Wednesday, August 1, 2007

Status Rumah Unit Bumiputera Terancam?

Assalamualaikum...


Baru-baru ini saya ada terbaca di dalam sebuah majalah hartanah di Malaysia tentang pertikaian berkenaan status Bumiputera oleh REHDA. REHDA ialah Real Estate Housing Developers Association. REHDA menyatakan di dalam satu forum hartanah, di mana terdapat banyak unit-unit dengan status bumiputera di dalam projek perumahan yang tidak boleh dijual kerana tiada pembeli dari golongan bumiputera mahu membeli unit tersebut.


Beberapa isu telah dibangkitkan iaitu isu rumah unit bumiputera yang tidak dapat dijual, isu potongan harga perumahan kepada kaum bumiputera, isu membina rumah kos rendah di kawasan projek perumahan elit dsbgnya.


Buat masa sekarang, mengikut undang-undang yang sedia ada, pemaju perumahan terpaksa menghadkan beberapa peratus (?10%) unit rumah atau apartment sebagai unit berstatus bumiputera yang tidak boleh dijual kepada bukan bumiputera. Dan peratusan ini bergantung kepada negeri-negeri. Negeri Pahang dikatakan mempunyai peratusan unit yang diwartakan sebagai unit bumiputera lebih tinggi daripada negeri yang lain.


Tujuan ini dilakukan adalah dengan niat yang baik untuk memperbanyakkan lagi pemilikan bumiputera di dalam bentuk hartanah, pencampuran semua kaum di dalam satu kawasan perumahan untuk menggalakkan intergrasi nasional dan menghalang dominasi satu-satu kaum sahaja.


REHDA menjelaskan bahawa, selain kurang kuasa membeli terdapat bumiputera yang memilih lokasi-lokasi yang tertentu untuk membeli rumah, jiran bersebelahan dsbg. Oleh itu, unit-unit bumiputera begitu sukar dijual dan mendatangkan kerugian kepada pemaju. Ini dikatakan menyusahkan pemaju perumahan, kerana unit bumiputera biasanya susah untuk dijual kerana kuasa membeli oleh golongan bumiputera yang rendah.


Bukan itu sahaja, mereka berkata terdapat golongan bumiputera sendiri yang tidak mahu membeli unit bumiputera. Golongan ini membeli unit-unit yang dikhususkan untuk non-bumiputera walaupun lebih mahal kerana potensi harga yang lebih meningkat kerana lebih mudah untuk dijual berbanding unit bumiputera. Oleh itu, unit bumiputera yang ada tidak dapat dijual walaupun sebenarnya peratusan pemilikan unit bumiputera secara keseluruhan telah berjaya disasar untuk unit bukan bumiputera.


Mereka juga mempertikaikan pemberian potongan harga 5-10% kepada pembeli bumiputera menyusahkan pemaju perumahan kerana melibatkan kos membina rumah yang semakin meningkat. Ini istimewanya ditujukan kepada rumah ataupun kondo kelas mewah. Kenapa bumiputera yang sudah kaya raya ini yang mampu mempunyai rumah mewah bernilai berjuta-juta diberi keistimewaan potongan harga. Apalah beza RM 40,000-60,000 kepada golongan kaya ini.


Untuk menukarkan status bumiputera kepada bukan bumiputera, pemaju perumahan terpaksa menunggu beberapa bulan atau tahun sebelum mengiklankan di dalam akhbar utama berbahasa melayu sebanyak 3 keluaran supaya pembeli bumiputera dapat mengetahuinya. Kemudian, jika tidak berjaya dijual barulah permohonan untuk menukarkan status itu dilaksanakan. Ia dikatakan mengambil masa beberapa tahun untuk dijual. Adakalanya rumah tersebut terpaksa dijual dengan harga yang lebih mahal kerana ia telah siap sepenuhnya.


Ada beberapa cadangan daripad REHDA untuk kerajan :-


  1. REHDA memohon kerajaan agar status bumiputera unit yang belum dijual ini boleh ditukar secara automatik sekiranya pemilikan bumiputera telah mencapai peratus sasaran keseluruhan termasuk jualan unit bukan bumiputera yang dibeli oleh bumiputera.

  2. Pemilikan bumiputera bukanlah kekal seperti sekarang. Unit bumiputera lebih bersifat sementara contohnya selepas 5 tahun sahaja. Selepas itu, ia boleh boleh ditukar status dan dijual kepada bukan bumiputera. Ini lebih menarik minat kepada pelabur bumiputera kerana ia boleh membeli dengan status bumiputera dengan harga rendah tetapi menjual semula dengan harga unit bukan bumiputera.

  3. Unit bumiputera boleh ditukar kepada unit bukan bumiputera secara automatik tanpa permohonan sekiranya diiklankan ke dalam akhbar utama bahasa melayu sebanyak 3 keluaran dan tiada belian.

  4. Tiada lagi potongan harga khas bumiputera untuk kondo mewah dan rumah mewah. Ia dihadkan kepada kondo atau rumah kelas pertengahan dan rendah sahaja.

Perkara ini menarik untuk difikir-fikirkan kerana mungkin tidak lama lagi, setelah didesak dan didesak, kita mungkin mengalami keadaan di mana status bumiputera akan ditiadakan atau dikurangkan. Ini akan mengurangkan lagi pegangan bumiputera di dalam bidang hartanah.





1 comment:

Unknown said...

salam..biasa r nie..propa lebih...kebanyakan unit2 rumah yang ditawarkan ats nama bumiputera adalah unit rumah yang kebanyakan dalam keadaan yang teruk..contoh..bhadapan t-junction..mmg ramai xnak...banyak aduan pada pemaju..tapi dorang buat dek jeww..bila ada percanggahan antara pemaju dengan keuntungan mereka...tau plak komplain..xrelevan dan xmenghormati prinsip2 negara kita..ade aje bende yang nak dirombak bkenaan bumiputera..yang lain...boleh plak lanyak dan pejam mata...yahudi malaysia semua nie...

Related Posts with Thumbnails