Monday, February 11, 2008

Kembar Siam Berjaya Dipisahkan

Assalamualaikum Warahmatullah...

Baru-baru ini media masa membuat liputan meluas tentang pasangan kembar siam Nur Badrishah dan Nur Bahiyah Norhisyam yang bersambung di bahagian abdomen dan tidak mempunyai punggung tetapi masing-masing memilik sepasang kaki dan tangan.

Mereka berjaya dipisahkan oleh sepasukan pakar perubatan HKL yang diketuai oleh Ketua Jabatan Bedah Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zakaria Zahari pada 2 Februari 2008. Datuk Dr Zakaria yang kami panggil Datuk Zack di HKL merupakan pakar bedah kanak-kanak utama negara saat ini.

Pembedahan yang berhampiran usus ini mengambil masa 15 jam dan mempunyai risiko jangkitan yang tinggi. Doakan kedua-dua bayi ini selamat dan dijauhi daripada jangkitan.

Kembar siam pada sejarahnya diambil daripada dua beradik kembar yang melekat di dada iaitu Chang dan Eng Bunker pada tahun 1811. Mereka berdua adalah berasal dari thailand dan mempunyai ayah keturunan cina Thailand dan ibu campuran Thai-melayu. Mereka menjadi ahli sarkas dan dikenali di seluruh dunia sehingga menjadikan nama "kembar siam" melekat sehingga sekarang.

Cerita mereka berdua sangat menarik kerana mereka berdua berkahwin dengan gadis pilihan masing-masing dan mempunyai anak dengan isteri masing-masing (setiap pasangan mendapat 10-12 orang anak!) walaupun di dalam keadaan melekat di dada.


Bagaimana terjadinya kembar?

Kembar boleh berlaku secara amnya dengan 2 cara.
1. Apabila 1 ovum disenyawakan oleh 1 sperma membentuk 1 satu zygote. Kemudian membahagi dua untuk membentuk 2 embrio. Ciri genetik 2 embrio ini adalah sama. Ini dipanggil "kembar seiras" atau "monozygotic twin".

2. Satu lagi ialah apabila 2 ovum yang terhasil di ovari disenyawakan oleh 2 sperma yang berlainan. Masing-masing hidup untuk membentuk embrio yang berasingan. Mereka mungkin berlainan jantina atau sama jantina. Mereka adalah adik beradik yang lahir pada masa yang sama menjdikan ciri genetik agak berlainan di antara satu sama lain. Ini dipanggil "kembar tak seiras" atau "dizygotic twin".


Bagaimana terjadinya kembar siam?

Kembar siam terjadi apabila zygote yang terhasil daripada 1 ovum dan 1 sperma gagal untuk membahagi dengan sempurna untuk membentuk 2 embrio yang berlainan. Keadaan ini boleh berlaku di dalam 1 dalam 100,000- 200,000 kelahiran. Mereka akan melekat di bahagian-bahagian tertentu seperti dada, dan perut kepala.

Adakalanya kawasan tersebut amat sukar diasingkan seperti otak dimana percubaan untuk memisahkannya gagal seperti yang dialami oleh pasangan kembar Iran yang meninggal dunia di Singapura pada tahun 2003.

Ladan Bijani dan Laleh Bijani, merupakan pasangan kembar yang melekat di otak yang merupakan graduan dari Universiti Tehran di dalam bidang Undang-undang. Mereka mengalami komplikasi pembedahan akibat pendarahan teruk di otak semasa proses memisahkan salur darah besar otak. Mereka meninggal dunia pada umur 29 tahun.

4 comments:

syia said...

alhamdulillah dah terpisah akhirnye.. nanti boleh la masing2 hidup happy.. :)

Anonymous said...

salam...doc,sy nk tanyer skit la doc..leh ker kite yg family history xde yg twin,pastu nk dpt anak kembar???kalo bleh cmne caranyer?? thx...

Dr Azwan said...

syia : yang tak terpisah pun bleh kahwin sambai beranak2 cucu... inikan yang dah berpisah... :)

anonymous : boleh - saya pun tak tahu caranya. Kalau saya tahu, saya nak jugak anak kembar, 5x beranak kembar 3 dah boleh tutup kilang... kekeke

nina said...

salam doc,
ada tak kenal pasangan kembar lelaki berumur 8-11 tahun yg minat berlakon?sy nak cari pelakon drama utk 26 episod..if doc ada kenalan bgtau ah sy..nie numbe sy 017-6574036

Related Posts with Thumbnails