Saturday, August 29, 2009

Hormati Bulan Ramadhan





Assalamualaikum,
Walaupun kita sudah berada di dalam awal bulan Ramadhan tahun 2009, blog-blog politik di mana bloggernya adalah melayu Islam masih mengamalkan hentam-menghentam, sindir menyindir, budaya kutuk mengutuk dan sebagainya.

Tidak kiralah bloggernya daripada Parti Islam SeMalaysia atau pun Parti Satu Malaysia (sekarang dah tak dengar tentang Islam Hadhari, hanya Satu Malaysia).

Ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, banyaklah aib yang dibuka, penipuan di dalam media, unsur-unsur mazmumah dan gerakan-gerakan yang menyimpang dari ajaran Islam itu sendiri.

Ini terjadi kalau kita meletakkan isu politik lebih tinggi daripada Islam. Bulan Ramadhan tidak langsung dihormati. Bagaimana kita harap orang yang bukan Islam akan menghormati bulan Ramadhan ini?

Saya ingin menegur para sahabat yang membikin blog yang tidak sihat pada bulan Ramadhan ini agar memberhentikan perkara tersebut. Semoga kita menjadikan bulan Ramadhan ini bulan memperbanyakkan ibadah.

WallahuAlam.

Wednesday, August 26, 2009

Kartika dan Hukuman Sebat






Salam,

Kartika Sari Dewi dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan beliau ditahan untuk melaksanakan hukuman sebatan itu.

Namun begitu, penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi dikeluarkan di Kuantan, Pahang oleh Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.

Kes ini telah menjadi buah mulut media antarabangsa dan dengan lantang mengkritik keputusan mahkamah syariah di negara ini.

Ramai ahli politik termasuk bekas PM bertindak "menyindir" keputusan kehakiman tersebut yang seolah-olah menunjukkan bahawa Islam di negara ini tidak menunjukkan keadilan. Begitu juga banyak bantahan-bantahan daripada NGO dan pertubuhan wanita negara ini terhadap hukuman tersebut.

Semalam PM meminta agar Kartika sendiri merayu terhadap permohonan hukuman tersebut.

Kartika telah berjumpa dengan Dato Seri Mufti Negeri Perak untuk berbincang. Beliau tetap dengan keputusan untuk meneruskan hukuman tersebut.

Pada pandangan saya, Kartika merupakan wanita yang sungguh ketal keazamannya menegakkan hukum Syariah Islam. Sehinggakan dipujuk dan dirayu pun beliau tetap dengan keputusannya. Beliau betul-betul telah insaf dan ingin meneruskan hukuman di di dunia agar terlepas hukumannya di akhirat nanti.

Sepatutnya, buat masa ini, seseorang yang mahir agama, mungkin ada Ustaz atau ustazah yang mempunyai hati budi dan hikmah membimbing Kartika ke jalan yang lurus, memberikannya sokongan dan rasa ketenangan, mengajarnya Islam dengan lebih sempurna dan memberi contoh yang baik kepadanya dari segenap sudut.

Ini adalah waktu terbaik untuk mendampinginya. Ini adalah kerana, ketika ini Kartika berada di dalam banyak persimpangan. Waktu ini syak dan was-was sedang bermain di dalam jiwa. Jika ada teman yang tinggi ilmu, baik budi pekerti dan sering menasihati, alangkah baiknya.

Hukuman sebatan untuk diteruskan adalah permintaan Kartika. Saya tak tahu samada kes penghakiman oleh Ketua Hakim Syari'e Pahang boleh ditarik semula. Kalau ditarik semula adakah ia boleh membawa kepada isu "mempermainkan" institusi kehakiman syari'ah pula. Adakah ketua hakim syari'e boleh menarik semula penghakimannya dengan desakan bertubi-tubi dari kumpulan-kumpulan tertentu.

Apapun, saya ingin memberi tabik hormat kepada Kartika. Kalau dahulu ramai yang memandang sinis kepadanya. Sekarang tidak lagi. Beliau adalah lambang wanita yang berani dan lambang semangat kental yang tidak berbelah bahagi.

Wallahu Alam.

Friday, August 21, 2009

Dr Azwan di Radio 24.. Esok!






Salam,

Esok saya akan ke udara sebagai tetamu untuk ruangan Klinik 24 dengan tajuk "puasa dan kesannya dalam kesihatan" di radio 24, 93.9Mhz.

Butiran program adalah seperti berikut:

Hari : Esok (Sabtu)
Tarikh : 22 hb Ogos 2009 (hari pertama puasa)
Masa : 11.15 am hingga 12.00 pm.
Peneraju : Kam Kamarudin

InsyaAllah, jika ada kesempatan, silalah mendengar radio 24 pada waktu tersebut.

Wallahu Alam.

Wednesday, August 19, 2009

Kuih Raya UmmuSofeya 2009





Salam,

Kuih raya UmmuSofeya telah kembali tahun ini dengan beberapa perubahan baru dari tahun lepas. Selain daripada rupa ice lemon cookies yang baru, kami memperkenalkan anda winter sonata cookies dan green coco-oat untuk halwa rasa anda.

Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan 3 tambahan menu kerepek, iaitu kerepek ubi masin, kerepek ubi pedas basah dan kerepek pisang tanduk untuk dimakan bersama kuih raya kami.

Namun begitu, kami masih mengekalkan 4 kuih raya terbaik kami yang ternyata mendapat sambutan hangat dan reputasi yang tersangat tinggi sepanjang 3 tahun ini.

Ummusofeya bakery telah mengedarkan sampel-sampel di beberapa hospital, pusat rawatan dan sekolah-sekolah. Oleh itu, pihak kami tidak dapat menyediakan lagi sampel-sampel untuk tujuan pengedaran. Namun, sekiranya berminat menjadi pengedar, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Kami amat mengalu-alukan kerjasama anda.




Winter Sonata

Rasanya seenak namanya. Bak kata omputeh sesat- cinta musim salju. Anda pasti akan terpegun dengan rupanya yang bukan sahaja cantik, tapi keenakan rasanya yang berintikan adunan berperisa kismis dan disaluti coklat putih dan coklat masak. Ia pasti akan menaikkan selera anda (ya, dan tahap gula anda juga). Sekali cuba pasti tak lupa. RM 22 sebalang.



Ice Lemon Cookies

Ice lemon cookies adalah ciptaan kuih raya terbaik kami yang diadunkan dengan tepung suji, perasa lemon sejati dan minyak sapi. Anda bukan sahaja terpikat dengan rupanya, tetapi juga rasanya yang unik. Harga RM 22 sebalang.


Green Coco-Oat Cookies

Kami gabungkan adunan ini dengan kacang kelapa kering dan Oat untuk rasanya yang lebih berperisa. Resepi ini dicipta dengan mengurangkan gula (rasanya tidak terlalu manis) supaya pesakit diabetik boleh menggemarinya.


Semprit Millenium

Semprit millenium adalah resipi asli semprit yang diberi nafas baru dengan kehadiran coklat putih dan beras coklat berwarna warni. Amat digilai oleh kanak-kanak dan juga diminati oleh yang berusia (terutama yang tidak bergigi). Harga RM 22 sebalang



White Chocolate Capucino

White Chocolate Capucino adalah satu lagi kuih raya UmmuSofeya yang digubah mengikut selera semasa. Ramuannya diperkasakan dengan perasa capucino dan adunan campuran cornflakes dan kacang tanah. Ia kemudiannya dihiasi dengan coklat putih dan coklat hitam untuk menambahkan perisa. Kegaringannya pasti membuatkan anda tidak mahu berhenti mengunyah! RM 22 sebalang.

Chocolate Cornflakes

Hitam-hitam si tampuk manggis, makin hitam semakin manis. Itulah hakikat yang paling sesuai untuk Chocolate Cornflakes ini. Setelah disadur dengan sekata di dalam coklat, cornflakes kemudian disejukkan di dalam peti ais selama beberapa lama dan dihias dengan hundreds and thousands. Kerangupannya dikekalkan dengan cara itu. Cubalah, anda pasti teruja. RM 22 sebalang.

Tart Nenas Gulung

Tart Nenas Gulung Ummusofeya sangat popular di kalangan pelanggan. Ia tidak cair di mulut, tetapi cair di perut. Inti nenasnya adalah dimasak sendiri di rumah menggunakan resepi ibu. Untuk peminat tart nenas, sebalang pasti tidak akan memuaskan hati anda. Beli 3 balang untuk memastikan anda mendapat kepuasan yang anda inginkan. RM 22 Sebalang.


Walnut Chocolate Chips

Resipi ini telah diubahsuai untuk memastikan ia tidak terlalu manis. Dengan resipi yang diubahsuai, coklat chips enak dan kacang walnut yang diimport, maka menjadikan rasa walnut chocolate chips di antara yang terbaik di pasaran. Ia sangat berbaloi dengan wang yang anda bayar. RM 22 sebalang.


Almond London Cookies

Almond London Cookies ini dijaga kualiltinya dengan saiz yang besar. Selama 3 tahun, Almond London kami menerima tempahan yang paling tinggi selain tart nenas daripada pelanggan yang sama secara berulang-ulang. Rasanya sangat enak. Ia juga dihiasi dengan potongan halus almond (nip). Saya masih mengekalkan rupa bentuknya dan ramuannya yang asli.

Kerepek Pisang Tanduk
RM 14/setengah kilo

Kerepek pisang tanduk sekarang sangat sukar untuk dicari. Oleh kerana rasanya yang sangat sedap dan begitu rangup, ia merupakan pilihan utama untuk juadah raya. Beli sekarang, harganya mungkin meningkat jika anda beli menjelang raya.

Kerepek Ubi Pedas Basah
RM 9.00/ setengah kilo


Kerepek ubi masin
RM 8.00 / setengah kilo



Sekiranya berminat hubungi 012-9597074 (Dr. Azwan), 012-3198574 (Pn. Azah) atau email: abiteha@yahoo.com.

Monday, August 17, 2009

Ustaz Asri Ibrahim Rabbani Kembali ke Rahmatullah






Salam,

Siapa yang tak kenal Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani.

Beliau bukan sekadar ikon, beliau adalah legenda nasyid Malaysia.

Siapa boleh lawan kekuatan dan gemersik suaranya?

Apabila mendapat SMS bahawa beliau telah meninggal dunia, terasa satu kehilangan besar kepada dunia nasyid. Beliau adalah seniman yang berjuang di dalam industri ini sejak sekian lama. Malah beliau adalah pelopor kepada industri nasyid yang kita dengar sekarang.

Saya membesar dengan lagu-lagu dari Ustaz Asri Ibrahim. Saya mengenali Ustaz Ibrahim dari kumpulan Nadamurni semasa beliau menyertai al-Arqam. Semasa di SMAKL, lagu-lagu inilah yang menceriakan hari-hari minggu kami.

Pada hari Ahad pagi, selepas bacaan Ma'thurat dan sarapan pagi, ketika kami berehat-rehat membersihkan dormitori, daripada corong pembesar suara akan mendendangkan lagu-lagu nasyid masa itu yang dinyanyikan oleh Nadamurni.

Apabila terdengar kembali nasyid nyanyian Ustaz Asri dan zikir-zikir alunannya, terasa nostalgia kembali kepada zaman persekolahan di SMAKL.

Lagu-lagu nyanyiannya seperti Sunnah Perjuangan, Di Pondok Kecil, Tala'al Badru, Nun Di Sana dan Munajat akan kekal sepanjang zaman.

Semoga RohNya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para anbiya' dan orang-orang yang Soleh. Amin ya Rabbal Alamin..

Al-Fatihah.

Elakkan Datang Ke Hospital...





Salam,

Di antara arahan Ketua Pengarah Kesihatan agar sesiapa yang sakit ke hospital segera untuk menerima rawatan.

Namun, jika boleh, sebaik-baiknya cuba elakkan daripada ke hospital kerana hospital adalah pusat segala pesakit H1N1 berkumpul.

Saya kasihan dengan sesetengah pesakit yang beratur berjam-jam untuk berjumpa doktor di hospital kerajaan kerana terlalu panik terkena jangkitan, sedangkan hanya terkena batuk dan selsema ringan.

Padahal risiko anda semua ke hospital, terpaksa menunggu lama di hospital, bertemu secara langsung dengan pesakit yang dikhuatiri ada H1N1 meningkatkan peluang anda untuk terkena jangkitan. Datang ke hospital tiada H1N1, pulang dari hospital dengan H1N1.

Kalau makhluk halus macam cerita "Jangan Pandang Belakang" itu mengikut anda pulang ke rumah, anda sorang sahaja yang dirasuk... tapi kalau makhluk halus macam H1N1 ikut anda pulang, satu kampung boleh terkena!

Ada yang bawa anak melawat ke hospital untuk melawat pesakit terutama di hospital swasta (hospital kerajaan ada larangan membawa kanak-kanak). Membawa anak kecil melawat pesakit adalah membahayakan diri anak-anak. Kita tahu co-morbid yang boleh membawa kematian kepada pesakit H1N1 adalah anak berusia 5 tahun ke bawah.

Jika ada keperluan melawat pesakit di hospital, sila pakai topeng muka.

Nasihat saya kepada semua pembaca, kalau tidak sihat sedikit-sedikit, macam selsema ringan atau, batuk ringan tanpa demam, tidak perlulah ke hospital. Pergi klinik berdekatan dan ambil MC pun cukup. Jika bawa anak untuk tujuan vaksinasi dan sebagainya, sila pakai topeng untuk mengelakkan jangkitan.

Kepada pesakit yang terkena selsema, batuk dan demam, amalkan minum air kosong yang banyak, makan buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin C seperti anggur, limau, epal dan buah-buahan kaya vitamin C yang lain. Anda juga boleh makan pil vitamin C yang boleh didapati klinik dan farmasi. Ada kajian yang menunjukkan Vitamin C boleh menghindarkan diri daripada jangkitan selsema dan meningkatkan imunisasi anda.

Rehat secukupnya, pakai topeng muka, jauhkan daripada orang lain dan amalkan kebersihan diri.

Sekiranya gejala anda nampak melarat seperti sesak nafas, sakit badan semakin teruk, cirit birit dan muntah, demam tiggi yang tidak berkurangan dan lesu, jangan tunggu. Anda boleh pergi terus ke hospital kerajaan dan swasta dengan segera untuk dimasukkan ke dalam wad.

Wallahu Alam.

Tolonglah Pakai Topeng Muka.. !






Salam,

Saya berada di barisan pertama (front liner) apabila seorang pesakit H1N1 menerima rawatan. Secara amnya saya sangat-sangat terdedah kepada risiko H1N1. Apapun saya berserah kepada Allah dan berharap agar saya sentiasa sihat dan terus melaksanakan perkhidmatan.

Kadang-kadang terdetik rasa kecewa dan terkilan. Ada sesetengah pesakit yang batuk, selsema dan demam tidak mahu memakai topeng muka walaupun disuruh beberapa kali.

Di antara alasan yang diberikan ialah :-
1. Tak selesa
2. Tak boleh bernafas
3. Tak suka
4. Malu - nanti orang tak nak dekat sebab ingatkan dia kena H1N1
5. Susah nak buat kerja
6. Tak biasa
7. Tak ada topeng muka
8. Susah nak pakai sebab bertudung

Dan alasan yang entah apa-apa lagi.
Alasan-alasan inilah yang membuatkan kita semua yang masih lagi tidak terkena jangkitan, boleh terkena jangkitan.

Ada yang bawa anak-anak yang tidak sihat. Terlalu risau. Mungkin sudah tidak sihat beberapa hari. Alhamdulillah anak bertopeng kemas, batuk pun ketika memakai topeng. Bagus ibu-bapa sebegini. Tapi malangnya, dalam masa menerima rawatan, saya melihat ibunya batuk dan bersin berkali-kali tanpa memakai topeng. Apa guna kalau anak sahaja bertopeng, tapi ibunya yang batuk juga tidak bertopeng. Jangan ingat anak anda sahaja yang boleh terdedah kepada H1N1.

Saya menganggap anda semua yang menghidap selsema, batuk dan demam yang tidak mahu mengambil langkah berjaga-jaga ini dan tidak memakai topeng adalah seorang yang sangat-sangat mementingkan diri sendiri dan membahayakan orang lain.

Mustahil tidak tahu. Maklumlah dah 60 orang mati, dan setiap hari cerita H1N1 keluar di surat khabar. Atau buat-buat tak tahu. Saya tak percaya ada antara anda masih tidak tahu kepentingan memakai topeng muka sekiranya mempunyai gejala influenza.

Ada seorang remaja berjumpa saya untuk membuat medical check up untuk masuk ke universiti. Dia datang berdua bersama kawannya. Kawannya sihat dan tiada masalah. Oleh kerana dia batuk, demam dan selsema, saya minta dia memakai topeng muka. Mula-mula tidak mahu, tetapi saya paksa juga.

Setelah saya buat pemeriksaan perubatan untuk kemasukan ke universiti itu, saya minta dia tunggu di luar sebentar sementara saya nak isi borang. Dia bertanya pada saya. "Doktor, dah habis periksa?". Saya pun menjawab- dah.

Dia tanya kembali kepada saya,"Jadi, boleh saya tanggalkan topeng muka ini?"..

Kelakar pun ada... mungkin pada fikirannya, saya suruh dia pakai topeng untuk elakkan jangkitan hanya kepada saya waktu itu. Padahal saya pun memakai topeng muka juga.

Di luar, kawannya datang kepadanya. "apasal kau pakai topeng muka ni?, kawannya tanya tersengih-sengih. "Entah, Doktor suruh.."jawabnya. Dia tak nampak saya sedang berjalan disebelahnya ketika itu.

Tuan dan puan, kita boleh menghindarkan wabak ini jika diizinkan Allah. Kita berdoa agar Allah memanjangkan usia kita dan menghindarkan kita dari segala bala dan musibah. Namun tawakkal dan doa sahaja tidak cukup tanpa disertakan dengan usaha. Memakai topeng muka dan menjaga kebersihan diri adalah satu keperluan di kala wabak H1N1 sedang merebak. Marilah kita saling ingat mengingati di antara satu sama lain.

Wallahu Alam.










Tuesday, August 11, 2009

Jaga Diri Anda...





Salam,

Kerja di klinik pesakit luar untuk beberapa minggu ini adalah satu tugas yang sangat memenatkan. Kebanjiran pesakit yang datang dengan batuk, demam dan selsema adalah di luar jangkaan. Bukan di Hospital al-Islam sahaja, malah saya dapat tahu semua hospital juga begitu.

Malah ada juga rujukan dari Hospital Gleneagles yang menyatakan bahawa wad kemasukan telah pun penuh. Di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai buloh, orang bersesak-sesak seperti pasar malam.

Di Hospital Kajang, ada yang memberitahu, pesakit menunggu sehingga ke luar hospital, ada yang sampai berkumpul di padang!

Kebanyakannya tidak dapat berjumpa dengan doktor. Tentulah, kapasiti untuk hospital menerima rawatan pesakit luar tidak boleh ditampung. Akhirnya mereka terpaksa akur apabila hanya berjumpa dengan medical assistant (MA) sahaja. Yang kecewanya ada yang menunggu hampir 2-3 jam tetapi terpaksa berpuas hati apabila hanya mendapat ubat panadol dan ubat batuk sahaja.

Mengikut kiraan hari ini sudah hampir 40 orang meninggal dunia. Bukan sahaja pesakit yang positif H1N1 meningkat secara mendadak, kematian juga meningkat secara eksponential.

Yang menghairankan, apabila kerjaan Malaysia mengumumkan angka positif 2000 orang pesakit H1N1, kita dikejutkan dengan angka di Indonesia yang cuma mencecah 800 orang positif sahaja. Kemungkinan benar, tapi kemungkinan juga "under diagnosed" kerana kekurangan fasiliti kesihatan dan kemampuan kerajaan dari segi kewangan yang agak terbatas.

Ini mungkin benar kerana, kerajaan sudah berbelanja berjuta hanya untuk mengesan H1N1 melalui calitan tekak. Mengikut sumber dalaman yang boleh dipercayai, setiap calitan tekak ini menelan belanja RM 200. Ini boleh disalurkan kepada pembelian ubat Tamiflu yang membawa lebih makna kepada pesakit yang memerlukan.

Menurut kajian daripada pihak bertanggungjawab, 85% daripada sakit influenza sekarang atau dikenali sebagai PMI (Penyakit Menyerupai Influenza) adalah disebabkan oleh H1N1.Oleh itu, logiknya apabila hampir 9 orang daripada 10 orang yang kena selsema disebabkan oleh H1N1, maka tidak perlu lagi ujian saringan diadakan kecuali jika benar-benar diperlukan.

Sebagai doktor, saya ingin menasihatkan agar semua pesakit harus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap H1N1. Mengamalkan penjagaan pembersihan diri, etika batuk, pemakaian topeng muka secara betul dan menjarakkan diri apabila batuk adalah perlu ketika dan saat ini.


Saturday, August 8, 2009

Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan bil 10/2009 Berkenaan H1N1


Ini adalah surat pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bil 10/2009 - secara amnya KKM membuat keputusan untuk tidak lagi menutup sekolah-sekolah yang pelajarnya dikesan positif. Setiap hari guru akan mengadakan pemeriksaan kepada semua pelajar. Yang menunjukkan simptom akan disuruh pulang dan cuma kembali ke sekolah setelah sihat. Penutupan kelas atau pengawalan hanya kepada mereka yang terlibat sahaja. Penutupan sekolah dianggap sebagai langkah terakhir.

Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 10/2009

PANDEMIK (H1N1) 2009 DI MALAYSIA:


LANGKAH PENCEGAHAN BAGI MENGURANGKAN KEMATIAN,

LANGKAH KAWALAN PENULARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI/SEKOLAH.


TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tindakan pelaksanaan aktiviti tambahan kepada pencegahan dan pengawalan Pandemik (H1N1) 2009 bagi memperlahankan penularan dan mengurangkan impak pandemik kepada aktiviti sosioekonomi kepada masyarakat dan negara.

LATARBELAKANG

2.1 Penularan pandemik influenza A(H1N1) ke Malaysia telah memasuki komuniti dan jangkitan tempatan ini dijangka akan melibatkan jumlah kes yang tinggi terutama di tempat-tempat yang mempunyai kepadatan penduduk atau penghuni yang tinggi. Penularan ini perlu diperlahankan bagi mengurangkan beban kepada fasiliti kesihatan juga jangkitan kepada golongan berisiko tinggi.

2.2 Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) telah mengeluarkan pekeliling pada 31 Julai 2009 di mana telah mengesyorkan pemberian awal dalam tempoh 48 jam selepas onset simptom, rawatan anti-viral influenza kepada golongan berisiko tinggi.

2.3 Bilangan kluster kejadian jangkitan influenza A(H1N1) yang meningkat dan melibatkan pelbagai sektor termasuk sekolah / institusi pengajian tinggi, tempat kerja dan di komuniti. Kejadian kluster di sekolah dan institusi pengajian tinggi telah mengakibatkan banyak sekolah telah ditutup dan ini memberi impak negatif terhadap aktiviti pembelajaran pelajar.

2.4 Taklimat Mencegah Influenza A(H1N1) di Institusi Pengajian Tinggi telah diadakan pada 1 Ogos 2009. Sesi taklimat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan juga pegawai kesihatan daerah terbabit.


KEPUTUSAN

Bagi mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti pembelajaran dan memastikan rawatan awal dengan anti-viral influenza dapat diberikan dengan segera bagi mereka yang berisiko tinggi dan menunjukkan simptom-simptom jangkitan influenza, Kementerian Kesihatan telah membuat ketetapan berikut;

3.1 Semua kes-kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza serta mempunyai faktor risiko(mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetik dan golongan imuniti rendah), hendaklah diberi rawatan anti-viral influenza serta-merta TANPA perlu membuat ujian pengesahan influenza A(H1N1). Pemberian rawatan dalam tempoh 48 selepas onset memberi manfaat yang optimum.

3.2 Ujian pengesahan jangkitan influenza hanya perlu untuk kes-kes yang dirawat di hospital (maksudnya di sini yang ditahan di wad sahaja).

3.3 Bagi pelajar sekolah termasuk institusi pengajian tinggi adalah diingatkan bahawa mereka yang bersimptom hendaklah mengelakkan diri daripada menghadiri kelas atau kuliah termasuk aktiviti berkumpulan. Mereka hanya dibenarkan menghadiri aktiviti-aktiviti ini selepas 1 hari bebas simptom jangkitan influenza A(H1N1).

3.4 Untuk tindakan kawalan yang berkesan penularan penyakit influenza di sekolah atau institusi tinggi, kerjasama semua pihak adalah diperlukan termasuk ibu-bapa dan pelajar itu sendiri seperti yang berikut;

a)
Pelajar yang bersimptom influenza hendaklah tidak dibenarkan bersekolah oleh IBU BAPA (bukan doktor atau guru tau!) dan hendaklah segera dirujuk mendapatkan rawatan. Mereka hanya dibenarkan bersekolah setelah bebas simptom jangkitan.

b) Semasa pembukaan sesi pagi atau sebelum memasuki kuliah, para guru atau pensyarah hendaklah memaklumkan pelajar yang bersimptom untuk tidak memasuki kelas dan dirujuk untuk rawatan. Mereka hanya dibenarkan memasuki kelas setelah bebas simptom.

c) Penutupan sekolah merupakan pilihan terakhir dalam menangani kejadian influenza A(H1N1) di sekolah atau institusi. Jika penularan terhad kepada kumpulan tertentu, langkah kawalan dan pencegahan hendaklah menumpukan kumpulan ini. Penutupan sekolah atau institusi pengajian tinggi secara total, hendaklah dibuat setelah siasatan dan penilaian risiko yang teliti dijalankan mendapati terdapat justifikasi kukuh berbuat demikian serta dengan persetujuan bersama di antara pihak pejabat kesihatan daerah dan institusi / sekolah.



TARIKH BERKUATKUASA
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa dengan serta-merta.


PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada;

Pengarah Kawalan Penyakit
Bahagian Kawalan Penyakit
Aras 3, 4, 6 dan 8, Blok E10
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya

Tel: 03-88834370 / 88834386


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia



Thursday, August 6, 2009

Wajib Baca- Maklumat H1N1 Terkini !



10 soalan lazim tentang H1N1 - oleh Dr David KL Quek (Presiden MMA) - Ogos 2006
Diterjemahkan ke dalam BM oleh : Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk http://www.drazwan.blogspot.com/
Artikel asal di dalam bahasa Inggeris di sini:-

1) Bolehkah kita membezakan di antara selsema biasa dengan selsema H1N1 tanpa melalui ujian makmal?

Tidak boleh. Selsema adalah selsema, tetapi terdapat juga perbezaan yang boleh diketahui. Sesetengah gejala seperti batuk, hidung berair, demam, sakit badan, penat, muntah dan cirit berlaku hampir kepada semua pesakit yang menghidap selsema, tetapi gejalanya mungkin boleh berbeza dari seorang-ke seseorang yang lain.
Ada sesetengah pesakit yang mempunyai gejala yang ringan, ada yang pertengahan dan ada sebilangan kecil, kurang dari 10 peratus menunjukkan gejala yang merbahaya termasuk jangkitan paru-paru pneumonia.

Walaubagaimanapun, kajian penting dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan beberapa minggu lepas menunjukkan hampir 95% daripada semua Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) atau Influenza Like Illness adalah disebabkan oleh virus H1N1. (wow! saya pun terkejut!!)

Awal beberapa bulan yang lalu, selsema bermusim adalah disebabkan oleh virus jenis B dan jenis A yang lain, tetapi kini virus yang menyebabkan penyakit ialah dari jenis A (H1N1). Perkara yang sama juga berlaku di negara jiran, yang membawa maksud bahawa virus baru ini membawa masalah dan menyebabkan penyakit bergejala daripada jenis virus-virus yang sebelum ini.

Disebabkan oleh Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) ini disebabkan oleh H1N1, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan bahawa tidak perlu lagi ujian makmal diadakan untuk mengesahkan kehadiran H1N1 ini. (Dengar cerita bajet KKM dah makin sikit!)

Kita rawat seolah-olah ia adalah PMI disebankan oleh H1N1. Sekiranya gejalanya ringan, maka kita beri rawatan melegakan masalah (ubat demam paracetamol, hidrasi, ubat batuk dll) dan kuarantin diri, menjarakkan hubungan dan lebih berhati-hati dengan sebarang komplikasi.

Kebanyakan penghidap H1N1 (70%) tidak memerlukan ubat anti virus seperti Tamiflu atau Relenza. Cuma kes-kes yang teruk sahaja perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.


2) Bagaimana doktor membuat keputusan samada seseorang itu patut menerima rawatan khusus untuk H1N1

Selepas 2-3 hari, demam dan batuk tidak berkurang, sila buat rawatan semula, terutama sekiranya terdapat kesukaran bernafas, lemah badan dan pening, atau faktor risiko seperti di bawah:-

1. Obesiti (Kegemukan dilihat mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi)
2. Diabetes, sakit jantung
3. Asthma, Penyakit paru-paru kronik
4. Wanita mengandung
5. Immuniti yang rendah, pesakit kanser,
6. Mereka yang sudah mempunyai masalah jangkitan paru-paru (pneumonia)

3) Ramai pesakit yang terlalu bimbang kerana mempunyai jangkitan selsema PMI mahu diuji atau dirawat untuk H1N1 di hospital, tetapi disuruh pulang sahaja atau dibiarkan menunggu dan akhirnya tidak diuji. Adakah amalan ini betul?

Tidak ada yang betul atau yang salah tentang amalan ini, kerana wabak ini merebak terlalu meluas dan menyebabkan kita kekurangan sumber. Kes ini bukan hanya di Malaysia sahaja tetapi di semua tempat di seluruh dunia!

Saranan sekarang ialah untuk tidak menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga untuk menjalani ujian di hospital dan klinik. Kemungkinan besar ia sesuatu yang tidak perlu. Saya diberitahu seramai 1000 orang pesakit beratur dengan penuh rasa bimbang di Hospital sungai Buloh untuk menjalani ujian, kerana takut dengan H1N1.

Oleh itu mesej yang disampaikan perlu jelas. Kebanyakan penyakit selsema tidak perlu ujian pengesahan, ringan dan boleh pulih sendiri. 90 peratus akan pulih secara sendiri hanya dengan rawatan mengurangkan simptom, cuma hati hati dengan kemungkinan komplikasi yang emungkin timbul dan faktor risiko yang diterangkan tadi.

Sumber kita sangat terhad terutamanya untuk ujian pengesahan. Masalah ini bukan sahaja di Malaysia tetapisecara global. Permintaan terlalu tinggi di seluruh dunia untuk kit ujian dan bahan reagent kimia untuk H1N1 (Polymerase Chain Reaction) telah melebihi pengeluarannya disebabkan oleh masalah ini.

Sehingga 200 juta kit ujian telah dibahagi-bahagikan ke seluruh dunia tetapi bekalannya sangat kritikal kerana permintaan yang sangat tinggi. Oleh itu, setiap negara perlu mengamalkan kaedah catuan untuk menjalani ujian secara terpilih sahaja kepada pesakit yang betul-betul memerlukan agar pengawasan situasi pandemik dapat dilakukan dengan lebih berkesan.


4) Adakah doktor keliru apa yang perlu dibuat pada waktu merebaknya wabak ini, terutamanya apabila mereka tidak mempunyai kebenaran untuk menjalani ujian makmal bagi pengesahan apabila diperlukan?

Tidak sebenarnya. Pada awalnya wujud kekeliruan apa yang perlu dibuat seterusnya, siapa yang perlu menjalani ujian, siapa yang perlu dirujuk dan siapa yang perlu dimasukkan ke dalam wad. (Betul! Saya ada masalah ini sekarang!)

Tetapi sekarang peraturan telah jelas.

Tidak ada keperluan untuk menjalani ujian pengesahan H1N1 atau apa apa virus pun yang menyebabkan selsema. Kita jangkakan sahaja ia adalah H1N1 kerana ia adalah majoriti daripada kes. Rawat simptom sekiranya ringan, beri kefahaman dan keyakinan kepada pesakit bahawa pesakit yang terkena perlu menjaga kebersihan diri, menjalani kuarantin, menjarakkan hubungan, pakai topeng muka bila mereka batuk atau bersin dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan penyakit.

Sekiranya ada sesak nafas dan badan menjadi terlalu lemah, sila ke hospital terus untuk dimasukkan ke wad. Memang dimaklumi bahawa, fasa merbahaya ini tidak selalunya jelas dan difahami oleh semua orang. Tetapi tidak apa lagi yang kita mampu buat - jika tidak kita akan masukkan terlalu ramai pesakit ke dalam wad dan ini boleh menjejaskan perkidmatan kesihatan kita.

Pemerhatian yang lebih ketat dapat membantu yang mana satu pesakit yang betul-betul memerlukan mendapat rawatan yang lebih intensif. Walaubagaimanapun, pasti terdapat kes-kes yang tertentu dimana pesakit semakin teruk tanpa dijangka, dan meninggal dunia sebelum apa-apa boleh dilakukan. Diharapkan ia akan menjadi kes yang terpencil.

Ingatan yang penting ialah semua doktor dan jururawat juga mengetahui bahawa mereka juga perlu berhati-hati dan mengamalkan cara-cara untuk menghalang diri daripada dijangkiti. Masalah ini boleh berlanjutan sehingga satu ke dua tahun. Sekiranya cuai mereka juga boleh terkena jangkitan!


5) Adakah garis panduan dari Kementerian Kesihatan lengkap untuk menangani masalah ini?

Saya fikir, garis panduan dari KKM telah lengkap. Walaupun ada ahli politik yang menyalahkan KKM dan menterinya kerana tidak cekap untuk mengendalikan pandemik ini, tetapi sebenarnya ini tidak tepat.

Kita perlu ingat bahawa ini adalah virus yang baru dan tidak pernah dihadapi sebelum ini. Jangkitannya dan cara perebakannya adalah sangat pantas dan hampir semua orang tidak immun terhadap virus ini.

Kemungkinan, suatu hari nanti, semua sumber dari kerajaan dan sektor swasta boleh digemblengkan untuk disalurkan ke arah yang lebih efisyen. Masalah logistik boleh berlaku kerana manusia adalah berbeza dari segi kapasitinya untuk memahami sesuatu masalah dan mengikut arahan-arahan yang diberikan daripada pelbagai pihak.

Adakalanya permintaan daripada pesakit adalah luar biasa dan kadang-kadang tidak terikut. Setiap pesakit merasakan bahawa penyakitnya adalah lebih bahaya dan memerlukan lebih penjagaan dan analisa.

Doktor juga berada di dalam tahap tidak pasti tentang keseriusan atau tahap bahaya penyakit baru ini - kita cuma baru cuba memahaminya dengan lebih baik sekarang. Oleh itu tahap keyakinan dan penerangan yang diberikan oleh doktor kepada pesakit tidak begitu meyakinkan bagi pesakit terutama kepada pesakit atau saudara mara yang terlalu bimbang.

Tidak ada banyak yang doktor boleh lakukan di dalam keadaan terdesak seperti ini terutama dengan cepatnya merebaknya penyakit ini seolah-olah merebaknya api ganas di dalam hutan. Apapun, kita jangan panik. Ingatlah bahawa 90% daripada pesakit yang terkena akan pulih dan mengalami kesan yang ringan. Kemungkinan hanya 10% sahaja yang dijangka akan mengalami masalah dan dimasukkan ke wad.


6) Adakah adil untuk menghadkan ujian pengesahan H1N1 hanya kepada pesakit yang dimasukkan ke hospital?

Saya sudah terangkan bahawa keadaan kekurangan kit dan alat reagent untuk menjalankan ujian pengesahan. Lagipun ujian ini tidak boleh dilakukan kepada semua orang di seluruh dunia. Apatah lagi kita mengetahui bahawa hampir semua penyakit jangkitan selsema, batuk dan gejala flu sekarang disebabkan oleh H1N1.

Rasional kita menjalankan ujian pengesahan kepada pesakit dalam wad ialah supaya kita dapat menghadapi musuh yang jelas, mengasingkan pesakit yang mempunyai virus yang bermutasi. KKM juga sedang membuat kajian secara rawak di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih tepat jenis-jenis virus yang merebak sekarang.


7) Adakah kita kekurangan ubat anti-virus (Tamiflu, Relenza)? Bolehkah saya makan Tamiflu?

Ubat antivirus ini didapati di kebanyakan klinik dan hospital ketika penularan wabak selsema burung (avian flu) tetapi sekarang sangat-sangat terhad. Kita kena ingat ubat ini juga dipesan oleh 167 negara di seluruh dunia.

KKM telah menyimpan di dalam stok 2,000,000 dos tamiflu dan ubat generiknya. Di dalam mesyuarat pandemik antara menteri yang lepas, Malaysia akan meningkatkan simpanan tamiflu kepada 5.5 juta dos iaitu meliputi 20 peratus populasi rakyat.

Buat masa ini, negara tidak mengalami kekurangan tamiflu. Ia cuma belum diedarkan secara umum lagi. KKM perlu memantau pemberian ubat ini dengan lebih ketat.

Sektor swasta pula berlainan pendapat dan mahukan ia diedarkan dengan lebih terbuka kepada umum dan kawalan dapat dikurangkan. Tetapi kita maklumi bahawa terdapat ketakutan yang mempunyai dasar, iaitu apabila berlaku rintangan (resistant) oleh virus ini. Cuba bayangkan virus H1N1 yang tidak lagi lut kepada apa-apa ubat antivirus. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh menghalang kita dibunuh oleh virus ini!

Jenis virus rintangan ubat (drug resistant virus) yang kebal ini telah dikesan di Mexico, sempadan US, Vietnam, Britain dan Australia. Oleh itu kita perlu lebih cakna dan menilai keadaan semasa dengan lebih bijaksana.

Walaubagaimanapun, oleh kerana terdapat situasi di mana orang yang sihat pada asalnya tiba-tiba berubah menjadi kritikal atau meninggal dunia, maka para doktor tidak menolak kemungkinan bahawa virus jenis yang lebih garang ini sudah sampai ke tanahair kita. Atau mungkinkah kita yang lambat untuk memberi rawatan yang sepatutnya.

Tol kematian ke angka 14 (yang saya tahu 15 orang - seorang belum diumumkan) semakin membimbangkan. Pihak KKM sedang melihat perkara ini dan membuat kajian samada virus bermutasi ini sedang merebak. Kita berharap ia belum lagi berlaku.


8) Apakah masalah yang dihadapi doktor di dalam menghadapi H1N1?

Ia sangat berguna apabila doktor memberikan perhatian yang lebih kepada informasi tentang H1N1, mengetahui perubahan dan pembaharuan informasi setiap hari. Ini boleh membantu pesakit kita.

Melayari internet setiap hari untuk mengetahui informasi terkini boleh membantu. Daripada asyik merungut tentang kekurangan data dan maklumat di dalam arus perdana, para doktor perlu bersikap proaktif dan bertanggungjawab di atas masalah ini yang mungkin berlarutan sehingga ke satu atau dua tahun lagi.

Yang lebih penting, tumpukan perhatian yang lebih terhadap jangkitan paru-paru, faktor risiko dan rujuk secepat mungkin untuk penjagaan yang lebih rapi.

Kemudahan antivirus yang lebih mudah, penggunaannya yang bertanggungjawab, dan pemerhatian yang serius dapat mengurangkan keresahan dan kebimbangan orang ramai terhadap kelewatan menerima rawatan. Menggunakan antivirus secara tidak terkawal atau untuk mengelakkan jangkitan adalah cara yang salah dan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk.

Walaupun begitu, merujuk kepada kes-kes di mana pesakit yang muda tiba-tiba meninggal dunia, maka penggunaan antivirus ini perlu digunakan lebih awal dan lebih aggressif.

Kita mengalu-alukan kehadiran Vaksin H1N1 spesifik dijangka pada akhir tahun. Buat masa ini, kepada petugas di barisan hadapan, pesakit jantung dan paru-paru dan pengembara yang sering ke luar negara dapat mengambil vaksin untuk flu bermusim yang boleh membantu mengurangkan masalah flu dari jenis lain.


9) Adakah kita sudah melaksanakan apa yang patut dan perlu dibuat?

Ya, apabila kita mellihat apa negara lain buat, kita secara relatifnya agak baik. Kita tidak telalu menakut-nakutkan orang ramai tentang bahaya penyakit ini dan dalam masa yang sama kita adalah telus di dalam menyatakan kemungkinan bahawa penyakit ini semakin merebak.

Pada awalnya, terdapat agensi, orang ramai dan doktor menuduh kami terlalu membesar-besarkan pandemik ini. Dan maklum balas kami dianggap terlalu melampau. Terlalu membesar-besarkan! Hanya apabila ada pesakit yang mati, maka apa yang kita buat sekarang pula dianggap terlalu sedikit!

Jika kita ikhlas memikir tentangnya, cuba bandingkan dengan negara lain, dan kita dapati bahawa tidak ada satu pun kerajaan di negara lain yang berjaya menangani masalah ini secara tepat.

Kita sedang mempelajari penyakit pandemik flu ini, dan maklumbalas setiap egara adalah berdasarkan pengalaman mereka yang lalu. Di Hong Kong, China, Vietnam, Singapore dan Malaysia, kita pernah mendapat penularan SARS, oleh itu kita lebih paranoid!

Dan pengalaman kita juga, tidak ada flu yang menyebabkan kematian sebelum ini, tak seperti di barat dimana flu bermusim membunuh beratus malah beribu orang setiap tahun! Oleh itu, ketakutan kepada H1N1 tidaklah setanding di barat. Walaupun sekarang ia semakin digeruni, apatah lagi kemungkinan ia akan bertukar kepada virus yang lebih garang menyebabkan ombak kedua atau ketiga pandemik ini, kita tidak akan tahu sehingga setahun dua tahun lagi.


10) Adakah orang ramai secara umum sudah cukup membantu untuk mengawal penularan ini?

Saya fikir orang ramai sudah cukup diberitahu tentang H1N1 pandemik ini. Malah mereka mungkin terlalu tahu sehingga mereka menjadi terlalu takut. Yang lebih penting, jangan panik dan berlebih-lebih.

Sudah pasti bahawa H1N1 akan merebak ke sekolah, universiti, akademi, kilang, pejabat, tempat kerja dll. WHO menganggarkan hampir 20-30 peratus populasi dunia akan dijangkiti penyakit ini setelah mengkaji model jangkitan penyakit-penyakit yang lalu. Cra jangkita utama dan yang paling pantas ialah melalui jalan udara.

Dimana flu-flu yang terdahulu mengambil masa 6 BULAN untuk merebak ke sekian banyak negara, H1N1 "berjaya" menular ke bilangan negara yang sama dalam masa 6 MINGGU!

Jika senario yang paling teruk berlaku, wabak ini dijangka akan menyebabkan kemasukan hospital sebanyak 100,000 orang sehingga ke 500,000 orang, dan kemungkinan melibatkan 5,000-27,000 orang akan meninggal dunia!

Oleh kerana kita telah memerhatikannya dengan rapat dan mengawal daripada merebak sehingga kini, keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang tinggi daripada orang ramai, ia mungkin boleh mengawal jangkitan dan kes kematian ke tahap terkawal.

Bagaimana orang ramai boleh membantu? Pertama belajar dan laksanakan kebersihan diri yang baik. Sekiranya sakit, pastikan anda duduk di rumah, aau paling baik duduk di dalam bilik. Pakai topeng muka (topeng 3-ply pun dah cukup). Jangan keluar, jarakkan diri anda dengan orang lain lebih kurang 3 meter. Jangan keluar dan menyebarkan virus.

Bagi orang muda, ia adalah sesuatu yang sukar. Itu sebabnya virus ini merebak dengan cepat bagi golongan umur 16-25 tahun.

Bila penyakit ini tidak kurang selama beberapa hari, atau semakin teruk, pergi ke hospital yang berdekatan. Yang lebih penting, sentiasa berhati-hati dalan amalkan sikap bertanggungjawab.

Akhirnya, ambil tahu tentang berita terkini kerana informasi tentang penyakit ini sentiasa diperbaharui..

Vaksinasi H1N1 secara besar-besaran akan tiba dan masalah ini kita akan dapat atasi juga. Sementara itu, ia akan mengambil masa, tenaga, kesabaran, penggemblengan tenaga daripada pihak yang berwajib dan juga orang ramai dan menggunakan sumber kewangan yang banyak.

Dr David KL Quek ialah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Terjemahan oleh Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk www.drazwan.blogspot.com

Friday, July 31, 2009

Perkara Tentang H1N1 Yang Perlu Anda Tahu - Tetapi Anda Malu Hendak Bertanya






1.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?

Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu

* Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)

1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

* Common Cold

1. Disebabkan oleh berbagai jenis virus
2. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
3. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari

* Pharyngitis / radang tekak

1. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak
2. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam
3. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya

* Pneumonia/ jangkitan paru-paru

1. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru
2. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas
3. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital



2.Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.
Lagi...


3.Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?

Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.


4.Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who.int/en


5.Apakah gejala virus ini?

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.


6.Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.


7. Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?

Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.


8. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

* Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
* Berehat dan meminum banyak air
* Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
* Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
* Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
* Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
* Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
* Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan



9. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam

Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.


10. Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?

* Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
* Adab batuk yang baik (cough etiquette)
* Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
* Pengudaraan dalam rumah yang baik
* Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
* Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
* Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
* Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
* Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
* Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat



11. Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.

Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).


12. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.


13. Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?

Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.


14. Bolehkah kita ke luar negara?

Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana.
Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia, segera dapatkan rawatan doktor.


15. Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja?

Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema.

Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.

Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.


16. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut


17. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.


18.Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?

Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.


19. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.


20. Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan perjalanan ke Negara yang terjejas.

Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.


21. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?

Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti


22.Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.
Lagi...


23.Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?

Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.


24.Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?

Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.


25.Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.


26.Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan?

Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my

Mencari Pekerja Untuk Buat Kuih Raya - Cepat!




Salam.

Jika ada sesiapa yang ingin mencari duit raya lebih tahun ini, saya sedang mencari dua orang pekerja sepenuh masa (wanita) untuk membantu saya untuk membuat kuih raya tahun ini.


Kriteria Utama :
1. Rajin. Kalau malas, asyik bergayut hp ngan lelaki - tak payah mintak kerja ni.
2. Boleh bekerja sendiri - kami tak boleh mengawasi anda sepanjang masa.
3. Berpakaian sopan dan bertudung.
4. Suka menyanyi kat dapur akan dipertimbangkan.
5. Sepenuh masa
6. Lepasan SPM/diploma/ijazah yang masih mengganggur amat digalakkan.
7. Bujang - tempat tinggal disediakan

Tempat tinggal : Disediakan, termasuk TV, DVD dan Astro (Disney channel & kartun).

Tempat : Cheras, Kuala Lumpur.

Makan : Masak lah apa2 yang ada kat dapur tu.. tak kena extra caj pun.

Mula bekerja minggu ini atau minggu depan sehingga 3 hari sebelum raya.

Skop tugas mudah :- buat kuih raya sampai siap, termasuk membungkus, kemas dapur.

Gaji : RM 1200 seorang (minggu depan hingga 3 hari sebelum raya). Bayaran selepas tugas habis. Advance dipertimbangkan mengikut hari bekerja untuk membeli barang-barang raya.

Masa bekerja : tidak tetap. Bila nak dekat ngan raya, order banyak sampai tak menang tangan.

Cuti : boleh dipertimbangkan untuk beli barang2 raya.

MC dan sakit : Ada doktor oncall-in-house.

Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia




Salam,

Berita dipetik dari Utusan Malaysia.

PETALING JAYA 25 Julai - Pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara (HPD) di sini hari ini akibat pendarahan dalam otak berpunca daripada penyakit strok.

Allahyarham Yasmin, 51, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.25 malam selepas dimasukkan ke HPD sejak kelmarin.

Yasmin koma selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala akibat serangan strok tersebut.

Menurut sahabat karib Allahyarham, Fatimah Abu Bakar, Yasmin menghembuskan nafas terakhir di sisi suami beliau, Tan Yew Leong serta adik-beradiknya.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang juga kawan baik Yasmin.

Jenazah Allahyarham Yasmin akan dikebumikan sebelum solat Zohor di tanah perkuburan yang akan ditentukan kemudian.

"Jenazah Allahyarham juga akan dibawa ke Masjid SS19 Subang Jaya untuk disembahyangkan serta memberi peluang kepada rakan-rakan yang mengenali Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir," kata Fatimah yang mewakili keluarga Allahyarham Yasmin kepada wartawan pada sidang akhbar di HPD lewat malam ini.

Khamis lalu, Allahyarham Yasmin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Pakar Damansara selepas pengsan ketika membentangkan kertas kerja di TV3, Bandar Utama di sini.

Pengarah filem prolifik itu tidak sedar diri sejak itu.



Tidak pasti di sini, adakah Allahyarhamah mempunyai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau kolestrol berlebihan. Dan adakah beliau juga mengambil ubat? Pesakit darah tinggi tidak terkawal boleh menyebabkan strok. Wallahu Alam.

Innalillah..

Saturday, July 25, 2009

RELENZA - Selamat Tinggal H1N1



RELENZA (ruh-LENS-uh) ialah sejenis ubat yang digunakan sebagai penyembuh penyakit influenza disebabkan oleh virus influenza. Ia juga digunakan untuk membantu mengelakkan jangkitan virus influenza.

Seseparuh ubat anti virus hanya mengelakkan virus influenza A sahaja, Relenza adalah effektif untuk memberi perlindungan bagi kedua-dua influenza jenis A dan B.


BAGAIMANA RELENZA BERTINDAK?

RELENZA berasal dari sejenis kumpulan ubat yang dipanggil neuraminidase inhibitors. Ubat ini mensasarkan kepada virus influenza itu sendiri dan menghalangnya daripada merebak ke dalam tubuh manusia. Oleh itu RELENZA menyembuhkan penyebab utama kepada influenza itu sendiri dan bukannya hanya menyembuhkan simptomnya sahaja.

Ia boleh diambil dari umur 7 tahun sehingga dewasa.


BILA WAKTU SESUAI MENGAMBIL RELENZA ?

Waktu yang paling sesuai mengambil Relenza apabila anda terdedah kepada virus influenza (katakan H1N1) dalam masa 48 jam. Ia adalah waktu terbaik dan sangat mujarab untuk menyembuhkan influenza. Sekiranya sudah melepasi waktu tersebut, maka kemungkinan Relenza ini tidak lagi berkesan.


SIAPA YANG TIDAK BOLEH MENGAMBIL RELENZA ?

RELENZA tidak boleh diambil kepada penghidap masalah paru-paru kronik dan penghidap asthma. Ada kajian menunjukkan pesakit-pesakit ini akan mengalami kekejangan otot pernafasan (bronchospasm) dan mengakibatkan kesesakan nafas yang membahayakan.

Sekiranya anda tiba-tiba sesak nafas kerana mengambil Relenza (terutama kepada pesakit asthma), pastikan ada mengambil terus "fast acting bronchodilator" seperti ventolin inhaler sebelum berkejar ke hospital.

Kajian juga menunjukkan bahawa sekira anda penghidap penyakit di atas, Relenza tidak membantu mengurangkan simptom dan waktu jangkitan influenza

Anda juga tidak boleh mengambilnya sekiranya wujud alahan pada ubat-ubat antivirus sebelum ini.


BAGAIMANA CARA MENGAMBIL RELENZA?

Relenza pada awalnya adalah dalam bentuk pil. Kajian mendapati bahawa keberkesanan ubat ini apabila dimakan adalah sangat-sangat rendah. Oleh itu sejenis alat dipanggil rotating diskhaler (ROTADISK) diperkenalkan oleh Glaxo Smith Kline.

Rotadisk ini adalah sejenis alat berbentuk bujur, yang terdapat muncung dihadapannya. Apabila penutupnya dibuka, ubat ditebuk menggunakan alat khas, dan anda akan menghisap ubat tersebut dari muncungnya. Ubat tersebut akan masuk terus ke paru-paru anda seperti serbuk (mist).

Sekiranya anda sudah terdedah kepada H1N1, anda kena mengambilnya 2 kali sehari selama 5 hari (boleh teruskan selama 10 hari). Setiap kali ambil, anda perlu menghisap 2 dos (contohnya 2 dos pagi dan 2 dos petang). Sekiranya anda masih belum terdedah (mengambil untuk mengelak terkena sahaja), maka anda perlu mengambilnya sekali sehari selama 10 hari.

KESIMPULAN

Mat Salleh kata : " This is what is all about! " (sambil tangannya memegang Relenza).

Di dalam filem "V for Vendetta" - ada cerita tentang kalau nak jual ubat, sebarkan virusnya dulu. Lepas dah ramai mati, maka anti virus tersebut dijual. Dengan cara itu si penjual ubat nampak seperti hero dan mengaut untung yang banyak. Itu dalam filem.

Ubat Relenza ini sudah berada di dalam pasaran. Saham Glaxo Smith Kline di UK tentu meningkat mencanak-canak tahun ini. Mana tidaknya, satu ubat relenza ni berharga RM 198.00 bagi 5 hari penggunaan sahaja.

Yang pasti, si pengaut untung adalah si penjual ubat dan yang tetap menangung ruginya adalah kerajaan dan rakyat. Apapun, inilah harapan kita buat masa ini untuk menyembuhkan H1N1.

Wallahu Alam.
Artikel ini ditulis oleh : Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin (abiteha@yahoo.com)
untuk www.drazwan.blogspot.com

Friday, July 24, 2009

Tawaran Untuk Jutawan Pasir !



Salam,

Syarikat saya akan menyertai satu permohonan untuk menjadi operator pasir di salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia (terpaksa dirahsiakan). Di antara syaratnya ialah mempunyai kewangan yang kukuh dengan modal minimum RM 1,500,000.00.

Oleh hal yang demikian, saya mengalu-alukan mana-mana individu atau syarikat yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menghubungi saya agar kita boleh bekerjasama. Mana-mana jutawan pasir amat-amat dialu-alukan.

Lesen operator pihak syarikat akan uruskan, dan bagi pihak pelabur, boleh bersama secara aktif atau pasif, mengikut syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

Semoga sekiranya ada yang berminat, dapat hubungi saya secara personal 012-9597074 (Dr Azwan) bagi kita menjalankan usahasama secara jujur dan ikhlas.
Tawaran Sah Sehingga 1 hb Ogos 2009.

Wallahu Alam..

Jerman Tak Nak Minyak Sawit



Salam,

Saya pernah menulis dahulu bagaimana kelapa sawit tidak sesuai untuk dibuat biodiesel berbanding jetropha.

Ini adalah kerana selain ia melibatkan penarahan gunung dan kawasan hutan sebagai kawasan perladangan secara besar-besaran. Oleh itu, ia mengakibatkan kemusnahan hutan dan merosakkan alam semulajadi.

Selain itu, ia juga adalah kerana minyak sawit adalah sumber bahan makanan, ia boleh menyebabkan krisis makanan sebagaimana masalah minyak jagung dan minyak soya yang diproses sebagai biodiesel beberapa tahun lepas.

Malah minyak sawit juga dikatakan membeku pada musim sejuk dan boleh membawa masalah kepada enjin kereta berbanding minyak jetropha.

Business Times menyatakan bahawa negara Jerman tidak akan menyenaraikan sumber minyak sawit dari Malaysia sebagai bahan biodiesel, selain daripada minyak soya.

Ini merupakan tamparan besar kepada Malaysia, kerana Jerman adalah pengimport besar minyak sawit Malaysia sebagai bahan biodiesel. Arahan ini juga menyebabkan akan Malaysia gagal untuk mencapai sasaran eksport minyak sawit sebanyak 200,000 tan.

Pening kerajaan Malaysia tentang isu ini, maklumlah kerajaan habis beratus juta untuk mendirikan berpuluh-puluh kilang biodiesel dari minyak sawit di seluruh Malaysia tetapi hasilnya tak boleh dijual.

Wallahu A'lam.

OMRON Sem-1 untuk Dijual !



Salam,

Saya ada 4 unit mesin pengukur tekanan darah automatik (automatic blood pressure monitor) baru jenis OMRON model sem-1 untuk dijual.

Alat ini menggunakan method oscillometrik untuk mengukur tekanan darah. Ia mengesan pergerakan darah menggunakan brachial artery di lengan dan menukar pergerakan tersebut kepada bacaan digital.

Ia sangat mudah, cuma tekan START/STOP sahaja.

Penggunaan: Untuk merekod tekanan darah dan nadi harian pagi/ petang.
Sekiranya didapati tinggi, sila ke klinik atau hospital berhampiran.
Apabila tekanan darah anda lebih tinggi dari standard 135/85, indikator gambar jantung berkelip-kelip di LCD akan tertayang.

Spesifikasinya :

1. LCD Digital display
2. Ketepatan : tekanan darah (+) dan (-) 3 mmHg
3. Ukuran : tekanan dari 0 - 299 mmHg, nadi dari 40 -180 beats
4. Sumber kuasa : Bateri AA atau AC adapter (AC adapter tidak disertakan)
5. Jangka hayat bateri AA : 1500 kali guna apabila guna bateri baru alkali
6. Berat : 340 g tidak termasuk bateri
7. Saiz cuff : 146mm (w) x 446mm (l)
8. Isi dalam kotak : alat tekanan darah, cuff lengan, bekas simpanan, 4 AA Alkali, manual arahan
9. Warranty : 3 tahun
10. Kelebihan : LCD besar- sangat mudah dibaca, deflasi dan inflasi cuff secara automatik, memori sehingga 21 bacaan, indikator berkelip sekiranya darah tinggi.

HARGA BIASA : RM 290.00 - 310.00 seunit
HARGA TAWARAN : RM 230.00 seunit (termasuk kos penghantaran)


Jika berminat boleh hubungi saya 012-9597074 atau email: abiteha@yahoo.com.

Pembayaran boleh dibuat kepada :
Shahrizal Azwan Bin Samsudin - Maybank no ak 564388100840

Terima kasih

Thursday, July 23, 2009

Kematian pertama H1N1





Dipetik dari Malaysiakini:-

Kematian pertama berkaitan H1N1
Jul 23, 09 2:21pm
Seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1) di Malaysia walaupun punca kematiannya bukan disebabkan oleh virus itu sendiri.

Pelajar itu yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mati akibat serangan jantung, kata menteri kesihatan hari ini.

Dalam kenyataan rasminya mengenai wabak tersebut, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata si mati telah pulang bercuti ke republik itu dan kembali ke negara ini pada 5 Julai lalu dan dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak kembali bercuti tetapi simptom itu ringan.

Pada 20 Julai, pelajar itu mula demam panas, batuk serta letih, dan keesokannya mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"Selepas menjalani pemeriksaan dan semasa menunggu mengambil ubat, kes tiba-tiba jatuh pengsan. Kes telah diberi bantuan kecemasan di pusat perubatan berkenaan, tetapi tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada 11.50 pagi," katanya.

Liow berkata, pusat perubatan berkenaan merekodkan penyebab kematian sebagai "cardiac arrest due to ventricular fibrillation."

Bedah disiasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada hari yang sama mendapati si mati mempunyai badan yang gemuk, terdapat tanda-tanda radang paru-paru dan kelainan pada tisu jantung serta cairan seperti nanah pada bahagian bawah salur pernafasan.

"Ujian virologi dan bakteriologi mendapati spesimen daripada tisu paru-paru dan salurannya (si mari) adalah positif untuk virus influenza A (H1N1)," kata Liow.

"Oleh sebab keputusan-keputusan ujian bedah siasat belum diketahui sepenuhnya, penyebab kematian untuk kes ini belum dapat dimuktamadkan.

"Faktor kegemukan, tempoh sakit yang berlanjutan perlu diambil kira dalam perkara ini."



FAKTA TAMBAHAN

- Pesakit meninggalkan seorang balu dan anak berusia 9 bulan.
- Beliau pulang ke Medan, Indonesia baru-baru ini untuk berjumpa anak dan isterinya. Kemungkinan dijangkiti virus ketika di sana.
- Beliau mengadu kepenatan beberapa hari ini, kerana terpaksa berjalan dari rumahnya di Kg Baru ke Jalan Raja Laut, tempat beliau belajar.
- Beliau masih berborak-borak dengan rakannya dan bergurau beberapa minit sebelum beliau pengsan.
- Dalam kejadian beliau rebah, lebih dari 10 orang telah membantu membuat CPR temasuk ketua jururawat dan doktor pakar
- Walaupun menerima cardiac shock beberapa kali, jantungnya masih berada di dalam status ventricular fibrilliation. CPR diberhentikan selepas 1 jam.



Innalillahi wainna ilahi raji'un...

Saturday, July 18, 2009

The Baker's Place





Salam,

Kepada kawan-kawan dalam cyber yang minat tentang kek dan roti, mungkin anda biasa dengan Saudara Bakhtiar dan "the Baker's Place" nya.

Beliau adalah 'Engineer turns Baker' dalam ertikata yang sebenar. Beliau berhenti kerja sebagai jurutera IT untuk berniaga sepenuh masa di dalam bidang jual beli kek dan roti ini dibantu oleh isterinya.

The Baker's Place mempunyai cawangan pertamanya di Bandar Tun Razak, di mana saya dan famili merupakan antara pelanggan tetap beliau.

Kami mula berkenalan secara online, dan akhirnya berjumpa secara bersemuka di dalam program anjuran PAKDI iaitu cashflow 101.

The Baker's Place membuka cawangan kedua di Econsave Alam Damai selama beberapa bulan tetapi menukar premisnya ke tempat baru di Bandar Tasik Selatan (sebelah klinik primer HUKM).

Alhamdulillah kali ini percaturan beliau tepat dan premis ini akan menggegarkan Bandar Tasik Selatan dengan kehadiran The Baker's Place, cawangan kedua.

Kepada anda yang ingin mencari Kek HALAL yang 100% Islam dari tukang kira duitnya ke tukang buat roti dan kek, hatta ke tukang cuci lantai - inilah tempat yang anda patut tuju. Keknya dijamin sedap.

Lawat laman blog Bahtiar di sini THE BAKER'S PLACE.

Saya tak jual Uranium.... !



Salam,

Ada orang hantar SMS pada saya beberapa hari lepas.

Doktor Azwan, apasal banyak sangat urea u jual? Nak buat Bom ker?

Semalam pulak. Ada seorang lelaki call saya...

"Doktor, saya mau beli uranium u jual"...

Wah... sejak bila pulak saya jual uranium ni.. wahaha!

Tak tahu pulak baja urea boleh buat bom.

Lepas ni ada pulak pengganas telefon mintak beli uranium.

Urea dengan uranium kan benda lain. Ejaan pun lain...

Dalam badan manusia ada urea, tu sebab air kencing kita dipanggil urine dalam bahasa inggeris. Sebab air kencing, komponen utamanya urea.

Baja urea yang saya jual tu adalah baja kimia sintetik carbamide.

Lepas ni, kalau ada orang minta urea buat bom, saya akan cari tahi lembu yang banyak kat Klang tu. Saya hantar puluh-puluh tan. Murah pun murah. Kalau buat bom pasti berkuasa. Walaupun bom dah bersih, baunya pasti berkekalan...!
Related Posts with Thumbnails