Monday, June 2, 2008

Doktor Si Kambing Hitam






Assalamualaikum.

Saya kadang-kadang geram juga, bila ibu-bapa bawa anak masuk ke dalam bilik rawatan untuk berjumpa doktor, tiba-tiba doktor ini menjadi "figure" yang paling jahat di dunia.

"Ha..jangan nakal, nanti doktor cucuk kat buntut!", kata si ibu.

"Doktor, cucuk budak ni ha... dia tak mahu duduk diam..!" , jerit si ayah.

Persoalannya, adakah perkataan-perkataan yang menjatuhkan reputasi doktor di hadapan kanak-kanak ini akan menyebabkan anak-anak ni duduk diam? haa.. tentulah jawapannya TIDAK!

Kalau dah kanak-kanak namanya gitulah, dia tetap panjat katil, dia tetap bergaduh juga dan tetap mengejek juga. Tetapi apa yang berlaku ialah, perkataan ibu dan ayah telah meresap masuk ke dalam otak kanak-kanak yang seumpama kain putih ini.

Pada pendapat kanak-kanak, doktor ini merupakan insan "terjahat" yang akan mendatangkan kesakitan. Oleh itu apa respon kanak-kanak? Dia akan menjerit, menangis, menjauhkan diri daripada seorang insan bernama doktor walaupun sehensem dan semacho mana sekalipun.. ehem ehem.. seorang doktor itu.

Apabila kanak-kanak menjadi sukar didekati, amat susah lah pula untuk memeriksa dan memberikan rawatan yang sebaiknya.

Sebenarnya, yang takut kepada jarum itu bukannya kanak-kanak itu, tetapi emak dan ayahnya! Sebab, kanak-kanak ada yang tak tahu makna istilah cucuk pun, tetapi yang tahunya ialah emak dan ayah kanak-kanak tersebut. Jadi mereka mengaplikasikan ketakutan yang mereka pernah hadapi sebagai bentuk ancaman kepada anak-anak mereka.

Walhal anak-anak tak faham apa-apa pun sehingga suatu hari dia dicucuk vaksin untuk tujuan imunisasi. Jadi fobia tentang jarum baru difahami. Setelah di api-apikan sejak sekian lama dan bertambah bersemarak dan bersemarak sehingga menyebabkan ketakutan melampau, sudah pasti berjumpa doktor adalah salah satu "fear factor" sehingga terbawa-bawa ke alam dewasa.

Siapa yang menjadi mangsa? Doktor yang dikambing hitamkan seperti saya yang tersengih-sengih menghulur vitamin C tetapi tak dilayan oleh budak kecik. Kesian kaww kaww tahap gaban... waaa...!!

16 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..doc, anak saya tak takut doktor.mungkin klinik panel slalu pegi doktor pompuan kot...dan anak saya juga suka makan ubat terutama ubat demam yg kaler merah jambu tu... :D

Anonymous said...

Salam,

Pernah terlintas "agaknya Dr. ni kecik hati tak kalo cakap camtu" sebab ada juga saya buat 'ugutan' yg sama pada anak2. Abis tu, anak2 memang excited jumpa dr. dan mmg panjat katil, basuh tgn kat sinki, lari sana sini (kalau bilik dr. tu agak luas)...

Jadi in future sy akan cuba elakkan berkata demikian, insyaAllah.

Tapi nak tahu jugak, adakah dr. tidak serabut tgk karenah patient @ peneman patient dari kategori kanak2 ribena buat havoc dlm bilik rawatan?

Kalau ya, ada tak cadangan nak kasi anak tu calm down?

Dr Azwan said...

kumb@ng : Kebanyakan budak2 pun suka kat saya.. ehem.. ehem.. ni mesti insyirah tu kan.

ummi ainun : memang susah gak tuh. Saya pun tak ada idea yang bernas nak dikongsi. Biasanya saya bagi vitamin C dan main2 ngan anak patung. Tu kalau budak perempuan. Tapi kalau budak lelaki entah.. bukan main ganas, tapi bila jumpa doktor nak periksa, nangis bukan main kuat. Ada yang selalu kena cucuk kat hospital, traumatic experience.

mado_ct said...

kesian doc dijadikan kambing hitam kan?? anak saya yang 2tahun lebih ni lelaki... memang la lasak teramat. dalam klinik tu memang tak boleh diam so saya memang bawa gi satu klinik ni ajer yang ada sediakan play room untuk anak-anak. Sampaikan bila dia bosan sangat dia mintak nak gi jumper 'sensei'.Cucuk2 ni biasala...sakit tp anak sy tk heran sangat.

topten2u said...

salam,
saya tak pernah terlintas pun nak kecikkan hati mana2 doctor..tp itu aje modal utk buatkan diaorang ni duk diam.
Tapi memang betullah ckp dr. tu lepas kita takutkan budak2 tu diaorang jd susah utk diperiksa apatah lagi inject.
tapikan dr..saya nak tanya pendapat dr. sikit, apa pendapat dr. ttg orang (tak kira la sesiapa) yg senang sgt keluarkan perkataan/ayat 'mak dia tak pandai jaga' atau 'mak dia tak ajar ke?' bila seseorang kanak2 tu melakukan kesilapan. Padahal yg berckp tu pun seorang ibu bapa. Macamla tugas mendidik anak2 ni terletak pada ibu sahaja. mintak komen sikit. Terima Kasih.

Anonymous said...

cute entry...i had the same experience when the kids in consultation room...fascinated with everything...main with auroscope, tendon hammer etc...ada yg sampai nak ketuk doctors...but kids, biasala kan...one of the trick, give them lollies/jellybeans...and they will sweetly say thank you (some of them ;P)

Anonymous said...

salam dr. azwan..got a few qs 4 u..
.. is it true that overseas student dimasukkn under kementerian kesihatan rather than kem pendidikan..which means, it'll be hard for me to apply for teaching hospital i.e. husm, hukm..this is what i heard from some ppl..if yes, how can i apply 4 husm? really not keen to work in other hosps..hehe..-yusrina-

Anonymous said...

Inilah antara kesilapan masyarakat umum yang gemar menyuntik KETAKUTAN ke dalam fikiran anak-anak mereka...kesudahannya Doktor pula jadi IKON yang 'Brutal' pada pandangan setiap kanak-kanak..

Jie said...

Syukur juga anak² saya tak takut jumpa doktor. Waktu untuk ambil darah, Intan seusia 5 tahun boleh selamber hulurkan tangan, sedangkan saya hanya mengintai dari pintu..hahaha

saya ambil darah setitis kat jari pun boleh pengsan. Cabut gigi, doc baru suntik ubat bius pun boleh pengsan!

Nasib baik anak² tak ikut genatik mama dia..kehkehkeh

Dr Azwan said...

mado_ct : saya nak sangat buat playroom untuk budak2 tapi klinik tak cukup luas so bos tak bagi. Bagus idea tuh.

water : Mak ayah pandai ke tak pandai jaga anak boleh dlihat mengikut konteks. Saya tak setuju kalau mak ayah tak pandai jaga anak kalau misalnya anak dia tu buas. Memang dah perangai anak macam tuh, kadang2 out of control.

Saya setuju kalau misalnya anak dia umur 3 tahun gigi dah rosak habis. Bila kita kata gigi anak puan tu rosak, dia bagitahu, entah lah doktor saya dah nasihatkan dah jangan makan gula2.

Haa.. ini memang mak ayah (bagi saya) yang tak pandai jaga anak. Gigi anak rosak, anak pula yang disalahkan. Kalau ibu bapa berdisiplin di dalam menjaga gigi anak dan mengawal makan minum dia, saya rasa memang gigi anak akan sihat. Anak saya pun makan gula2 (anak siapa tak?) tapi kita kena ajar dia kebersihan mulut, berkumur, gosok gigi dan sebagainya. Salahkan kepada anak kecik apa yang ibu bapa tak boleh lakukan adalah satu kelemahan ibu bapa.

Nurul Nadiah said...

cakap psl inject..
satu pengalaman yg x dapat dilupakan!
time kene sengat lebah,
doc nak inject
kite iye2 kasi tangan.. sekalik!
die nak inject kat tempat lain!
mase tu da besor tao..
malunyeeeeeee!

hehehe..

** tp paling malu recently..! masa buat check jantung! sungguhla saya malu!

Anonymous said...

hi dr,
saya nk tanya psl injection, for 18 18 bln, injection ape yg akan diberikan dr? saya kurang pasti antara pentaxim dan dtp+oral polio. Boleh terangkan tak? -thanks in advance..

Dr Azwan said...

nadia yuna : Kesian dia yek. Mesti muka dia kena sorok dalam poket sebab malu. Memang kena enjek kat "tempat lain". Baru jalan...

Memang malu check jantung. Tapi dah kena check. Kira darurat lah. kalau tak check mudharat dia lagi lebih. Muda2 check jantung kenapa?

Yu.CM KAIZEN said...

anak saya kalau lalu kat klinik..selalu tanya.."mak..Apiz nak jumpa Dr..mak tak nak pegi jumpa Dr ke..?" sebabnya...klinik yg saya selalu pegi tu..Dr nye suka bagi gula2..dan anak saya selalunya minta lebih..katanya nak bagi adik Tika...makan ubat pon tak de masalah...ok..jer..

Fid said...

Alhamdulillah anak saya suka sangat ngan doktor...Mahu tak tiap2 bulan mesti jumpa doktor ...Hehehee

Tapi ada juga orang sekeliling yang 'usik' anak saya dgn ayat.."nanti doktor cucuk"

Saya akan jawap teus
"don't worry doktor tak akan cucuk..kita dah ambil semua vaksin untuk umur sekarang...ingat suka-suka ke doktor nak cucuk.."

terkebil2 yang mengusik itu...

The main reason anaksaya suka jumpa doktor adalah dia nak minta 'kayu ice cream' yang doktor guna bila nak check tekak tu...

Dr Azwan said...

Masrina : ada orang panggil bagi gula2 tuh strategic marketing, ada pulak yang panggil "rasuah".. haha..

tapi ada sekali doktor pakar nih bagi gula2 lolipop kat satu patient, Ketua kepada pakar tu marah kat pakar tuh.. dia kata.. apasal you bagi gula2 kat budak tuh.. nanti rosak gigi budak tuh nanti,... hehe.. saya dok kat sebelah pakar tuh sengih sengih.. padan muka kena marah.. bagi lagi gula2. Saya tak per... saya bagi vitamin c... hehe.

fid : ada jugak budak suka kayu aiskrim je yer.. hehe.

Related Posts with Thumbnails