Thursday, May 3, 2007

Sifu oh Sifu - satu pandangan peribadi

Assalamualaikum Wbt...
Semalam kami sekeluarga sempat singgah di Masjid Ab Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai untuk solat Maghrib, di dalam perjalanan ke Carrefour, Wangsa Maju. Kami ke Carrefour Wangsa Maju kerana ingin membeli kain ela untuk dibuat seluar saya di Nagoya Textile. Hadiah sempena hari jadi saya yang ke 30 pada pertengahan bulan 5 ini oleh orang rumah yang tercinta.. ehemmm.ehem..

Masa tu Ustaz bagi ceramah pasal hadis 40 dan menceritakan berkenaan hadis Maudu' atau hadis yang direka-reka. Sedang mengupas isu ini, ustaz terbawa-bawa kepada kisah pelajar sekolah hari ini.

Ustaz berkata," Budak-budak dulu, kalau kita kata duduk di sekolah dan tak bagi keluar, dia akan turut cakap kita, takde soal,"..... "Budak sekarang, dia takkan ikut cakap kita, dia akan mintak keluar pergi kedai depan sekolah. Bila kita tak bagi, dia jawab balik... 'ala cikgu dekat je'.. kalau kita bagi ke seorang nanti esok 10 orang pulak datang mintak keluar".


Ustaz sambung semula,"Pernah saya marah sorang budak panjat pokok depan sekolah lepas tu saya tampar dia, esok bapak dia datang bawak parang"... Ustaz menyatakan bahawa sistem pembelajaran sekarang berbeza dari dahulu. "Sekarang ni, kalau kita suruh budak berdiri sebab kesalahan dia, kalau mak ayah tahu dan saman kita, kita kalah dalam mahkamah! Sebabnya di dalam pedagogi pendidikan tak ada denda suruh berdiri... ", sambung ustaz.


Saya ingin bersetuju di dalam hal ini, walaupun sistem pembelajaran kita semakin baik dari satu segi, sistem "pendidikan" kita nampaknya tidak berkesan. Pelajar belajar di sekolah, mendapat banyak A1, skor markah yang tinggi... tetapi kurang dari segi didikan akhlak, rohani dan disiplin. Anak murid yang lawan cakap cikgu, pukul cikgu, yang bakar sekolah, yang jadi samseng, pelacur, pengkid, hisap dadah, hisap gam dah makin ramai.

Kongkongan dari segi menegakkan disiplin di sekolah, guru tidak boleh merotan pelajar bersalah selain guru disiplin, tidak boleh mendenda anak murid, guru sering dipersalahkan di dalam hal melibatkan disiplin dsbg, kemudian ditambah pula dengan ibu-bapa yang selalu nak menangkan anak secara tidak rasional menyebabkan ramai guru jauh hati dan akhirnya merendahkan tahap professional perguruan. Ini menyebabkan ramai lelaki tidak mahu menjadi guru sehinggakan guru lelaki menjadi semakin pupus di semua sekolah.

Sistem pendidikan zaman dahulu yang meletakkan guru sangat tinggi di dalam arus masyarakat sudah tiada lagi. "Cikgu buatlah apa-apa kat anak saya ni, asalkan tak buta dan cacat cukuplah".. sudah lama tidak kedengaran...

Di dalam situasi yang berlainan... saya sempat duduk bersama dengan Dato' Zahir dan Dr. Izham 2 minggu yang lepas di dalam satu urusan. Dato Zahir nih adalah tuan punya lawyer firm kat depan Sogo dan Dr Izham adalah tuan punya 10 cawangan klinik swasta yang berpengkalan di Tmn Melawati. Mereka ini adalah jutawan yang hebat dan mempunyai "humble beginning". Mereka mendapat asas yang sama melalui guru-guru mereka di sekolah melayu. Mereka menceritakan bahawa salah seorang guru mereka sangat garang mengajar pelajaran Sejarah.. terlampau garang sampai satu kelas dapat sejarah A1... Satu perkara yang Dato' Zahir ingat ialah Suatu hari di dalam hujan ketika hampir sampai ke sekolah, beliau meletakkan bukunya di atas kepala untuk elak basah air hujan terkena kepala... dari jauh beliau ditengking oleh seorang gurunya.. "Awak ingat kepala awak lagi mulia daripada buku tu???"... Hmm.. inilah didikan yang tak terdapat di institusi sekolah sekarang... kalau ada pun jarang-jarang...

Pada pandangan saya, kita patut memberi sokongan kepada guru di dalam melaksanakan tugas, Janganlah pasal anak kita terjatuh kat sekolah pun, lebam sikit kat kepala, kita datang serang cikgu kat sekolah... Cikgu tak pandai jaga budak sekolah... Apalah salah cikgu tu... takkan anak awak seorang dia nak jaga... Kalau anak tak pandai kat sekolah kita salahkan cara cikgu mengajar... tapi kalau anak kita skor bagus, ada anda datang sekolah bagi hadiah kerana dia pandai mengajar? ada tetapi sedikit.. apa yang berlaku dia akan puji melambung anak dia memang pandai ataupun kelas tuisyen yang anak dia hadiri tu bagus....


Yang mana hadir dulu di dalam pendidikan anak-anak? Pandai berbahasa Inggeris vs Pandai berdoa? Saya pernah menghadiri ceramah oleh Professor Dr. Sidek Baba, bekas Timbalan Rektor UIAM pada tahun lepas. Prof Sidek Baba berpendapat bahawa trend ibu bapa sekarang untuk menghantar anak-anak yang berusia 4 tahun ke tadika inggeris dan cina dengan niat supaya anak pandai berbahasa inggeris amat membimbangkan. Rata-ratanya, tadika Islam kurang mendapat sambutan daripada golongan ibu-bapa Islam. Pada pendapat beliau, pada umur seperti ini, apa yang perlu ialah mengajar mereka tatabudi Islam seperti membaca doa makan, membaca doa tidur, berbuat baik sesama kawan, menghormati ibu bapa, dikenalkan dengan asas-asas Islam seperti mengenal Allah dan sembahyang Beliau berkata, bahasa Inggeris itu memang perlu tetapi setelah asas asas budi dan rohani yang baik tu mantap. Saya bersetuju dengan pendapat beliau...

Sempena hari Guru yang bakal menjelang, saya ingin mengucapkan jutaan terima Kasih kepada guru-guru saya di Sek Rendah Jln. Sungai Besi, Sekolah Menegah Agama Kuala Lumpur (SMAKL), MRSM Kuala Terengganu, Kulliyyah Perubatan, UIAM dan Pakar-pakar di Hospital Kuala Lumpur kerana telah menjadi guru saya. Saya harap saya tak menghampakan anda semua.. SELAMAT HARI GURU...

1 comment:

Anonymous said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Related Posts with Thumbnails