Wednesday, May 13, 2009

Cara Mengesan Penyakit Tuberculosis



Salam,

Penyakit tibi sekarang menjadi-jadi. Dalam seminggu 8 orang sudah masuk ke wad. Semuanya angkara Tibi. Sudah jadi kuarantin pula wad-wad tu. Ada ibunya, ayahnya, dan dua orang anak yang kecil. Tibi merebak melalui udara. Tetapi biasanya ia merebak kepada orang yang hampir dengan pesakit.

"Contact tracing" ialah satu kaedah di mana apabila seorang itu menghidap Tibi, maka orang yang tinggal berhampiran akan diperiksa samada dijangkiti ataupun tidak. Contohnya suaminya kena Tibi, isterinya dan anak-anaknya juga diperiksa.

Terdapat satu kes neneknya batuk lama, dan setelah diperiksa maka disahkan Tibi seluruh famili diperiksa dan didapati seluruh famili dijangkiti Tibi.

Terdapat 3 pemeriksaan saringan yang biasa dilakukan.

Yang pertama adalah pemeriksaan kahak dipanggil - sputum for Asid Fast Bacilli (AFB). Kahak ini diambil setiap pagi setelah bangun tidur selama 3 hari. Ia bukan air liur tetapi kahak. Soalannya macamana nak keluarkan kahak kalau tak batuk? Nabil jawab - lu pikir lah sendiri!

Kahak ini akan dilihat melalui mikroskop oleh ahli pathologi secara langsung menggunakan pewarna khas yang dapat mewarnakan kuman Tibi itu. Ini adalah pemeriksaan yang paling kuat untuk mengesahkan kehadiran kuman Tibi di paru-paru anda.

Bagi kanak-kanak yang tidak boleh batuk dan mengeluarkan kahak, satu tiub akan dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mengeluarkan bahan-bahan khususnya kahak pada waktu pagi untuk dibuat sampel.

Pemeriksaan yang kedua ialah dengan mengambil x-ray dada. X-ray bagaimanapun tidak dapat memberi kepastian sekiranya Tibi masih baru dan belum lagi merosakkan paru-paru. Adakalanya penyakit lain juga boleh menyerupai bentuk jangkitan Tibi.

Yang ketiga ialah melalui pemeriksaan darah iaitu ESR atau Erythrocyte Sendimentation Rate. ESR ini merupakan satu indikator yang tidak spesifik yang akan memberitahu samada pesakit ini mendapat jangkitan, radang atau kanser. Sekiranya paras ESR meningkat di dalam darah contohnya kepada 100 mm/hr (normal 10 mm/hr) bermakna terdapat jangkitan yang menyebabkannya. Salah satunya Tibi.

Itu adalah 3 asas pemeriksaan tibi yang boleh saya kongsi. Setiap satunya ada kekuatan dan kelemahan tertentu. Sekiranya kahak yang diambil 3 hari berturut-turut positif untuk kuman Tibi bagi ketiga-tiganya dan bacaan ESR yang meningkat berganda-ganda, sudah cukup untuk membuktikan anda dijangkiti Tibi walaupun x-ray dada anda nampak normal.

Salam...

15 comments:

Basyir K. said...

salam dr ... nak tanya adakah DOTS (directly observe treatment) di lakukan di hosp2 di msia bg penyakit berjangkit seperti tb ni?

Dr Azwan said...

DOTS adalah polisi yang dilakukan di Malaysia. Saya ada terjumpa kes orang asli di mana pesakit terpaksa ke hospital berdekatan setiap hari utk makan ubat tibi. Ia sangat berkesan utk mengekang Tibi. Dari segi compliance saya tak pasti. Bila hari-hari kena pergi hospital, bila pula nak buat kerja utk cari rezeki. Terutama kalau orang kampung yang kerja sendiri.

kelate_girl79 said...

boleh sembuh ker penyakit ni doc...dulu arwah ayah saya ada penyakit ni..bila cek kuarga kami kakak saya yg kena jangkit..tp kakak saya tu mkn ubat la..dah lama dah..skrg ni ok kot sebab xde batuk2 dah..ker ia boleh berulang lg...boleh ke merebak kat anak2 die nanti kalau camni...

Anonymous said...

what about mantoux test?

Dr Azwan said...

kelate_girl79 : boleh berulang lagi. Reactivation of Tb. Malah boleh kena lagi teruk.

Anon : mantoux test boleh. Kalau dah kena BCG, normally the reading will be > than 10 mm after 72 hours for confirmation. My hospital tak buat. Mungkin sebab nak simpan that PPD tu susah atau tak der orang pandai buat intradermal injection. Tapi masa I student dulu, Hospital Kuantan buat.

bing ye said...

Husband I suspect kena tibi, saya pula belum check, mungkin juga kena sebab saya batuk lama dah...lebih daripada setengah tahun tak berturut-turut. tapi anak saya yang 1 tahun dan yang 2 bulan pernah buat BCG, mungkin dia orang kena?

Nash Ismail said...

salam Dr Azwan...sy ingin bertanya, adik lelaki sy berusia 16thn. dia mengalami demam panas berpanjangan dh 6bln. dia pernah masuk wad selama 10 hr. sehingga sekarang doktor masih lg mengkaji penyakit yg dialami oleh adik sy. selain itu, doktor mengesyaki dia menghidapi TB dan memberi ubt TB tetapi tidak ada perubahan malah berat badan semakin susut (35kg berat badan skg, ECR 70)..xray mendapati terdapat tisu sepanjang 1-2 cm pada paru2...untuk pengetahuan doktor Azwan, kami sekeluarga tidak mengalami masalah kesihatan.. sy berharap doktor Azwan dapat membantu dan memberi pandangan tentang ini. terima kasih..

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr Azwan,
sy slh seorg ex tb pt (sy adlh seorg nurse)bejangkit dr pt..tp sy xkena ptb..sy dpt tuberculosis lymphadanitis..Alhamdulillah sy dah sembuh walaupun sy kena ambil ubat selama 9bln (bru sy tau perasaan pt yg kena ambil ubt dlm tempoh yg lame)..mula2 dpt tau tu stress la jugak tp dah lame2 ok je jnji mkn ubt jgn tgl..sign n symptom tu semua ade n sy ade benjolan pd leher kanan (kene buat FNAC utk confirmkan tb) cuma xkurus mcm pt tb lain (xberbaloi lgsg heheheh)..cuma xramai lg yg tahu ttg tb ni...rmi beranggapan tb hnya menyerang paru2..sebenarnya bole jugak kena kat tmpt lain..

Anonymous said...

Salam.
nice yer..ada blog yg mcm nie..saya ada seorang kwn dh 3 hri masuk hospital kena kurantin sal tb.nsib kwn saya awal-awal dh buat check up..tb tu baru di peringkat nak menjadi. Lpas dia menerima rawatan nnti..ada kh berkemungkinan satu hari nnti akan berulang kmbli pnyakit tb tu?orang kwn dh 3 hri masuk hospital kena kurantin sal tb.nsib kwn saya awal-awal dh buat check up..tb tu baru di peringkat nak menjadi. Lpas dia menerima rawatan nnti..ada kh berkemungkinan satu hari nnti akan berulang kmbli pnyakit tb tu?

mujahidah solehah said...

salam doktor Azwan..
tumpang tnye...

sya da batuk sebulan lebih dh..
bru2 dlm semnggu bru nie..
makin teruk je..
batuk xhenti2..
kahak xda pun..
tekak rsa gatal2...
smpai kn rsa skit sgt kt bhg dada bila btuk2..

2 batuk biasa je ke??

Anonymous said...

salam.. doc,saya da wt ujian mantoux test dlm 2 bln lps.. result negatif. sejak 2-3 ari ni saya batuk, selsema past 2 dmam.. kahak saya banyak. wrna kuning n hijau muda..past 2 khak 2 mcm kental.. sy x prnah mglmi situasi kahak spt ini sblm ni. msa dmam brat bdn trun 2kg.Selera mkn pn x da. rsa nk bernafas susah cz bnyk mukus.. pe pendapat doc..

mis yan said...

slm..sy rwtn 2x..1st clinic swasta n non cmplete coz amik mudah psl ubat.ubat jns combine n plg kuat..5thn kmudian sy tb berulang,tu pun slps bertahun2 menderita sakit n bt chekup tp xjuga terkesan.akhirnya jmpa d khk,wlupun doktor ckp xray sume ok cuma parut lama n dah sembuh,walhal parut tersbut belum sembuh mlh berulang..batuk drh khk drh n muntah darah dlm brp thn tersebut tp kuman tb ini mmg sukar tuk di kesan.persoalannya disini,adakah ubat yg saya makan di hospital selama 6bln dpt membunuh kuman tb yg sudah lali pada ubat 1st rwtn sy yg dos nya agak kuat?n knpa rwtn tb berulang diberi rwtn sma spt psakit tb kali pertama iaitu mkn ubat slama 6bln shj..sy skg msih mgalami simptom yg sama walaupun sudah mgambil ubat slama 6bln..sy dpt rasakan saya belum sihat sepenuhnya tp pihak hosptal tlah mghentikan rwtn krna sudah ckup tempoh n kahak n xray pun semua ok(sebelum ni pun khk n xray sume ok cuma skali je khk ade dtec kuman.)apakah cara yg plg cepat n berkesan utk tahu smada parut sy itu sembuh @masih dijangkiti kuman tb..bolehkah kaedah biopsi?sbb sy sudah lali dgn cara chek kahak,xray n ct scan namun tidak terkesan apa2

ADIEL_RC HELICOPTER said...

kalau suspek tb patut dikuarantin atau tidak?

Anonymous said...

As-salam..dktr saye rini g institut perubatan respiratori..lepas tu bg kahak..then ujian darah..seblm ni saye pegi klinik kerajaan dekat uma wat ujian kahak negative tp xray dktr kate ade shadow mybe minimal tibi..dktr klinik suh g IPR ...tadi saya wat ujian kahak tulis fluorescent method negative tp darah saye bace ESR 86mm/hr pastu bawah tulis STAT besar.ape maksudnye?

Anonymous said...

doktor,klu kite kena tb dlm masa yg sama kite pregnant ,ada effect kat baby ke doktor?

Related Posts with Thumbnails