Saturday, October 20, 2007

Nephrotic Syndrome dan Perawatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Ada seorang pembaca yang bertanya mengenai Nephrotic Syndrome di dalam ruangan chat baru-baru ini (Puan Haza). Kemungkinan ramai di kalangan kita yang tidak tahu apa itu nephrotic syndrome dan mungkin berminat untuk mengetahuinya. Oleh kerana saya pernah bertugas di bahagian Nephrology selama beberapa bulan di HKL beberapa tahun yang lalu, mungkin saya boleh mencuba menjawab soalan ini. Saya harap artikel ini mendapat manfaat dan menambah pengetahuan kita bersama, InsyaAllah.


DEFINISI
Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

PENYEBAB
Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

PATHOPHYSIOLOGY
Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA. Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air. Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.

GEJALA
Nephrotic syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.

DIAGNOSIS
  1. Air Kencing Dipstick - Level protein yang tinggi di dalam air kencing pada satu-satu masa mungkin disebabkan oleh Nephrotic Syndrome
  2. Air Kencing 24 jam - Air kencing dikumpul selama 24 jam untuk mengira jumlah protein secara lebih tepat.
  3. Darah - Nephrotic syndrome menyebabkan protein yang rendah di dalam darah dan Lipid yang tinggi. Kiraan Creatinine atau Urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan fungsi buah pinggang mungkin terganggu


  4. 4. Biopsi - Sedikit sampel tisu buah pinggang diambil untuk menentukan jenis-jenis nephrotic syndrome. Ini sangat penting kerana "Minimal Change Nephrotic Syndrome" boleh diubati dan mempunyai masa depan pemulihan yang sangat cerah.
KOMPLIKASI
  1. Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
  2. Antibodi badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pesakit tadi mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
  3. Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dsbg.
  4. Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
  5. Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.
  6. Ubat yang diambil iaitu Steroids juga memberi banyak kesan sampingan.

PERAWATAN

  • Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
  • Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
  • Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.
  • Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan
  • DIET - Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.

WALLAHU A'LAM

112 comments:

hayad said...

aha, adik saya pnh kena penyakit ni masa umo 5 thn. sethn sebelum tu sy yg kena. tp bkn Nephrotic Syndrome. ape ke namanya ntah. tp related dgn buah pinggang la jgk. mulanya kencing kotor, ada darah sket dlm air kencing.

tp skrg dah baik. alhamdulillah ;)

Dr Azwan said...

Acute Glomerulonephritis (AGN) kot. Adakaitan dengan sel badan sendiri yang attack buah pinggang. Kencing ada darah dan kadang2 ada darah tinggi. Dia berbeza... kes awak nephritic... ini nephrotic.
Alhamdulillah sekarang dah baik :)

zafranss said...

AGN = post strepto infection ( most common cause, n others multy system disease eg : SLE, good pasteure syndrome etc).. saya dah tgk dah orng yang kena AGN ni masa saya ke jakarta, n senang jek nak kenal --> palpebra oedema + result dr lab yang support to D/D dis disease..doc, leh citerkan pasal common pykit kulit dalam masyarakat tak? .. macam common wart, kista etc.. thanx in advance ( sy dapati isi dr artikel doc kalu saya baca lebih mudah saya nak faham sebab doc menceritakan all those things happened based on experience..nice to read n easy to understand :) one more tahnx )

Anonymous said...

at.
hai..anak saya baru saja didiagnosis alami sindrom nefrotik. Saya ingin tahu apa makanan yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan. Adakah penyakit ini boleh disembuhkan? Adakah cara atau ubat lain yang boleh digunakan selain prednisolone?
terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum..saya fiza berumur 27 tahun. saya juga pengidap penyakit nephritic syndrom. saya susah hati sangat apabila melihat kaki saya selalu bengkak, kadang2 ok, kadang2 bengkak sampai hilang urat kaki. saya tak makan ubat hospital kerana bimbang kesan sampingannya. saya hanya makan supliment untuk mengawalnya..

puan said...

assalamualaikum..saya puan berumur 27thn tlh mengidap penyakit nephrotic syndrom pada bln March 2008. saya susah hati dan bimbang melihat kaki saya bengkak kalau berdiri lama kerana saya seorang guru. adakah penyakit saya ni akan boleh sembuh? dari segi pantang pemakanan, saya telah mengikutinya..

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya ayu, pernah mengidap penyakit nephrotic syndrome pada umur 23 tahun.berat badan meningkat secara mendadak dari 62kg kepada 75kg dalam masa dua minggu.saya telah menjalani 2 kali ujian biopsi .saya telah menjalani rawatan di HKL selama 3tahun. alhamdulillah pada umur saya 30tahun sekarang saya telah pulih.insyaallah. saya ingin menasihat kan fiza dan puan pergi ke hkl untuk mendapatkan nasihat dan rawatan awal, sebelum ia menjadi lebih kritikal.sememangnya prednisolone yg di makan mempunyai site effect, seperti rekahan kulit seperti orang lepas bersalin. tetapi apa yang penting adalah kesihatan kita.minum air lobak putih,air barli dan seeloknya makan makanan yang di masak sendiri.

Anonymous said...

Assalammualaikum n selamt petang

saya sue dan meghidap SLE sejak berumur 17 tahun dan kini dah hampir 6 tahun mengidap pwnyakit SLE nie... sekrang nie saya mengambil rawatan ubat di hospital selayang dan saya nak tany penyakit nephothic ada kaitan dgn penyakit SLE ke???

Dr Azwan said...

Puan : nephrotic dikawal melalui ubat. Sekiranya tidak dikawal dikhuatiri boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang secara keseluruhan. Diharapkan puan pergi ke hospital untuk menerima rawatan. Sekiranya fungsi buah pinggang gagal langsung, keadaan boleh menjadi lebih buruk dan menyebabkan puan terpaksa melakukan hemodialysis.

terima kasih ayu.

nephrotic dan SLE adalah dua penyakit yang berbezsa. SLE disebabkan autoimun diamana sistem imun bertindak menyerang anggota badan seperti buah pinggang dan menyebabkan kerosakan dan akhirnya kegagalan fungsi

abanghashim77 said...

anak saya umurnya 5 tahun baru jer keluar wad. dia ada neoprotic syndrome. air kencing dia masih lagi +++3 dan ++2 walaupun dia masih makan 2 jenis ubag pen v dan penisolone.adakah ada masalah pada buah pinggang dia?

Unknown said...

anak saya jgk sindrom nefrotik. Kene masa umur 2tahun.2tahn kmdn masuk wad lg.Dh 2kali masuk wad. Relaps@berulang-ulang.Nak share cerita,pengalaman,ilmu msg@call saya.

Komen dr azman adalah seperti yg saya dpt dr. doktor2 yg merawat anak saya. Bravo dr azwan...rajin2 le update ape2 pengetahuan tentang penyakit kat sini.Hrp2 bermenafaat untuk semua. Semuga Allah memberkati ape2 usaha dr azwan.

Ape2 penyakit ade ubatnye.InsyaAllah mari kite sama merawatnye.



0134321248

Anonymous said...

Assalammualaikum

saya, fatihah berusia 26 thn.. sms saya berusia 14 thn, doktor detect sy ada mslh buah pinggang tp smpai sekarang msh blum kenalpasti jenis sakit tu..sbb ayah x izinkan doktor buat renal biopsy sms umur 16thn. antara tahun 2003 hingga 2008, sy tdk mengalami simptom2 sakit dan sy anggap sakit tu dah ok. namun, mac thn ni simptom2 mula sy rasai. namun, sakit kali ni berbeza dr sms zaman sekolah dulu, skrg sll rasa sakit pada bahagian pinggang, x blh bt keje2 berat n lasak, berat badan cpt naik, urin ada darah +++2, +++3..pada pendapat doktor jk sy setuju bt renal biopsy, blh ke tahu jenis/ketegori sakit ini seterusnya saya boleh sihat mcm orang lain juga.apakah kesan sampinga dari ujian renal biopsy tersebut memandangkan saya seorang guru dan memerlukan saya berdiri lama.

Anonymous said...

saya nak tanya apakah kesan dari renal biopsy.....adakah penyakit ini mengambil masa yang lama untuk pulih....apakah pemakanan yang sesuai bagi pesakit-pesakit ini..........

karen said...

Hai Dr.,
Selamat tengahari.Nama saya Karen. saya nak tau berkenaan dengan penyakit buah pinggang bocor.Baru-baru ni Ayah (55 tahun) saya pergi melakukan pemeriksaan di hospital sebab ketika dia kencing air kencing dia berbuih seperti sabun dan dia perasan apabila dia menekan betis dan buku lali dia, kesan tekanan tadi agak masuk ke dalam seperti keadaan buah yang sudah masak apabila di tekan. Hal ini sudah berlaku dalam masa 3 bulan.So, hasil pemeriksaan doktor mengatakan dia meghadapi masalah buah pinggang bocor dan tahap protein yang keluar dari air kencing dia adalah 3.Di tambah pula jumlah kolestrol dalam badan agak tinggi dan dikatakan doktor, dia juga ada penyakit hepatitis.Tubuh badannya sihat cuma melalui keadaan air kencing dan apabila dia menekan buku lalinya, dia perasan ada sesuatu yang tidak kena..Saya just ingin tau daripada Dr., apakah ada cara untuk memulihkan penyakit buah pinggang bocor ini? dan apakah produk berasaskan Kolostrum baik untuk di consume sebab ramai yang mengatakan ia baik untuk buah pinggang dan sebagainya? Terima Kasih..

Please advise.

Any information,boleh e-mail kepada vivircah@yahoo.com

juniza said...

hai doctor
adk saya merupakan penghidap penyakit nie..
pada blan 3/09 dia dikesan mghidap penyakit ini,..tapi selepas 2 mgu ditahan di wad, alhamdulillah dia kembali sihat...n every month kna b follow up.
tapi apa yang membimbangkan saya baru-baru nie dia mengalami kencing berdarah..sekarang nie dia sedang ditahan di wad..boleh doc bg pandangan tentg keadaan adk saya skarg?

idayu said...

assalamualaikum dr. saya idayu, dari penang. saya ada masalah yang kadang kala sangat memberi tekanan kepada saya. pada mulanya saya menghidap sakit kepala dan cirit-birit. saya berjumpa dr di klinik dan beliau memberikan ubat prostan dan ubat cirit. keesokkannya saya cuma cirit sekali sahaja pada waktu pagi. selepas itu ok. tapi pada malamnya saya kencing dan didapati air kencing saya berwarna seperti merah. saya berjumpa doktor dan beliau mengatakan itu adalah darah. keadaan ini berterusan selama 3 hari. doktor refer saya ke hospital. setelah buat urine test, dr turut menyatakan ada darah. jadin doktor memberikan saya pinicilin dan potasium untuk dihabiskan. saya ingin bertanya, sekiranya kencing saya masih lagi berdarah, adakah saya menghidap penyakit buah pinggang?sebab doktor yang temui tidak menyatakannya setelah saya tanya. beliau hanya berkata kemungkinan buah pinggang atau batu karang. apakah pendapat doktor?

Dr Azwan said...

karen : kolustrum bukan ubat nephrotic. Biasanya kita ambil pednisolone utk mengawalnya.

orange : saya tak pasti. Mungkin Acute glomerulonephritis.

idayu : Sekiranya sakit sedikit atau tidak sakit langsung, boleh jadi jangkitan kuman sahaja. Cuba course of antibiotic selama seminggu dan repeat ujian selepas seminggu. Kalau berterusan kuman kena di kultur menggunakan ujian urine culture and sensitivity.

Untuk mengesan batu karang kena ambil x-ray untuk buah pinggang, atau Ultrasound, atau pun CT Urogram di hospital. Ini dapat mengesan batu karang untuk tujuan rawatan selanjutnya. tk

syafiza said...

assalammualaikum doc..
im Syafiza 22yrs old from Selayang.Saya disahkan mengidap nephrotic syndrome (minimal change disease) pd oct 08, skrg ni saya masih dalam treatment.. 1st relaps on mac 09..baru baru nie 24 oct 09 my 2nd relaps happend.. doc.saya benar-benar ingin tahu tempoh atau jangka masa untuk saya betul sembuh.. saya layari internet tercatat treatment antara (1-2 thn + 3-4 relaps)...hom to confirm this disease(minimal change) is fully recover? is it true its usually take mare than 5years recovery?

Adakah berkemungkinan saya boleh mengidap NS semula selepas pulih sepenuhnya?

Apakah kesan jangka masa panjang pengambilan steroid(prednisolone)?sebab saya telah mengambil >900 tblts of steroid(5mg/tablet)

Dreaming Girl said...

slm,
sy berminat utk mengetahui lebih lanjut tentang AGN. bolehka DR. menerangkan dgn lebih lanjut terutamanya hal pemakanan pesakit yang menghidapi AGN. apa yang xboleh d makan?

mas said...

salam doc.saya ada penyakit buah pinggang bocor. saya nak tahu bagaimana biopsi dibuat.adakah semasa biopsi dibuat saya akan merasa sakit?

Unknown said...

salam.sy pun mgalami msalah yg sma bkaitan neprotic syndrom....tp bru dikesan,tp utk knak2 mgkin pkara iasa tp utk sy yg berusia 19 thun nie mcm mna ea dkter?
pew punca2 pnyebab nya....?

iamja77 said...

Salam.. anak lelaki saya sekrang berusia 7 tahun. Dia disahkan mengalami Neprotic Syndrome sejak tahun 2005, pada usia 1 1/2 tahun. Dr yang merawatnya ialah drpd SJMC, Dr Indon Lajin.

Dia mengalami relapse hampir setiap tahun. Ada 2 tahun awal tuh setahun 4 kali. Baru lepas treatment pred, 2 bulan tuh relapse semua.

Tahun nie dia baru saje relapse. Last pred Dec yang lalu. Skrang 7 biji selang sehari.

saya teringin utk berkawan dgn parents yg mempunyai anak sakit ini. hubungi saya di iamja77. blogspot dan yahoo. TQ.

Unknown said...

anak saya umur 12thn.. br detect ada nephrotic syndrome dua minggu lps, msk wad 3 hr, balik rumah on antibiotik pas 2 bengkak semula kakinya, semlm kne masuk wad balik n now on steroid.. sy sgt terkejut dgn keadaan ini, kami x suka mkn jajan x minum air gas, fast food hnya skali skala.. x tau apa penyebabnya..tp sblm kakinya membengkak teruk kami ada travel, mkn x teratur n bnyk berhenti kat r n r.. maybe ada jangkitan atau apa2.. sy berdoa muga dia cepat react pd steroid ni..

jujai said...

anak sy br saje di sahkan mghidap nephrotic syndrome...ape yg mnjadi kebingungan sy skrg...anak sy br brumur 10 bln...boleh x doktor beri serba sedikit nasihat ttg (1) amalan pmakanan srta pnjagaan... (2) ade x kesan sampingan nyer doktor apabila mningkat dewasa?

Anonymous said...

Salam Doktor,

Anak saya telah membuat ujian urin sebanyak 2 kali blan lepas dengan keputusan protin 3+. Pada kali pertama beliau berada dalam haidh dan pada kali kedua beliau dlm keadaan berpuasa. Adakah faktor ini boelh menyumbang kepada keputusan tersebut. Untuk pengetahuan Dr. anak saya sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda2 masalah buah pinggang. Adakah kemungkinan anak saya menghidap nephric syndrom? Apakah saranan doktor seterusnya.


Terima kasih atas perhatian doktor.

Anonymous said...

dr...baru2 ni ayah saya dh disahkan mempunyai masalah buah pinggang...kate doktor dh tahap ke 4...doktor kata saiz buah pinggang masih ok 10 so dia nk buat biopsy untuk bagi ubat sebagai ikhtiar utk elakkan dialisis...tapi sy takot klu buat biopsy ade site effect memandangkan ayah saye dh 67 tahun dan sgt lemah....ape risiko klu buat biopsy ni???

Anonymous said...

neprotik sindrom dengan lupus neprhatis ape beza dia?

Anonymous said...

apa perbezaan neprhotic sindrom dengan lupus neprhitis? sy seorng pesakit sle..

Michi said...

dr terlalu byk persoalan sehingga tak terjawab oleh tuan dr..

Saya nak tanyapun semua dah ada cuma jawapan je tak ada...

ku z said...

TQ.. BANYAK INFO YG DAPAT.. CUMA BILA AGAKNYA ANAK SAYA AKAN SEMBUH? ANAK SAYA KENA NS PADA USIA 4 THN , SEKRAG DIA BERUMUR 6 THN...

alil boo said...

terima kasih dr..tp saya nak tahu la dengan makan ubat steroid tu dapat ke menyembuhkan sakit buah pinggang bocor?

sidrah said...

salam...sy br jumpe doc n suspected nephrotic syndrome.. sy di beri ubat prednisolone 50mg/day... myb sbb berat bdn sy...nie br pertama kali berlaku,jumpa doc then terus kena buat mcm2 test... im 24,dan kebanyakkan tanda2 tu mmg ader, muke bengkak,kaki bengkak,air kencing berbuih... sy nk tanya..penyakit serius ker??

Hazlimi said...

salam,saya berumur 21tahun dan mempunyai penyakit nephrotic syndrome sejak umur 11tahun lg..masa mula2 sakit badan bengkak2,tp skang setelah berumur 21 tahun anggota badan suma mengecut,urat saraf menjadi tak bermaya...boleh doktor syorkan apa patut saya buat?

Anonymous said...

salam 1 m'sia doc....isteri saya sekarang tgh kena warded di hospital...baru 3 minggu dia disahkan mengandung, badan isteri saya dh membengkak macam ibu yg mengandung 7-8 bulan...keluarga isteri saya risau dan mengesyaki ada kaitan dengan buah pinggangnya ekoran sejarah pakcik dan makcik isteri saya yang pernah dirawat berkaitan buah pinggang...pemeriksaan di KPJ menyatakan ia berkaitan neprotic syndrome. setakat ini 3 botol albumin telah diberikan selain pil yg membuatkan isteri saya kencing juga diberikan....soalan saya di sini : adakah pengambilan albumin dan pil kencing tersebut boleh memberi kesan terhadap kandungan isteri saya??? tq...jack

HeSaidTheTruth said...

saya baru keluar dari hospital sebab nifrotix syndrom ni. saya tak ada apa2 masalah selain bengkak di kaki dan kencing berbuih. tetapi tadi hospital bagi saya perindophil dgn frusemide 40g. adakah ubat itu selamat untuk saya makan?

Anonymous said...

assalamualaikum dr...apakah yg perlu kita buat klo kita dah hadapi penyakit ini slain rwatan dr dr??mksd sy cra pemakanan atau pon cara2 lain yg perlu buat atau yg perlu dielakkn??

Anonymous said...

assalamualaikum,DR..akak sy umo 38thn n now prgnant 10 weeks..baru2 ni dia AGE n admit ward sbb diarea n vomiting teruk...pastu DR kt hosp wat scan ckp baby ok...diorg amik urine 24hrs n result proteinuria...transfer ke h.sban...DR kt sne diagnoskn TRO nefrotic syndrome wit anemia...transfuse blood x2..bahaya ke nefrotic syndrome jk blaku pd ibu yg pregnant??ada effect ape2 kt baby x?

Anonymous said...

salam..suami saya sedang menunggu keputusan biopsi yg akan keluar 2 april ni.boleh saya tau apa perawatan selepas biopsi dan jenis2 nephrotic syndrome ni.yg saya dpt jumpa minimal change sahaja dan sgt sedikit maklumat mengenainya.tolong jawab ye.terima kasih....

Anonymous said...

assalamualaikum dr,

saya nor dari sg. besar selangor. adik ipar saya menghidap penyakit nephrotic syndrome dan sedang mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor dr hkl. saya nak tanya adakah sakit lutut mempunyai keitan dengan penyakitnya?

NOR HASLAWATI SAAD said...

ASSALAMUALAIKUM..

SAYA NOR DARI PENANG.ANAK SAYA BARU BERUSIA 5 TAHUN DAN LEPAS DOKTOR CEK HARI TU KATANYA ADA NEPROTIC SYNDROME.DOKTOR ADA MEMBERI UBAT MINUM WARNA MERAH..SAYA LUPA NAMANYA.SATU BOTOL UNTUK DIHABISKAN DALAM SATU HARI.

SAYA CUMA MEMBERI ANAK SAYA MINUM DALAM 6 HARI DAN HARI LAINNYA SAYA FOLLOW UBAT HOMEOPATY DAN STOP TERUS UBAT DOKTOR KERAJAAN TU.DOCTOR HOMEOPATY TU CAKAP UBAT TU TAK ELOK.

SAYA HANYA MENERUSKAN PEMERIKSAAN AIR KENCING DAN DARAH DI HOSPITAL KERAJAAN DAN UBAT UBATAN DARI HOMEOPATY.DI KLINIK HOMEOPATY TERSEBUT TIDAK MENJALANKAN SEBARANG TEST AIR KENCING ATAU UJIAN DARAH.SAYA MEMBERITAHU ANAK SAYA KENE N.S DAN DOKTOR HANYA TENGOK DARI MATA ANAK SAYA SAHAJA.

KATA DOKTOR ( HOMEOPATY) TOKSIK BANYAK DALAM BADAN ANAK SAYA.ANAK SAYA JUGA MENGHIDAP ECZEMA.

DAN UNTUK N.S ANAK SAYA DIBEKALKAN UBAT HOMEOPATY.HARI TU CEK PARAS PROTIEN TURUN CIKIT TAPI STILL ADA.

BETULKAH TINDAKKAN SAYA YANG TIDAK MENGAMBIL UBATAN HOSPITAL KERAJAAN TERUS UNTUK ANAK SAYA.

SATU LAGI, SAYA INGIN MEMBAWA KELUAR REPORT AIR KENCING DAN DARAH ANAK SAYA DARI HOSPITAL KERAJAAN TAPI DOKTOR TIDAK MEMBENARKAN.KATANYA TIDAK BOLEH.BENARKAH..


THANKS.

Yu.CM KAIZEN said...

Assalamualaikum...
Terim kasih atas perkongsian ilmu ini....ada juga antara client saya..mempunyai masalah ini...tapi tak boleh saya nak bagi nasihat..sedikit sebanyak..dapat la saya share apa yg dikongsi di sini...
Terima kasih..Dr Azwan..semoga Allah memberkati..tak ramai Dr..yg sudi berkongsi dlm blog begini..walaupun Dr sibuk..saya kira ini salah satu cara Dr berkongsi mengurangkan masalah dan kegusaran org lain...memudahkan urusan org lain...maka insyaallah mudahlah segala urusan Dr.....
Sekian....

Anonymous said...

NICHOLLS:
hi, DR., saya telah di sahkan menghidap AGN, tapi yang hairan nya saya tidak diberikan apa apa ubatan dari hospital.... so, masa saya query, Doc ckp tidak perlu... ada kah saya akan sembuh tanpa mengambil ubat...
terima kasih

insha385 said...

slm...saya insha dari langkawi...bulan depan saya kan menjalani rawatan biopsy disebabkan tahap protein tinggi dlm urine.alhamdulillah kidney sy ok cuma doktor xdpt kenalpasti masalah kebocoran protein2.apakah risiko yg akan sy hadapi setelah biopsy?camne nak jaga pemakanan sy? skrang sy cuba mengurangkan pengambilan daging dan susu..

Anonymous said...

Salam..sy just nk kongsi pengalaman. 26thn n seorang guru.Doc detect sy ada nephotic syndrome dec 2012 wktu sy tgh pregnant 5 bln. Tepaksa mkn ubt time pregnant n msuk wad 3 weeks before kne operate sbb time tu baby kecik n ada high blood pressure. Doc kt mayb diuretic tu beri kesan bby jd kecik so doc kurangkan dan alhmdulillh bby msih membesar. Wpun baby premature tp syukur sgt2 so far dia dh 4 bln dan xde apa2 masalh. Slain ubt2 tu amalkn minum air zamzam.doa dan twakal je la stiap kali mkn ubt.kalau ikutkn Doc kt sy dh ada NS sejak 2 thn lalu tp sy xprasan. Sy dberi prednisolone 5mg 12 bj sehari dan diuretic. Tp lps 6 bln mkn ubt protein msih 3 plus. Bdn sy tak react dgn prednisolone.Mmg ada side effect ubt tu. Muka jd bulat-moon face tekanan drh dan level gula mungkin tinggi or tak stabil dan lama2 sy start sakit badan terutama kaki kalau lmbat mkn ubt. Pastu doc bg kalsium. Bce kat internt ada bnyk la kesan lain yg sy slowly dpt rasa satu per satu. Skrg masih under treatment, dan sy jgk bru try prubatan alternatif. moga2 dgn izin Allah dpt sembuh cpt. Sy ada bce 1 blog ni yg ank kecik dia ada Ns. Dia beri mkn bwg putih smpai kdar protein turun dan mmg berkesan utk anak dia. Mungkin bolh cuba..

amir said...

Assalamualaikom doktor..saya pengidap neprhotik dan saya nk tahu makanan seperti jeruk pelam dan makanan masam bolehkah diambil oleh pesakit nephrotik?..dan buah apakah yg tidak boleh di ambil oleh pesakit?..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum.anak saya disahkan nephrotic 7/6/2012 ketika umur 4 thn.hati mana yg tak sedih tengok keadaaannya yg membengkak terutamanya mata nak mcm mata nemo.pertama sekali masuk wad seminggu anak saya di beri albumin dia mula kerap kencing.saya perhatikan kencing anak saya kuantiti kencing sblm ni sikit dan byk buih.doktor start ubat prednisolone 8 biji sehingga kencing dpt neg 3 hari berturut.kemudian reduce jadi 4 biji selama sebulan mkn selang sehari.reduce lg smpai 1 biji.complete 4 bln.stop ubat 8 hari urine jadi 2+.msk wad lg start ubat 8 biji.anak saya dah relapse kali ke 4 tarikh 19/8/2013 dan masuk wad dah 7 kali.saya cuba ikhtiar cara homeophaty.tp doktor hospital kerajaan kata,takut buah pinggang bertambah teruk.saya stop ubat homeophaty.still makan ubat prednisolone smpai tarikh yg ditetapkan stop.saya dok fikir smpai bila anak nak mkn ubat yg streoid sbb ubat ni pun lama2 tak elok akan ada effeect pada mata dan buah pinggang mungkin akan bertambah teruk.saya dok perhatikan anak saya ni kalau stop je ubat dlm masa seminggu atau paling lama sebulan urine jadi balik 2+ 3+ dan jadi bengkak seluruh badan perut buncit.bayangkan berat biasa 18kg bila bengkak smpai 25kg.berat air dlm badan lebih kurang 7 kg.saya try ikhtiar cara kg dgn paklong suid di tanah liat bukit mertajam.caranya dgn minum air akar pokok jelai atau nama lain pokok tasbih dicampur dgn madu,air gamat dan air penawar yg paklong tu doa minta kesembuhan pada Allah swt.Alhamdulillah,skrg anak saya dah stop ubat prednisolone pada 10/10/2013 dan minum air akar yg saya katakan tadi.walaupun dah stop 7 hari ubat prednisolone pada awalnya urine dapat 2+ 3+ selama 15 hari.saya tak bawa anak pi hospital sebab anak tak bengkak.tu yg saya rasakan kelebihan air akar jelai dgn izin Allah.selalunya kalau 7 hari dapat 2+ dia akan bengkak.tapi selepas mengamalkan minum air akar jelai urine jadi 1+ dan selepas 2 hari dapat neg smpai skrg.saya bagi anak minum sehari 2 kali.pokok jelai tu,mcm pokok jagung .kalau kita rebus akar tsbt bau mcm rebus jagung.Alhamdulillah anak saya dah ok skrg.

saya nak share sikit kalau nak tahu rumah paklong suid tu depan bangunan umno tanah liat bukit mertajam p.pinang.tanya je org kat2 situ........drpd PN EDA KULIM KEDAH.....

Anonymous said...

Puan nur islah msti nk cri dkat sne ke pkok tu sbb ank sy pon mngidp pnykit tu sy kesian tgkdia..

bLiSsFuL bAiZuRa said...

salam puan Eda (Nur Islah) saya bercadang nak bawa anak saya berjumpa dgn pak long suid yang puan beritahu di commect di atas. harap puan dapat bantu saya berikan contact number pak long suid untuk saya hubungi.
puan boleh email kan ke saya: baizura.aziz@gmail.com

fizza_zain said...

Assalamualaikum Puan eda... bole beri info lbh lanjut tentang pakcik tu...sy amat berharap puan dpt berikan memandangkan anak sy mengidap penyakit ini pada dec 2013...terima kasih puan

fizza_zain said...

Assalamualaikum. ..Puan Baizura..saya fiza...anak sy juga mengidap penyakit tersebut pada Dec 2013 dan beliau berumur 3thn...harap puan bole berkongsi pengalaman dan perubatan

sha mohd said...

sy berusia 26thn yg sedang menghidap penyakit ini. dan ingin tahu tempoh baik untuk pulih. tq. sesiapa yg berpengalaman tentang penyakit ini.

sha mohd said...

sy berusia 26thn yg sedang menghidap penyakit ini. dan ingin tahu tempoh baik untuk pulih. tq. sesiapa yg berpengalaman tentang penyakit ini.

sha mohd said...

sy berusia 26thn yg sedang menghidap penyakit ini. dan ingin tahu tempoh baik untuk pulih. tq. sesiapa yg berpengalaman tentang penyakit ini.

bLiSsFuL bAiZuRa said...

salam puan fizza_zain, harap dpt drop no hp puan ke email saya: baizura.aziz@gmail.com

Suhada Zainudin said...

Assalamualaikum. Mak saya pernah mengalami kebocoran buah pinggang tapi selama hari ni saya tak tau pun sejauh mana tahap penyakitnya. Saya cuma sering belikan jus res-q utk kesihatan mak saya. Dan pagi tadi mak saya bagitahu, baru2 ni dia ada pergi buat checkup buah pinggang n doktor beritahu buah pinggang mak saya dah cantik n sembuh. Mak saya pun beritahu saya pagi tadi yang kencing dia dah lawas n warna dah tak kuning. Alhamdulillah. Mak saya cuma amalkan jus res-q setiap hari.

Anonymous said...

As salam.nk tnye adakah pesakit SN ni mngalami kncing kotor dan kencing tak lawas...mohon pencerahan

khadijah Abdullah said...

salam...nak kongsi berita gembira dari kawan... suami kawan ni ada penyakit Nephrotic Syndrome..risau jugak dia bila dr cakap penapis buah pinggang bocor kan..dr ada bg ubat termasuk steroid tapi suami dia bincang dgn dr untuk jalani biopsi... siapa tak syg suami ..sementara tgu precedure biopsi dia usaha bagi suaminya vitamin ..dalam sebulan dah nampak kesan, protin menurun masa cek up sebulan

dan sekarang syukur 3 bulan konsisten dengan vitamin tu‬, suami tini free dari masalah protin dalam urine. ... bak kata tini..nm kawan tini....kita hanya berusaha selebihnya biar Tuhan uruskan...

ni cerita pasal kawan sy tu..skrg happy sangat dah dia http://goo.gl/ECKBsQ ..harap dapat membantu yang ada masalah yg sama...

Shafawi Hamzah said...

Assalamualaikum Dr,

Saya Shafawi dari Kuala Lumpur. Saya merupakan penghidap NEPHROTIC SYNDROME. Doktor pakar di HKL ada menasihati untuk saya menurunkan berat badan.

Saya telah mencuba produk Herbalife sebagai alternatif. Adakah produk ini selamat? kerana ianya kaya dengan protein dan memerlukan pengguna untuk minum 3-4 liter air dalam sehari. Dengan alasan untuk memudahkan pengguna menyingkirkan toksin dari badan melalui pembuangan air kencing.

Saya ada terbaca di blog-blog lain, jika kita kerap membuang air kencing ia akan menyebabkan buah pinggang bekerja keras kerana terlalu kerap kencing dan seterusnya akan rosak.

Mohon pandangan dari Doktor adakah sesuai penggunaan produk seperti Herbalife, Shaklee, Jus Mate dan lain-lain lagi.

Apakah diet pemakanan yang sesuai untuk penghidap penyakit ini.

Terima kasih Doktor!

Anonymous said...

As Salam.

Saya berumur 27 pengidap penyakit NEPROTHIC SYNDROME dari march 2014. Masih follow up check up setiap bulan sekali. dan sy amalkan supplement TRANSFER FACTOR alhmdulliah Kolestrol sy dh normal. keranan dulu berat bdn 48kg tp kolestrol sgt tinggi. dan urine 3++ n skrng sy telah pulih cuma doctor sarankan sy untuk membuat chckup setiap bulan krn penyakit ini akn relapse.

Pengambilan makanan secara sihat mmg sgt penting. pantang dia jgn mnum air bergas, fast food, maggie n mknan mngandungi tgii garam/ajinamoto. mmg kena mkn secara hidup diet. DIET sgt. berat bdn sy dh kmbali normal 48kg - 55 kg (Moon face) - 40kg (Warder 3minggu) - 48kg (Now)

Alhamdullah semoga sy n kalian sihat hendaknye. :')

BTW, ini semua ujian Allah. setiap pnyakit ada ubatnya. klu yg xnk mkn vitamin lain or supplement kenalah jg permakanan seharian kita.

Anonymous said...

Anak sy pun baru kena nephrotic syndrome ni..umur 5 thn..sy pun dilema antara nak teruskan prednosolone 8tblet sehari ke atau nak try homeopathy..boleh x share mcmna keadaan anak saudara/saudari skrg slps rawatn h.pathy tu..harap respon terima kasih

Anonymous said...

Bole tau x suami dia mkn vitamin apa? Harap respon..terima kasih

Anonymous said...

Salam doktor. Sayank tya bleh?

Anonymous said...

Kekasih saya menghidap penyakit ni sejak berumur 5 tahun smpai sekarang umurnya 19 tahun.puncanya ialah dia mkn trlalu byk mknan ringan semasa kecil. Itulah yg dia bagitau saya. Saya nk tya doktor, ada tak cara lain utk merawat sakit ni selain brgntung pd ubat? Sbb dh 14 tahun dia mkn ubt. Tp masih tdk sembuh. Apakah diet mknan yg paling sesuai utk dia? Saya risau doktor.. tlg lah..

Anonymous said...

salam doktor.
perlu ke menjalani biopsi? anak saya berumur 4 thn dan doktor nasihat supaya menjalani biopsi kerana kerap 'relapse'. apa pandangan doktor?
terima kasih.

Bib said...

Salam doktor,saya mngidap nefrotic syndrome..saya agak takot dgn ksan smpngn prednisolone..jika sya melakukan biopsi,apakah ksan smpngan nya?

Unknown said...

jika tuan mahu ikhtiar dengan supplemen vivix,hubungi juliana matsah 0148222310 dgn segera.ramai yg gembira dgn kesannya.

Unknown said...

Assalamualaikum semua,ramai penghidap nephrotic syndrom sekarang ni.Kami di shaklee mencadangkan tuan,puan mengambil supplemen VIVIX yg berupaya membaiki DNA dan sel. Banyak feedback positif yg kami terima..alhmdulillah.boleh terus call/whatsapp juliana matsah untuk dapatkan konsultansi berkaitan.0148222310

Unknown said...

sye yusri ,22, kl... da 3 thun mengidap penyakit nie... berulang makan ubat jer....da penat nk makan ubat...

Azeni Ahmad said...

Nampak sepertinya tidak kritikal kan.
Tetapi apabila salah satu bahagian kecil dalam tubuh alami masalah dan tidak normal memang akan ganggu keseluruhan badan.
Pula sampai kena bergantung pada dialisis sahaja kan.

afrirazi said...

Dt saya baru sebulan mengalami bengkak kaki. tapi tidak dibahagian lain. Adakah saya menghadapi sesuatu penyakit yang serius. Saya belum berkesempatan ke klinik.

Lay Out Creative said...

Hai sy puan fiza .. Anak sy diagnosis nephrotic syndrome masa 2013 ...masa tu umur dia 3 tahun kalau nak ikhtiar cara lain bole whatsup sy 0122382125

Unknown said...

Asslm puan fiza..saya cuba wssp puan...tapi x dpt..please..need help..wssp saya 013 5984161

ru31 said...

Anak saya kencing berbuih..umur 8 thn... simptom lain tak ade...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam. Sy pengidap SLE. Pada mulanya sy menghidap bengkak badan yg teruk. Sy tidak tahu apa penyakitnya. Sy search google dan baca article dari Dr. Dari situ sy pergi ke hospital utk mendapat rawatan. Berdasarkan article Dr. semua yg ditulis sy dh lalui. Sy pernah buat renal biopsi dan keputusannya sy dapat tahu sy pengidap SLE class 4/5. ujian darah sy pada masa itu sgt teruk. Hanya sebulan SLE(penyakit lupus,boleh google) telah merosakkan buah pinggang sy. Baca creatinine hmpir 200, urea sy 25 above, proteinuria sy lebih kurang 13gram for 24hours measure, blood dlm urin pun 3/4+. Badan sy mmg bengkak teruk sehingga berat 110 dari berat asal sy 88. Sy rasa seperti tidak boleh meneruskan hidup, nk naik satu anak tgga pun xlarat. Tuhan je tahu perasaan ketika tu. Umur bru 25 dh sakit. Rasa xberguna sebab xdapat berkhidmat pada ibu bapa. Dr hospital menasihati dan byk memberi semangat. Sy menjalani rawatan kimoterapi 6 kali(iv cyclophosphamide). Selepas kimoterapi yg pertama. I responded well dengan cyclophosphamide. Dan di terus kan sehingga habis 6 kali. Bengkak hilang dan buah pinggang kembali normal fungsi nya. Skrg sy hanya makan separuh prednisolone 2.5mg dan cellcept utk menstabilkan imum system badan sy. Kata dr. sy perlu makan sehingga 3 tahun ubat tersebut. Elak kan terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran ultra violet boleh menyebabkan penyakit SLE 'flare' kembali. Kini dengan kuasa tuhan sy kembali sihat. Cuma perlu follow up di hospital 3 bulan sekali. Sy ingin mengucapakan terima kasih kepada para dr. di hospital seberang jaya penang merawat sy ketika sy terlantar. Terutamanya dr. Kok Lai Sun. Dia byk beri nasihat dan semangat kepada sy. Ketika sy menulis ini sy telah sihat. Semasa sy mula baca article ini dulu, sy tengah sakit teruk. Sy sekarang bertugas sebagai guru di Sarawak. Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk mencurah bakti mendidik anak2 di sini. Kepada pasakit SLE jgn lah sedih mcm sy dulu. InsyAllah setiap penyakit ada rawatan nya dengan kuasa tuhan. Sekiranya sy ada soalan apa2 boleh la email sy. Sy boleh la jawab sekadar yang tahu. Sekali lagi terima kasih dr. Azwan atas article yg berguna ini

Unknown said...

Jemput baca pengalaman suami sy yang sembuh dari buah pinggang bocor. Ada video sekali.
yang penting kalian jangan putus asa utk terus ikhtiar ok

http://mohkitasihat.blogspot.my/2016/01/kisah-benar-penghidap-buah-pinggang.html?m=1

Unknown said...

Ank sy pon 5 thun & ada aczema...camna dah keadaan ank puan skrg? Kt mna puan buat homeopathy tu..sy bminat mcuba...

Unknown said...

As salam doc umur saya 20! Aritu saya ad bt urine test dan test tu tnjukan saya tiada apa2 tnggal kurang mnum air..tp bila saya kencing ad 3 buih dalam air kencing tapi ia tidak kerap! Adakah nrmal ini doc?

Anonymous said...

Salam dr . saya Nad. adik sy berumur 5 tahun . lately , setiap pagi muke dy mesti nampak sembab . tpi dy aktif. just dy selalu demam and kurang selera makan . wlaupun dh 5 tahun, badan dy kecil macam kanak2 4 tahun. Adakah sembab di awal pgi ni tanda2 awal pnyakit ni ? sy risau ni .

Unknown said...

My son had engaged with NS i March 2014 and he had 1st relapse in Nov 2014. After that I was very lucky to meet a doctor from Penang who use chinese remedy (all his medicine is 100% made by plant) and has very good experience to cure NS. Therefore, I brought my son to Penang every alternate month and went thru a 9-month medication until he is fully recovered. My son stopped the medicine in Sep 2014 and doing well until today.
At the same time, after he stop the medication I have been giving him a supplement to boost his immune system in order to stay away from sickess, I guess it also help a bit on this.

If any of you would like to try on this, you can email me at yywong.ashley@gmail.com or whatsapp me at 012-656 6561. I'm more than happy to share the info with anyone.
Thanks!

Unknown said...

Salam encik, saya pun penghidap sle nephrotic class 4. Berat badan saya bertambah dari 78 kepada 97 sebab bengkak dari kaki hingga peha. Saya baru berumur 19. Sekarang saya makan 10 biji steroid. Saya baru buat kimoterapi 2 kali. Makanan diet yang saya ambil pun takda garam. Macam mana ye nak surutkan bengkak air dalam badan ni? Sebab bengkak ni ganggu pergerakan saya sampai saya tak boleh pergi sekolah.

Anonymous said...

Hai mr yap. Ive tried calling n wasap ur no but no reply from u.
Pls send the address of the chinese pratitioner to me coz my daughter is also diagnose with d disease.-akirah7980@yahoo.com
Pn ajar from bentong

Saya said...

Assalamualaikum... Blh Sy tau Tak, En pegi Buat mana2 treatment Ke apabila mengetahui terkena sakit Ni sehingga sembuh dan Blh Sy tau Klu bkn nephrotic apa Dia Ye?, tq

aizah said...

Assalamualaikum ,
merbahaya kan buah pinggang bocor ni , perlu di atasi segera sebelum merebak kedua-dua belah .
mesti ada ikhtiar yang boleh membantu .

Saya said...

Assalamualaikum Pn, blh Sy tau tak Mcm mana nak hubungi Pak Long Suid TU, tq- Ini no Sy 0192332566

Unknown said...

Assalamualaikum... Doktor Azwan, terima kasih untuk artikel yang sangat berguna ini. Saya ada 1 soalan. Saya disahkan menghidap NS pada Mac 2016, bulan Oktober lepas, doktor sahkan kesihatan saya pada tahap yang baik dan diberhentikan pengambilan ubat. Cumanya akhir-akhir ini, urine saya kembali berbuih. Tapi tiada bengkak pada kaki, tidak selera makan, sakit perut, keletihan yang melampau yang pernah saya lalui pada awal tahun lalu. Adakah urine berbuih itu menandakan NS hadir kembali dalam diri saya? Appointment saya dengan doktor dua bulan lagi. So, saya ingin bertanya kepada doktor dahulu sebelum saya perlu pergi ke hospital sebelum temu janji tersebut. Terima kasih, Doktor Azwan yang baik hati

Unknown said...

En/puan boleh cuba minum barli.try juga masa tidur tu letak kaki tinggi2

daddyandicookies said...

salam doktor.

1.saya just nak tau adakah penyakit NS ini boleh dikategorikan sebagai penyakit keturunan dan boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak2?
2.saya menhidap penyakit ini sejak 8 bulan yang lalu dan masih dalam rawatan.apa langkah2 pencegahan sekiranya kita nak mengelakkn penyakit ini dari kecil melalui gaya hidup?
3.apa pendapat doktor tentang rawatan cyclo/chemo yang dikatakan boleh mengurangkan kesuburan. adakah selamat untuk diambil untuk jangka masa lama sekiranya saya masih mahu mengandung pada masa akan datang?

Terima kasih doktor.

MaMa Chantique @ Pengalaman Pesakit Bebas Neprotic Syndrom said...

Sekarang ramai juga yer yang menghidap Neprotic Syndrome ni..atau bahasa melayunya penapis buah pinggang bocor..Saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana seorang lelaki ini mengatasi masalah buah pinggang bocor

irni suhana said...

terima kasih doktor atas perkongsian info yang sangat berguna.

Sanny said...

Salam semua..saya juga pesakit buahpinggang,dr merawat ada ckp penyakit saya ini disebabkan jaringan dalam buah pinggang saya bocor/koyak sikit..dr bagitahu sakit CKD stage1...ada hypertensi,NS Dan cronic kidney deases{CKD} ada kah sama??dr sahkan sja kemungkinan sakit saya ini dari bayi lagi dan pada masa 28tahun saya sdh disahkan ada penyakit kronik..sekarang dah 9tahun dr sah kan semalam stage4 dan tahap kertanine 399,kalau ada tanda2 sesak nafas,kaki bengkak teruk kena buat hd sdh..saya hanya merujuk pakar dihospital kerajaan saja..dari info2 diatas ada yg dpt sembuh dri NS ni..ada kah ckd tdk boleh sembuh lgi melainkn cucidrh jln trakhir..selain dri ckd,skg hypertensi saya terkawal 138/89 mkn ubt amlodipine 10mg,atorvastatin c 20mg,diltiazem 30mg 3kli shri,frusemide 40mg.utk pengtahuan saya sdh pernah bt urine test 24jam,biopsy jga sdh sekali result dr bagi kedua2 buahpinggang saya rosak..pada umur 25tahun sebelum disahkan ada penyakit ckd,saya disahkan ada Tb lymhpnote{tb serang urat Saraf}dr tak tahu kuman smpi mana jadi saya diberi makan ubat 18biji sehari selama 6bulan..slps abis rawatan tb tu,saya mula ada magrin,pening hari2..bila cek urine dn drh dr sahkan lgi ada masalah buahpinggang ckd stage1,,ada info yg mngatakan mgkn efek saya makan ubat tb tersebut..saya sbenarnya keliru skg

Winry Mittens said...

Saya salmi..ibu saya berusia ,73 thn pegidab diabetis, darah tinggi dan komplikasi buah pinggang. Walau bagaimanapun dia belum menjalani dialisis. Tahap creatoninnya 571 dan urea 29.4. bagaimanakah cara dpt mengurangkan tahap creatonin supaya tidak perlu jalani dialisis

Winry Mittens said...

Saya salmi..ibu saya berusia ,73 thn pegidab diabetis, darah tinggi dan komplikasi buah pinggang. Walau bagaimanapun dia belum menjalani dialisis. Tahap creatoninnya 571 dan urea 29.4. bagaimanakah cara dpt mengurangkan tahap creatonin supaya tidak perlu jalani dialisis

Ala Atika said...

Salam Doc,

Saya Atika, dari Johor. Empat bulan lepas saya melalui pembedahan membuang fibroid dalam rahim. Syukur semua berjalan lancar. Lepas dua minggu operation, follow up session di hospital semua lancar. Bagaimanapun, lepas followup ke-3 (lepas 4 minggu operation) perut, kaki, vagina saya membengkak. Saya refer dgn doktor sakit puan yg merawat saya (lepas result darah keluar- it's water retention) sbb masa operation saya hilang darah yang banyak.

Sampai harini, 25-5-2017, perut saya masih lagi membengkak (terus2an) kaki (bila banyak berjalan, naik tangga) and vagina - syukur takde apa2.

Saya banyak cari info dlm internet since doctor tak boleh nak diagnose penyakit saya, since doc suspect buah pinggang failure (result darah- garam OK)

Saya susah hati. Tolong saya doctor. FYI, skrg saya cuma makan ubat hilangkan bengkak dari hospital- kalau tak makan ubat, saya mmg susah nak kencing.

Kepada pembaca yang ada pengalaman, Mohon bantuan sudara/ saudari semua, boleh email kan kpd saya di : alaatika@gmail.com

wahidahsalman@gmail.com said...

AsSalam.
Anak sy telah disahkan mengidap Nephrotic Syndrome sejak 2 tahun sudah... dah 2 kali relapse... terkini ialah pada february 2017... sekarang umur dia dah nak masuk 5 tahun... setiap kali relapse, alhamdulillah kami dapat detect awal sbb sy tak pernah skip utk buat urine test guna dipstick sekurang2nya seminggu sekali. so, relapse cycle dia sebelum2 ni mmg xpernah sampai ke tahap edema yang teruk. paling teruk pun bengkak yang minimal pada mata...
dari segi diet sewaktu relapse mmg kami jaga betul2... sampai ke tahap makan nasi putih, telur dadar tanpa garam & sayur... doktor kata itu yg kurangkan edemanya..
Soalan saya, apabila dia recover drpd setiap cycle relapse, perlukah dia teruskan pantang garam?
Dan sy diberitahu, perkembangan fizikalnya jugak akan terganggu? sejauh manakah perkara ini akan berlaku? FYI, ada setahun tempoh masa (gap) free-relapse utk dia... adakah ini tanda2 dia akan sembuh?
TQ so much, doktor...

Wahidah
(wahidahsalman@gmail.com)

Unknown said...

Dr..boleh Tanya.. Bagaimana albumin boleh hadir dalam urine untuk kes neprotic syndrome ni..

Unknown said...

Dr..boleh Tanya.. Bagaimana albumin boleh hadir dalam urine untuk kes neprotic syndrome ni..

dr.mercy lara said...

Ini untuk memberitahu publik pria atau wanita yang sehat dan 100% serius dalam menjual ATAU untuk membeli ginjal instan. rahmat lara Email rumah sakit: mercylarahospital@gmail.com, karena kita memiliki banyak pasien yang sekarang memerlukan transplantasi ginjal, apakah Anda mencari kesempatan untuk menjual ginjal dengan uang karena krisis keuangan dan kami akan menyediakan 800.000 EURO untuk ginjal. dan juga kami memiliki hiv / help medicine jika anda membutuhkan penawaran email saja sekarang, HUBUNGI KAMI @

EMAIL: mercylarahospital@gmail.com

NomBor WHATSAAP; +2348053930975

terima kasih

Anonymous said...

Saya, doktor George Ben, dari hospital dallas county, oleh pentadbiran hospital diberi peluang untuk membuat iklan bagaimana saya mula bekerja di internet dan anda berada di luar, seperti tahun yang anda beli organ seperti buah pinggang telah bermula lagi. Jika anda ingin menjual buah pinggang anda, jangan ragu untuk menghubungi hospital dengan e-mel berikut: Pakar Pembedahan Organik Dallas County dan derma tidak ada risiko, kami membayar wang yang baik dan kami berada di Iowa USA.
dan ini adalah e-mel kami:
info.dallascountyhospital@gmail.com

Dolores Delgado said...

Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan atau pertanyaan mengenai perkara ini? ¿Está buscando una oportunidad de vender su riñón por dinero debido a un colapso financiero y no sabe qué hacer? Anda boleh menghubungi kami dengan menghubungi pihak lain untuk menghubungi kami di sini. Ini adalah khusus untuk tragedientos médicos de clas primera. como Cirugía cardíaca, Cuidado del cáncer, Cirugía de espusión espinal, mastectomía di manga y otras cirugías importantes. Sila hubungi kami: (ubthhospital6@gmail.com). Buena suerte Buena suerte

Dra. Michelle Nath

Unknown said...

Boleh saya tahu air akar jelai urine camner

Unknown said...

Ank sy baru kena...now admit di hospital.. Nak tanye adakah peluang untk pulih itu boley...

Unknown said...

Hai semua,
ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa penderma buah pinggang yang sihat diperlukan dari semua kumpulan darah. Kami akan memberi anda harga yang jujur dan rawatan terbaik untuk pemindahan anda sebagai rawatan perubatan terbaik terbaik. Anda boleh menderma atau menyokong membantu memperbaiki kehidupan pesakit buah pinggang & mereka keluarga menghubungi kami di: drmercyhospital686 @ .com
whatsapp dr mercy hospital +2348100367800 atau whatsapp
+491639478840
Dermawan-Bantuan-Sokongan Menjadi penyelamat Hidup.

Unknown said...

Salam Dr
Anak saya menghidap penyakit neprotic sydrome sejak berumur 15tahun. Dia terpaksa makan ubat sebanyak 12 biji sehari sehari ke hari ni.( skrg dah 17 tahun). Dr mengatakan perlu buat biopsi untuk mencari punca. Mohon bantuan Dr apa yg perlu saya buat. Buat masa sekarang muka dan kaki anak saya bengkak. Berat badan naik mendadak dari 60 hingga 70. Saya mohon sgt pendapat Dr

Unknown said...

Mohon contact Saya 0182027233.anak Saya juga nephrotic syndrom

Unknown said...

Sis bole ws sy x? Utk nk tau perkembangan adik skrg.. 0172025012.. sbb ank sy penghidap nefrotik..

Unknown said...

Salam sis..
Jd sis da sembuh sepenuhnye?
Alhamdulillah..
Sis tlg ws sy 0172025012

Unknown said...

DOKTER..
ANAK SAYA NEFROTIK SINDROM TAHUN NI (2020) UMUR DIA 3TAHUN 3BULAN MASA MASUK WAD..
MASUK WAD 9HB6/2020..
MAKAN PREDNISOLONE 10HB6/2020..
STOP PREDNISOLONE 30HB8/2020..
URIEN NEGATIF DARI 15HB6/2020 SEHINGGA 26HB9..
HARINI 27HB9/2020 URIEN DIA NAIK 1+..
ADAKAH ANAK SAYA BOLEH SEMBUH SEPERTI SEDIAKALA YE DOKTER?
ATAU ADAKAH SAKIT NI AKAN BERTERUSAN? 😭..
TOLONG TERANGKAN PADA SAYA DOKTER..

Eina said...

Adakah pn dah sembuh...saya br didiagnos, blh puan call atau mesej saya 011 23686470...

Eina said...

Hai Dr...Dr baru diagnose saya ada nephrotic syndrom...buat masa ni saya diberi losartan utk kawal proteinuria n blood pressure..saya juga amalkn low carbo dan ambil fish oil. Saya tiada medical problem sebenarnye, cuma bila buat ujian drh, kolesterol tinggi dan ujian urin ada prorein 3+ dan rbc 2+...saya ada jugak rasa sengal2 di pinggang, kulit kering tp tiada mslh kebengkakan..adakah pnyakit ni blh sembuh? Blh Dr advice apa lg yg perlu saya lakukan utk merawat pnyakit ini..tq

darkside69 said...

Saya mengalami nephrotic syndrome umur 19tahun...bengkak kaki Mata semua...Lepas rawatan saya tak pernah mengalami bengkak2 atau apa2....saya ingat saya sihat.....bila saya buat medical checkup umur 35 tahun doctor bagitau stage 2 sudah..Apa perlu saya buat kerana gejala bengkak smuanya takda....

Related Posts with Thumbnails