Assalamualaikum,
Cerita tol Grand Saga ni makin hebat. Saya ni walaupun duduk tak jauh sangat tapi tak beberapa nak rasa kehangatannya sebab sibuk kerja jer. Tolong buat kecoh pun tak reti juga.
Tapi seronok baca tulisan Pakdi di dalam artikelnya di dalam "Grand Saga vs Penduduk Bandar Mahkota Cheras". Siap ada youtube lagi. Pakdi mungkin lebih terasa hangatnya sebab kalau lalu rumahnya kat Kajang pasti akan melalui lebuhraya ni.
Saya ambik sikit ulasan beliau.
Yang lebih tu kena baca sendiri kat sini.Kalian yang tidak duduk di kawasan berhampiran barangkali kurang mengerti kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras. Begini …
Bayangkan kalian duduk di satu taman, tiba-tiba datang orang gila tutup jalan utama kalian keluar masuk. Dengan alasan kalian kena bayar tol yang dia bina. Sedangkan itu adalah jalan kalian. Kalian ada hak untuk menggunakan jalan tersebut untuk keluar masuk ke rumah kalian. Dah la kena pusing jauh, kena tol lagi pulak tu.
Jalan Kajang - Cheras - KL dahulunya memang jalan 2 lane sahaja. Jalan kecil, sesuailah dengan keadaan Selangor negeri belum maju ketika itu. Itu jalan asal. Tiba-tiba, ada orang bodoh meluluskan pembinaan lebuh raya baru dengan pembinaan tempat tol dan kadar tol yang sangat menunjukkan mereka ini semua adalah golongan yang tamak haloba, penzalim dan kaki tindas orang ramai.
Lebuh raya Cheras - Kajang ini hanya 11.5 km sahaja. Tetapi ada mempunyai dua tempat kutip tol. Hari ini pengguna lebuh raya ini perlu bayar RM 1.00 di Batu 9, Hulu Langat dan RM 0.90 di Batu 11, Cheras. Maka dengan ini pengguna perlu membayar RM 1.90 hanya untuk laluan 11.5 km! Memang tidak masuk akal.
Salam.
1 comment:
itulah kalau bagi muka sgt kat syarikat konsesi.pertimbangan mereka ialah keuntungan bukannya kemudahan.
nak jalan?ok.no problem.tapi kena bayar lah beb. ini lebuh raya mahal woo...juta2 bikin. itu org taman BMC kalo mau ini jalan kasi buka, itu pemaju kena bagi pampasan laaa...sombong tol Grand Saga!
Post a Comment