Saturday, October 20, 2007

Nephrotic Syndrome dan Perawatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Ada seorang pembaca yang bertanya mengenai Nephrotic Syndrome di dalam ruangan chat baru-baru ini (Puan Haza). Kemungkinan ramai di kalangan kita yang tidak tahu apa itu nephrotic syndrome dan mungkin berminat untuk mengetahuinya. Oleh kerana saya pernah bertugas di bahagian Nephrology selama beberapa bulan di HKL beberapa tahun yang lalu, mungkin saya boleh mencuba menjawab soalan ini. Saya harap artikel ini mendapat manfaat dan menambah pengetahuan kita bersama, InsyaAllah.


DEFINISI
Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

PENYEBAB
Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

PATHOPHYSIOLOGY
Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA. Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air. Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.

GEJALA
Nephrotic syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.

DIAGNOSIS
  1. Air Kencing Dipstick - Level protein yang tinggi di dalam air kencing pada satu-satu masa mungkin disebabkan oleh Nephrotic Syndrome
  2. Air Kencing 24 jam - Air kencing dikumpul selama 24 jam untuk mengira jumlah protein secara lebih tepat.
  3. Darah - Nephrotic syndrome menyebabkan protein yang rendah di dalam darah dan Lipid yang tinggi. Kiraan Creatinine atau Urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan fungsi buah pinggang mungkin terganggu


  4. 4. Biopsi - Sedikit sampel tisu buah pinggang diambil untuk menentukan jenis-jenis nephrotic syndrome. Ini sangat penting kerana "Minimal Change Nephrotic Syndrome" boleh diubati dan mempunyai masa depan pemulihan yang sangat cerah.
KOMPLIKASI
  1. Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
  2. Antibodi badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pesakit tadi mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
  3. Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dsbg.
  4. Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
  5. Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.
  6. Ubat yang diambil iaitu Steroids juga memberi banyak kesan sampingan.

PERAWATAN

  • Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
  • Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
  • Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.
  • Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan
  • DIET - Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.

WALLAHU A'LAM

48 comments:

hayad said...

aha, adik saya pnh kena penyakit ni masa umo 5 thn. sethn sebelum tu sy yg kena. tp bkn Nephrotic Syndrome. ape ke namanya ntah. tp related dgn buah pinggang la jgk. mulanya kencing kotor, ada darah sket dlm air kencing.

tp skrg dah baik. alhamdulillah ;)

Dr Azwan said...

Acute Glomerulonephritis (AGN) kot. Adakaitan dengan sel badan sendiri yang attack buah pinggang. Kencing ada darah dan kadang2 ada darah tinggi. Dia berbeza... kes awak nephritic... ini nephrotic.
Alhamdulillah sekarang dah baik :)

zafranss said...

AGN = post strepto infection ( most common cause, n others multy system disease eg : SLE, good pasteure syndrome etc).. saya dah tgk dah orng yang kena AGN ni masa saya ke jakarta, n senang jek nak kenal --> palpebra oedema + result dr lab yang support to D/D dis disease..doc, leh citerkan pasal common pykit kulit dalam masyarakat tak? .. macam common wart, kista etc.. thanx in advance ( sy dapati isi dr artikel doc kalu saya baca lebih mudah saya nak faham sebab doc menceritakan all those things happened based on experience..nice to read n easy to understand :) one more tahnx )

Anonymous said...

at.
hai..anak saya baru saja didiagnosis alami sindrom nefrotik. Saya ingin tahu apa makanan yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan. Adakah penyakit ini boleh disembuhkan? Adakah cara atau ubat lain yang boleh digunakan selain prednisolone?
terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum..saya fiza berumur 27 tahun. saya juga pengidap penyakit nephritic syndrom. saya susah hati sangat apabila melihat kaki saya selalu bengkak, kadang2 ok, kadang2 bengkak sampai hilang urat kaki. saya tak makan ubat hospital kerana bimbang kesan sampingannya. saya hanya makan supliment untuk mengawalnya..

puan said...

assalamualaikum..saya puan berumur 27thn tlh mengidap penyakit nephrotic syndrom pada bln March 2008. saya susah hati dan bimbang melihat kaki saya bengkak kalau berdiri lama kerana saya seorang guru. adakah penyakit saya ni akan boleh sembuh? dari segi pantang pemakanan, saya telah mengikutinya..

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya ayu, pernah mengidap penyakit nephrotic syndrome pada umur 23 tahun.berat badan meningkat secara mendadak dari 62kg kepada 75kg dalam masa dua minggu.saya telah menjalani 2 kali ujian biopsi .saya telah menjalani rawatan di HKL selama 3tahun. alhamdulillah pada umur saya 30tahun sekarang saya telah pulih.insyaallah. saya ingin menasihat kan fiza dan puan pergi ke hkl untuk mendapatkan nasihat dan rawatan awal, sebelum ia menjadi lebih kritikal.sememangnya prednisolone yg di makan mempunyai site effect, seperti rekahan kulit seperti orang lepas bersalin. tetapi apa yang penting adalah kesihatan kita.minum air lobak putih,air barli dan seeloknya makan makanan yang di masak sendiri.

Anonymous said...

Assalammualaikum n selamt petang

saya sue dan meghidap SLE sejak berumur 17 tahun dan kini dah hampir 6 tahun mengidap pwnyakit SLE nie... sekrang nie saya mengambil rawatan ubat di hospital selayang dan saya nak tany penyakit nephothic ada kaitan dgn penyakit SLE ke???

Dr Azwan said...

Puan : nephrotic dikawal melalui ubat. Sekiranya tidak dikawal dikhuatiri boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang secara keseluruhan. Diharapkan puan pergi ke hospital untuk menerima rawatan. Sekiranya fungsi buah pinggang gagal langsung, keadaan boleh menjadi lebih buruk dan menyebabkan puan terpaksa melakukan hemodialysis.

terima kasih ayu.

nephrotic dan SLE adalah dua penyakit yang berbezsa. SLE disebabkan autoimun diamana sistem imun bertindak menyerang anggota badan seperti buah pinggang dan menyebabkan kerosakan dan akhirnya kegagalan fungsi

abanghashim77 said...

anak saya umurnya 5 tahun baru jer keluar wad. dia ada neoprotic syndrome. air kencing dia masih lagi +++3 dan ++2 walaupun dia masih makan 2 jenis ubag pen v dan penisolone.adakah ada masalah pada buah pinggang dia?

some1dgg said...

anak saya jgk sindrom nefrotik. Kene masa umur 2tahun.2tahn kmdn masuk wad lg.Dh 2kali masuk wad. Relaps@berulang-ulang.Nak share cerita,pengalaman,ilmu msg@call saya.

Komen dr azman adalah seperti yg saya dpt dr. doktor2 yg merawat anak saya. Bravo dr azwan...rajin2 le update ape2 pengetahuan tentang penyakit kat sini.Hrp2 bermenafaat untuk semua. Semuga Allah memberkati ape2 usaha dr azwan.

Ape2 penyakit ade ubatnye.InsyaAllah mari kite sama merawatnye.



0134321248

Anonymous said...

Assalammualaikum

saya, fatihah berusia 26 thn.. sms saya berusia 14 thn, doktor detect sy ada mslh buah pinggang tp smpai sekarang msh blum kenalpasti jenis sakit tu..sbb ayah x izinkan doktor buat renal biopsy sms umur 16thn. antara tahun 2003 hingga 2008, sy tdk mengalami simptom2 sakit dan sy anggap sakit tu dah ok. namun, mac thn ni simptom2 mula sy rasai. namun, sakit kali ni berbeza dr sms zaman sekolah dulu, skrg sll rasa sakit pada bahagian pinggang, x blh bt keje2 berat n lasak, berat badan cpt naik, urin ada darah +++2, +++3..pada pendapat doktor jk sy setuju bt renal biopsy, blh ke tahu jenis/ketegori sakit ini seterusnya saya boleh sihat mcm orang lain juga.apakah kesan sampinga dari ujian renal biopsy tersebut memandangkan saya seorang guru dan memerlukan saya berdiri lama.

Anonymous said...

saya nak tanya apakah kesan dari renal biopsy.....adakah penyakit ini mengambil masa yang lama untuk pulih....apakah pemakanan yang sesuai bagi pesakit-pesakit ini..........

karen said...

Hai Dr.,
Selamat tengahari.Nama saya Karen. saya nak tau berkenaan dengan penyakit buah pinggang bocor.Baru-baru ni Ayah (55 tahun) saya pergi melakukan pemeriksaan di hospital sebab ketika dia kencing air kencing dia berbuih seperti sabun dan dia perasan apabila dia menekan betis dan buku lali dia, kesan tekanan tadi agak masuk ke dalam seperti keadaan buah yang sudah masak apabila di tekan. Hal ini sudah berlaku dalam masa 3 bulan.So, hasil pemeriksaan doktor mengatakan dia meghadapi masalah buah pinggang bocor dan tahap protein yang keluar dari air kencing dia adalah 3.Di tambah pula jumlah kolestrol dalam badan agak tinggi dan dikatakan doktor, dia juga ada penyakit hepatitis.Tubuh badannya sihat cuma melalui keadaan air kencing dan apabila dia menekan buku lalinya, dia perasan ada sesuatu yang tidak kena..Saya just ingin tau daripada Dr., apakah ada cara untuk memulihkan penyakit buah pinggang bocor ini? dan apakah produk berasaskan Kolostrum baik untuk di consume sebab ramai yang mengatakan ia baik untuk buah pinggang dan sebagainya? Terima Kasih..

Please advise.

Any information,boleh e-mail kepada vivircah@yahoo.com

orange90 said...

hai doctor
adk saya merupakan penghidap penyakit nie..
pada blan 3/09 dia dikesan mghidap penyakit ini,..tapi selepas 2 mgu ditahan di wad, alhamdulillah dia kembali sihat...n every month kna b follow up.
tapi apa yang membimbangkan saya baru-baru nie dia mengalami kencing berdarah..sekarang nie dia sedang ditahan di wad..boleh doc bg pandangan tentg keadaan adk saya skarg?

idayu said...

assalamualaikum dr. saya idayu, dari penang. saya ada masalah yang kadang kala sangat memberi tekanan kepada saya. pada mulanya saya menghidap sakit kepala dan cirit-birit. saya berjumpa dr di klinik dan beliau memberikan ubat prostan dan ubat cirit. keesokkannya saya cuma cirit sekali sahaja pada waktu pagi. selepas itu ok. tapi pada malamnya saya kencing dan didapati air kencing saya berwarna seperti merah. saya berjumpa doktor dan beliau mengatakan itu adalah darah. keadaan ini berterusan selama 3 hari. doktor refer saya ke hospital. setelah buat urine test, dr turut menyatakan ada darah. jadin doktor memberikan saya pinicilin dan potasium untuk dihabiskan. saya ingin bertanya, sekiranya kencing saya masih lagi berdarah, adakah saya menghidap penyakit buah pinggang?sebab doktor yang temui tidak menyatakannya setelah saya tanya. beliau hanya berkata kemungkinan buah pinggang atau batu karang. apakah pendapat doktor?

Dr Azwan said...

karen : kolustrum bukan ubat nephrotic. Biasanya kita ambil pednisolone utk mengawalnya.

orange : saya tak pasti. Mungkin Acute glomerulonephritis.

idayu : Sekiranya sakit sedikit atau tidak sakit langsung, boleh jadi jangkitan kuman sahaja. Cuba course of antibiotic selama seminggu dan repeat ujian selepas seminggu. Kalau berterusan kuman kena di kultur menggunakan ujian urine culture and sensitivity.

Untuk mengesan batu karang kena ambil x-ray untuk buah pinggang, atau Ultrasound, atau pun CT Urogram di hospital. Ini dapat mengesan batu karang untuk tujuan rawatan selanjutnya. tk

syafiza said...

assalammualaikum doc..
im Syafiza 22yrs old from Selayang.Saya disahkan mengidap nephrotic syndrome (minimal change disease) pd oct 08, skrg ni saya masih dalam treatment.. 1st relaps on mac 09..baru baru nie 24 oct 09 my 2nd relaps happend.. doc.saya benar-benar ingin tahu tempoh atau jangka masa untuk saya betul sembuh.. saya layari internet tercatat treatment antara (1-2 thn + 3-4 relaps)...hom to confirm this disease(minimal change) is fully recover? is it true its usually take mare than 5years recovery?

Adakah berkemungkinan saya boleh mengidap NS semula selepas pulih sepenuhnya?

Apakah kesan jangka masa panjang pengambilan steroid(prednisolone)?sebab saya telah mengambil >900 tblts of steroid(5mg/tablet)

Dreaming Girl said...

slm,
sy berminat utk mengetahui lebih lanjut tentang AGN. bolehka DR. menerangkan dgn lebih lanjut terutamanya hal pemakanan pesakit yang menghidapi AGN. apa yang xboleh d makan?

mas said...

salam doc.saya ada penyakit buah pinggang bocor. saya nak tahu bagaimana biopsi dibuat.adakah semasa biopsi dibuat saya akan merasa sakit?

Syazwani said...

salam.sy pun mgalami msalah yg sma bkaitan neprotic syndrom....tp bru dikesan,tp utk knak2 mgkin pkara iasa tp utk sy yg berusia 19 thun nie mcm mna ea dkter?
pew punca2 pnyebab nya....?

ja said...

Salam.. anak lelaki saya sekrang berusia 7 tahun. Dia disahkan mengalami Neprotic Syndrome sejak tahun 2005, pada usia 1 1/2 tahun. Dr yang merawatnya ialah drpd SJMC, Dr Indon Lajin.

Dia mengalami relapse hampir setiap tahun. Ada 2 tahun awal tuh setahun 4 kali. Baru lepas treatment pred, 2 bulan tuh relapse semua.

Tahun nie dia baru saje relapse. Last pred Dec yang lalu. Skrang 7 biji selang sehari.

saya teringin utk berkawan dgn parents yg mempunyai anak sakit ini. hubungi saya di iamja77. blogspot dan yahoo. TQ.

reena_m1211 said...

anak saya umur 12thn.. br detect ada nephrotic syndrome dua minggu lps, msk wad 3 hr, balik rumah on antibiotik pas 2 bengkak semula kakinya, semlm kne masuk wad balik n now on steroid.. sy sgt terkejut dgn keadaan ini, kami x suka mkn jajan x minum air gas, fast food hnya skali skala.. x tau apa penyebabnya..tp sblm kakinya membengkak teruk kami ada travel, mkn x teratur n bnyk berhenti kat r n r.. maybe ada jangkitan atau apa2.. sy berdoa muga dia cepat react pd steroid ni..

jujai said...

anak sy br saje di sahkan mghidap nephrotic syndrome...ape yg mnjadi kebingungan sy skrg...anak sy br brumur 10 bln...boleh x doktor beri serba sedikit nasihat ttg (1) amalan pmakanan srta pnjagaan... (2) ade x kesan sampingan nyer doktor apabila mningkat dewasa?

Anonymous said...

Salam Doktor,

Anak saya telah membuat ujian urin sebanyak 2 kali blan lepas dengan keputusan protin 3+. Pada kali pertama beliau berada dalam haidh dan pada kali kedua beliau dlm keadaan berpuasa. Adakah faktor ini boelh menyumbang kepada keputusan tersebut. Untuk pengetahuan Dr. anak saya sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda2 masalah buah pinggang. Adakah kemungkinan anak saya menghidap nephric syndrom? Apakah saranan doktor seterusnya.


Terima kasih atas perhatian doktor.

Anonymous said...

dr...baru2 ni ayah saya dh disahkan mempunyai masalah buah pinggang...kate doktor dh tahap ke 4...doktor kata saiz buah pinggang masih ok 10 so dia nk buat biopsy untuk bagi ubat sebagai ikhtiar utk elakkan dialisis...tapi sy takot klu buat biopsy ade site effect memandangkan ayah saye dh 67 tahun dan sgt lemah....ape risiko klu buat biopsy ni???

Anonymous said...

neprotik sindrom dengan lupus neprhatis ape beza dia?

Anonymous said...

apa perbezaan neprhotic sindrom dengan lupus neprhitis? sy seorng pesakit sle..

Michi said...

dr terlalu byk persoalan sehingga tak terjawab oleh tuan dr..

Saya nak tanyapun semua dah ada cuma jawapan je tak ada...

ku z said...

TQ.. BANYAK INFO YG DAPAT.. CUMA BILA AGAKNYA ANAK SAYA AKAN SEMBUH? ANAK SAYA KENA NS PADA USIA 4 THN , SEKRAG DIA BERUMUR 6 THN...

alil boo said...

terima kasih dr..tp saya nak tahu la dengan makan ubat steroid tu dapat ke menyembuhkan sakit buah pinggang bocor?

sidrah said...

salam...sy br jumpe doc n suspected nephrotic syndrome.. sy di beri ubat prednisolone 50mg/day... myb sbb berat bdn sy...nie br pertama kali berlaku,jumpa doc then terus kena buat mcm2 test... im 24,dan kebanyakkan tanda2 tu mmg ader, muke bengkak,kaki bengkak,air kencing berbuih... sy nk tanya..penyakit serius ker??

Hazlimi said...

salam,saya berumur 21tahun dan mempunyai penyakit nephrotic syndrome sejak umur 11tahun lg..masa mula2 sakit badan bengkak2,tp skang setelah berumur 21 tahun anggota badan suma mengecut,urat saraf menjadi tak bermaya...boleh doktor syorkan apa patut saya buat?

Anonymous said...

salam 1 m'sia doc....isteri saya sekarang tgh kena warded di hospital...baru 3 minggu dia disahkan mengandung, badan isteri saya dh membengkak macam ibu yg mengandung 7-8 bulan...keluarga isteri saya risau dan mengesyaki ada kaitan dengan buah pinggangnya ekoran sejarah pakcik dan makcik isteri saya yang pernah dirawat berkaitan buah pinggang...pemeriksaan di KPJ menyatakan ia berkaitan neprotic syndrome. setakat ini 3 botol albumin telah diberikan selain pil yg membuatkan isteri saya kencing juga diberikan....soalan saya di sini : adakah pengambilan albumin dan pil kencing tersebut boleh memberi kesan terhadap kandungan isteri saya??? tq...jack

opie said...

saya baru keluar dari hospital sebab nifrotix syndrom ni. saya tak ada apa2 masalah selain bengkak di kaki dan kencing berbuih. tetapi tadi hospital bagi saya perindophil dgn frusemide 40g. adakah ubat itu selamat untuk saya makan?

Anonymous said...

assalamualaikum dr...apakah yg perlu kita buat klo kita dah hadapi penyakit ini slain rwatan dr dr??mksd sy cra pemakanan atau pon cara2 lain yg perlu buat atau yg perlu dielakkn??

Anonymous said...

assalamualaikum,DR..akak sy umo 38thn n now prgnant 10 weeks..baru2 ni dia AGE n admit ward sbb diarea n vomiting teruk...pastu DR kt hosp wat scan ckp baby ok...diorg amik urine 24hrs n result proteinuria...transfer ke h.sban...DR kt sne diagnoskn TRO nefrotic syndrome wit anemia...transfuse blood x2..bahaya ke nefrotic syndrome jk blaku pd ibu yg pregnant??ada effect ape2 kt baby x?

Anonymous said...

salam..suami saya sedang menunggu keputusan biopsi yg akan keluar 2 april ni.boleh saya tau apa perawatan selepas biopsi dan jenis2 nephrotic syndrome ni.yg saya dpt jumpa minimal change sahaja dan sgt sedikit maklumat mengenainya.tolong jawab ye.terima kasih....

Anonymous said...

assalamualaikum dr,

saya nor dari sg. besar selangor. adik ipar saya menghidap penyakit nephrotic syndrome dan sedang mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor dr hkl. saya nak tanya adakah sakit lutut mempunyai keitan dengan penyakitnya?

MOHD TAMIZI BAKER said...

ASSALAMUALAIKUM..

SAYA NOR DARI PENANG.ANAK SAYA BARU BERUSIA 5 TAHUN DAN LEPAS DOKTOR CEK HARI TU KATANYA ADA NEPROTIC SYNDROME.DOKTOR ADA MEMBERI UBAT MINUM WARNA MERAH..SAYA LUPA NAMANYA.SATU BOTOL UNTUK DIHABISKAN DALAM SATU HARI.

SAYA CUMA MEMBERI ANAK SAYA MINUM DALAM 6 HARI DAN HARI LAINNYA SAYA FOLLOW UBAT HOMEOPATY DAN STOP TERUS UBAT DOKTOR KERAJAAN TU.DOCTOR HOMEOPATY TU CAKAP UBAT TU TAK ELOK.

SAYA HANYA MENERUSKAN PEMERIKSAAN AIR KENCING DAN DARAH DI HOSPITAL KERAJAAN DAN UBAT UBATAN DARI HOMEOPATY.DI KLINIK HOMEOPATY TERSEBUT TIDAK MENJALANKAN SEBARANG TEST AIR KENCING ATAU UJIAN DARAH.SAYA MEMBERITAHU ANAK SAYA KENE N.S DAN DOKTOR HANYA TENGOK DARI MATA ANAK SAYA SAHAJA.

KATA DOKTOR ( HOMEOPATY) TOKSIK BANYAK DALAM BADAN ANAK SAYA.ANAK SAYA JUGA MENGHIDAP ECZEMA.

DAN UNTUK N.S ANAK SAYA DIBEKALKAN UBAT HOMEOPATY.HARI TU CEK PARAS PROTIEN TURUN CIKIT TAPI STILL ADA.

BETULKAH TINDAKKAN SAYA YANG TIDAK MENGAMBIL UBATAN HOSPITAL KERAJAAN TERUS UNTUK ANAK SAYA.

SATU LAGI, SAYA INGIN MEMBAWA KELUAR REPORT AIR KENCING DAN DARAH ANAK SAYA DARI HOSPITAL KERAJAAN TAPI DOKTOR TIDAK MEMBENARKAN.KATANYA TIDAK BOLEH.BENARKAH..


THANKS.

Alphalipid Sdii Masrina said...

Assalamualaikum...
Terim kasih atas perkongsian ilmu ini....ada juga antara client saya..mempunyai masalah ini...tapi tak boleh saya nak bagi nasihat..sedikit sebanyak..dapat la saya share apa yg dikongsi di sini...
Terima kasih..Dr Azwan..semoga Allah memberkati..tak ramai Dr..yg sudi berkongsi dlm blog begini..walaupun Dr sibuk..saya kira ini salah satu cara Dr berkongsi mengurangkan masalah dan kegusaran org lain...memudahkan urusan org lain...maka insyaallah mudahlah segala urusan Dr.....
Sekian....

Anonymous said...

NICHOLLS:
hi, DR., saya telah di sahkan menghidap AGN, tapi yang hairan nya saya tidak diberikan apa apa ubatan dari hospital.... so, masa saya query, Doc ckp tidak perlu... ada kah saya akan sembuh tanpa mengambil ubat...
terima kasih

insha385 said...

slm...saya insha dari langkawi...bulan depan saya kan menjalani rawatan biopsy disebabkan tahap protein tinggi dlm urine.alhamdulillah kidney sy ok cuma doktor xdpt kenalpasti masalah kebocoran protein2.apakah risiko yg akan sy hadapi setelah biopsy?camne nak jaga pemakanan sy? skrang sy cuba mengurangkan pengambilan daging dan susu..

Anonymous said...

Salam..sy just nk kongsi pengalaman. 26thn n seorang guru.Doc detect sy ada nephotic syndrome dec 2012 wktu sy tgh pregnant 5 bln. Tepaksa mkn ubt time pregnant n msuk wad 3 weeks before kne operate sbb time tu baby kecik n ada high blood pressure. Doc kt mayb diuretic tu beri kesan bby jd kecik so doc kurangkan dan alhmdulillh bby msih membesar. Wpun baby premature tp syukur sgt2 so far dia dh 4 bln dan xde apa2 masalh. Slain ubt2 tu amalkn minum air zamzam.doa dan twakal je la stiap kali mkn ubt.kalau ikutkn Doc kt sy dh ada NS sejak 2 thn lalu tp sy xprasan. Sy dberi prednisolone 5mg 12 bj sehari dan diuretic. Tp lps 6 bln mkn ubt protein msih 3 plus. Bdn sy tak react dgn prednisolone.Mmg ada side effect ubt tu. Muka jd bulat-moon face tekanan drh dan level gula mungkin tinggi or tak stabil dan lama2 sy start sakit badan terutama kaki kalau lmbat mkn ubt. Pastu doc bg kalsium. Bce kat internt ada bnyk la kesan lain yg sy slowly dpt rasa satu per satu. Skrg masih under treatment, dan sy jgk bru try prubatan alternatif. moga2 dgn izin Allah dpt sembuh cpt. Sy ada bce 1 blog ni yg ank kecik dia ada Ns. Dia beri mkn bwg putih smpai kdar protein turun dan mmg berkesan utk anak dia. Mungkin bolh cuba..

amir said...

Assalamualaikom doktor..saya pengidap neprhotik dan saya nk tahu makanan seperti jeruk pelam dan makanan masam bolehkah diambil oleh pesakit nephrotik?..dan buah apakah yg tidak boleh di ambil oleh pesakit?..

Nur Islah said...
This comment has been removed by the author.
Nur Islah said...

Assalamualaikum.anak saya disahkan nephrotic 7/6/2012 ketika umur 4 thn.hati mana yg tak sedih tengok keadaaannya yg membengkak terutamanya mata nak mcm mata nemo.pertama sekali masuk wad seminggu anak saya di beri albumin dia mula kerap kencing.saya perhatikan kencing anak saya kuantiti kencing sblm ni sikit dan byk buih.doktor start ubat prednisolone 8 biji sehingga kencing dpt neg 3 hari berturut.kemudian reduce jadi 4 biji selama sebulan mkn selang sehari.reduce lg smpai 1 biji.complete 4 bln.stop ubat 8 hari urine jadi 2+.msk wad lg start ubat 8 biji.anak saya dah relapse kali ke 4 tarikh 19/8/2013 dan masuk wad dah 7 kali.saya cuba ikhtiar cara homeophaty.tp doktor hospital kerajaan kata,takut buah pinggang bertambah teruk.saya stop ubat homeophaty.still makan ubat prednisolone smpai tarikh yg ditetapkan stop.saya dok fikir smpai bila anak nak mkn ubat yg streoid sbb ubat ni pun lama2 tak elok akan ada effeect pada mata dan buah pinggang mungkin akan bertambah teruk.saya dok perhatikan anak saya ni kalau stop je ubat dlm masa seminggu atau paling lama sebulan urine jadi balik 2+ 3+ dan jadi bengkak seluruh badan perut buncit.bayangkan berat biasa 18kg bila bengkak smpai 25kg.berat air dlm badan lebih kurang 7 kg.saya try ikhtiar cara kg dgn paklong suid di tanah liat bukit mertajam.caranya dgn minum air akar pokok jelai atau nama lain pokok tasbih dicampur dgn madu,air gamat dan air penawar yg paklong tu doa minta kesembuhan pada Allah swt.Alhamdulillah,skrg anak saya dah stop ubat prednisolone pada 10/10/2013 dan minum air akar yg saya katakan tadi.walaupun dah stop 7 hari ubat prednisolone pada awalnya urine dapat 2+ 3+ selama 15 hari.saya tak bawa anak pi hospital sebab anak tak bengkak.tu yg saya rasakan kelebihan air akar jelai dgn izin Allah.selalunya kalau 7 hari dapat 2+ dia akan bengkak.tapi selepas mengamalkan minum air akar jelai urine jadi 1+ dan selepas 2 hari dapat neg smpai skrg.saya bagi anak minum sehari 2 kali.pokok jelai tu,mcm pokok jagung .kalau kita rebus akar tsbt bau mcm rebus jagung.Alhamdulillah anak saya dah ok skrg.

saya nak share sikit kalau nak tahu rumah paklong suid tu depan bangunan umno tanah liat bukit mertajam p.pinang.tanya je org kat2 situ........drpd PN EDA KULIM KEDAH.....

Anonymous said...

Puan nur islah msti nk cri dkat sne ke pkok tu sbb ank sy pon mngidp pnykit tu sy kesian tgkdia..

Related Posts with Thumbnails