Friday, February 1, 2008

HATI-HATI MAKAN BEBOLA IKAN





Assalamualaikum,

Informasi untuk tatapan anda - Dipetik dari KOSMO. Terutama kepada penggemar bebola ikan di Kepala Batas.

KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram.

Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak limatahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.

Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.

Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.

Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.

"Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah.

"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.

Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor.

Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku.

Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.

Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.

Oleh RIZAM ZAKARIYA
Kosmo!




IDERIS Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah bertukarmenjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan diKepala Batas, Pulau Pinang semalam

IDERIS Mohamad menunjukkan daging dan perut khinzir yang disimpan bersamabahan mentah lain termasuk ikan di sebuah kilang di Kepala Batas, PulauPinang semalam.


IDERIS berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk merebusbebola ikan berada di bawah dalam serbuan di Kepala Batas semalam.

9 comments:

raiyan said...

eeeyucks!! minyak masak sampai rupa itu dah! teruknye standard kebersihan mereka ek.
daging babi bercampur.masyallah!
kesian para pengguna.

isteri said...

media patut sebar je jenama produk ni utk pengetahuan orang ramai..biar buruk nama company ni..consumer leh boikot habis2..
suka2 hati je campur2 halal ngan haram..stok daging khinzir kat msia ni dah banyk sangt kot, tak tau nak buat apa, tu yang dicampur2 kat makanan2 yang halal..tak berkat tul idup demo ni..

Nadlique said...

Ya Allah, apalah nak jadi sekarang ni. Kalau kat Malaysia pun dah macam ni, bayangkan yang saya ni tgh kat Australia.

de_kerinchi said...

salam dr azwan,

nampak nya penang sekali lagi menjadi tuan rumah tempat kilang sebgini wujud... saya masih ingat lagi kisah kilang belacan tempoh hari..

Sekarang ni kalau membeli rasanya guna jenama yang terkenal dan dipercayai..kalau jenama dok mengarut tu lupakan sahaja...

Dr Azwan said...

Raiyan : Haa.. orang perlis jaga-jaga. Toksah makan dulu lah la nie.

Nadlique : Betul tuh. Tapi kat Australia halal dan haram dia nampak jelas. Ni letak halal tapi masak campur minyak babi. perghh.

de_kerinchi : Halal Jakim tu kena ada Walaupun ada yg pertikai, sekurang2nya ada standard halal telah dipatuhi.

abahfateh said...

buat sendiri je... senang je nak buat fishball.. bleh lebih ikan hehehehe...

putri_nian said...

susah bebenor skrg nie nak tentukan barangan halal n haram,ade org cakap dalam aiskrim pun ade letak lemak babi..

Dr Azwan said...

abahfateh : awak buat - jual kat saya. hehe

putri_nian : takut mendengarnya. aiskrim yang mana satu? bagitahu la..

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails