Tuesday, February 26, 2008

SAWAN DEMAM DAN PERAWATANNYA

Assalamualaikum...

Apabila anak anda mengidap demam melebihi 39 darjah celcius anda tentu risau sekiranya mereka boleh terkena sawan demam atau febrile fits. Apatah lagi sekiranya anak mengalami kekejangan di hadapan mata, ramai yang tidak tahu berbuat apa-apa, menjadi panik ataupun hanya menangis. Lebih teruk lagi sekiranya ada pulak yang pengsan. Mungkin artikel ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk menghadapi situasi ini.

Rujukan saya adalah daripada Malaysia Clinical Practice Guidelines yang disusun oleh Pakar Paediatrik Malaysia diketuai oleh Dr. Hussein Imam - Ketua Institut Paediatrik HKL.


Apa itu Sawan Demam atau Febrile Fits?

Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Diagnosis sawan demam diberi sekiranya tiada bukti bahawa terdapat masalah di dalam otak ataupun masalah metabolik di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah sawan berlaku.

Secara mudah, ini bermakna, sawan demam didiagnos apabila masalah-masalah di dalam otak seperti jangkitan atau masalah di darah seperti kekurangan garam tertentu telah diambil kira.

Sekiranya sawan berlaku sebelum umur 3 bulan atau berlanjutan selepas 6 tahun, maka ia bukan dikira sawan demam. (Semasa saya medical student dulu, kami di ajar sawan demam berlaku di antara 6 bulan - 6 tahun - lebih mudah hendak dihafal)

Apabila demam menjadi terlalu tinggi, ini akan mengganggu aktiviti otak dan menyebabkan sawan berlaku. Sawan bermaksud keadaan di mana kanak-kanak itu akan tidak sedarkan diri, mengalami kekejangan badan dan kaki, mata hitam akan memandang ke atas (uprolling of eyeballs) , air liur meleleh (drooling of saliva), dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.


Jenis Sawan Demam

Terdapat dua jenis sawan demam. Saya terjemahkan sebagai Sawan Demam Biasa (Simple Febrile Fits) dan Sawan Demam Kompleks (Complex Febrile Fits).

Sawan demam biasa adalah singkat, hanya satu episod sawan sahaja setiap kali demam dan terjadi kurang daripada 15 minit. Manakala Sawan Demam kompleks adalah berpanjangan, lebih daripada 15 minit dan terjadi berulang-ulang di dalam satu episod demam.


Adakah Sawan Demam Boleh Berulang-Ulang ?

Ya, sawan demam boleh terjadi berulang-ulang. Untuk anak anda yang baru pertama kali terkena sawan demam atau sering terkena sawan tetapi tidak pernah diperiksa adalah lebih baik sekiranya anak anda di bawa ke Hospital kerana beberapa pemeriksaan dan pemerhatian perlu dilakukan.

Risiko sawan yang berulang-ulang boleh berlaku sekiranya :-

1. Sawan pada umur di bawah 15 bulan

2. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang mempunyai penyakit epilepsi

3. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang pernah kena sawan demam dahulu

4. Terkena sawan demam dengan suhu di bawah 40 darjah celcius

5. Jarak masa demam dan terkena sawan demam adalah singkat

Ini semua adalah faktor risiko dan mereka yang mempunyai satu atau dua faktor risiko di atas akan kemungkinan mengalami 10% (1 di dalam 10) kes sawan yang berulang. Tetapi, satu kajian menunjukkan sekiranya semua risiko di atas ada, maka risiko sawan berulang adalah 100%.


Adakah Sawan Demam boleh Menyebabkan Epilepsi?

Epilepsi adalah sawan yang tidak mempunyai sebab yang jelas. Ia adalah impuls elektrik yang tidak menentu dikeluarkan oleh sel otak yang mengalami masalah mungkin sejak lahir atau di sebabkan kecacatan contohnya selepas kemalangan jalan raya atau trauma.

Tidak ada persetujuan umum oleh pakar tentang samada boleh atau tidak sawan demam akhirnya menjadi epilepsi. Apa yang boleh dikatakan ialah terdapat kajian yang menunjukkan bahawa 2% - 7% pesakit yang mengalami sawan demam akhirnya mendapat sawan akibat epilepsi. Dan 10% - 15% pesakit yang menghidap epilepsi pernah terkena sawan demam semasa hidup mereka.

Tetapi kajian lebih menujukkan mereka yang mempunyai sawan demam berkecenderungan mengalami epilepsi adalah mereka yang sering terkena sawan demam kompleks, sawan yang lebih daripada 3 kali di samping sejarah keluarga terdekat yang menghidap epilepsi.


Apakah Masalah Yang Akan Berlaku Kepada Anak Yang Demam Sawan?

Mengikut 2 kajian, mereka yang terkena demam sawan tidak akan mengalami masalah apa-apa dan akan membesar seperti kanak-kanak normal. Di dalam satu kajian di antara sawan demam biasa dan sawan demam kompleks, mereka yang mengalami sawan demam biasa dan sawan demam kompleks juga tidak menunjukkan apa-apa perbezaan di dalam pembelajaran.

Malah, ada satu kajian yang menyatakan mereka yang mengalami kes demam sawan mempunyai akademik yang lebih cemerlang daripada kanak-kanak yang normal !!

Huuhh!.. Ayat kontroversi nih... nanti ramai pulak mak ayah kat Malaysia yang nak anak mereka sawan demam...


Adakah Anak Anda Perlu Masuk ke Wad?

Mengapa anak anda harus ke Hospital? Ini adalah kerana supaya doktor dapat memeriksa dan memastikan bahawa anak anda tidak menghidap MENINGITIS atau jangkitan selaput otak.

Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk MENINGITIS dan perlu diingatkan MENINGITIS boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.

Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang terkena sawan demam akan bangun dari sawan dan bermain seperti biasa, berlari dan tidak menunjukkan tanda-tanda seperti lesu atau lemah. Mereka tidak perlu bermalam ke dalam wad. Cukup sekadar pemerhatian di wad pemerhatian selama 6 jam sahaja.

Sedangkan MENINGITIS, anak anda akan demam berpanjangan, lemah, muntah, menangis tak henti-henti dan di dalam kesakitan. Di dalam kes ini pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan dan anak anda akan ditahan di wad.


Apa Yang Perlu Anda Lakukan Ketika Anak Anda Mengalami Sawan Demam?

Sebelum Sawan

1. Ibu bapa boleh mengawal sawan demam dengan mengawal demam mereka. Ini adalah berkesan dengan cara mengelap anak yang demam dengan tuala yang basah daripada air paip atau air yang suam sedikit (jangan gunakan ais kerana ia boleh menyebab hypothermia).

2. Beri anak minum ubat seperti sirap paracetamol atau sirap neurofen (brufen)

3. Boleh beri satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam (ambil salah satu samada melalui mulut atau punggung).

4. Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal. Pakaian tebal boleh menaikkan lagi suhu. Buka pakaian anak dan letak di bawah kipas. Lap dengan air paip ke seluruh badan.

Ketika Sawan

1. Jangan Panik. Cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku.

2. Longgarkan segala pakaian.

3. Jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah.

4. Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan.

5. Lap apa-apa yang lendiran atau air liur yang keluar dari mulut.

6. Duduk bersama anak anda sehingga sawan tamat.
Setelah Sawan

1. Baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ini akan mengelakkan daripada muntah atau lendiran masuk ke dalam paru-paru.
2. Jangan beri anak anda minum ubat atau air, atau makan sekiranya anda tidak pasti anak anda telah sedar sepenuhnya.

3. Bawa ke klinik atau hospital. Biasanya doktor akan masukkan rectal diazepam 5 -10 mg untuk mengelakkan terjadinya sawan demam daripada berulang atau sawan yang berpanjangan.

4. Masuk ke wad sekiranya perlu.
Wallahu A'lam.

67 comments:

Anonymous said...

menariknyer isu psl sawan...alhamdullilah anak pompuan saya selama nih takde sawan lg wpun demamnyer kdg2 mencecah 40oC. saya cume nak tanya Dr hypothermia ni ape sbnrnyer? sbb dulu ms anak saya demam saya ada lap jgk ngan ais nih...skang dh tau br saya akan lebih berhati2...

Anonymous said...

hari ni baru sya tau sbnrnya fits dgn epilepsi itu adalah berbeza

Anonymous said...

saya nak tanya sikit. Anak saya kena sawan right after saya mandikan dengan air biasa and saya pakaikan pampers je pastu baringkan depan kipas. Adakah dia kena sawan sbb penurunan suhu secara mendadak?

Pnut said...

Doktor, thanks bagi penerangan..lega dengar penjelasan doktor, Insya-Allah slps usia 7 tahun ni harap tidak akan berulang...

and pasal kajian anak kena sawan ni lebih cemerlang akademik tu mgkn ada benarnya, anak saya jenis terang hati budaknya, mudah faham dan belajar sesuatu perkara. Mgkn ada hikmah sebalik apa yang dia pernah lalui dulu...(dia lahir tak cukup bulan, 30 minggu sahaja dalam kandungan)

Dr Azwan said...

anonymous : hypothermia ialah suhu yang rendah. Suhu yang tinggi adalah bahaya tetapi suhu yang rendah juga bagi kanak-kanak adalah lebih merbahaya. Boleh membawa maut.

ej : fits itu adalah sawan secara umum. Epilepsi adalah fits tetapi tidak ada penyebab yang tertentu. Sawan demam adalah fits tetapi disebabkan oleh terlalu panas.

anonymous 2 : saya tak pasti. Next time kena bawa periksa doktor. Mungkin ada sebab lain.

pnut : terima kasih. Kalau pnut tak komen dalam chat, entah-entah tak siap agaknya artikel sawan demam ni :)

Anonymous said...

Terima kasih atas penerangan...
Memang sama dengan apa yang saya fahami sebelum ini...

Tapi bab yg doktor kata "Malah, ada satu kajian yang menyatakan mereka yang mengalami kes demam sawan mempunyai akademik yang lebih cemerlang daripada kanak-kanak yang normal !!"

hehehe...rasa cam menguntum nguntum senyum eheheh...sebab anak saya baru-baru ni semasa umur beliau setahun setengah dia di serang demam sawan.Macam biasa tiada keturunan sawan...suhu dia 40.8 sebelum 5 minit kemudian dia di serang sawan.(keadaan berlaku dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari klinik..suhu didetect oleh doktor paed di klinik tersebut)

Dr Azwan said...

caps : minta sampaikan kepada yang lain. ok?

Anonymous said...

Doc, kalau ada artikel psl autisme, tolong siarkan coz anak saya disahkan autistik.....tolong...

Dr Azwan said...

Child psychiatry nih saya tak berapa pandai. Tapi saya akan cuba. Thanks ima.

zafranss said...

dr azwan,, saya medical student 4th year,, saya amat berminat mengenai medical related articles yang doc tulis,, kalu di izinkan,, leh saya copy n paste kat student group di uni saya.. all d best n keep it up dr azwan :)

Anonymous said...

assalamualaikum dr azwan..saya amat tertarik dengan artikel dalam blog doktor..dan sangat membantu...boleh tak saya muatkan dalam blogs saya??

Anonymous said...

Assalamualaikum.... anak sy sekarang berumur 3 tahun.. sejak 6 bulan sehingga 3 tahun telah 4 kali diserang sawan apabila demam...serangan swan pada bulan Dis 2007.. hampir 2 minggu sy di Hospital Selayang..apabila anak saya diberi 10 ml antibiotik demam akan turun tetapi jk dr memberhentikan antibiotik anak demam semula. Dr. menukar antibiotik kepada yg lebih kuat klu x salah saya antibiotik Zennith...alhamdullilah anak sy sihat...mengapa antibiotik pertama tidak berkesan?mengapa perlu diberi antibiotik yg lebih kuat? serangan pada Januari 2008, tidak menunjukkan tanda-tanda demam..serangan berlaku ketika anak sy menonton TV. mengapa?

Dr Azwan said...

Nama antibiotik itu ialah zinnat atau nama saitifiknya cefuroxime. Antibiotik pertama tidak berkesan, ada saya tuliskan sebabnya pada artikel saya ttg antibiotik harimau yang kehilangan taring. Cuba puan search.

Jika terjadinya sawan tidak disebabkan demam, maka boleh terjadi sebab sebab lain. Antaranya garam mineral di dalam darah yang tidak seimbang, jangkitan otak (biasanya demam juga) atau epilepsi. Epilepsi ialah satu keadaan di mana sawan berlaku akibat masalh impulse di dalam otak. Ada sedikit kaitan yang mana sawan demam yang mengakibatkan epilepsi sebagaimana yang saya tulis di dalam artikel saya. Apa pun, sawan epilepsi adalah diagnosis setelah segala kemungkinan lain telah diambil kira.

Anonymous said...

Tq Dr. slps sy bc artikel Dr ni,br la sy tau serba sedikit tentang demam sawan. Ank buah sy sblm ni penah demam,tibe2 je die kejang2. sy x tau nk wt cmne,nangis jela sbb takut. family sy pn x penah alami situasi demam sawan.utk pengetahuan,ank buah sy aktif sgt n blh dikatakn cerdik sbb mudah belajar sesuatu yg br. usia br je 2 thn.

Dr Azwan said...

Itu lah demam sawan. InsyaALlah tak der apa-apa. DIa boleh kena demam sawan samapi umur 6 tahun

Anonymous said...

Artikel tuan doktor amat baik untuk semua pembaca.
Artikel tuan adalah benar berdasarkan pengalaman saya sendiri dan anak saya yang pernah mengalami sawan.

Alhamdulillah masalah dapat diatasi dan sembuh hingga sekarang dengan mengamalkan beberapa kaedah alternatif.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr
Saya nak tanya dr,anak saya berumur 2th 10 bln,baru2 ni ada demamlah tapi saya tak pegi jumpa dr,saya bag ubat demam dan batuk yang berbaki,tapi ubat tu tak melebihi 6 bulan lah,demam dan batuk dia ok,lah.sblum tu untuk pengetahuan dr anak saya bila batuk memang ia akan muntah dua tiga kali jugak lah.Namun kini selepas dia sembuh demam,dalam bberapa hari dia demam la plak,walaupun panas badannya ikut saya rasa tak lah berapa panas mana,tapi gi check dr terkejut saya dengan darjah kepanasannya 39.++++.skrang panasnya dah ok.batuknya masih ada. dr kasi antibiotik co-amoxiclav,pagi td semasa dia masih tidur saya nampak badannya ada kejutan2 dijari,kaki pinggangnya,adakah petanda ini sebenarnya.harap dr dapat beri penjelasan.disamping itu selepas membaca artikel dr mengenai antibiotk saya agak gusar nak bg anak antibiotik.

Anonymous said...

Salam dr Azwan

Saya seorang ibu kepada anak berusia 9 bulan, setakat ni br sekali anak sy demam, tu pun berjangkit dr sy dan husband,kalu kena inject pun anak sy x demam...saya nk bg 1 petua utk elak anak demam..kalau masih menyusu bdn (ataupun dlm pantang ) ibu perlu banyakkan mkn buah oren,kurangkan jamu, selain bg vit C pd anak, ibu pun cpt slim...klau anak dah blh mkn, selalu cmprkan jus oren dlm mknn anak...sy dah praktikkan cara ni, alhamdullilah, anak sy jarang sakit, makin aktif dan bijak....

Anonymous said...

salam doc...saya nak tanya, betul ke kalau anak terkena sawan demam ni kita mandikan jer dia dari kaki ke kepala?

zalina said...

salam doc,
betul ke kita kena mandikan anak yang kena sewan demam ni?tq

Anonymous said...

salam doc,
betulke kita kena mandikan anak yang kena sawan demam ni?

zalina said...

salam doc,betulke kita kena mandikan anak yang demam sawan?

Anonymous said...

salam semua,

anak saya ketika itu berusia 1 thn 3 bln, kena sawan demam 3x dlm masa kurang dari 4jam. 1x di rumah, 1x di ER dan finally di ward. bermalam 1 mlm di ICU dan IMR dilakukan and -ve miningitis. sejak itu di rumah sentiasa ada valteran sup and termometer digital. perasaan masa tu? hanya Allah yg tahu .. demam panas yg mendadak .. i was so naive masa tu tak byk info tentang demam

Aida Alias said...

salam dr

kalau menangis/terjatuh kemudian tiba2 kak dan tangan kaku.. macam kejang seluruh badan.. tapi takde berliur.. dan sukar bernafas. berlaku dalam 2 minit.. itu jugak sejenis sawan ke? Sebab anak saya dulu mas berumur kurang setahun kerap kena. sekarang dad 2 1/2 thn kurang sikit. Tapi masih ada sekali sekala.

Anonymous said...

salam dr azwan

artikel mengenai sawan dari dr amat berguna bagi saya. sebenarnya anak saya baru sihat dari demam seminggu yang lalu. suhunya tidakla setinggi 40 C tetapi hanya 38.5 dan kena sawan demam di dalam buaian semasa tidur. saya sungguh panic dan terus ke wad kecemasan. tetapi anak saya tidak terberak, kencing dan tiada air liur yg meleleh. alhamdulillah, dia berterusan memakan antibiotik yg diberikan dan saya berdoa agar sawan demam tersebut tidak berulang sekali lg. saya lihat dia semakin aktif dan boleh menutur lebih 4 patah perkataan sekarang!!(berumur 1 thn 9 bln).

siti aisyah said...

assalamualaikum Dr....
saya nak tanya sket kenapa bila seseorang kanak2 tu tengok tv terlalu lama boleh terkena serangan sawan

siti aisyah said...

sawan yang disebabkan oleh suntikan vaksin tu apa ye?
apakah kandungan dalam vaksin tu yang boleh sebabkn sawan?

Anonymous said...

assalamualaikum dr....
anak saya baru je keluar ward hr rabu lepas.. coz kena sawan demam n jankitan kuman dlm drh..
ni second time dia kena sawan..yg 1st 2mgu lepas..
rasa takut n panik masa kejadian..
alhamdulillah xde ape2..
n thanks dgn aricle yg dr tulis ni..sgt membantu..next time kalau dia demam lagi insyallah dh au ape yg perlu dibuat...

Anonymous said...

bulan januari hari tu anak saya yang bonsu berusia 11 bulan telah diserang demam dan fits ni. kira baru pertama kali la dlm keluarga saya. daripada demam tetiba nak dekat tgh malam dia jadi tak sedar diri, mata tak berkelip, bila dipanggil pun tak sedar. ada lah dlm 5 minit. lepas tu dia terus muntah. suhu badan dia panas sgt. lebih dr 41 darjah celcius. on the way saya nak ke klinik, dia dah 'terberak' macam cirit. punyalah panik kami sekeluarga.risau coz tak pernah berhadapan dgn situation cenggini. saya ada 4 org anak, yg sulung dah masuk 7 tahun. ini baru pertama kalai anak kene sawan. bwk gi klinik diorg suruh g spital. g spital kene tahan wad 3 hari. (biasalah tu kan)doktor ckp dlm urine dia ada kuman bakteria. cenggitu le. tapi yang saya hairan, hari anak bongsu saya nak keluar, anak ke 3 saya pula kene sawan ni. dia mmg demam. pagi tu dia tgh sarapan sambil menonton tv tetiba mata dia terbuntang. panggil pun dia tak sedar. saya jadi panik gila. tapi sbb baru lg terjadi, saya dah tahu nak buat apa. kami turunkan suhu badan dia dgn cara mengelap badan dia terus dgn air. alhamdullillah, dlm tak sampai 10 mnt dia dah ok. tapi lembik la. tapi yg ni takde muntah or cirit.
selps saya baca huraian doktor mengenai fits ni baru saya faham. sblm ni keluarga saya ingat kene sampuk! hantu kacau! kelakar kan. inilah, org melayu....

Anonymous said...

saya mempunyai 3 org ank.br2 ni ank bangsu saya yg berusia 14bulan telah demam panas sebanyak 2x.saya telah membawa ank saya ke hospital.tetapi ank saya x nak tinggal di hospital.setiap kali saya letak dia di atas katil dia akan menangis sehingga la saya mendukungnya br la dia berenti menangis.saya terbaca artikel ini saya rasa berpuas hati sekurang2nya saya dapat belajar bagaimana untuk merawat ank ketika dia terkena sawan.TERIMA KASIH PENULIS BLOG.

NoorGie said...

salam dr
thanks tentang penerangan isu sawan semasa demam ni
buat pengetahun dr anak saya telah terkena 3 kali serangan semasa usia setahun, setahun setengah dan terbaru, hari khamis lepas dan usianya sekarang 5 tahun...semasa serangan sawan t-pyg terbaru, jangkamasanye adalah lebih kurang 5 minit...dan saya basahkan badan dan masukkan ubat bontot tu la...saya nak tahu adakah perlu untuk saya membawa dia untuk rawatan @ pemeriksaan lanjut?

Dr Azwan said...

apa-apa sawan kena buat pemeriksaan lanjut. Terutama kalau sawan kompleks, lebih dari beberapa minit. Kalau anak lepas sawan lambat sedarkan diri dan sebagainya sila ke hospital dengan segera.

keena said...

slm dr,
tq coz bg info ni, ank sy dh 3 kali terkena sawan demam ni,last kena 2 hr lepas admit wad 2 mlm, yg first masa setahun lebih 2x, ni kali ke3, ms jadik tu cpt2 sy basahkan muke dia, bdan dia br dia sedar n trus bwk hsptl, sy cume nk tanya dr betulke sawan ni akan berulang shingga baby berumur 6 thn sahaja, maknenye lps 6 thn dia takkan kena demam sawan lg ke?..

biology teacher said...

Dear Doc,
anak saya telah demam almost 5 days dan demamnya tidak kebah..problem utamanya...
dia akan memuntahkan balik semua ubat yang telah di masukkan ke dalam mulutnya..

my question is..
adakah ubat VOREN suppository 12.5mg tidak berbahaya sekiranya di gunakan selalu?
kerana ada seorang Doctor telah menyarankan saya supaya tidak selalu menggunakan ubat ini kerana mungkin boleh menyebabkan masalah buah pinggang kesan dari ubat VOREN ini..
adakah statement doctor yang saya refer ini benar?
untuk lebih kepastian...
tqvm Doc..

Anonymous said...

dr.terima kasih for the info , cuma nak tanya kenapa dr. ambil air kencing bila anak saya sawan? dia kena first time , tak lama dan memang jadi yang simple tu, tapi pas tu dia masih deman dengan suhu yang tinggi, adakah sawan boleh jadi lain dari sebab suhu badan yang panas?

Unknown said...

sy ingin bertanya tentang adik sy..dia skrg brumur 23 thn..pada tahun lepas dia mengalami kemalangan dan mengakibatkan kecederaan yang teruk dikepala..alhamdulillah selepas itu dia ok sudah setahun lebih dia tidak ada apa2 masalah tetapi baru2 nie dia mengalami sawan yang teruk sehingga terpaksa di masukkan ke ICU..sy ingin tahu apakah puncanya ataupun adakah perkara ini akan berulang lagi..apakah jalan penyelesainya?

Anonymous said...

apakah kaedah alternatif tsebut?

Unknown said...

assalamualaikum doktor,,
saya mempunyai sepasang anak saudara kembar. si adik sering mengalami sawan apabila dia demam dengan mengejut. seperti kes pada pagi ini. semalam, dia hanya menunjukkan reaksi seperti batuk2 dan muntah, suhu badan normal hingga pkul 4 pagi, suhu badannya naik mendadak. kemudian dia kekejangan dan tdk sedarkan diri untuk tempoh yg agak lama. sering kali kejadian ini berulang dan dia sekrang sudah menjangkau umur 2 tahun. sepnjg tmpoh 2 tahun, dia telah mengalami 4 kali kes deman sawan nie. adakah demam sawan ini akan berlanjutan sehingga dia mencecah umr 6 tahun? kerana ia sungguh menakutkan bila melihat keadaan dia x sedarkan diri? adakah kemungkinan jika tindakan lambat diambil kami akan kehilangan dia? adakah demam sawan ini boleh menyebabkan kematian? boleh x doktor bagitahu bagaimana untuk menangani kes seperti ini jika ia berlaku pada lwt pagi seperti ini jika saya menghadapi kesukaran untuk menghantarnya ke hospital?

Unknown said...

Salam doktor. Sy nak tanya sikit. Anak sy kene demam sawan. Bl dah dibawa ke hospital dok bg tau terdapat kuman dlm darah anak sy. Jd dok nak ambil air tulang belakang utk pastikan lebih detail kuman yg tetdpt pada anak sy. Adakah bila air tulang belakang diambil, anak sy akan mengalami kesan sampingan yg teruk. Tolong jawab soalan sy nie. Sy dah confius.

nurmelis said...

salam dr..anak sy berusia 4 bulan lbh.pertama kali kena sawan pd 30hb sept lps.bdnnya mcm menggigil,mata ke atas.slps check doc sahkn x dmm ttp perlu pantau ank sentiasa.selepas kejadian tu,bile bgun tdo je msti die akan mengeraskn bdnnya dan merah mukanya.sy akn cpt2 sedarkn die ms tu.tiba2 hr ni die buat lg yg mcm sawan pertama kali hr tu.n mlm ni pun berlaku lg.adakah die mengeraskn bdnnya tu adalah tanda2 die menghidap sawan?suhu badannya normal,tdk menangis.terima kasih dr.

Anonymous said...

..hari ini hari ke-5 anak kena fits disebabkan demam, anak saya beumur 6 tahun dan pernah kena fits masa umur 3 tahun..kejadian berlaku dirumah pengasuh jam 5:20 ptg dan sya bergegas dari office terus ke rumah pengasuh. Kemudian di bawa ke hospital sbb saya "takut" dan kesiankan anak itu.Check hingus anak positif Influenza A..dekat seminggu gak dia selsesam dan batuk.dan malam sebelum kejadian dia mengadu sejuk, sya check suhu confirm demam suhu 38 degree..Then Xray mendapati terdapat pneumonia .sya pon tak paham mcm mana boleh kena penumonia..flu dan batuk ni kot yg mebawa kepada demam dan seterusnya fits. Harap selepas 6 tahun tak kena lagi..ameen...ini anak yg ketiga 3 tahun tgh demam mcm kakak dia jua..Veron mmg ada stock di rumah dan si kecik ni pon ada history fits gak..so maintain je lah suhu badan dia.anak saya 39 degree pon dah kena..skrng ni saya tgh letih dah berapa hari tidur tak lena..sbb kena monitor suhu...:)

hasbul said...

assalam dr... saya ayah kepada anak sulung dn yg pertama... br nie anak sy telah demam panas dn mengalami sawan. dan dimasukkan ke wad selama 2 ari...suhu 39... hanya berlaku sekali sahaja sehingga ke ari nie...(7hari)tetapi selepas 5 hari anak mengalami mcm kepala tarik ke kiri atau kanan sy tk pasti terkejut dn takut tngok anak mcm tu... dlm sejarah keluarga tiada yg pernah mengalami sawan demam... anak mcm tarik kepala tersebut dua tiga kali sahaja dalam masa singkat dan berhenti anak seperti sediakala senyum dan bermain semula (24 jam 2 kali berlaku) ...sewaktu terjadi seperti itu anak tidak deman..saya amat2 memerlukan penjelasan dan penerangan daripada doktor...

Unknown said...

Anak umur 1thn pertama kali kena sawan.umur5thn kena lg sawan slps pulang dr tadika.ubat sumbat buntut blh ke guna 4jam skali?apa kesan sampingan?

tinaexora said...

Assalam.. dr. Dari pengalaman saya..anak sulong lelaki saya penah kena demam sawan ni semasa usia 2thn lebih..masa tu waktu magrib badan dia panas sgt..jadi saya dgn suami nak bwk ke klinik berdekatan rumah tp klinik tutup..pastu gi klinik sana tutup..klinik sini pun tutup..masa tu cubaan buat saya dan suami terlalu mencabar..sedangkan anak saya dah tak sedarkan diri..dgn mata hitam ke atas..akhir sekali pergi terus ke hospital..sampai sana staf hospital rawat anak saya dgn segere..dia ditahan wad 2minggu.. lepas dari kejadian tu..bila dia dah bersekolah rendah..anak saya taknak berinteraksi kat skola langsung..ckp pun taknak..sampaikan saya berulang 3 kali ke hospital sbb guru kelas dia suruh saya amik surat mengatakan anak saya ni autisme.. masalahnye sekarang kat rumah dia nak berckp tp di skola langsung tidak..sampaikan terpaksa jlnkan ujian kat rumah utk melihat tahap IQ anak saya..mcm tu sekali..saya tak amik pun surat hospital utk sahkan anak saya OKU.. memang betul kelebihan anak saya pandai dlm Matematik..tp suruh membaca pun lancar..cuma sampai sekarang ni bila cikgu suruh membaca kat skola dia taknak baca..dia suka senyap diskola..kira anak saya ni kategori autisme ke doktor?

Anonymous said...

as salam doc...tq f the info..it's very meaningful for me..anak saya skang berumur 2 tahun dan pernah mengalami sawan demam dan saya difahamkan pun keluarga sebelah suami ada yang mengalami sawan ni ketika kecil tetapi bila dah dewasa Alhamdulillah tiada..so far Alhamdulillah anak saya seorang yang aktif dan kebijaksanaannya itu Alhamdulillah mula terlihat..namun,saya sentiasa mendoakan anak saya tidak akan mengalami sawan ni lagi in future sebab naluri seorang ibu yang tidak sanggup melihat anaknya dalam keadaan sedemikian..tq for info doc..semoga Allah merahmati kehidupan doc..

Anonymous said...

Salam dr...terima kasih sebab share info.Amat berguna unt sy yg mmpunyai ank yg pernah alami sawan..terima kasih..

Rain_ayim said...

Doc sy nak tanye ank sy umur 5bln stgh rabu lpas inject untuk 5bln keesokan lpas asar die mcm kne sawan tarik tapi die tak demam..tp tak smpai smnit pon..smpai ari ni sehari kne 3 kali tapi skjp tak smpai sminit...adakah ini kesan smpingn dr injection tu?

Unknown said...

bole kongsi xkaedah yg dgunakn..

Unknown said...

bole kongsi xkaedah yg dgunakn..

Unknown said...

Doktor boleh jelaskan ubat sawan Sodium Valproate dan phenytion Sodium. Apakah kesan buruk dan kesan baiknya jika di beri pada anak yang mempunyai sawan? Adakah ubat itu selamat di gunakan atau merbahaya? pada anak keci yang berumur 2tahun 8bulan.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum doktor.
Anak saya start kena demam sawan masa umur 3bulan dan kini umur anak saya 2tahun 8bulan. Sebelum ini anak saya sawan di sebabkan demam tapi ini kali pertama anak saya baru2 nie kena sawan tanpa demam. Pukul 1am dia tengah minum susu tiba2 muntah dan pandang satu arah saja.. tangan dan kaki tak kejang, saya angkat mengiringkan dia ke arah kiri dan basahkan seluruh badannya dan dia masi sawan, hingga bawa pegi hospital.. doktor check tiada demam so masa kena sawan pukul 1am tapi kemudian baru kena demam masa pukul 4.30am. Anak saya di masukkan ke icu di sebabkan nafas dia agak lemah. Doktor da buat scan otak, check saraf otak dan check darah Alhamdulillah takda ape dan ok. Tapi kali nie doktor beri ubat untuk kawal atau mengurangkan sawan anak saya. Nama ubat yang di beri Sodium Valproate untuk tempoh 2tahun dan Phenytion Sodium untuk 2minggu. Doktor boleh jelaskan pada saya.. Adakah ubat itu sesuai di beri pada anak saya dan apa kesan baik dan kesan buruk pada anak saya? adakah ubat itu selamat atau merbahaya pada anak saya? Harap doktor sudi membantu dan jelaskan. Sebab saya agak risau dengan ubat yang di beri kerana ada kata ia boleh merosakkan hati dan lain2 lagi. Terima kasih doktor.

Unknown said...

T.ksh doktor. Info sgt berguna kpd sy n suami. Ank bongsu kami, tlh dserang sawan demam semasa berusia 8 bulan. Dan skrg usianya sudah 2 thn, sdh 4 kali terkena sawan demam termsk serangan yg pertama. Semua serangan sawan demamnya akibat demam dan suhu badan yg tinggi. Amg serangan sawan demamnya akan hilang seiring peningkatan usianya.

Unknown said...

nurmelis.kes anak kita ni sama.apakah tindakan awak dan mcamana dgn anak awak skrg?

Unknown said...

Hypotermia tu suhu yang kurang/rendah dari bacaan normal.

Unknown said...

Hello...anak saya terkena Sawan demam Dari umur 2thn lebih Dan sekarang umurnya sudah 4 tahun.sudah 6 Kali kena Sawan demam Dari umur 2thn lebih sampai 4 Thun.adakah ini Sawan yg biasa?anak saya selalu bengkak tonsil Dan dokter cakap tonsil menyebabkan anak saya demam.mcm mana mengawal agar tonsil anak saya x kerap berlaku bengkak atau sakit..TQ..

Unknown said...

Hello...anak saya terkena Sawan demam Dari umur 2thn lebih Dan sekarang umurnya sudah 4 tahun.sudah 6 Kali kena Sawan demam Dari umur 2thn lebih sampai 4 Thun.adakah ini Sawan yg biasa?anak saya selalu bengkak tonsil Dan dokter cakap tonsil menyebabkan anak saya demam.mcm mana mengawal agar tonsil anak saya x kerap berlaku bengkak atau sakit..TQ..

Anonymous said...

Hello.. just my 2cent opinion.. nk sy pernah kena tonsil.. sy bg makan ais krim vanilla.. sgt membantu untuk percepatkan tonsil dia hilang...

Prihatin said...

assalam dr azwan. anak saya pertama kali kena sawan pada umur 12 tahun selepas demam pada sehari sebelumnya. pemeriksaan awal di hosp mengesahkan anak saya bukan meningtis. tp doktor masih ragu2 sebab pada umur 12 tahun anak saya baru terkena sawan. so mereka suapect sebagai epilepsi. selepas 6 bulan, anak terkena sawan lagi sekali selepas demam sehari sblmnya.. kami sekelurga risau tak tau nak kata apa.. persoalannya, adakah situsasi ini merbahaya ? keputusan eeg normal.

Prihatin said...

assalam dr azwan. anak saya pertama kali kena sawan pada umur 12 tahun selepas demam pada sehari sebelumnya. pemeriksaan awal di hosp mengesahkan anak saya bukan meningtis. tp doktor masih ragu2 sebab pada umur 12 tahun anak saya baru terkena sawan. so mereka suapect sebagai epilepsi. selepas 6 bulan, anak terkena sawan lagi sekali selepas demam sehari sblmnya.. kami sekelurga risau tak tau nak kata apa.. persoalannya, adakah situsasi ini merbahaya ? keputusan eeg normal.

Prihatin said...

boleh share tak alternatif yg bagaimana ye

Cik Pn Desa said...

Assalamualaikum doktor.anak saya baru berusia 5 1/2 bulan.baru2 ni dia baru kena sawan separa tiba2. Tp seminggu sblm kena sawan dia mengalami demam selsema n batuk berkahak.dan kali ke 2 dia kena sawan disebabkan suhu berbahang (tempat penjual ikan bakar).adakah ini febrile seizure atau disebabkan sawan lain yg tidak diketahui punca.saya masih tidak dapat membuat weh utk saya.utk pengetahuan doktor anak pertama saya dahulu Alami perkara yg sama tetapi hantar skali sahaja.ada buat eeg dan rawatan ubat selama 2thn.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Doktor saya ingin bertanya,anak saya terkena sawan ketika demam panas dalam tempoh 4 tahun,kena 3 kali..adakah ini termasuk dalam golongan epilepsi?adakah keperluan ubat epilim diberikan..saya keliru

hidayah.ida said...

Assalamualaikum... anak saya pernah kena sawan kali pertama. Kali ke 2 sawan di hadapan doktor. Setelah tiada tindakan untuk menurunkan suhu diambil. Saya bawa anak saya sebelum sawan dan mencerita sejarahnya sebelum ini. Tapi tiada tindakan doktor tersebut ambil.apabila dah kena sawan.tiada report dikeluarkan oleh doktor terbabit. Jarum dicucuk semasa anak masih belum reda sawan ye. Ujian refleks dilakukan sewaktu tangan dan kaki anak masih biru. Apa tindakan yang patut saya ambil bagi doktor sebegitu? Mereka menyatakan sawan ni biasa dan tidak bahaya. Tolong bantu saya doktor.

MN said...

nurmelis.. anak saya pun hadapi situasi yang sama.. boleh bantu saya..

Related Posts with Thumbnails