Friday, May 11, 2007

Nampak Tak Ironinya???

Assalamualaikum….
Saya terfikir untuk menulis artikel ini untuk kita kongsi bersama... ia berkenaan dengan sumber rezeki dan perniagaan. Mungkin ada yang berminat untuk menjadi Usahawan selepas ini...

Bidang perniagaan adalah entiti ekonomi yang berkembang pesat di kalangan Umat Islam pada zaman Rasulullah SAW. Rasulullah sendiri merupakan peniaga yang jujur, cekap dan disenangi. Beliau pernah bersabda bahawa 9 daripada 10 sumber rezeki adalah berpunca dari perniagaan. Selain daripada Rasulullah SAW, malah para sahabat, seterusnya Ulama-ulama selepas sahabat juga mengikuti langkah Rasulullah di dalam perniagaan. Dapat disimpulkan di sini bahawa di dalam Islam perniagaan adalah amat digalakkan
Jika maksud hadis Rasulullah itu dapat dianalisis…
Secara Matematik ringkas : -
9/10 rezeki di dalam bentuk peratus adalah 90% daripada jumlah keseluruhan 100%...
Bermaksud Allah menurunkan rezeki 90% melalui bidang perniagaan
Baki 10% dalam bentuk yang lain seperti makan gaji, bertani, bekerja sendiri etc.

Di dalam sebuah buku yang saya baca, ada tertulis tentang satu kajian. Di dalam kajian itu menyatakan di dalam 10 orang manusia yang kita jumpa, hanya 1 daripada 10 orang sahaja berminat dan berkecimpung di dalam perniagaan. Mungkin ada ramai yang menyatakan bahawa mereka berminat di dalam perniagaan, tetapi hanya seorang sahaja yang berani mengambil risiko dan memasuki secara total di dalam perniagaan.
Secara Matematik Ringkas… mengikut kajian…
1/10 orang berkecimpung di dalam perniagaan iaitu 10 % berbanding
baki 9/10 orang atau 90% makan gaji, bertani, bekerja sendiri etc...


Nampak tak Ironinya??? ….
90% manusia yang makan gaji sama-sama berkongsi sumber rezeki yang Allah beri sebanyak 10%....
Dan pada masa yang sama 10% manusia yang berkecimpung di dalam bidang perniagaan mengejar mendapat 90% sumber rezeki yang Allah berikan.

Atau di dalam nombor : Kalau Allah beri rezeki RM 1,000,000 kat 10 orang manusia (1 orang usahawan/ 9 makan gaji) – 1 orang Usahawan akan dapat RM 900,000 (9/10 sumber rezeki) dan baki RM 100,000 dikongsi kepada baki yang 9 orang.

Patut pun Bill Gates, Warren Buffet, Michael Dell, Ananda Krishnan… semuanya billionaire… mereka adalah 10% yang mengejar rezeki Allah yang 90%.... Itu sebabnya kita semua patut menjadi usahawan dan peniaga Islam… Wallahu A’lam…

5 comments:

ainizakri said...

Blog hoping from Julia moscow. Assalamualaikum Dr azwan. Nice blog. Great idea.. salam kenal

Dr Azwan said...

Hai.. Assalamualaikum.. thanks for the visit and compliment too :).. Favourite site saya Julia Moscow tu... jemputla datang lagi...

Roshatika said...

Betul tu Dr Azwan, 9/10 rezeki adalah dalam bidang perniagaan tetapi jangan lupa mereka yang berniaga pun pening 9 kali ganda.

Dr Azwan said...

Ye lah kak... akak mesti lagi tahu kan... Akak bukak kedai 24 jam.. secara matematik ringkas.. kalau bukak kedai 24 jam... pening 9 kali ganda x 24 jam = banyak tuuu!.. hehehe

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails