB di trg), penyelenggaran mERc, lebih murah berbanding V6, dia pun syorkan kitaorg pakai merc, walaupun usia kereta merc dah lebih 10thn, tp stiil ok, berbanding kete proton. satu lg proton byk spare part recond, mercd mana ada , semua ori,

kalau org yg tak tau apa2 pasal spare part, hantar camtu je kat wshop, mmg kaw kaw la diorg charge, walaupun guna spare part recond,,

saya pun guna proton, tp proton 1st model, alhamdulullah berkat pertolongan abg saya ni, setakat ni x ada apa2 masalah, cuma pnah tukar gearbox 1x je

Dr Azwan said...

Tukar gearbox perdana kalau gearbox tuh saja ori kat RM 3000. Kalau campur servis entah apa mungkin lah RM 5000. Kalau yang caj LO ni mungkin markup 20%.. mungkin lah RM 6000-8000.
Aku tukar 2nd hand RM 1000 jer. tapi cam baru gak lah.

Muzir : kereta tuh aku dah hantar ke ejen aku suruh jual. Tu lah tak sempat ambik gambar. nak gi ambik balik takder masa pulak. Tengoklah kalau seminggu dua nih tak terjual, aku promo kaw kaw dalam blog. Mileage banyak juga 140k rasanya...

r_feev said...

salam...
baca pengalaman saya menggunakan satria neo 1.6 dan juga pengalaman di pusat servis Eon Glenmarie, Shah Alam...

www.qanunfiatdunia.blogspot.com

cute_lavender said...

u know dr 1 thing
perdana V6 is my dream car

but then
saya x leh beli ler ngan dr
x cukup duit

huhu

Related Posts with Thumbnails