Thursday, April 19, 2007

Bertemu Dr. Azrin

Saya telah bertemu sahabat lama saya semasa sama-sama belajar di Kulliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa bernama Dr. Mohd Azrin atau lebih dikenali dengan nama “Adik” di kalangan kami. Dr. Azrin memang popular bukan sahaja kerana saiznya yang agak comel , tetapi beliau merupakan atlet serba boleh, penyerang di dalam pasukan hoki dan pasukan bola sepak, “genius” di dalam bidang pelajaran dan sangat disenangi kerana peribadinya yang kelakar. Beliau menghubungi saya kerana ingin membeli telefon bimbit baru Nokia 6300. Kami berjumpa di parking sebelah IJN pada pukul 1 pm pada 19 April 2007. Beliau baru tiba dari Ipoh untuk membawa pulang emaknya di USJ balik ke Ipoh. Di dalam perjalanannya beliau bertemu saya. Dr Azrin merupakan seorang pegawai perubatan di dalam bidang Orthopaedics (tulang-belulang) di Hospital Ipoh.

Setelah berpuas hati dengan telefon Nokia 6300 barunya beliau memulakan cerita..

“Aku baru lepas accident”, kata Dr. Azrin.

Ayat permulaannya tidak beberapa memeranjatkan memandangkan beliau nampak sihat dan tak ada kesan-kesan cedera.

Beliau meneruskan cerita.. “Aku oncall masa tu… biasalah aku kan jonar”..

Jonar ni saya tak tahu sama ada termaktub di dalam kamus dewan ke tidak… Saya pun tak pasti samada ejaan “j.o.n.a.r” tu betul atau tidak. Dalam bahasa tak rasmi di kalangan doktor, jonar bermaksud satu keadaan di mana apabila apabila doktor berkenaan bertugas di atas panggilan atau “on-call”, situasi kerja pada malam itu lebih hangat dari biasa… Maknanya kalau pada malam biasa, jika doktor lain yang bertugas maka pesakit mungkin 3-4 orang, tapi doktor yang jonar bekerja maka dia akan menerima sehingga 10 -15 pesakit satu malam… Kebiasaannya jururawat-jururawat tidak beberapa menggemari apabila bekerja dengan doktor yang jonar. Siapa yang suka??? Saya pernah mendapat gelaran jonar semasa saya bertugas di jabatan pembedahan HKL… Nurse tak nak kerja malam ngan saya… sedihhh… Mestilah… patient masuk ward tak henti-henti… semua kes “acute appendicitis”… satu malam 15 orang… sekarang tidak lagi… ok ok…

Dr Azrin meneruskan cerita.. “AKu kena buat operation malam yang aku on-call tu, kes tak berhenti.. aku sempat berhenti makan jer.. tak sempat pun mandi.. terus masuk balik OT (operation theatre)…”.

“Kau tahu tak pukul berapa aku keluar bilik OT?”, dia bertanya…

“Pukul 7.00 am?”, aku cuba mengagak”.

“Pukul 9.00 am….”, dia menjawab pantas. “Lepas tu aku pakar aku suruh aku masuk klinik pulak sebab tak cukup doktor”.

Pada awal pagi di hospital kerajaan, klinik-klinik pakar akan dibuka kepada orang ramai yang bertujuan untuk memberi rawatan pesakit luar pakar kepada orang ramai samada rawatan susulan ataupun rawatan pesakit baru. Pada kebiasaannya, walaupun ia dipanggil klinik pesakit luar pakar, kadang-kadang hanya 1-2 sahaja pakar yang bertugas, yang selebihnya adalah pegawai perubatan. Sekiranya ada keperluan untuk bertemu pakar, maka barulah pesakit akan dirujuk kepada pakar yang ada.

Dr. Azrin bercerita lagi… “Aku mengantuk sangat… Cuba bayangkan aku tertidur dua kali depan patient. Sampai pukul 12 tghari aku dah tak tahan. Aku jumpa boss, mintak balik tidur..”

“Rumah aku bukan jauh sangat 20 minit je. Di dalam perjalanan aku tertidur 2 kali tapi tersedar…

“Masuk kali ketiga aku dah tak sedar…. Aku terlanggar bumper kereta depan, lepas tu terlanggar kereta yang datang dari arah depan lepas tu terbalik dan berpusing 2-3 kali”… Dia bercerita.

“Nasib baik ada airbag.. kalau airbag defect mesti aku dah mati”…

Aku menyahut..”Biar betul Adik!….” .. Selepas itu aku terlopong dan aku terdiam..

Seram sejuk saya dengar cerita Adik. Itu lah pengorbanan seorang pegawai perubatan di Hospital Kerajaan yang kita tak tahu. Adakalanya mereka bersusah payah siang dan malam dengan kes yang banyak dan tertunggak untuk diuruskan. Kebetulan Dr. Azrin masih belum mendirikan rumah tangga, pengorbanan yang diberikan di dalam bentuk titik peluhnya mungkin diperah dengan lebih. Saya hormati pegorbanan dan kegigihan beliau sebagai seorang doktor kerajaan, Doa saya semoga beliau dapat menjadi Pakar Orthopaedik yang disegani dan dihormati di Malaysia dan ditemukan jodoh dengan wanita yang baik dan Solehah. InsyaAllah Amiiin…

**** Kadangkala saya terfikir, seorang Islam yang baik tak perlu tunjukkan kebaikan Islam hanya dengan pakaiannya… tetapi cukup dengan perbuatannya… Wallahu A’lam*****

4 comments:

Anonymous said...

jonah la wan.. perkataan jonah berasal dari satu watak dalam kitab bible. Beliau diselamatkan oleh sebuah kapal ketika dibuang ke dalam laut. apabila beliau diselamatkan kapal tersebut mendapat suey,, beliau disalahkan dan dibunuh, tetapi suey atas kapal tu tak hilang walaupun beliau dibunuh

Dr Azwan said...

Who wrote this comment? Mr. George ke? .. I do not think about it until U mentioned... Betui laa.. But we have the Quranic version.. the prophet Yunus Alaihissalam... Thanks for the comment :)

yasyfayasinyahya said...

assalamu'alaikum dr. azwan,
salam kenal saya vitry dari medan (indonesia), kebetulan saya sdg mencari teman lama yg bernama mohd. azrin. i just wonder if your azrin is the same as mine. azrin yg saya kenal berasal dari selangor dan pernah belajar di university of north sumatra (USU).
jika memang dr. azrin yg kita kenal sama, boleh tolong e-mail saya ke vitrya@xl.co.id, mohon maaf telah merepotkan, terima kasih.

Anonymous said...

sy staf kt hosp ipoh,hrpb.knal kot dr azrin tuh.hitam2 manis tp skg ni dh xtau g mane.stat dr 2008 dh xnmpak muka dr azrin.mse dia wt round ngn pakar,mmg solute kt dia..hub ngn HO pun baik

Related Posts with Thumbnails