Salam,
Saya pernah bertanya kepada ketua jabatan ophtalmology yang juga pakar mata satu soalan penting semasa saya masih belajar dulu.
Betulkah jika kita menangis telalu kerap kita akan menjadi buta?
Persoalan ini saya tanyakan kerana ada satu filem Tan Sri P.Ramlee bertajuk "ibu mertuaku" memperlihatkan Kasim Selamat menjadi buta akibat menangis.
Oleh kerana pakar mata tersebut bukan seorang yang berbangsa melayu, kemungkinan besar beliau tidak menonton filem Tan Sri P.Ramlee.
Dan kemungkinan besar juga, pemikiran beliau tidak "bias" kerana beliau tidak dibesarkan dengan filem Tan Sri P.Ramlee.
Justeru, kemungkinan besar juga jawapan beliau adalah berdasarkan ilmu mata yang tulin (Lagipun dia ketua jabatan mata).
Jawapannya : jeng.. jeng.. jeng..
Secara fakta, air mata dicipta untuk mencuci mata dan membasahkan mata. Mata yang kering seperti penyakit keratitis akan menyebabkan mata rosak.
Begitu juga sekiranya kelopak mata kita tidak berfungsi dan tidak boleh tertutup (seperti kes melecur) dan sebagainya, mata akan menjadi kering dan menyebabkan mata rosak. Ini boleh diubati dengan meletakkan air mata tiruan (artificial tears) secara kerap.
Apabila mata masuk habuk dan sebagainya, kita dapati air mata keluar untuk membersihkan mata dan mengeluarkan habuk tersebut. Ia adalah satu mekanisme atau sunatullah.
Sekiranya mata ini banyak menangis, maka air itu hanya akan mencuci mata kita.
Oleh hal yang demikian, kontrari dengan "filim" Ibu Mertuaku, semakin mata banyak menangis, kita tidak akan jadi buta. Malah, mata kita akan bertambah bersih dan cantik. Paling tidak pun, ia tidak akan menjadikan mata kita buta..
Persepsi kita tentang cerita "Ibu Mertuaku" sekarang sudah berubah..
Waahh... spoil betul fakta ni..
Wallahu Alam.