Tuesday, February 5, 2008

Fatwa ASN dan ASB





Assalamualaikum..

Berikut adalah fatwa yang baru dikeluarkan beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah, sekarang kita tidak perlu ragu-ragu lagi untuk melabur di ASB/ASN kerana ada fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Majlis fatwa dihadiri oleh semua mufti.

Sebab dan musabab diharuskan tidak diterangkan. Anda mungkin boleh membuat kajian tersebut dan emailkan kepada saya.

Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuk pembayaran dividen dan bonusnya, adalah HARUS.

Berikutan itu, umat Islam tidak perlu ragu-ragu mengenai status pelaburan kedua-dua skim berkenaan.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti dan mempertimbangkan semua kesan daripada pelaburan berkenaan.

Beliau berharap tiada pihak membangkitkan lagi isu kononnya hasil skim pelaburan itu haram.

Sila baca seterusnya di sini.

Wallahu A'lam

9 comments:

Anonymous said...

bergantung kepada keyakinan masing-masing, pihak yang bertanggungjawab telah mengesahkan.

de_kerinchi said...

salam dr. azwan....

ya alhamdullilah fatwa telah diwartakan, walau pun lambat...

Sememangnya egensi yang memantau isu-isu islam lebih proaktif dan segera menangani dan mengeluarkan..kenyataan apabila sesuatu isu timbul...baru nampak institusi islam itu berwibawa..

contoh la ni,kita dialu-alukan untuk pi bayar zakat pendapatan di pusat zakat..malangnya bila hendak melaksanakan nya,layanan bagai endah tak endah ....jadi isu pengwartaan itu hanya terpakai pada pengumuman tetapi tersungkur pada perlaksanaan...

Jie said...

off topic ;

Dr. Azwan jom ikut saya masuk Big Bang tag ni, boleh upkan ranking technorati Dr.

Blog bahasa melayu kurang lagi sertai tag ni...skrg ni belum 400 blog, dia nak capai 1000 blog..

http://kujie2.blogspot.com/2008/02/big-bang-master-list.html

Dr Azwan said...

Zaiful : ye. apapun ini memberi kelegaan ramai umat Islam yang menabung melalui ASB

De_kerinchi : betul. Kalau tak proaktif dan asyik adhoc jer nanti orang ingat institusi tu tak ihlas. Hanya menjadi alat organisasi tertentu untuk meraih populariti.

Kak Jie : Ok kak. no prob

Anonymous said...

saya nak menabung untuk anak saya. SSPN bukan pilihan saya sebab iklan kata tak bukak SSPN nanti tak dapat pinjaman. tu sebab saya nak menabung utk anak saya. tapi taknak simpan dalam SSPN sebab saya bukan nak dia meminjam. dividen SSPN pun bukan lah tinggi sgt. mcm a/c biasa yg lain aje. nak simpan terlalu banyak of course la tak mampu sangat. kalau boleh nak pilih a/c yg less risk & pulangan dividennya tinggi. of course juga nak yg halal. ada org suggest tabung haji. ada org suggest ASD. entah la. saya cuma nak buat potongan gaji utk satu a/c aje. tapi kene pilih mana satu paling baik. agak2nya antara kedua-dua a/c ni mana satu yg paling elok untuk simpanan anak saya.

Anonymous said...

Mungkin Dr boleh refer ke satu blog nie, by Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Blog ini among the highest ranking blog kat malaysia nie. All your queries and doubts, especially about Islamic finance and muamalat will be answered, insyaAllah. Btw, I hari2 ikut blog u nie..keep up the good work..

http://www.zaharuddin.net/

shah KL

malaysia baru said...

Saya lebih suka dengan hujjah Ust Zaharudin.

Kalau dah halal di Ittikal, Islamic bond, etc kenapa tukar?
Apakah ASN & ASB telah tukar kaunter investmentnya?

Ust Zaharuddin menulis: Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)

Dr Azwan said...

Assalamualaikum...
Anonymous 1 : Lesk risk tetapi dividen tinggi adalah sesuatu yang jarang2 datang selari. Saya tak rasa 7% tuh dikira tinggi. Kalau nak dibanding 16% yg diberi oleh Bank Rakyat (tetapi dah tutup). Kalau nak dividen tinggi biasanya risikonya boleh jadi tinggi. Saya pun tak tahu nak cadangkan yang mana, ada islamic trust fund yang ber pulangan lebih daripada 10%. Saya boleh cadangkan melawat blog pakdi www.pakdi.net/my untuk bertanya dengan beliau.

Shah KL : Saya dah baca penjelasan beliau dan komen daripada pembaca beliau.

Malaysia baru : Ustaz Zaharuddin pun dah menetapkan bahawa itu adalah pendapat beliau. Beliau juga berkata Majlis Fatwa telah mengharuskan ASB dan ASN di atas hujjah Maslahah dan beliau tidak ada masalah dengannya. Jadi kita sebagai rakyat boleh pilih salah satu pendapat daripada pendapat Ulama' ini. Lagipun pendapat Majlis Fatwa adalah berdasarkan persetujuan para Mufti dari semua negeri. Bak kata Prof Abdul Shukor, keputusan dibuat selepas pihaknya meneliti dan mempertimbangkan semua kesan daripada pelaburan berkenaan. Wallahu A'lam.

Anonymous said...

Lepas ni bolehlah melabur. Dari dulu teringin nak melabur kat ASB, tapi confius sket halal haramnya.

Related Posts with Thumbnails