Tuesday, February 12, 2008

Saya menang wang tunai RM 20,000!

Assalamualaikum Warahmatullah...

Alhamdulillah, berkat rezeki anak keempat yang baru sahaja lahir iaitu Irfan Auzaie, saya baru sahaja memenangi wang tunai sebanyak RM 20,000! Anda tentu nak bagitahu bagaimana saya memenangi hadiah ini.

Dalam 2 minggu yang lepas, saya ke Tesco Ampang untuk membeli lampin pakai buang jenama Drypers. Memang saya gunakan jenama ini untuk keempat2 anak-anak saya. Saya pergi berseorangan maklumlah isteri saya baru sahaja lepas melahirkan anak. Saya biasanya beli sekaligus. Saiz XXL, XL, L dan S. Oleh kerana ketika itu Tesco Ampang membuat jualan murah untuk jenama ini saya pun ke sana.

Namun, seperti biasa, apabila sampai sahaja, ternyata saiz XXL dan XL sudah habis dijual. Maklumlah murah sehingga RM 9 setiap satu. Mestilah orang dah habis sapu semuanya.

Saya pun dengan muka yang sedih singgah ke T.S. Mega Cheras. Ia adalah pasaraya di Cheras yang agak hampir dengan rumah. Saya pun sapu 2 unit Drypers saiz XXL dan 3 unit drypers saiz XL dengan harga yang sama. Takde potongan harga.

Kami tak sentuh pun lampin itu kerana masih ada sedikit lagi baki yang lepas untuk digunakan. Mungkin seminggu lepas itu, baru isteri saya perasan terdapat peraduan yang dijalankan oleh diapers khusus untuk saiz XXL dan XL.

Peraduan itu ialah apabila dikumpul 8 kad tentang panduan cara menjaga bayi oleh ibu bapa yang berlainan, akan mendapat wang tunai RM 20,000. Dan kami dapat ke lapan-lapan kad yang berlainan!. Saya ni jenis yang tak suka masuk peraduan-peraduan kerana saya tak yakin boleh menang. Tapi ini peraduan yang gerenti menang, tak payah nak isi borang atau menjawab soalan dsbg.


Kami dah buat panggilan ke syarikat dan kami perlu ke sana untuk menuntut hadiah. sok InsyaAllah, kami akan ke USJ, untuk menerima wang peraduan tersebut. Harap-harap tak ada yang sukar. Kalau kami masuk TV atau surat khabar nanti (ehemm ehem... ), nantikanlah kemunculan kami... hehe :).

InsyaAllah akan buat aqiqah untuk anak ke 4 ini dalam bulan Mac ini.

14 comments:

Unknown said...

tahniah ya :D

Julia R said...

Tahniah!! rezeki anak2 agaknya

Hasbullah Pit said...

Tahniah Dr Azwan

Anonymous said...

Wah bestnya... rezeki anak2 tu.... Tahniah Dr..

Anonymous said...

tahniah dr azwan...boleh belanja saya makan..hehehe...

Anonymous said...

wah tahniah..sukanyer..murah rezeki dr.

Anonymous said...

salam. azwan sensei, omedetou ya!! alhamdulillah, rezeki anak.

- sazu

Dr Azwan said...

Thank you acik aminbakish, mak farhah, sebol, Rai, putrinian, isteri dan sazu.

Tak dapat lagi sebenarnya, masa datang nak ambik dia kata tunggu peraduan habis baru boleh ambik duit. Tapi dah dapat surat daripada company. Dia kata dah 2 bulan bukak, saya lah org pertama menag. Cepat222222 ada RM60,000 lagi... !!!

Mak farhah : kat negeri russia tuh ada jual drypers ker? hehe

Anonymous said...

waaah..tahniah2!!
rezki anak

mira said...

mak ai.. 8 kad yang berlainan sekaligus? memang tuah betul tu. tahniah dr! :)

pendatang baru. dari blog pakdi :p

Anonymous said...

SAYA SELALU BELI DRYPERS BANYAK2 UTK ANAK. TAK PERASAN PLAK PERTANDINGAN NI. BARU2 NI HAMPIR NAK TERBUANG KAD2 TU DALAM PLASTIK. TAK PERASAN. BARU ADA 4 KAD AJE. BILA LA NAK DAPAT LAGI 4 YA..

Dr Azwan said...

raiyan, mira dan anonymous. Terima kasih :)

Anonymous said...

saya dah 6 kad yang berlainan tapi yg ke 7 dan 8 masih tak jumpa2. Kalau dr. atau orang lain ada kad yg ke 7 dan ke 8 bolehlah buat pertukaran. Mungkin kat Swak kad 1 hingga 6 je kot. Kad 1 hingga 6 saya ada berlonggok. Tahniahlah Dr.kerana memenangi haidah tersebut.

Dr Azwan said...

Bukan kat Serawak sahaja - semua tempat ada kad 1-6 sahaja. 7 dan 8 memang tak jumpa!

Related Posts with Thumbnails